Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts
2/27/12

oh my God!

assalamualaikum, kom apa kombat bat apa batman men apa mentol tol apa tolak lak apa laksa...ish ish excited sangat nak update blog sampai merapu hoi! for a quick update, i'm a proud mommy of 2 kids masya Allah busy sangat life sekarang. Almaklumlah my 1st baby still a baby you got it? :p Banyak sangat sebenarnya nak cerita dalam blog supaya my kids can read kalau depa dah besaq nanti, tapi tak tertulis la...so introducing my 2nd baby, Hannah Naomi! Nanti mommy dart akan rangkum sekali cerita macam mana nak bersalinkan si comel ni, masa dalam pantang, breastfeeding journey, jalan-jalan cari makan, makeup, semualah wow teruja!basically banyak entry pasal motherhoody la from now on kan...

Alhamdulillah sekarang dah boleh adapt dengan my life yang super duper busy dengan anak-anak, still on my maternity leave, sekarang bahagia sangat dapat balik duduk dengan hubby sekejap sebelum masuk kerja di ipoh, tatau la bila nak dapat tukar balik ke kl tapi walau macam mana pun saya still dengan pendirian saya akan mengharungi segala penat lelah dan dugaan dengan 2 anak yang masih kecil di ipoh nun...doakan saya ya....dart percaya satu hari nanti mesti akan dapat balik dengan husband...ONE FINE DAY insyaallah...

Anugerah Allah yang tak ternilai...
8/19/11

now i know...

Mama suddenly called me one day, and "Angah, mama dah dapatkan bibik for you. Dah bayar dekat agen pun certain2 amount(which is i feel like......sangat mahal kot)CONFIRM!"....i was like.....haaaaa.....really?? Tak pernah terbayang dalam benak hatiku untuk mempunyai/menggaji seorang bibik. I dont like strangers to be in our home, to be frank. Selama hidup 26 tahun ni pun, tak pernah ada bibik, tapi sekarang mama yang perlukan bibik. I know mama sangat-sangat susah hati dengan my condition, bukan apa, tak menang tangan dik oi.....Ini realiti yang i have to face. Bila membayangkan perut aku dah besar(sekarang ni pun dah cepat letih), walhal sekarang pun i need to/sepatutnya take care of my baby dalam perut. Seriously, keadaan sekarang membuatkan aku serupa tak pregnant. Terkejar ke sana-sini, buat heavy housework, dukung ke sana-sini bila Hayyan merengek nakkan mummy dia dukung, mesti tak dapat bayangkan kan? For those yang pernah rasa saja i think tau betapa tak boleh nak rehat bila dalam keadaan seorang macam ni. Dart tawakkal saja, mintak Allah sihatkan baby dalam perut ni. Sebab yang nak dijaga betul-betul Hayyan yang di depan mata. I cannot take it for granted pulak. Baju tak berbasuh, yang penting baju hayyan, rumah tak berkemas, sana sini penuh kain tak berlipat, pinggan tak berbasuh, lantai berhabuk tak dimop. Tak hygenic kot untuk rumah yang ada baby!!

Sebab itu, Dart akur, and i know mama wants the best for me. Baby dalam perut kena jaga jugak. Bukan baby saja, kesihatan pun perlu kena jaga. Kalau letih macam ni gayanya, hadoi. tak tau la nak cakap. Nasib baik mentalku kuat. Sebab, mind controls everything rite? Bila fikir-fikir balik, terima sajalah HADIAH yang tak terbalas dari my parents ni, A HUMANBEING from bandung, Indonesia, ha ha ha. Bila adik hayyan dah ada, tentunya kos hantar ke pengasuh jadi double. Which is kalau amik sorang bibik, dengan semua kerja dia boleh buat, bayaran sama macam pengasuh yang tak berapa la sangat memuaskan hati. Betul jugak kan? One more thing, Dart pernah kata bila dah sarat, nak bagi hubby handle si hayyan. But, bila fikir balik, my mom cakap sapa pulak nak travel lepas adik hayyan ada nanti. Sorang satu anak, susah nak travel! Betul jugak tu, biarla dart yang jaga anak-anak, hubby senang nak travel balik ipoh. Kalau ada bibik, i can easily drive back to USJ which i miss most! Huwa sangat rindukan rumahku yang satu lagi....

Mungkin ada hikmahnya di sebalik semua benda ni. Dart berharap dan berdoa supaya incoming bibik lepas raya ni, kehidupan dart akan lebih baik, i can have my own time to spend for adik hayyan. Bila dah balik dengan hubby, definitely servis ini akan diterminate. Sebabnya tak perlu pun. Kalau ada hubby, at least boleh tolong tengok-tengokkan anak kejap, penat tu kurang. Bibik buat menyemak! Thank god dart dapat hubby yang sangat memahami, bila weekend, hubby akan tolong dart yang mana boleh untuk ringankan beban dart. I love him to bits! Thank you mama n papa juga, you guys have been the best parents ever!! Walaupun mama akan tolong your daughter yang dalam kesusahan ni dari segi wang ringgit, tapi, pengorbanan tu yang tak dapat dibeli. Sebab anakmu ni tak mampu lagi untuk upah bibik haha. Haih. Baru nak mula bernafas la katakan....hehe

p/s: jasa ibu dan ayah takkan terbalas.
4/6/11

bbq & aktiviti merebut hayyan


My husband suka barbeque(oh baru aku tau ha ha). He requested me to organize a simple parteyh bukan liar, invited siblings ke rumah dart(kami ada 4 beradik ja ha ha) since kami dah 3 beradik duduk area key-hell ni dan dart n hubby duduk rumah sendiri(adik n abang blum lg). Adik kecil bakal menginap di sekitar abang dan kakak-kakaknya heh. So, Dart marinate ayam, beli sosej sikit, dan........... bakar! 

doriang(slang jepun) pun adaaaaaaaaaaa~


Sebelum balik tangkap gambar freestyle dulu!

nyehehehhee.


 loving couple we are! Yes we can! ha ha.

 and also loving siblings we are. 
hayyan bambam!

top : japan bundle
pants : uniqlo boyfriend
12/20/10

hamil tanpa suami di sisi

Oh only God knows how does it feel bila terpaksa berjauhan dengan si suami.
Tambah-tambah terpaksa berhadapan dengan kehamilan di trimester terakhir seorang diri. Dart tinggal di Ipoh tanpa suami yang tak pernah jemu menjaga Dart dari awal hamil sampailah 8 bulan usia kandungan kami. Kami terpaksa menjadi WEEKEND COUPLE tak pasal-pasal eheh. Setiap hujung minggu, hubby akan naik train express 2jam from KL to Ipoh. Then balik semula ke KL pagi isnin. Macam tu lah jadinya rutin kami. Bukan apa, kesiankan si hubby, travelling is not FUN, tambah-tambah setiap minggu kan. Kadang-kadang terasa juga nak berehat bersantai taknak ke mana-mana time weekend. 

Rindu lepak-lepak santai tengok tv dengan hubby lepas dinner. Rindu holding hands berjalan-jalan di taman. Rindu massage hubby nak gerak dia bangun tidor(hubby manja kena massage mata dia heee). Rindu outing beli barang basah untuk masak. Rindu masak sama-sama dengan hubby. Hubby akan tolong basuh pinggan, kemas dapur lepas dinner. Rindu solat berjemaah sama-sama. Rindu makan aiskrim sama-sama. Hubby layan aja Dart nak makan apa. Rindu being together all the time walaupun hubby balik lambat from work. Rindu hubby akan massage kalau lenguh-lenguh badan. Rinduuuuuuuuu. But carrying his lil jr. making me stronger.  Dart akan tunggu masa supaya kami tak akan jauh lagi. But i just have to wait. Mungkin setahun. Mungkin bertahun-tahun. sigh.

irreplacable.

Only 2 more weeks to go!
Nothing much to report on the baby front-- they're big, I'm big. So yeah, I'm here big as a house in a holding pattern just waiting for those first contractions (not the fake ones!) to let me know it's show time! Hopefully, I've done some reading up on labor and birth so I'll be ready when it hits.
12/12/10

sesungguhnya anak penambah rezeki - ada ONG!

Bila bercakap pasal lucky draw, Dart memang tak pernah bertuah / mempunyai ONG untuk dicabut. Daripada cabutan bertuah zaman sekolah, sampailah sebelum kahwin. 25 tahun tu beb. Tapi bila dah berkahwin dan mengandungkan baby dalam perutnya, it's like miracle! Rezeki melimpah-ruah. Kami tak pernah kekurangan dari segi wang ringgit atau benda-benda lain. Sesetengah orang cakap, kahwin ni mesti tunggu stabil, bla bla. Tapi beleive me, Dart tak pernah rasa macam tu sejak kahwin. Ada saja rezeki yang masuk. Alhamdulillah.

1. Hubby dapat offer kerja yang lebih bagus pun masa Dart tengah mengandung. Minggu lepas dapat lagi offer from Sime Darby. Syukur sangat-sangat. Proud of you!
2. Sebelum Dart berhenti Panasonic, masa tu tengah bonus time, my last day was the day yang semua staff dapat bonus. HR dah bagitau siap-siap Dart resign awal, so bonus tak bole dapat. Tapi bila last day, Dart kena panggil attend bonus presentation untuk staff. Siap kena BOO lagi dengan staff2 bengong ha ha. Ya la, last day dapat bonus esok terus blah kan. Memang tekejut beruk. Baru keja 6 bulan, resign awal pulak tu, tapi rezeki tetap menyebelahi Dart, maybe sebab anak dalam perut ni pembawa rezeki. Dapat la jugak 1 bulan gaji free-free.
3.  Masa kami ke Family Day company husband, ada juga Lucky Draw diorang. Tak pasal-pasal kami dapat Sony MP3 player worth rm600. Tapi boleh tukar barang lain yang sama harga dengan nilai player tu. We didnt need the mp3 player sebab Dart dah ada ipod 30gig, hubby dah ada ipod touch dia. Lagipun sejak kawin, takda la guna sangat. Then we decided untuk beli barang elektrik lain. Kebetulan kami perlukan home appliances macam kipas, lampu untuk apartment yang kami beli untuk disewakan(baru dapat CF), so kami beli benda yang perlu tu lah. Murah rezeki, syukur lagi sekali. Bila Dart tengok, semua staff yang dapat cabutan bertuah, semua baru dapat baby. Hadiah boleh tahan, hp blackberry, macbook pro, Sharp led tv 40 inch. Seriously semua family tu baru ja dapat baby yang kecik-kecik comel. :)

794

4. Hubby attend conference apa tah pasal job scope dia lah. Ada lucky draw jugak. one ipod touch 8gig. Bila name card tercabut, hubby's was selected! Omg daripada beratus2 orang dalam tu, hubby dapat. ha ha. Bertuah betul. Kalau nak harapkan Dart, memang takkan dapat kot senang-senang free macam tu. 

Taraaaaaaa!

But, ipod touch...hmmm...bila fikir balik, nak buat apa ya dengan ipod touch ni? Dart dah ada ipod classic. I was wondering...kenapa asyik dapat mp3 player? hahahha. Mungkin baby dalam perut ni akan minat music one day. who knows.
12/3/10

ice cream daiiii----suki!


Dart suka makan ice-cream masa pregnant. Patutlah pipi baby boooolat sebab mummy suka makan benda manis! Hubby and adik addicted join groupsmore. Kami beli voucher GELARE ice-cream from Australia worth RM5 dengan harga RM1. Hubby hangkut sampai 5 kupon! ngaghahaha. Apa lagi, seronok tak hengat boleh dapat diskaun rm5 untuk 1 item! Bukan untuk satu receipt! Gelare ice-cream ada dekat e@curve, sedap sangat! Sebab tak sama dengan Baskin Robins, Haagen Daz, Gelato. 1 scoop is around RM9. Ada macam-macam lagi, Waffle and cakes! Worth trying!




1st time

2nd time with beloved siblings pulak! heeee~

p/s : actually mummy dart rindu hubby, family, & frens  sejak datang Ipoh sorang-sorang.....T_T
11/10/10

mari "beriadah"

Orang datang park dekat rumah untuk bersukan; jogging, futsal, cycling, etc. Kami berkelah di tepi kerusi hantam putu mayam. hahahhaha. Tak larat la nak jogging sekarang ni. Lepas kawin memang terasa tak bersuka langsung. Hubby ada jugak main futsal, badminton. Nampak gayanya lepas bersalin kena diet yang bukan hangat-hangat tahik ayam!



Tengah main-main, tiba-tiba tejumpa abang ipar dengan anaknya yang cute, Misha(Melissa Syaqila). Diorang datang rumah tapi tengok kami takda, terus cari kami kat park tengah berpacaran, nasib baik jumpa. heeeee. Snapped some potrait pictures of this cutie honey. No edited. Misha comelllllllllll~


budak kecik's candid pose memang terbaik.
11/9/10

Deepavali Holiday


HAPPY BELATED DEEPAVALI
(to whom celebrating)!

Hi guys, how did you spend ur Deepavali Holiday? Well, mummy Dart cuti lama dari hari Khamis minggu lepas sampai harini(Selasa). Esok baru start kerja balik. Apart from resting and enjoying my holiday membela perut all day long, so far, Dart banyak keluar mencari barang-barang untuk baby Dart, cukupkan list! Alhamdulillah, barang-barang persediaan dalam list tu dah hampir cukup. Tinggal nak packing masuk dalam kereta and vrrrrrrrrrooooom to IPOH. Oh .... Dart jugak banyak jalan-jalan cari makan! Makan makan dan makan! Alang-alang dah nak gemuk kan! kakakaka.

4th November, hari pertama Uniqlo dibuka Dart, hubby n my big bro jalan-jalan di Farenheit BB. Apa yang mengejutkan, sampai malam pun still kena beratur panjang lebar just untuk masuk dalam Uniqlo. Kami tak sanggup nak beratur lama-lama plus, ada apa dengan UNIQLO? Acewah...belagak gila. Maybe sebab murah kot, sale masa launching tu yang orang sanggup beratur sampai berejam! And plus Uniqlo ni sebab made from Japan, dan Japan memang sah-sah terkenal dengan fashion freak, menjadikan Uniqlo ni famous! Jalan-jalan Pavilion sampai lenguh! Oh anyway, my big bro baru posting HO di HUKM semalam. Good luck DR. Danial! Lepas ni boleh belanja kami wuhuuuuuuu!

Makan-makan di Umami steamboat with bro in law's family, better from Flaming stamboat. Hubby lah yang cakap sebab Dart pun tak pernah cuba Flaming steamboat sampai sekarang. Steamboat di hati mummy Dart ni steambot medan selera tepi rumah Dart ja. Memang terbaekkkkkkkkk!! Pakai arang lagi!

Semalam, adik Dart ajak makan di Seoul Garden, Korean cuisine. Kebetulan masa lunch boring, hubby pun kerja...Oklah, the treat was great. Great lagi sebab Alang belanja! ha ha. First time jugak makan kat sini, yang Dart paling suka ikan keli chili bakar! Semua makanan kena bakar sendiri, ada juga steambot tapi tak sedap langsung kuah tomyam dia. Ada buah-buah, ais kacang, ice cream for dessert. Best!

Dah berapa kali Dart datang area BB ni, satu sebab selalu ke M.A.C Lot 10, kalau nak beli apa-apa dart akan beli kat Lot 10 sebab dah kenal salesgirl dia, Karen. G uniqlo, masuklah dan nak tergelak sebab penuh dengan baju winter!! grrrrrrr. memang takkan beli la, cashmere and all the fleece jackets, down jacket, muffler, mittens! Pergh sungguh tak sesuai! Yang bestnya jeans dia(satu jenis ja - skinny fit straight) sale sampai jadi rm49. Morah-morah. Nasib Dart takleh pakai dah. Tunggu lepas baby keluar, dart akan borong Boyfriend denim. Dart paling suka boyfriend denim uniqlo! 

Kesipulannya, takmau pi IPOH!!!! I love my life here with my family and friends!!!duh~

11/6/10

banjir di as


hampir naik air

2 3 hari ni, kawasan utara semenanjung dikejutkan dengan kedatangan air yang tak diundang menyebabkan lebih kurang 25000 orang penduduk terpaksa menjadi mangsa banjir. Ada kawasan yang air naik sampai ke pinggang. Ada kawasan yang tak naik air tapi bekalan air dan elektrik pulak dicatu. Ha rumah aku lah tuh. Alhamdulillah sangat air tak naik masuk sampai ke dalam rumah, kalau tidak jenuh pulak nak kena angkut barang-barang naik atas..Hopefully semua ini akan berakhir secepat mungkin...amin...
9/30/10

birthday.


Well, my birthday has recently past last week. Life went macam biasalah, sharp midnight came across the night, got a simple birthday wish from hubby, the best was his tender kiss. Lagi best kalau baby dalam perut ni boleh ucap birthday kat mummy. Sebelum ni dapat hadiah bagai seronok...tetapi sekarang hubby's warmth sudah cukup membahagiakan. :)

The day before, i was craving for cupcakes and hubby drove me to wondermilk cupcakes. Lest just say, the cafe was extremely gorgeous. Cupcake dia boleh la....paling menyengat milo flavaaaaaaah! Not too sweet compared to others.

suteki~

Bangun pagi tersangatlah fresh, rupanya i would received a bouquet of flowers from hubby. Chey nak surprise lah konon, tapi memang it worked! Thanks honey. First time to get yellow and orange flowers. Maybe he wanted something different. Dahla hantar ke ofis, satu kampung tau bikin i maloo saja lah! Terasa sweet sekejap haritu.

Letak di meja sikijap.

and not to forget present from officemaite!

They really made my half day besides balik rumah bukak facebook, wishes from friends praying for my happiness! I could feel the blessings from GOD. Thank you for giving me such a wonderful life. No complaint, i just feel sangat-sangat BERSYUKUR by having a lovely husband, now we're waiting for our jr. to come out, wonderful job(started to like my job), caring family, I couldn't ask for more!

The rest of the day will be storied later. to be continued.

9/20/10

riang ria raya


ish lambatnya entry aku pasal raya.heheheh hopefully its not too late to wish everybody Salam Aidilfitri. Ala raya kan sebulan.Cemana raya anda-anda sekalian? Surela syok kan. Dek raya haritu, Mommy Dart naik 4 kilos!!! mAk aih.. Perut dah naik jadi macam belon dah..Kalau buanhg dalam laut, boleh terapung.

Raya haritu best sangat sebab boleh jumpa sedara mara, dan jugak kengkawan baik. Raya di kampung simple aja, baju raya pon tak banyak compared masa zaman sekolah dullu.

Paling best sekali.... dua balun ketupan pulut sampai muntah! Tapi tunggu nak muntah tak muntah-muntah pon, sebabnya perut aku tak rasa nak muntah. Baby dalam perut pon suka. Haih kaki ketupat btoi...Raya pertama tu boleh dikatakan tak makan langsung benda lain....Ketupat ketupat ketupat!

duit raya pulak macam mana? cis ni la bila dah berkerjaya tambah pulak dah nak beranak pinak, semua orang dah tak kasihan nak huloq duit raya. Nasib baik la mama aku dia anggap aku ni macam baby lagi kot..dapat la jugak hahahhaha thanks ma n pa!

Baju raya? mmm..baju raya kami set tema turqouise...tapi tak la boria...ala ala nak biru hijau tu acceptable lah...Sebabkan aku preggy, terasa nak pakai dress masa raya...ada banyak kan sekarang trend..yang ala-ala kaftan pon banyak...tapi Dartnya tak la kelawar sangat baju nya...inspired by Angelina Jolis gitu...time dia preggy pakai caftan cun gilak...




caftan style...cantik kan!
some of my frens yg pakai baju raya theme caftan pun mmg cantik...

selamat hari raya!
esok crita pasal selamat hari jadi pulak ha ha.


9/8/10

balik kg!


Raya mode and balik kampung mode is now ON!
Sudah 5 tahun gua tak beraya bersama family terchentaku.
Sudah 5 tahun jugaklah familyku beraya tak cukup korum.
Along was in Liverpool, and i was in Japan.
Ha ambik tahun ni memang komfom meriah!
Malam ni balik singgah di Taiping kejap, then esok pagi bersedia menuju ke destinasi.
ALOQ SETAQ here i come!!

Tapi bila dah kawin ni, limited sikit cuti. Nak kena beraya di rumah in law pulak. hehe
Bukan apa, tak puas laaaaa.

So, Selamat hari raya untuk semua orang yang mengenali daku.
Tahun ni takdak salam perantaun nimore.
(ceh, macam la tiap2 tahun masuk paper)


Oklah, dah siap masak, tunggu hubby balik, then terus bertolak. Drive safely. chow.

tunggu.......~
5/28/10

mama di usj

well, semua irang tengah tidur except me. Layan tv kat bawah. Bubu, ma, pa n alang semua tengah syok layan tido. Mama n papa sampai semalam, bawakkan mango n baked macaroni for her asyik-meloya daughter. how sweet! Sampai terus ambil alang di HUKM, terus balik ke subang. Berenti di restoran sebelah sunway pyramid lepak supper nasik lomak. Aku la yang lapar sangat, tak dinner sebab tak lalu makan. Sampai rumah dah dekat pukul 1 30 pagi lebih. Bantai tidoooooooooq.

Pagi tadi, mama bagitau papa semangat nak tolong aku n bubu buat operasi belakang rumah yangpada suatu hari, ada makcik datang melolong tiba-tiba cakap belakang rumah aku ada asap tebal wth? So terus bapakku nak tengok2kan belakang rumah, tolong apa yang patut untuk kebahagiaan kami berdua ha ha. Terharu sangat.

Mama n aku masak di dapoq. Alang macam biasa membuta sampai tengah hari(macam aku dulu sebelum kawin hahak)Bihun bandung, etc. Lepas tolong mama masak terus flat. Tunggu papa n bubu balik jumaat, terus makan depan TV. Papa nak layan American Idol hahaha.

Sekarang semua tidoq. Oklah aku pun boring. Kang aku pon tidoq jugak. Bye.
3/7/10

big bro

Today i wanna write something about my bro. Oh yeah i have one big bro name Danial. He's the eldest among us. Manja, paling sedikit masa tinggal dengan family sebab he left home early to further his study in Mrsm, pastu terus fly to UK. (kami semua tak masuk sekolah asrama penuh :)) He lives in Liverpool and plays guitar and also compose songs. OKlah aku tamau cerita banyak nanti cakap puji lebih-lebih ha ha. He's damn pandai. cita-cita dia nak jadi singer malam-malam, siang-siang rawat orang sakit ha ha. Cam terbalik ja. Ok, Dr. Danial, hopefully hang boleh jadi singer impian hang itu. Yang agak terkilan, he can't join my bigday :( sebab tiada cuti. He's coming back for good this year 3 months after me. Jangan lupa bagi ucapan masa kenduri aku nanti! And also, u've promised me to be "slim" before u come back for good nanti. we'll see ha ha. love u always.

while performing
with HUJAN band

melalak

sapa tak kenai tatau la.

search

ok im done. Awat asyik tulis post pasal family ni ?? Maybe i have to blah cepat-cepat dari sini. sigh.

one happy family @ home

powerpuff girs tihihihihi.
1/28/10

ugly betty


Here comes the cute lil sis. With her new look.
Ha berangan sangat nak pakai, pakai lah.

Missing home badly.
Lama tak rasa homesick.
;(



layan....
esp time mamat omputeh tu miming2 cute.

12/6/09

rambut nyonya



rambut nyonya, ni MAY kedai china tu punya pasai, aku cakap nak rambut wavy, itu yang jadi!hahahhaa takpa, the point is i really really miss them, alang, adik, mama, papa, along!!
10/23/09

orang jepun tak semangat

Hairan aku, semangat kekeluargaan di kalangan masyarakat Jepun renggang sama sekali. Mungkin budaya dan perasaan malu itu membuatkan mereka tidak rapat. Kalau aku, aku memang akan berasa tenteram dan aman bila berada di kampung halaman. Tidak pernah terlintas di lubuk hatiku tidak ingin pulang ke kampung halaman. Tidak seperti mereka, mereka merasakan menyusahkan apabila untuk pulang ke kampung halaman masing-masing, rela menghabiskan masa sendirian atau bersama teman-teman seperjuangan atau dengan part time job. Jangankan hendak pulang ke kampung halaman, sekadar bertanya khabar berita mak ayah pun agak susah untuk orang Jepun. Mungkin mereka sudah biasa. Anak pun tak ramai, bila anak dah besar panjang, hubungan itu seolah-olah terputus sama sekali. Mak ayah hidup berdua tanpa dipedulikan oleh anak-anak. Sedih aku apabila mendengar rakan aku rasa menyusahkan untuk pulang berhari raya(raya Jepun). Hari raya seolah-olah tidak memberi apa-apa makna buat mereka. Kenapa mereka sangat "cold" dalam hubungan kekeluargaan? Bosan...
10/18/09

happy birthday pa!

hey meet my papa!






Tanggal 16 hb Oktober adalah hari yang seingat aku agak bermakna bagi aku. Hari inilah papa aku dilahirkan 57 tahun yang lalu. Kalaulah aku ada di Malaysia akan aku kucup pipi papa dan peluk erat-erat sambil mengucapkan HAPPY BIRTHDAY PA! Tapi apakan daya aku jauh he he. 2 orang Adik kecik aku ada di pangkuan papa so aku wakilkan kat diorang ja lah untuk peluk papa bagi pihak aku. Semua prang sayang bapak masing-masing kan dan samalah macam aku. So aku nak menulis pasal papaku sebagai penghormatan aku terhadap papa. Bila baca masa tua nanti sure best.

Perkara-perkara dan fakta pelik yang membuatkan papaku lain dari papa orang lain :
  • kuat, strong dan semakin membuncit ha ha.
  • pemurah, baik hati, tak pernah berkira. Sebab tu aku rasa rezeki papa memang murah. Sedekah itu adalah jalan kepada kesejahteraan.
  • umur dah hampir masuk 60 tahun, tapi tetap maintain dengan rambut hitam berkilat! wow nampak muda gitu!
  • boleh dikatakan stylish tapi agak skema. Sebab suka masukkan baju dalam seluar selalu. Baju kerja warna putih(setiap hari), kalau casual baju kemeja warna selain putih hahhahha. He wears jeans with dockers/levi's belt tho. :p
  • Suka bercerita bed time stories masa aku kecik-kecik dulu. Banyak cerita-cerita lawak yang papa selalu cerita kadang-kadang sampai suruh ulang berpuluh-puluh kali tak jemu ha ha. really miss that time *sigh*
  • suka manjakan anak; papa aku memang suka belai anak-anak. Papa tak kisah kalau baring-baring atas riba dia.....aku ingat lagi masa kecik dulu aku tak boleh tidur kalau papa tak garukan satu badan aku. Aku suka papa belai rambut sebelum tidur juga hihi.
  • pandai mengurut; kalau mintak papa urutkan badan masa lenguh-lenguh papa takkan dan tak pernah cakap taknak. Papa pernah jugak buat lawak nak jadi tukang urut di kilinik papa ha ha. Cakap apa lenguh atau sakit sebab apa sebab he really knows about muscle pain. Kadang-kadang jadi addicted pulak nak suruh papa urut hehe.
  • all rounder. Genius tapi tak nerd. Nama papa ada kat papan dinding sekolah JENAN sebab dapat anugerah spm terbaik. waaaaah bangganyaaaa~
  • suka gadjet; umur dah meningkat tapi perasaan sukakan gadjet makin menambah ha ha. Kalau duit beli gadjet papa takkan kedekut. Laptop, camera, recorder, ipod, anything yang boleh dapat kat Jepun ni dia minat. test digicam(macro mode maybe :p)
  • dr. perubatan yang sangat-sangat suka sejarah. Kalau ke klinik sekarang pun, papa sibuk dengan projek. Sekarang papa adalah antara orang penting persatuan sejarah dan numismetic utara. Selalu buat research by reading or dengan melawat negara-negara asing seperti Indonesia, Thailand untuk mengumpul maklumat sejarah matawang lama. Hobi mengumpul duit-duit lama dari dulu memang tidak disia-siakan. Dah tulis satu buku, sekarang tengah menulis buku yang ke-2. Selalu bagi talk bukan pasal perubatan tapi pasal duit-duit lama. Masters in mata wang Melayu. Pelanggan tetap ebay ha ha. Pernah ada impian nak buka muzium sendiri suatu hari nanti. Hobi dah jadi macam research dah sekarang aku tengok.
  • suka buat lawak loyar buruk. Serius papa memang penyeri. Aku ingat lagi kalau mama tengah melenting, mesti aku akan mintak papa cepat balik dari kerja sebab bila papa balik, mama jadi angel!wow......:p
  • minat music. Masa baru-baru kawin dengan mama, masa tu takda tv, papa mainkan guitar untuk mama. Sweetkan. Sebab tu anak-anak dia pun suka music. Tapi bukan calang-calang papa. Papa suka layan band legend lama-lama dulu siap suruh aku download dvd concert led zeppelin, black sabbath, beatles, dan band-band legend lain. He's RAWK!
  • suka try baju dan fashion show sendiri lepas shopping. Masa kat Malaysia dulu, kami selalu shopping di Penang. kecik-kecik selalu ke Island Plaza shopping kat situ sampai penuh tangan. Dari tengah hari sampai malam wo. Balk-balik rumah terus try baju. Aku ingat lagi papa baru beli set baju sukan Adidas dan sport shoes, then papa pakai masuk bilik kami lari-lari gaya jogging buat gaya nak bersukan hahhahhahhha
  • suara papa sedap dan merdu sangat-sangat. Selain suka menyanyi, papa pandai baca quran. Seriously aku cakap aku susah nak dengar suara sedap kalau berimamkan orang lain. Rasa tak puas kalau suara orang yang jadi imam baca tak sesedap papa.
  • pendiam. papa kurang bersembang dan aku sangat senang dengan lelaki yang kurang bersembang. Kalau mama telefon dari Malaysia, mama cakap cakap cakap padahal papa kat sebelah tapi dia diam aja he he. Last-last nak letak telefon papa akan bersuara. "BYE..." haha.
  • tak suka bergambar sebab suka mengambil gambar. Maybe dia rasa orang lain ambil gambar tak elok kot. Suka photograpy dan sangat memahami, kalau aku nak beli camera dia takkan cakap tak payah beli hehe.
  • sukakan nature. Suka pokok-pokok, berkebun, menanam pokok, alam sekitar. Masa kecik-kecil dulu papa pernah ajar kami kumpul dan awet rama-rama. Pergi ke hutan dan tangkap rama-rama, masukkan dalam botol berisi formalin sampai rama-rama tu mati, dan cucuk di board khas. Macam saintis pulak terasa ha ha.
  • sporting tapi tak lupa bab agama. Maksudnya papa betul-betul mendalami bab agama. He even hafal hampir semua quran. Sujud sejadah setiap Jumaat. Selalu mengantuk dulu kena paksa berjemaah subuh hari jumaat :p Belajar bahasa arab semata-mata nak fahami doa-doa yang dibaca.... i really adore him especially his figure masa nak ke masjid. The most handsome ustaz. ha ha. Baju melayu putih, lengkap berbutang modern, kepiah putih, kain pelikat putih dan sepatu melayu sejati, plus bau perfume POLO raplh lauren blue. Nak jadi macam papa suatu hari nanti!
  • selalu dengan buku. Tak pernah aku tengok dalam hidup papa sehari tanpa buku. He really likes to READ. Anything! Sejarah, agama, perubatan, you list!
  • He likes art, pandai melukis! papa pernah skecth muka mama dan framekan. Memang cantik. Kat rumah aku penuh dengan lukisan yang papa beli sampai tak cukup nak letak. Pernah papa cakap kat aku papa teringin nak jadi arkitek dulu tapi TERjadi Doctor. haha apakah~
Banyak lagi fakta pelik yang membuatkan papa lain dari yang lain. He's precious to me. Kalau boleh nak suami pun yang sebijik macam papa....:) Happy birthday pa, U've been the greatest papa to us. Semoga panjang umur dan murah rezeki yang sentiasa murah. I love you forever.

MUAHHHHHHHHHHHH!
10/7/09

seminggu sekali pun belum tentu

Semua orang ada impian masing-masing kan? Sama la macam aku. Salah satu impian aku kan...kalau lah boleh nak masakkan untuk family aku nanti Japanese food seminggu sekali.....macam best aja. Ofkos la family sendiri, sebab family mak bapak aku memang tak boleh nak telan makanan Jepun ni kecuali Adik n tokwan. Aku sangat suka Japanese food. So does bubu. Ya la, kami sama-sama pernah belajar kat sini kan so apa salahnya untuk tidak melupakan memori-memori indah kat sini, make a point untuk masak sediri dan makan dengan bahagianya sama-sama. Uhuhu.

Sebenarnya tak susah nak masak makanan Jepun. All we just need are miso(soybean paste), fish stock(selalunya pakai ikan katsuo @ bonito), dan kicap masin. Dalam banyak-banyak resipi yang aku pernah tengok dan kaji, hampir kesemua resipi ni pakai 3 bahan tersebut. Makanan Jepun seperti yang semua orang tahu, sangat berkhasiat dan kurang rasa(ala-ala tawar gitu). Kenapa berkhasiat? Sebab majoriti masakan Jepun menggunakan kaedah REBUS dan RENIH atau makan menta begitu sahaja(ikan boleh terima lagi, ada yang makan daging kuda, daging BABI mentah pon ada uwekkkk!). Ada jugak lah goreng-goreng tapi tak banyak. Tak payah susah-susah nak tumis bawang dengan minyak macam masakan di Malaysia.

Impian nak masak seminggu sekali tu harap-harap dapat direalisasikan la supaya aku tak lupa kat Jepun esok lusa. Aku sangat sayang kat Jepun sebenarnya sebab di sinilah aku membesar , kenal erti hidup yang sebenar selepas alam remaja. Kalau boleh jugak, nanti kalau dah ada rumah sendiri, aku memang nak ada satu bilik yang dihiasi Tatami(Japanese flooring) hiasan Jepun dan pintu tarik-tarik kertas yang macam selalu korang tengok kat TV tu. Betul ni tak tipu. Then semua kenangan yang aku lalui kat sini aku akan letak dan hias kat dalam bilik tu. Maybe one fine day....

Minggu lepas aku masak Makanan Jepun for our dinner :

明太子茶碗蒸し"Chawan mushi"
steamed egg(pudding) with cod roe

鰯尽くね汁"iwashi zukune jiru"
sardine ball wisth miso soup

ハンバーグ "hamba-gu"  
Japanese hamburger steak
sory guys kuah telebih masin ha ha

p/s: hopefully boleh master masak Japs cousine. Alah ada buku resipi mesti jadik punya! ngeeee~
 

Blog Template by YummyLolly.com