4/29/09

mimpi jadi kenyataan

Aku peminat outdoor activities yang boleh dikatakan boleh la-fan .... Masa kecil-kecil, bila tengok orang main skateboard, aku terasa nak cuba. Masa sekolah rendah, my dad belikan inline skates untuk aku dan adik, everyday aku main pusing2 rumah, sampai satu tahap aku boleh buat aksi lompatan taktau nama, sampai situ saja. Then aku berhenti. Pernah bermimpi nak pusing bandar dengan inline skate, tapi Alor Setar bukan nya America. Jalan rata, tak sesuai.
Masa sekolah menengah, aku jogging dari rumah sampai Taman Rimba(taman tempat orang joging disamping merendek), boleh dikatakan hampir setiap petang. Kalau tak jogging, aku akan cycle for fitness. Aku pernah pusing bandar Alor Setar naik beskal saja. Agak adventurous yet, pengalaman yang best. 

Masa buat preparation sebelum fly, aku main tenis, cuba rock climbing sekali(ok la..), masuk marathon larian merdeka dan dapat no 1 wanita. Cam tak percaya.hehe Banyak lagi mimpi aku untuk mencuba outdoor activitis yang lain such as sky diving, sea diving, water rafting, bunjee jumping, kanu, surfing, paragliding, mountain climbing, snowboarding(angan-angan mat jenin)

Masa kat Jepun, aku pernah mountain climbing(bukan gunung, bukit kecik ja) sekali ja kot dengan lecturer and Dibah, my roomate. Kat toyohashi pulak, aku masuk Nature Club semata-mata nak berjinak2 dengan dunia outdoor macam mountain climbing. OK...aku sempat panjat bukit dengan housemate aku. Tahun lepas agak menyedihkan sebab Club mates aku panjat gunung FUJI, highest mountain in Japan(padahal G Kinabalu tinggi lagi), aku balik Malaysia setelkan hari bahagia. Tak apa, tahun ni mungkin dapat panjat FUJI. Aktiviti outdoor kat sini lebih banyak berbanding kat Malaysia. Mungkin sebab kos yang agak mahal, maybe. Kalau nak dibandingkan dengan Jepun, Malaysia lebih banyak NATURE yang boleh digunakan, tapi entahlah. Maybe aku yang taktau kot.

Masa kat sini jugak aku try snowboarding. Pengalaman yang tak boleh dibeli. Aku jadi crazy bila datang musim sejuk. Tak sah kalau tak main. Walaupun aku tak beli board sendiri yang berharga beribu-ribu satu set, tapi tak apa, kalau ada bod mahal pon tak reti main tak guna jugak, kan?

Dan, petang tadi.......tambah lagi koleksi angan-angan mat jenin aku...jadi kenyataan. I've tried Surfing for the first time in my life! Kalau datang ke laut ja, mesti aku akan intai mamat-mamat surfer, aku teruja sungguh, dengan life para surfer, hidup macam enjoy setiap hari. Bawak kereta besar gedabak,kulit gelap dimakan cahaya matahari(walaupun ada sedikit panau melekat), berbadan tegap nampak fit, aku memang truja dengan lifestyle orang yang suka dengan outdoor activities! Sambil try surfing, ternampak pulak orang paragliding atas kepala, adoi....nak cuba paragliding pulak one day!

Dan mimpi aku yang paling berharga, aku nak diving(menyelam) dengan hubby while honeymoon nanti, only me and my hubby in the ocean menikmati corals yang indah-indah....  Punya rumah idaman di tepi pantai. I've got to buy a new wetsuit now. And maybe the worst, i want to skydive at least once in my lifetime. If u guys have the opportunity to do whatever that you want in your lifetime, just go ahead and fucking do it. I bet you won't feel regret for not making you dreams come true....!

p/s:tak salah kita bermimpi kan?ada sesetengahnya dah pun jadi kenyataan. kalau aku tak bermimpi, masakan boleh jadi kenyataan kan?

Experiences can never be bought!



4/27/09

enjinier

 2 mingu lepas, harapan aku nak jadi engineer machine ka engine ka....sedikit punah gara-gara lecturer aku yang mengunderestimate kebolahan wanita. Mana taknya, aku pulak masuk reasearch lab tema yang main dengan METAL, mostly metal processing bahagian body kereta atau enjin. Dalam dunia Kejuruteraan atau mana-mana subjek konon "power" di Jepun, semuanya di"konker" oleh lelaki. Boleh dikatakan hampir 80% sektor pekerjaan dikuasai oleh lelaki. Perempuan Jepun buat apa?Wanita-wanita di sini, rata-rata akan melanjutkan pelajaran mereka semestinya sampai ke menara gading(univ), tetapi, dalam pengkhususan yang  kurang power berbanding lelaki. Contohnya, subjek sastera, ekonomi, bahasa, supaya tak payah nak fikir teruk-teruk di kemudian hari. Bukan apa, wanita Jepun lebih 80% akan berhenti kerja apabila sudah berumahtangga, menghambakan 100% tenaga zahir dan batin untuk kebajikan keluarga. Buat apa belajar teruk-teruk?Last-last dah kahwin berhenti jaga anak saja di rumah!

 Hari ini, aku kembali bersemangat untuk tidak akan mensia-siakan pengkhususan aku dalam bidang mechanical engineering. Samada aku akan menjadi engineer, or lecturer, or "engineer rumahtangga", tak kisah lah. Asalkan aku dapat guna ilmu yang aku belajar selama ni. Senior aku bagi tugas supaya aku search pasal enjin, sebab research aku ada kaitan dengan Metal processing. Otak aku disajikan dengan hal enjin kereta, menarik tengok how engine works, kereta yang kita pakai hari-hari tu. Banyak hal yang aku tatau dalam dunia ni, even dalam dunia engineering. Kadang-kadang terasa jugak nak sambung master terus. From now on, maybe aku akan bergelumang dengan enjin kereta, no, engine's parts sucah as "Connecting Rod", "crank shaft", piston dan banyak lagi. Perkataan konon power tadi baru aku terjumpak, dan belajar sikit pasal benda-benda tu. Actually aku dah pernah belajar bab engine, tapi belajar dari segi Heat Dynamic nya. Taktau pun cara-cara nak buat engine. 

 Tak kisah la apa-apa pun, walaupun aku perempuan, kadang-kadang terpaksa terima hakikat bahawa perempuan tak se"hebat" lelaki. Tapi aku akan cuba sedaya upaya untuk tidak diperlekehkan sebegitu. Prof Mori, anda tunggu......

Yellow hooded parka : Find Favor
Skinny Pants : Antgauge 
Socks : perlu ka?

bukan saat ini

lagu yang amat menyentuh jiwaku(konon-konon faham perasaan andhika masa tengah sedih, naik motor frust, dalam movie dia berlakon)



p/s:mode andhika still menebal ni!
4/26/09

Andhika Pratama vs Nicholas Saputra

Aku tengok cerita Janji Joni, aku minat kat hero dia. 

:
:
Aku tengok cerita Ada Kamu Aku Ada, aku minat kat hero dia sangat sangat!! Dah lama aku tak minat kat artis sampai macam ni...Even kat artis Jepun tak segila ni(memang la, artis jepun kakkotsuke, comel semacam,menari gaya lembut,geli). Aku sanggup ulang cerita tu 3 kali babe. Tak pernah-pernah.

:
:
Aku ingat hero Janji Joni & Ada Kamu Aku Ada the same one. Serius muka diorang seiras! Rupanya salah! Andhika lebih kurus berbanding Nicholas Saputra, suara pun lebih kurang, I like Andhika more!More romantika de amor la...
:
:
erk..apa kejadah aku tulis pasal artis ni?Ah..aku nak tengok semua cerita mamat ni berlakon pas ni!i think im fallin(ayat dalam cerita).Oh, btw, aku baru bangun, i should've makan n mandi instread of tergila-gilakan Andhika!
:
:
Andhikaaaaaa....... :D
4/25/09

strawberry bangang ka?

Siang tadi, entah kenapa Univ Nagoya join venture dengan univ aku under Kelab Umno Bahagian tengah Sejepun, buat aktiviti strawberry picking, aktiviti paling bangang skali yang aku pernah join. Bukan apa, bangang disebabkan dah tau hujan nak turun, kami tetap teruskan aktiviti ni. Aku tak faham sebab musabab kenapa mesti hari ni jugak aktiviti tu kena berjalan. Seminggu sebelum ni padahal dah tau akan hujan. Esok takbleh postpone ka??"Esok dijangkakan akan hujan...."(E-Mail aktiviti).
:
:
Hujan lebat, ditambahkan plak angin sepoi bahasa tahap ke ribut taufan sampai payung aku guna patah 12, hancur terus!Last-last tak payah berpayung. Sama-sama menikmati hujan yang makin lebat taktau bila nak berhenti seperti dalam love scene cerita Indonesia(Cerita Ada Kamu Aku Ada best wo). Malangnya hero Andhika takda nak dicium. Huh! Makan tengah hari sambil terketar-ketar menahan sejuk, seperti merempat, bukan di dalam kereta(makan dalam kereta lagi best) di Taman Tulip yang pernah aku dan housemates aku bercanda. Kosong, takda orang bangang nak keluar jalan-jalan time hujan lebat, sebab tu aku rasa bangang keluar hari ni. 
:
:
Apa aku dapat?Dapat sakit kepala, badan panas hampir nak demam. Tidur straight selepas mandi petang tadi, bangun dan blogging sambil perut berbunyi..."Lapaqnya....."
:
:
buang duit 1000 yen(rm 40) makan 4 ketul strawberry


4/24/09

Want Japs fashion stuffs?

I am proudly to anounce that I and my housemates are launching our online boutique, focusing on Japanese Fashions, the REAL Japanese fashion since we are now in the Japs fashion world.  We are also inspired by the latest Japan's fashion magazines. SO, ...if you are interested in this, do spend your time logging on to 

http://sanbongicornerboutique.blogspot.com/

We are also attaching the "mix n match" parts so that you will get to know more and will have the ideas about Japs fashions. Support us and, thank you for reading!
4/23/09

masa seciput

oh. aku tengah gembira!Setiap hari aku kena ke lab dari pukul 10 pagi sampai petang. Selalunya rutin aku, pukul 9 bangun, mandi, siap-siap, sebelum kol 10 sampai campus. Lepak sampai kol 12 30, balik pulak lunch n zohor. Kol 1 30 gerak ke campus lagi. Sampai pukul 5 30 lebih kurang. selalunya la macam tu. Selalunya. Tapi hari ni, aku tak perlu ke campus sesi tengah hari yang amat boring, mengantuk, segala negatif words. And I'm blogging rite now. Macam tak caya pulak. 

Banyak benda actually dalam kepala otak aku ni nak kena buat. All the resumes stuff, duit punya hal(skolar masuk hari ni, hari ni gak habis), dan macam-macam lagi(las-last katil jugak panggil). Bukan senang jadi perantau. Mak bapak jauh. But it's occay. I'm enjoying this life seboleh mungkin. 

Blue shirt : Replay from FOS
Pants : Levi's damaged remixed
Belt : Uniqlo....AGAIN
4/22/09

my japs name

My name written in Japanese is ハイダル ナジヤ(Haidaru Najiya). It is written in Katakana. But the real Japanese use Kanji to write their name. I've asked my lab mates to give me Kanji's name too so that i can write my own name instead of Katakana. They've tried hard thinking the most suitable words to replace my Katakana's name. I'd told them "Haidar" means Lion. The impression towards my name changed to "Hooligan". Yankee's words were being chosen to fit my real name. And I like it!

覇威蛇瑠 梛侍鵺

The pronunciation of Haidaru Najiya is remained, but now not it Katakana anymore. Some of my friends objected the name since it sounds too violent for them. For a bit "Onnano ko rashii"(Gurlish-looked) name, they've searched other Kanjis, more cuter that the previous name. And i just like both my new name! Thanks for spending time doing useless thing!

葉委雫瑠 奈慈耶
(HAIDARU NAJIYA)

p/s: the new name is actually looks like I'm Chinese.heh. That's what they told me.


black Jacket : Uniqlo
Blue shirt : Hard Rock (ueno-eki Tokyo)
Skirt : Park Girl
4/21/09

tailored jacket with badge

I've always been wanting this for so long :

Japanese call this gorgeous jacket as "TE-RA
-DO JACKET". It is actually came from the word "Tailored", but you know Japs can't pronounce it correctly.heh

:
:
:



:
:
:

It's better to have a cute badge attached together for better, cuter one!!

Mama, i want that jacket...!

umur 52, muka 33??

Aku tengah tengok rancangan Special beberapa jam menceritakan tentang wanita-wanita power Jepun dah boleh dipanggil tahap 魔女(witch) sebab terlampau hebat. Still tak habis lagi. Wanita diet turun 19 kilo dalam 3 bulan, wanita badan melentik acrobatic from China, wanita wakil olympic, rahsia comel secara tiba-tiba(haha pelik tapi benar), dan banyak lagi. wanita yan
g aku paling adore, wanita yang berumur 52 tahun, tetapi mempunya kulit wajah yang berusia 33 tahun! She didn't even wear makeup at all masa dia keluar kat tv. Hebat! Unbelievable kan!! What's her secret recipe actually??

It's simple, as she said. The way she washes her face everyday. Macam mana? 

Sebelum facial foam disapu ke muka, pastikan facial foam tu berbuih, sebuih-buihnya. Then, dongak muka ke atas sambil melakar senyuman perasan cantik, sapukan buih tadi, TETAPI jangan kasar-kasar. Sambil tersenyum tak habis-habis dari tadi(walaupun lenguh sedikit), sapu di bahagian bawah kiri dan kanan muka(sebelah dagu) dengan jari kelingking(satu jari sahaja) dengan  perlahan-lahan. Gerakkan jari dengan membuat bulatan kecil dari bawah hingga atas muka. Bila nak rinse, rinse dengan air sejuk, supaya peredaran darah kulit muka tidak terkejut(di sini selalu pakai air suam), and don't forget, with SMILE!!

p/s : Malam ni lepas mandi aku nak try, kot kot 2 bulan lepas ni kulit muka aku jadi umur 12 tahun. Nanti aku cerita lagi pasal wanita-wanita power yang best, tak abis lagi rancangan ni.hehe

Lama tak upload my wardrobe!

White long sleeve shirt : Blue Strive
Blue zipped one-piece : from Qua
Pants :  Levi's remixed

4/20/09

perfect

banyak sangat benda yang berlaku dalam hidup aku lately..
sampai tak tertulis. kehidupan harian aku semakin bermakna dengan aktiviti-aktiviti masyarakat(nature club konon), sosial(member2 suka duka), belajar, love life, semuanya perfect. Seems like i have everything right now. From now on jugak, kami sanbongi girls pakat which every week has to be fulfilled with any activity, especially jalan-jalan, insyaallah kalau boleh that dream will come true. Tak sabar dengan aktiviti "sanbongi corner", cepatla yana upload!!!hahahahhah
4/19/09

selesai masalah

Untuk sesiapa yang mempunyai masalah susah berak, sembelit, buasir dan sewaktu dengannya especially yang tinggal di Jepun:

Sebelum aku duduk bermastautin kat sini, aku tak pernah merasa erti "masalah tak boleh nak buang air", masalah itu ini. Aku punya masalah lain sikit. Tapi abaikan.

Pokoknya, kenapakah?

Aku makan sayur(pelawas), minum banyak air, dan bla bla.

Tapi....kenapa masih susah?

Member aku bernama Yati(bukan nama sebenar) baru sedarkan aku, 2 benda yang kalau diminum boleh menyusahkan proses membuang air; KOPI dan TEH JEPUN(teh boh pon sama).
2 benda ni, akan menyerap air. banyak mana air yang kita minum pun akan diserap ke dalam badan. Rupanya selama ni aku kuat minum teh jepun. Teh yang langsung tidak mengandungi kandungan gula, kalau first time minum rasa macam ubat apek jual kat kedai ubat ginseng. Tapi lama lama sedap wo...One of my Japs friend pun pernah cerita kat aku orang Jepun ni ramai yang mengidap penyakit Hemorhoid(nama saintifik, nama glamour carik la sendiri). One more thing, maybe cuaca kat sini menyebabkan kulit kita(walaupun di tempat sulit) menjadi lebih tegang disebabkan cuaca yang kering.

Lepas ni aku tak akan minum teh jepun, atau segala teh kat dunia ni. Stop for a while.

p/s : Papa betul ka ?
4/18/09

Mama

Aduh...malu....
Mak korang tahu tak korang tulis blog?
Mak aku dah baca semua blog aku....
hahahhaha
4/16/09

susah berak

susah berak.
sakit.
sakit.
sakit!!
4/15/09

Japanese = liquid

Selama ini, aku selalu tertanya-tanya, kenapa mesti di dalam setiap komuniti Japanese, akan ada sekelompok orang yang terpinggir, tercicir, teraniaya, mahupun tersisih? Contohnya, di dalam satu kelas seramai 50 orang, 5~10 akan tersisih. Ciri-ciri orang Jepun yang "tersisih" adalah tiada kawan, mempunyai perilaku yang agak pelik(seperti becakap sendirian, gelak ketawa sendirian), suka bersendirian, memakai pakaian yang tidak up-to-date, mempunyai communication skill yang pelik, tidak suka bersukan, dan mempunyai hobi yang pelik(anime, porno) secara ekstrimis.

Golongan pelik ini digelar オタク"otaku". Perkataan otaku pada asalnya bermaksud seseorang yang sangat 詳しい(detail) tentang sesuatu perkara(hobi, minat) seperti permainan video, komik, automobil dll. Maksud otaku pada masa dahulu dan sekarang tidak serupa. Otaku kini digunakan untuk mengklasifikasikan golongan pelik yang wujud dalam sesebuah komuniti. Sebilangan besar golongan otaku ini bersendirian atau tidak mempunyai kawan disebabkan pernah dibuli oleh rakan sekelas sewaktu kecil. Namun, kenapa golongan ini dibuli? Apakah yang menyebabkan golongan ini dibuli sehingga komuniti otaku ini terhasil?

Orang Jepun mempunyai satu budaya di mana malu untuk menjadi lain daripada yang lain. 日本人はみんなと同じが安心するが、違う人がいると不安心になる. Keinginan untuk menjadi sama dengan komuniti sendiri dari semua aspek sangat tinggi di kalangan mereka. Apabila sesuatu "trend" di kalangan mereka tersebar, semua orang akan mengikuti "trend" tersebut. Orang yang tidak mengikut "trend" pula dianggap pelik. Contohnya, trend bersolek di kalangan remaja perempuan di sini menular di mana orang yang tidak bersolek akan dianggap pelik menyebabkan komuniti tidak bersolek akan dicaci, dikutuk, dihina walaupun mereka tidak membuat sebarang kesalahan. Pelik bukan?Golongan inilah akan menjadi 仲間はずれ"nakama hazure"(tersisih) sampai bila-bila. Setiap orang tidak mempunyai minat yang sama bukan? Orang yang tidak kisah akan hal orang sekeliling akan terselamat daripada menjadi otaku, sebaliknya golongan yang merasakan diri mereka disisih akan menjadi malu untuk bersosial dengan kominiti major.

Ada juga pepatah yang berbunyi : "American equals to SOLID while Japanese equals to LIQUID". Golongan Jepun akan mengikut arus seperti air yang mengalir, seperti tidak mempunyai pendirian yang tetap. Budaya mengikut orang di Jepun tidak semuanya bersifat negatif, tetapi jugak mempunyai kebaikan. Disebabkan budaya inilah, Negara Jepun boleh menjadi negara maju hanya dalam jangka masa yang singkat. Sejak mereka kalah dengan Barat dalam perang dunia ke-2 pada tahun 1940-an, mereka bertekad untuk menjadi lawan kepada Barat dari segi pemodenan dan industri. Sejak itu, mereka sama-sama mengikut arus untuk berusaha bersungguh-sungguh menjadi raja teknologi dan pada tahun 1970-an, Jepun berjaya mencapai matlamat itu. Sungguh hebat.



p/s : bersyukur kat malaysia tak banyak orang pelik. patutla jepun ni sama ja mana-mana pun. Satu jepun sama(rumah, bangunan).
4/14/09

Kerrioki

Tahukah anda "Kerrioki"(orreng pewtehs sebut) atau dalam bahasa betulnya Karaoke dicipta oleh orang Jepun? The first karaoke machine was invented by Japanese musician Daisuke Inoue in Kobe, Japan, in the early 1970's. In Japan, it has long been common to provide musical entertainment at a dinner or a party(wikipedia).

Karaoke merupakan perkataan bahasa Jepun yang dipendekkan. 空(Kara) yang bermaksud kosong + オーケストラ(orchestra) . "Kara-orchestra" kepada "kara-oke"(Orkestra kosong atau lebih senang "minus-one" di mana lagu-lagu dimainkan tanpa suara penyanyi).

Kalau di Jepun, karaoke kini menjadi "trend" remaja untuk bersuka ria bersama dengan rakan-rakan terutamanya di kalangan remaja perempuan. Di dalam bilik karaoke juga boleh dipesan makanan samada berat atau ringan seperti pizza, spagetti, nasi goreng, takoyaki(sotong ball), salad dan banyak lagi supaya pelanggan dapat menikmati masa berkaraoke tanpa berasa lapar. Ada juga bilik karaoke yang menyediakan "stage", mic stand, congo(alat muzik), maracas(alat muzik juga) supaya dapat menambahkan lagi keseronokan untuk menyanyi. Pada masa itu jugalah pelanggan dapat merasa bagaimana perasaan menjadi artis pujaan ramai.

Karaoke di sini sekali-kali tidak mempunyai imej "pelacur", "gro" , "gejala lepak" atau "gejala sosial" dan sewaktu dengannya berbanding negara lain. Semua pelanggan ke tempat karaoke bukan dengan tujuan untuk "merendek", tetapi sekadar berhibur tidak kira bersama kekasih hati atau kawan-kawan serta keluarga.

Rata-rata, lagu-lagu yang mendapat sambutan hangat tentunya lagu Jepun. Namun, lagu Bahasa Inggeris, Bahasa China dan Bahasa Tagalog juga boleh dinyanyikan(lagu glamour sahaja). Senarai lagu di karaoke center di"up-to-date"kan setiap bulan. Buku-buku senarai lagu di sini juga ditukar setiap bulan seperti majalah yang dimuatkan "ranking" lagu.

Untuk memilih lagu, dua jenis alat praktikal seperti "remote control" dan"touch screen" disediakan dan lagu boleh dipilih secara digital. Jika menggunakan remote, nombor kod lagu ditekan untuk membuat pilihan. "touch screen" lebih mudah serta lebih mesra pelanggan berbanding remote, di mana kita boleh mencari lagu daripada senarai artis, senarai lagu mengikut abjad, lagu hit, genre, dan banyak lagi.

Senarai lagu
Touch Screen
Touch screen yang dilengkapi dengan kemudahan internet

Untuk menambahkan keserenokan :
1. jumlah kalori yang digunakan semasa menyanyi akan tertera di skrin tv sejurus selepas lagu habis dinyanyikan. (Konon-konon dengan menyanyi pun boleh diet).
2.Pelanggan juga boleh memilih supaya markah per 100 tertera di skrin apabila lagu dinyanyikan. Kalau sedap, tinggilah markah yang naik. Siapa yang berangan nak jadi artis bolehlah menggunakan servis markah ni.

with Japanese friends

Japanese friends

p/s: harap-harap karaoke kat Malaysia boleh dimodernkan sebab aku sangat suka karaoke dan......kurangkan sikit harga sebilik. So far macam mahal kan?

video

video
comel semacam suara org jpn ni
4/12/09

pusing-pusing Toyohashi

Sudah 4 tahun aku bermastautin di Jepun. 3 tahun di Maizuru, Kyoto di peringkat diploma dan 1 tahun di Toyohashi. Rasa macam baru semalam aku sampai di Toyohashi. Rupa-rupanya dah setahun. Padahal Bandar Toyohashi(center) pun aku jarang sampai. Sampai pun sekadar ke Stesen untuk naik keretapi laju.

Mesti ramai yang tak tahu pasal Toyohashi sebab memang Toyohashi ni tak "glamour" pun. Meh aku cerita sedikit sebanyak pasal Toyohashi. Toyohashi merupakan salah satu daerah di Negeri Aichi. Kalau aku cakap Nagoya, comform semua orang tahu kan? Aaaa...Nagoya takda kain-kain ya makcik pakcik kaklong semua. Nagoya Tekstil kat Mesia lain tau. Nagoya ni pulak daerah sama macam Toyohashi dan "bernaung" juga di bawah Negeri Aichi. Aichi di mana? Ya... Aichi berada lebih kurang di tengah-tengah Negara Jepun. Tak atas tak bawah. Cukup-cukup makan saja.

Toyohashi, Aichi

Toyohashi mempunyai keluasan sebanyak 261.26 km persegi, dan mempunyai jumlah penduduk seramai 379,830 orang termasuklah aku kot.

Kelebihan Toyohashi(tak nampak pun sebenarnya):

"Mikawa Port is a major port for worldwide trade, and its presence has made Toyohashi an important city as the biggest import and export hub in Japan for automobiles, in volume terms. Compared to other ports around the world, Mikawa is roughly on a par with the German port of Bremerhaven. The city also has a beach along the Pacific Ocean, where sea turtles have been seen laying eggs."


Kalau aku nak ke sekolah(dengan kereta cabuk), aku mesti akan bersaing dengan lori-lori yang mengangkut kereta-kereta baru untuk diimport atau dieksport. Kalah direct(pakai kereta ciput ada hati nak lawan).
"Automobiles made by Toyota, Mitsubishi, Suzuki, Daimler-Chrysler, Ford, Audi, Porsche and Volkswagen are imported and exported through Toyohashi. The city acts as the port for approximately 50% of all automobile imports into Japan, and the volume of foreign-car imports is rising annually. Toyohashi was also the top producer of thread and textiles in volume terms during World War II."

"Bandar" Toyohashi

Semalam, aku, Zaza dan Yana ada buat lawatan di sekitar Toyohashi Center. Kami berkesempatan untuk naik Tram yang sibuk di tengah jalan besar. Sebelum menaiki Tram, kami sempat menangkap beberapa keping gambar di sekitar Toyohashi Staion. Kami berhenti di "shiyakusho mae" Station dan bersiar-siar di sekitar Toyohashi City Hall serta Taman di sebelah City Hall yang terkenal degan Yoshida Castle(tak best pun). Apa yang mengecewakan kami adalah di mana pokok-pokok sakura yang sepatutnya mekar dengan bunga sakura tak seperti yang disangkakan. hehe Bunga sakura dah luruh, digantikan dengan daun-daun hijau yang tumbuh(tak cantik). Seronok juga membuang masa di Taman sebelah City Hall dengan aktiviti makan kek(berkelah), photo hunting dan banyak lagi(:p).

Lompatan "City Hall"
Saya dan Yana
Rumput hijau di Taman

Hari yang sangat mengembirakan!Ada hari di mana aku rasa nak bersiar-siar tanpa menggunakan duit dengan banyak. Semalam, puas hati kami boleh menikmati hari-hari terakhir kami di Jepun dengan aktiviti yang best.

Lastly,Turquoise shirt : The Emporium
Stripe one-piece : Blue Strive
Purple laggings : Orange Coffret
Muffler with checked hat : bought at Shimamura
Shoes : Onitsuka Tiger




4/11/09

forever 21


Thanks Yana for the earings!
Those Forever 21's earings cost RM19 each. Do you think it's affordable?
Naaaah. Nasib baik yana pandai carik, SALE tinggal RM5.
That's the right way to shop.
Lagipun, the design, kalau tak forever 21, modal subang tu seringgit ja kot.
Anyway thanks again Yana and welcome back babe.
Don't be sad for ur "loneliness" not having Niku around ok!
4/10/09

holgaroid dan daidaiya

suka suka suka.
  • Polga sun 4/Holgaroid aku dah boleh guna. Holgaroid? Holga + Polaroid. Selama ni aku teringin sangat nak pakai instant camera. Klik dan, zap! gambar terus kluar. Alang-alang aku dah ada Holga(sejenis camera filem), dan kebetulan jugak Polaroid buatkan kit untuk Holga, aku beli(umm...tamarai!minat) jugak. But the problem is, Polaroid dah tak keluarkan filem instant mereka. Boleh dikatakan Polaroid ni dah bersara daripada keluarkan any instant cameras. How sad. Untuk kepuasan diri, aku order Polaroid VIVA filem daripada Austria from Polapremium.com(kerja gila lagi) yang tinggal sedikit saja dalam dunia ni(tunggu nak pupus). 3 sets of 10. Sampai hari ni, dan aku terus try pakai. Boleh tahan susah sebab "analog". Bila snap, tarik filem dengan perlahan-lahan dengan halaju yang sama, dan tinggalkan selama lebih kurang seminit, baru boleh bukak filem. Kalau tak cermat, jadilah gambar macam kat bawah nih . hehe FUN!
filem dan camera sebelum dipasang

Dah siap pasang!

And, the result was...

1st shot : Self portrait
A lot of errors in making out the film!
  • Malam tadi, aku dengan Zaza dinner kat luar. "Daidaiya", sejak kami tinggal kat sini, nilah kali ke-2 kami makan kat sini. Kedai focus on Seafood or "Maguro(tuna)". Kenapa Daidaiya? Aaaa...tengoklah makanan kami. Mak aih...Banyak gila. Sampai sekarang kenyang....
Shrimp and mentaiko Salad

Teishoku saya...hihi

Kitsune udon zaza

purple jacket : Uniqlo
stripe shirt : Bought in Kedah(kedai cina)
Belt : Uniqlo
Pants : remixed from uniqlo too :p
4/9/09

bodoh

Aku terasa tahap kebodohan aku terhadap dunia kejuruteraan boleh tahan tinggi. Kalau nak dibandingkan dengan orang Jepun, dahla 2 tahun muda dari aku, programming ciput memang macam kupas kulit kacang ja.

Taktau kenapa. Mungkin, aku tak cukup rajin macam orang Jepun. Otak diorang memang tak sama dengan aku, langsung mempunyai daya pemikiran yang praktikal, dinamik, semua perkataan yang macho tu la.

i hope one day i'll be standing at the same level with them. Amin....

Jacket: remix
Stripe one-piece : Uniqlo
Laggings : no brand
4/8/09

setahun sudah....

Aku ke Lab macam biasa hari ni, bangun pagi dengan rasa tak ikhlas yang amat. Kalau boleh nak ponteng ja rasa. Tak apa. Aku buat-buat rajin. Lab guidance pun berjalan macam biasa. Kami dipaksa main dengan mesin Autograph untuk buat Tensile test. Sebelum ni mengelat, alah orang lain boleh tolong buatkan, aku ambik data ja. Padahal aku rasa dah berjuta kali aku main dengan 引張り試験(Tensile test). Tapi, hari ini lain. Semua orang dipaksa buat sorang-sorang. Hah ambik kau. パニックル.

Entah kenapa hari ni nasib malang aku berterusan. Mungkin aku "ter"hilang fokus akibat daripada ketidakikhlasan aku ni. Bahan yang perlu digunakan oleh mesin patah. Aku tak cek Aluminium dengan Steel betul-betul. Padan muka. Lagi satu, robot Lego mindstorm yang dicipta oleh member Jepun aku, bila dipasang berjalan elok. Bila aku dekat saja dengan lego tu, PAP! Kaki robot tercabut. Mak aih..

Hari ni jugak hari malas seToyohashi. Semua pakat nak cabut awal gara-gara Hari mem"promote" Kelab masing-masing di khalayak ramai terutamanya budak baru. Pukol 3 30 semua chow. Aku? Hari berjalan tengok sakura sekeliling sekolah. Aku sempat lalu di kaki lima campus untuk tengok dengan sendiri bagaimana program ciput ni berjalan.
Kebetulan aku merupakan ahli kelab Nature, aku buat-buat tunjuk muka kat Booth Nature club, kadang-kadang meluat dengan muka "nerd" ahli kelab. Entah kenapa. Aku memang tak boleh tengok orang nerd kot. Nasib baik ada jugak Kepala Kelab yang handsome. Ah, tak apa, asalkan aku bersosial dengan diorang. Lain belakang kira.

Nature club members

Suasana di campus...meriah. Di tengah-tengah bangunan A(korang tatau pun tak apa) ada disediakan stage. Stage di mana ahli kelab seperti Brass band, jazz band, kendo, boleh menunjukkan kepada org ramai terutamanya junior skill2 kelab masing-masing. Hari ini jugak senior-snior mencari-cari junior yang comel-comel, untuk dingorat. Ah, ngorat Jepun tak sama dengan ngorat Malaysia. Takda "kak long" atau "kak ngah". Aku teruja sorang-sorang. Sambil dengar musik jazz, aku sembang kosong dengan member2 seJepun. Muka orang Malaysia sorang pon aku tak nampak.

Aku teringat. Masa ni lah aku dan housemates aku mencari-cari Kelab yang nampak cool. Berjalan-jalan sambil mendengar alunan muzik, tanpa arah tujuan ke sana ke mari menayang muka. Memori di mana keadaan setahun lepas yang sebijik dengan hari ini. Ah...Dah setahun rupanya aku kat sini....

chocolate jacket : bought somewhere in Maizuru, from Lepia
yellow lonf sleeve shirt: from Petitreire
damaged pants : From Levi's
leather necklace : present from Baby

4/7/09

Terima Kasih JEPUN!

Pagi tadi, sejurus selepas aku sampai di LAB research, budak research mate , Ayumi bagitau pasal satu surat berwarna PINK ni. Dia cakap kerajaan Jepun bagi duit kat semua orang Jepun. Dia tanya aku dapat ka tak, aku cakap tak sampai pun surat ka apa. Sorang mamat Jepun ni pulak dok berangan nak beli Digi Cam la macam-macam. Ya, aku pasrah aku ni hanyalah orang luar. Bukan Orang jepun pun. So tak kisah la dapat ka tak dapat.

Bila aku sampai rumah, cek peti surat, zasssssss. Sampul surat kaler PINK ada dalam peti. Lantas aku bukak sampul surat tak sempat masuk rumah lagi. Yes! Aku pun dapat duit. Nak tau berapa? 12000¥. Kalau convert to RM dalam 429.925 rm. Banyak tuh!! Terima Kasih la orang Jepun. Baik la pulak korang. haha Padahal aku Health Insurance pun terketar-ketar nak bayar. Punyalah taknak habis duit ke arah tu. Baik aku beli baju.

White t-shirt : Bought at Summersonic 06(SUNSHOT band merch)
red thick cardigan : somewhere from bundle shop
green pants : Levi's skinny
4/5/09

hari malang

Hari ni mungkin hari malang untuk aku. Mungkin hari ini hari aku. Hari esok hari korang pulak.

Kenapa malang?
  1. Aku tak boleh tidur dengan nyenyak. Jadi, bila aku bangun, badan sakit-sakit sengal macam main snowboard sehari. Lenguh!
  2. Kepala aku sakit sejak aku bangun sampai la sekarang tak kebah-kebah. Aku rasa macam nak pitam pun ada. Dah makan ubat Ponstan given by papa.
  3. Aku ke Jusco temankan budak Thai tu. Masa tengah jalan-jalan, aku tersepak besi dengat amat kuat. Terkena urat saraf aku yang memang timbul ni. Adoi. Jalan terhegeh-hegeh la sekarang. Takleh nak jalan betul. Babi.
  4. Aku hantar film untuk dicuci. Gambar yang dicuci terbalik horizontally! Tak larat nak betulkan semua gambar yang dah terbalik semua. Shit.
film:lomography redscale negative 100

Terbalik kan!haha

Anyway, aku dah betulkan semua gambar yang dicuci tadi. Damn buang masa. Hobi punya pasai.pants : Uniqlo skinny fit
green & chocolate top : bought at somewhere used store

ilmu pagi(tengah hari)

09:00 alarm aku dengan tak disengajakan berbunyi(konon-konon nak bangun awal.bunyi tak sampai 2 saat aku tutup sambung tidur)
13:00 aku terpaksa bangun. Badan aku sakit-sakit. Taktau kenapa, abaikan.
13:30 Aku, Zaza dan Mod(junior orang Thailand) makan tengah hari sama-sama.(Semestinya aku tak mandi dan terus gosok gigi dengan nasi.ummm.)

Sambil makan, kami disajikan dengan dokumentari tengah hari di kaca TV mengenai 認知症"Ninchi shou" atau dalam bahasa Inggerisnya Dementia. Penyakit nyanyuk la..

"Dementia (from Latin de- "apart, away" + mens "mind") is the progressive decline in cognitive function due to damage or disease in the body beyond what might be expected from normal aging. It is an illness that effects the brain and memory, and makes you gradually lose the ability to think and behave normally."

Dalam satu kajian, penyakit nyanyuk ini boleh dicegah lebih awal apabila kita selalu bercerita mengenai masa muda kita kepada rakan-rakan atau saudara mara berbanding cerita-cerita yang berlaku semasa. Apabila kita bercerita mengenai hal masa lampau, saluran darah di dalam otak kita lebih berfungsi, atau lebih banyak digunakan kerana mungkin otak kita digunakan untuk berfikir pada masa itu. Contohnya cerita pada zaman sekolah rendah, zaman remaja dan lain-lain lagi. Tidak kiralah kepada siapa kita bercerita hal-hal masa lampau. Cerita-cerita "old days" boleh juga ditambahkan dengan alat-alatan atau perkakas yang kita gunakan masa lalu, seperti botol susu, gambar-gambar nostalgik, baju-baju, apa sahaja yang boleh mengingatkan kita pada nolstalgia lalu. Namun, cerita-cerita nostalgik itu mestilah dikembangkan dengan harmonis agar tidak mengundang nostalgia yang tidak baik. Oleh itu, janganlah kita membuang barang-barang yang mempunyai "sentimental value" kerana secara tidak langsung bara-barang "antik" itu bolehlah kita gunakan pada masa tua nanti untuk deceritakan serta dibanggakan kepada anak-anak cucu, rakan dan taulan kita kelak.

p/s: sementara tak nyanyuk, banyak-banyaklah bercerita kat kawan-kawan atau saudara mara pasal zaman dahulu kala. Takda kawan? Cerita kat cermin pun OK.

4/4/09

Manusia


Manusia memang takkan puas dengan apa yang diberikan oleh Yang Maha Esa.....
4/3/09

newbie Party

yeah. Pukol 10 malam tadi baru aku sampai rumah. pukul 3 ptg kena g jumpak budak-budak research. Rupanya-rupanya minggu depan aku dah kena ke lab setiap hari. ya setiap hari Isnin - Jumaat, 10 pagi sampai .....maybe 6 ptg?urghhhhh. Tak sangka cuti aku dah habis. I'm not ready to start my "last year" here in Toyohashi as a student. Minggu depan aku dah tak boleh bangun tengah hari dah.

anyway, tadi, banyak sesi memperkenalkan diri masing-masing, dan sedikit sebanyak guidance atau rules2 Mori Research Lab. Mori tu nama Professor aku da. Tadi dia takda pun. Dia outstaion kat oversea katanya. Rupanya Research aku ni tak yoyuu(macam biasa ja) pun. Tapi......cuti summer nanti boleh balik Malaysia. Yes. Itu yang aku nak sangat!

senior baik-baik aja, dan yang penting, aku dah kira-kira dalam 3 4 orang senior yang kakkoi(bergaya lagi macho) hahak. Penting tu, kalau tidak tak semangat la aku nak pegi lab tiap-tiap ari. Plus, Mori's Lab ada 2 orang ja foreigners, aku Malaysian dan sorang lagi Thai. Terkejut jugak aku. Tapi takpa la, hantam saja, terpaksala kawan lagi dengan Japanese yang kuat purak-purak nih.hehe

aaa.2 orang sebelah kanan ni comel

senior master 1st year buat comel

we are newbies!!

only 2 gurls!!!

last but not least,

long sleeved button shirt : from Harajuku
Blak punk belt : Rusty
Skinny pants : Uniqlo Skinny Fit
Accessory : bought at Maizuru
 

Blog Template by YummyLolly.com