Showing posts with label study. Show all posts
Showing posts with label study. Show all posts
3/1/10

hari ini dalam sejarah



Hari ini. 1 hb mac 2010. Hari di mana aku dah tak payah pegang buku(semasa). No longer living life as a student huahuahua. Syok habis!Hari ni last day untuk aku berkhidmat sebagai pemegang biasiswa JPA di Nippon, untuk membawa balik segulung scroll ijazah, dan juga berkhidmat untuk negara. chewah. Tapi aku boleh aja nak ke campus esok, barang-barang still tak kemas lagi. Harini merupakan hari di mana aku present semua benda yang terjadi semasa aku menjalankan internship di topy Indutries tempoh hari. Present chikai ja. Tak perlu pakai suit, print slide, lekat atas kertas mahjong, lekat di dinding dan present kalau ada orang datang bertanya ha ha. Start dari pukul 1 pm sampai 3 pm. Lepas habis rasa release sangat-sangat dan juga tak tentu ara dibuatnya. Sebab selalunya pakcik Mori akan bising kalau tak datang lab. Tapi harini atau esok aku boleh buat apa aku suka.

my lunch

lab mate dengan i-phone barunya

hilang macho kau Saharu!

Ayumi chan- good luck kena hentam dengan pakcik mori tahun depan

iphone application - vervier caliper USELESS! haha

ayumi & inaho

slide aku tu yang hijau-hijau tu

Yamada with Yabushita sempai

Saharu tengah present

Lepas present, sembang-sembang dengan lab mates, submit borang yang kena hantar kepada Pakcik Mori, dan lain-lain. Banyak jugak benda yang nak disetelkan.

Pukul 4:30 p.m terus cabut balik rumah ha ha. heaven sungguh! Balik aja rumah terus telefon NTT Flets hikari(internet paling laju dalm donia) nak potong (sadis...sobb sobb), so 15 hb 3 internet di rumah kami akan kena potong. No 100Megabyte internet connection dah after this. Then telefon softbank nak tukar semua point dengan accecories telefon iaitu battery pack dll. Fuh, baru sikit aja benda yang aku buat. Banyak lagi benda nak kena kemas. Kotak semalam dah cari. Penat penat.....

So, terima kasih JPA sebab bagi aku peluang untuk belajar menimba air serta ilmu yang tak dapat dibeli di Nippon. Jasamu dikenang, serius. Pengalaman yang tak ternilai ni jugaklah akan aku guna untuk masa depan Malaysia. Banyak lagi yang Malaysia perlu belajar dengan negara maju, terima kasih sebab membuatkan mata dan minda aku "terbuka" luas. Kat sini lah aku belajar berdirkari. Dekat sinilah aku belajar menjadi kuat untuk menempuh hidup. Aku rasa aku lebih patriotik bila dicampak kat negara asing ni. Betapa pentingnya nilai sebuah negara terhadap seseorang.

Terima kasih juga dekat Pakcik mori sebab sangat strict sampai aku selalu rasa nak menyumpah-nyumpah kau. Tapi ternyata kalau tak strict, aku akan malas-malas hehe. Love Nippon always...cam love lettter la plak.


MINNA OTSUKARESAMADESU~

ignore all those clothes & messy files. ha ha.

jacket : uniqlo
shirt : bundle - RNA pre DNA Incorporation
skirt : ili
legging : no brand
boot : no brand

12/23/09

after all

Setelah penat lelah bermain-main(bukan main sangat la, berat nak mampus bikin aku sakit dada) benda di bawah ini;

ini...

dan ini...

sehingga sanggup menghitamkan jari-jemari lemah gemalai sendiri ouhh serupa mekanik!

sememeh kan.

terpaksa menjamah sushi tiap-tiap hari semata-mata nak kejar masa tak balik makan di rumah,

dan tiba-tiba ada construction, kena pindah jadi pelarian banjir ke tingkat 6(wtf) masa saat paling genting.

berhempas pulas tak balik rumah buat eksperimen,

berjaga lewat malam dalam lab sampai nak muntah,

makan kat luar hampir setiap hari,

kena marah dengan lecturer,

lecturer reject data,

di saat-saat esok dateline, keja betimbun-timbun,

slide keja reject,

nangis sedih sebab terlampau tensen(benda yang palig jarang terjadi)

tapi....

semuanya berbaloi. memang berbaloi!

semua usaha berbaloi. aku dah boleh senyum lebar :)
(tengoklah aku betul-betul senyum ikhlas tu!)

dan boleh menjamah makanan mahal lepas presentation.

at last, i am nearly graduating!tinggal thesis ja lagi, then im free!

6/22/09

"sejuk"nya....grrrrr~

Rasa macam taknak balik. Baru balik dari study gerup. Aku paling tak suka study group sebenarnya(selagi aku tak prepare langsung dan pi berstudy gerup tapi kepala habuk pon tarak). Last-last jadi mami jarum kot. "Eh dia tu break dah la...", "Wey hang nak tau dak....bla bla". Serupa persidangan makcik-makcik takdak kerja.

Tadi aku lepak rumah Inaho-chan, my Japs pal. Minah ni siriyes baq hang baik gila. Baik sampai aku tak sanggup dan malas nak melayan karenah dia menangis mengadu domba putus cinta dan bla bla..Sakit mental ka apa. Bukan apa, setiap hari mesti ada sahaja masalah jiwa yang nak diadu. Abaikan. Ada seorang lagi, Megu-chan. Ala, aku pernah sebut nama minah ni kat post yang lalu. Bapak dia yang penganggur tu. Megu-chan tengah gelabah banyak subjek kena cover. Tadi boleh tahan seksi, berlurah-lurah. Bikin "cemey" mata aku saja.

Inaho-chan. The sweetest girl. Dollar dollar bill yeah.

Megu-chan.
Sekali tengok macam pakai baju tidur nak tayang kat suami gitu.ha ha

Yang paling penting, dalam bilik Inaho-chan ada EKON. Bukan AKON penyanyi rap kesayangan semua chics-chics bimbo tuh. Jepun dah makin panas. Lembab(basah) semacam la hari ni. Baru lepas hujan lebat siang tadi. Terasa diri "bergetah" sedikit.ha ha. Inaho-chan offer pasang EKON dalam bilik dia. Memang aku suka. Kat rumah di kampung halaman tak sah kalau tak bukak EKON sampai 20 darjeh celcius sambil ber-boxer selamber. Bapak aku lagila, 16 darjah celcius. Masuk bilik serupa berada di laman strawberry Cameron Highlands.

Belajar sedikit terasa mengantuk. Dan terus nak balik. Tapi taknak balik sebab ada EKON. Nak EKON sekarang jugak. Nasib baik aku tak duduk dalam bilik Zaza(housemate). Bilik dia ada EKON. Kalau tidak melambung la bil letrik. haih.

p/s: ok aku janji esok aku akan lebih terang hati nak belajar. Sia-sia makan "Nasi Stamina Belut" kat Joyfull tadi.
 

Blog Template by YummyLolly.com