1/31/10

mana nak letak muka?

Mana nak letak muka aku ni? Siang tadi aku kena paksa pakai costume Pikachu. Shit. hahahahh. Kalau pakai sekejap boleh terima lagi. Ni tak, dari awal pagi sampai la balik. Mari kita lihat muka-muka tak boleh belah si Pikachu ni. Maloo. ;;-_-

Perjalanan dimulakan sejak pukul 11:00 malam. Bertolak ke 治部坂"Jibuzaka" Ski area. Perjalanan memakan selama 2 jam 30 menit. 3 orang sahaja yang bakal menjadi bahan tontonan. Aku, Kataoka-san, dan Kawai-san. 2 orang pakcik dan seorang gadis manis. Tak ngam btoi. Naik kereta besar hi-ace Kawai-san, siap boleh dijadikan katil untuk tidur tak lena. Pukul 02:30 sampai, terus "transformers" kan kereta Kawai-san jadi katil dan tidur. Langsung tak lena. >.<;

Jibuzaka ski area

bumble b0000 sebelum transform jadi katil
form left : Kawai san, Kataoka san

Esok pagi(pagi tadi), bangun pukul 07:30, dan tanpa menggosok gigi, makan pagi sekali dengan tahi-tahi gigi bersama Sandwich udang. Sedap. Then terus tukar baju. Kostum tak boleh belah. Sebenarnya, aku ke ski area ni ada event お菓子投げ"okashi nage", iaitu aktiviti membaling kuih-muih free kepada kanak-kanak yang hadir di ski area tu untuk bermain salji atau menyusahkan mak bapak diorang nak main ski. 2 kali baling kuih. pukul 10:30 dan 13:30. Malu selama 2 kali beturut-turut. Yang paling malu, kena main snobod tanpa buang kostum pikach bodoh tu. Nasib baik "terer", takla kena boo tak pasal-pasal. ha ha. Nasib baik dapat tiket lift nak naik tu for FREE(lift ticket tu mahal untuk 1day). Sebab tu ja yang aku jadi ikut. Kalau tak jangan harap.

special lift ticket

Cerita sekitar event membaling kuih:
Lepas announcement, kami terus ke tempat kanak-kanak atau infants atau babies berkumpul main そり"sori"(sled). Main-main dengan kanak-kanak. Nak dekat pukul 10:30, budak-budak pun dah berkerumun macam semut versi colourful dek nak sambut kuih. Kalau aku jadi mak budak tu, aku malas nak join ha ha. Buang masa ja kot.

Tigger. Tak langsung. Geli laaaaa
Tigger tengah bagi warning. Sapa buang sampah kena denda

Mak budak ja yang ramai. Benda free memang best.

OMG OMG malu. Tapi serupa rilek ja kan aku?
ha ha. Budak-budak dah tak sabar tu!

2 kali malu, lepas tu main snobod malu tak habis-habis sebab tak boleh bukak baju pikachu ni. Hantam saja lah. Asalkan aku boleh meluncur! Tapi seronok kesimpulannya, boleh main dengan budak-budak kecik pipi merah, sangat cute, even tho letih sikit-sikit dan malu BANYAK.

twins, cute gila!

video
S
(perlukan skill ambik video yang lebih lagi)

video
sekitar orang naik sori

video
aku pun sibuk nak naik sori

ok bye. badan serupa makcik tua. lenguh.
1/30/10

tak faham

kenapa ada manusia yang suka meruntuhkan kebahagiaan orang lain?
sampai sanggup sihir menyihir, untuk dapatkan manusia yang kita dambakan?
Kenapa kenapa kenapa?

sesiapa yang baca, tolonglah jangan kacau hidup orang lain(kalau tengah buat). Kesian. Nanti tunggu giliran hang plak. What goes around comes around.

go natural beauty


tidak perlulah hendak tebal-tebal kan?

saya tidak faham mengapa dunia makeup malaysia mengagung-agungkan ketebalan bila bermakeup(especially wedding). Mungkin sebab itu ramai gadis malaysia yang rasa menyusahkan untuk makeup(termasuklah saya). Tetapi bagaimana jika anda teringin untuk nampak lain pada hari biasa(berdating, event seperti kenduri dll.). Tentunya buang duit untuk mengupah mak andam kan? Jadi, saya sarankan supaya kita makeup simple-simple sudah. Especially like korean n Japanese. Korean makeup pun cantik. Apabila saya berada di Seoul tahun lepas, saya rasakan cantik-cantik belaka orang seoul. Serious tak tipu. kalah orang Jepun sebab korean makeup lagi simple. Mereka tidak akan memaksa untuk nampak lain dari lain. Jadi kenapa Malaysian perlu makeup setebal 4 inchi? Sungguh tidak faham. Sehinggakan hidung tu dah nampak seperti robot(nampak line nak contour tapi tak jadi), sebab cuacakah? Tidak faham jugak.

Tukar topik.
Shiseido Maquillage baru nya campaign.

shiny luxury

pure glamorous

Relaxing feminine

cantik bukan?

oh btw,
ada dimasukkan cara-cara untuk mencalit eye shadow.
Sapa nak try, silalah. Memang orang Jepun makeup style macam ni.
Dulu pergi ke booth shiseido pun orang tu tunjuk makeup macam ni.
klik untuk gambar lebih jelas.


go go natural makeup!

#pictures are all scanned : Beauty book spring 2010 by shiseido
1/29/10

odango hair / big bun


japanese : お団子
english : dumpling
bm : benda yang dikepal-kepal menjadi bulat ;;-_- 

Bagi aku, kalau sebut odango, akan teringat 2 benda :

みたらし団子
"mitarashi dango"
sejenis makanan,
dibuat daripada "mochi",
nasi yang dilenyek-lenyek diketuk-ketuk sampai jadi macam pulut.

tak pun,

dango hair!
rambut kepal.
Hairstyle yang paling banyak orang Jepun buat.
English : big bun, macam bun roti letak atas kepala. ha ha

Odango hair, how i envy you. Suka gila. Tatau la orang Mesia rasa comel ke tak,ada yang kata macam baru lepas beranak, dalam pantang la bla bla tapi aku memang suka gila this hairstyle. Ada banyak jenis dango hair ni.

4 jenis.
atas, tak atas sangat, tengah, bawah.
Mana-mana pun ok.
Tapi yang paling ramai Japanese buat, yang belah kanan atas, kalau boleh, lagi besar bun tu lagi cute!eheh~

Mari kita lihat contoh-contoh rambut kepal yang Japs chicks suka ni :



ok tak?heeeee. tak ok pun aku suka jugak.

Cara-cara untuk buat dango hair :
ingredients(:p):
1. 1 getah rambut,
2. beberapa batang pin rambut
3. spray wax (optional)
dan the most important thing, kena la ada long hair. Kalau tidak sia-sia cakap.

cara-cara:
1. ikat pony tail, kalau boleh seboleh-boleh tinggi
2. gulung rambut, dan pin dengan pin rambut!
(kalau rmbut dah kusut serabai, senang jadi fluffy)

kalau rambut yang licin, bila gulung tak nampak fluffy at all, nak bagi nampak fluffy, sebelum no. 2 kat atas, kusutkan rambut dengan sikat nipis. Then baru gulung.


me with half-high odango hair.
(rambut tak cukup panjang nak tarik sampai atas)

Tu gambar dulu. Sekarang rambut aku dah macam ju-on. Boleh la nak buat mega dango hair hahahha. Actually bila rambut macam aku(tebal, straight), sangat susah nak buat odango hair sebab nampak tak fluffy dan tak boleh nak dapat kepal yang cantik(terlampau tebal). One day, aku jalan-jalan dalam kedai dan terjumpa kit untuk dango hair dan aku beli.


Macam zap on. Lepas ikat pony tail, balut getah rambut dengan this thing, bila nak gulung, rambut akan melekan dekat zap on tu. Tak jatuh! impressive sangat! So, boleh la beli ni untuk sapa yang nak try buat dango hair, especially orang yang rambut tebal gila macam aku. i give 5 stars to this stuff. Berbaloi.

DONE!

Sapa yang bosan dengan pony tail biasa, try this style.


ok, till then, laters~

1/28/10

ugly betty


Here comes the cute lil sis. With her new look.
Ha berangan sangat nak pakai, pakai lah.

Missing home badly.
Lama tak rasa homesick.
;(



layan....
esp time mamat omputeh tu miming2 cute.

ini baru spa q



berapa inchi makeup nak dapat muka comel macam ni.
Takpa, comel.
Tsubasa memang cute, humble plak tu auw.
Walaupun Marie tak suka dia cakap dia tak layak jadi model.

p/s: tak sanggup tengok muka diorang kalau tak makeup.
1/27/10

tensile


Hari ke 12 berkerja. Hari ni sangat bosan! Perasaan menjadi seorang minah kilang membuak-buak. Sebab asyik buat dan ulang sampai berpuluh-puluh kali benda yang sama. Hari ni, prepare specimen test untuk buat tensile test, makan masa sehari babe. Label, kira diameter, dan bla bla bla. Semuanya 42 batang! Cuba minum coffee untuk hilangkan rasa kantuk. Tapi fail. Perut pulak meragam macam orang loya nak dapat baby. haihs tensen dengan perut sendiri. Makin tidak faham.

Cuaca, cerah, macam biasa sejuk melampaui batas. Dah bosan pakai seluar. Nak pakai skirt. Tapi apakan daya sekali angin tiup meremang bulu roma. So lupakan saja hasrat itu. Balik rumah tidur dengan down jacket(spatutnya menjadi winter clothing yang paling tahan sejuk), juga fail untuk menjadi panas. Kaki sejuk. Shit. Tidur tak nyenyak. Tula orang kata jangan tidur petang. Ok itu saja ringkasan untuk hari ini. Tak best pun kan. Lame.

kerja. jangan tidoq.

1/26/10

diari & chocolate


dalam bas.
tertarik dengan lori transfomers.

Hari ni sangat sejuk! Angin kuat! Silap pakai baju nipis...brrr brrrr. So far, dah masuk hari ke 12 berpraktikal di Topy. Bila dah lama kerja ni rasa bosan la pulak. Asyik nak telangkup atas meja. Aku kalau kerja bukan di site memang aa ngantuk gila. Tak layak keja office a camni. Kalau bagi kerja yang aku boleh ke hulu ke hilir memang best. Hasil kerja rnd pun berjalan lancar, alhamdulillah, supervisor bagi kerja terus aku completekan. Malas nak tangguh-tangguh. I have to get ready for the presentation. Yang itu paling penting!

Balik aja, singgah di kaikan, tengok budak-budak tolong zaza tukarkan tayar Caldina zaza untuk nak buat syaken. Boleh dikatakan hampir semua budak Malaysia kat toyohashi akan bawk balik Caldina. ha ha. Aku?habuk pun tadak kot. Takpa, nak kawin punya pasal. That's my priority.

Anyways, valentine day dah nak dekat. Kat Jepun, cara sambutan valentine tak macam kat Malaysia, lain terus. Girls akan bagi chocolates as presents for guys! Alang-alang dah banyak gila company chocolates sedang berlumba-lumba nak untung di hari valentine(Godiva, royce, morozoff bla bla), aku pun ambil kesempatan untuk nak beli chocolates yang dihias cantik2 untuk hantaran for bubu. Rasanya kat internet tak puas la cari, kena cari kat kedai. Kalau kat bandar besar lagi banyak choices. Ada survey kat internet sikit-sikit and look what i've found!


Tools chocolates! how sweet! Aku tak rasa sesuai dengan bubu, but sesuai dengan aku ha ha. Teringat masa busy dengan research yang mana boleh katakan setiap hari aku pegang spana! Nak nak! Interesting~

But for hantaran, mmmmm, i want more to tastier, dan yang paling penting, cantik dan pelik. Ya la, kalau tak pelik, baik beli Patchi kat Malaysia ja. Tengah survey2 lagi, still dont know which one to choose. Takpa, perkara kecik ja bak kata my parents. Ikutlah~

Ok, nak dinner! sambung nanti~

1/25/10

sanbongiCorner


saya dan rakan serumah menjual baju dari Jepun
untuk menampung duit kehidupan di sini...
hehe kalau ada masa tengok-tengok la ya...:)


laters!
1/24/10

nasi ayam day


Faiz dok request nasi ayam tak abis-abis kat aku, so semalam aku pun kerahkan semua tenaga-tenaga yang ada untuk tolong aku buat nasi ayam special Pak Brahim's. Aku pun taktau kenapa aku glemer dengan nasi ayam ni. Dart ni memang similar dengan nasi ayam. ha ha. Busuk ayam kot. Resipi Aan mintak dari dulu, tapi tak reti nak kasi sebab aku main campak ja aan oi! Anyway, semalam zaza, faiz yang paling rajin tolong untuk misi nasi ayam. Faiz lepas ni kalau teringin nak makan nasi ayam dia tak payah request kat aku sebab aku dah turunkan semua ajaran buat nasi ayam tu kat dia. Aku dah malas nak layan request2 kau lagi hahhaha.

Ayam 2 ekor licin!

5 pot nasi habis licin juga.
Alhamdulliah, semoga rezeki kami murah-murah belaka.

Mungkin muka aku nampak seperti nasi ayam sebab dulu aku pernah mengajar kelas "Mari memasak nasi ayam" kepada orang Jepun. Berlatih tak mau mau. ha ha. Dulu kalau nak masak nasi ayam kena tengok resipi. Sekarang main campak-campak ja aku pun dah tatau dah. Akibat selalu sangat buat "partey" di rumah sanbongi. Sekali makan berbelas tetamu yang datangnya. Kena pulak time aku kena masak. Nak tak nak kena la belajar masak untuk ramai orang. Untung sapa kawin dengan penduduk sanbongi, sebab kami ni memang masak tahap main campak-campak aja haha yo yo o poyo.



Ni lah kelas "Mari belajar masak nasi ayam besama Darto" yang aku sebutkan tadi.
Semua orang balik dengan baju busuk bau bunga cengkih serta bunga lawang dan juga kulit kayu manis.

avatar n random



avatar will be more box office movie(i guess) if rowan atkinson was in it. hhhahahahha

mr bean. kau cool sampai bila-bila.

Recent picture that i captured and like it very much.
Topy's building, after work, before went back home.


Playing with black manicure. It was long time ago. Time period ja. ha ha.(abaikan tangan beurat seperti lelaki atau nenek tua, orang tua-tua kata perempuan tangan berurat rajin buat kerja betul ka?ha ha crap)

Latest fashion in NY. Heart marc jacobs & ralph lauren

Laters!

get bored with straight hair?


Try to curl your hair by urself! What do we need is only a 32~38mm curler(curler saiz besar, kalau kecik tak jadi) to make our hair looked different! Straight hair to gorgeous wavy hair in just err...15 minutes?


Long hair
(click for larger view)

medium long hair
(click for larger view)

how to curl :
1. if possible, use heat protection hair spray to protect our
hair from the curler before curling. Same applies to straight iron. Don't simply iron our hair without using heat protection spray. Selalunya bila tengok orang buat rebonding, rambut nampak keras, sebab iron ni sebenarnya tak digalakkan.
2. Dont simply curl our hair sesuka hati di mana-mana. Seboleh-bolehnya, bahagikan rambut kepada 4/5 partition(click the picture).
3. Start curl!
4. Apply wax to have the curl stayed longer

and the result is :


DONE!

picture above's makeup is tribute to jillstuart's (cool sensual) mag again!


click for larger view
um...senang cerita, smokey eyes. A bit simpler to apply.
1/23/10

kipas susah mati ; shiseido

Shiseido, kau memang idola aku. Sampai bila-bila pun aku akan adore kau. Skin care products kau semua best-best sampai boleh buat aku jadi gila dan broke. Tapi aku tak kisah. Mukaku tetap akan ku jaga, self confidence tu. Aku sampai pernah berangan nak kerja di Shiseido nya company. Jadi engineer di kilang dia. Boley? Boleh kata hampir setengah jenis produk kau aku dah try(produk shiseido ni ada berpuluh+-), ELIXIR, AQUALABEL, INTERGRATE, MAJORLICA, D PROGRAM, MAQUILLAGE, SINOADORE. Aku selalu menafikan kemahalanmu, dan beralih kepada produk yang lebih berpatutan. Tetapi tidak! Last-last aku kalah. Sebab bila aku try Sinoadore semalam(kulit dah kering tahap teruk, plus pencuci muka pakai sekarang dah boring), baru sehari aku pakai dah tak rasa kering muka(kat sini cuaca sejuk menyebabkan kulit muka jadi kering gila, jadi bersisik kalau teruk). So macam mana aku tak adore kau sampai bila-bila? Kalau aku balik Malaysia, macam mana aku nak teruskan pakai? Sebab mostly shiseido yang aku pakai ada kat sini takda di sana(skin care products). Mungkin aku harus lupakanmu. :( Eh tapi mungkin dah ada ya. Yang international SHISEIDO THE MAKEUP segala tu bapak la mahal nak mampos. Nak sentuh pun takut kot. heh.

Trial pack, murah skit. Kalau elok semula muka baru nak beli yang besar.

forever love...

Ok dah ada masa ni mehla aku nak cerita pasal shiseido skin care yang aku pernah cuba.

ELIXIR SUPERIEUR

Kalau pakai, kulit memang akan lembut. Jerawat kurang kalau sesuai lah.

D PROGRAM

Untuk kulit yang delicate atau sensitif atau bermasalah. Konon-konon perasan kulit muka bermasalah dulu, tapi tak pun. Balancing teruk. Sebab tu naik jerawat. So, tak sesuai sangat dengan kulit muka.

AQUALABEL

Tak murah, berpatutan, OK. Tetapi agak kering ya muka kalau tak terlupa pakai pelembab.

Ok itu saja. Kulit muka ni, sebenarnya perlukan balance yang elok. Air, perjalanan darah & satu lagi aku dah lupa. Kalau naik jerawat tak bermaksud kulit kita ni bermasalah, TETAPI mungkin tak balance. Kalau kurang air, akan naik jerawat. Kalau lebih minyak, pun akan naik jerawat. Kalau stress macam aku dulu masa kalut dengan rnd segala bagai, lagi la naik jerawat banyak! So basically, bila dah basuh muka, wajib pakai toner dan mosturizer supaya dapat bagi kulit muka kita balance. Kalau kaya, kau pi spa, massage2 pon boleh jadi cantik, cari consultant dan buat skin 検査, dan fahamilah kulit kita ni jenis apa.

Masalah aku sekarang mata lebam. Tapi malas nak cari eye cream. Survey elixir eye cream. Mak aih, 8000yen(rm320) sebijik, agak gila. Best la kalau duduk kat bandar sikit, banyak lagi produk yang boleh aku try dan tak semahal shiseido. Tapi aku duduk kat kampung. So shiseido ni macam brand sendayu tinggi, felisa cosmetics la kalau kat malaysia, buatan negara sendiri. Patriotik sikit. Kat ceruk kedah pun boleh dapat kan? Mungkin aku patut beralih ke felisa cosmetics. Siapa tahu?(Mak aku pakai Nouvellis kulit menawan ja auwwww~)

1/22/10

nike gurl

Teringat masa sekolah dulu, aku, adik aku alang dan bestfren merangkap jiran nama Denna, kena cop "nike gurl" hahahha. Baby t, with jeans and sneakers, our passion! Keluar jalan-jalan galas beg nike wakakkakka bodonyaaa. Dulu masa sekolah memang fan sangat nike nya sneakers. Selalu masa shopping dengan family, kalau mintak sneakers nike, then kalau bernasib baik angin papa or mama baik(ha ha), ya la, rasanya beratus-ratus gak harga, tak sesuai untuk budak sekolah zaman aku la. Zaman budak sekarang hp beribu pun tadak hal kan. Memang seronok cam cipan kalau dapat barang brand nike ha ha tah papa. Bukan kasut saja, beg sekolah pun, i was like semua barang pun nak brand nike. Pelik nyaaaa. how childish! seingat aku, dari atas sampai bawah aku nak nike dulu. Sampaikan botol air , kotak pensel, wallet, kasut sekolah hitam(masa tu pengawas haha) pun nak nike. Memang patut kena cop nike gurl la. POYO.

Tapikan, nike masa dulu aku rasa precious dan cantik compared to now punya design. Sekarang, barang nike dah rasa tak secantik dulu. Kilang pon asyik made in Thailand ja(hehe saja). Pastu barang tiruan nike pun dah banyak gila, cam kalau pakai nike rasa tak best. Tapi the main thing is maybe dah puas sangat pakai nike dulu masa zaman sekolah sampai aku kasik free ja nike kat Yana sebelum fly ke Jepun.

Dah nak dekat 5 tahun kat sini, aku tak penah sentuh and beli kasut nike. Tak berminat langsung(ops, kasut bejalan la i mean, kasut suka ada ja). Kecualilah masa aku ke outlet untuk new year shopping aritu! Rasa pelik sebab suka one design ni. Suka gila-gila. Tapi tak jadi beli sebab tangan gatal beli reebok classic. Ya la, sale cam apa lagi, nasib baik tak angkut 2. Tapi, terjumpa semula kasut ni kat Jusco tadi. Sale. Tinggal 4000yen(rm 160) murah kan! Harga pun berpatutan atau boleh juga dikatakan murah for nike sneakers. Cheh ada chemistry jugak aku dengan kasut ni. Thanks to the design. Tapi memang lawak la kalau teringat zaman muda-muda dulu oh rindunya! Kalau ada gambar nanti aku share memang la boleh gelak sampai ke telinga!

Kalau tak sale memang tak dapat la kau walaupun kau capap.
nike wmns aerofit high
1/20/10

soyjoy

every day addicted to this : SOYJOY healthy food

today's sunset,
snapped before went back home while walking to the bustop

i dont know why, but i love this pic.

new cheap one-piece
me and cotton shirt : seperti kacang dan kulit.

sekian.

Today was a not-so-interesting day. Been very busy with experiments and stuff, still enjoyable anyway!
 

Blog Template by YummyLolly.com