6/18/09

orang tamak selalu untung

Alhamdulillah lagi...petang tadi tengah tidur, rasa tak sedap hati sangat-sangat, tak leh tidur nyenyak, aku tak berapa sihat, lab sehari tak pi, i just need a rest. Tengah hari dapat mail from orang HR from Yamaha Malaysia mintak datang visit YEM's plant kat Perak kalau la aku balik summer nant. Aku balas la cakap bla bla... ingatkan mail tu la yang dapat pulak...tengok-tengok dapat e-mail from Canon sekali dengan offer letter dapat kerja lagi..memang tak sangka dan berharap sangat for Canon. So bila dah dapat, tatau nak rasa apa. syukurlah..banyak peluang yang aku boleh pilih..Canon ni...yang slack nya..gaji ciput la..maklumla, assistent engineer ja pun. RM2200 ja. mampus kena gelak dengan adik aku. Tapi the merit is, it is located near to my hubby's company. Boleh la berangan dihantar dan diambil masa kerja nanti. Beranganla Dart....

p/s:bak kata ejat, orang tamak selalu untung. Accept ja semua buat masa ni. Bijak ejat.

sarouel pants

Have you ever heard about Sarouel Pants(サルエルパンツSa-ru-e-ru)? Do you have any idea about it? "Sarouel" is a French term for a low crotch trousers, traditionally worn in North Africa. It is wide, flowing pants whose leg bottoms are tight, and also has a very low crotch plus very comfortable to wear! It is said that Sarouel pants was originally worn by Muslim as folk costume. In 1977, Sarouel pants have been introduced for the first time at Paris Collection and from around 2002, again this pants has become the fashion icon among fashion lovers.

the characteristics of Sareoul pants

Sarouel pants also can be called aladdin pants, afganic pants, harem pants(click for info), salwar/shalwar(click for info) pants or parachute pants. They are all share same criterias.




best fits with Gladiator or high heels

In Japan, denim Sarueru pants is more popular than other materials. They're cool!!





Cool huh?Nak nakkkkkkkk!!!
6/17/09

errrh...aaa....ummmmm

Hari itu.
Teringat betapa bengapnya aku bila tanpa Calculator.
:
"56 - 28?, tolak cepat.", kata senior.
"errh, aaaa, ummmm(sambil fikir)"...
:
sia-sia mak aku hantar ke Mental Arithmatics habis beribu masa kecil dulu.
Ampun Ma.
Tapi memang aku lembab hari itu.
Mungkin gemuruh sebab senior handsome dok pandang.
(sambil sumpah seranah betapa bodohnya aku. Lembab minah ni.)
Ah perasan!

back to 80's!
Zebra singlet : World wide love (bundle from 2nd street)
navy blue cardigan : honeys
Pants : Rematched(brapa kali ulang. Malas basuh)

p/s: hampa mesti penah rasa kan.

320km/j



The mascot, cute as usual.

A new Shinkansen bullet train being built to go into service on the East Japan line will travel at up to 320 kilometers per hour , making it the fastest rail service in Japan.

A new Shinkansen bullet train being built to go into service on the East Japan line will travel at up to 320 kilometers per hour , making it the fastest rail service in Japan. Test runs for the Series E5 train are planned for July 2009 ahead of its debut in spring 2011. The 10-car train will be initially operated at a top speed of 300 kph, ramping up to 320kmh by the end of March 2013.

JR East has released an artist's drawing of the Series E5 train, which is scheduled for launch in 2011 on the Tohoku Shinkansen Line between Tokyo and Aomori. The new model looks very similar to the N700 series but will feature the boldest nose design on a Bullet train to date, a 15-meter (50 feet) pointed front to further lower aerodynamic friction.

No technical details have been provided for the E5 but we can expect the same distributed electric motor layout as used in all Bullet trains to date, where each carriage has between three and four 300kw traction motors giving the train 10-12 Megawatts of total traction power. This allows a Bullet train to accelerate from standstill to 300km in less than two minutes.

Test runs will begin in July 2009 ahead of its debut in spring 2011. The 10-car train will be initially operated at a top speed of 300 kph, and will be raised to 320 kph by the end of March 2013. The company plans to produce 59 of the E5 trains by the end of fiscal 2015.

Paul Evans

Via: Mainichi Daily News.


p/s:Jepun makin maju. Malaysia?

6/15/09

his ball

lelaki bernama MASAKI pandai bermain dengan 'bola'nya. Enjoy.

6/14/09

jump!


“Jump, and you will find out how to unfold your wings as you fall..”

-Benjamin Franklin-


white dress : honeys
with a pair of leggings.


tukar topik

(asyik cerita pasal confuse ja...tukar topik pulak.)
:
One fine day, macam biasa petang aku dan zaza menuju ke kereta kami(MITSUBISHI Minica Guppy), nama Guppy sebab bentuk macam ikan guppy kot. Cute, fine pickup sebab suka merempit, paling laju 70km/j haha. Sampai-sampai kat kereta, nak masuk dalam kereta aja, ternampak benda tersangkut kat side mirror kanan :

PENGUMUMAN :
Kereta ini tidak berdaftar. Sila membuat pendaftaran di pejabat univ ersiti dengan kadar segera dan dapatkan pass(sticker) universiti. Kunci ini tidak boleh dicabut selagi anda tidak melaporkan kepada pak guard. A sudah...

Kereta kami memang tidak berdaftar, dan tak mahu daftar pun. Nak daftar, kami kena kepilkan insuran kemalangan kat pejabat. Nak dapat insuran tu, sebulan kami terpaksa membayar seratus ringgit lebih.

Sebenarnya, bukan itu menjadi topik kali ini. Topik yang sebetul-betulnya, kalau kejadian tempoh hari tidak berlaku, aku tidak akan kecut perut dan kalut ke pejabat pendaftaran kereta untuk menukar nombor plat kereta. Sebab aku memaang liat sikit kalau hal-hal pejabat. Malas wey nak uruskan semua benda ni. Aku beli kereta ni semasa aku kat Maizuru, Kyoto sebelum aku pindah ke Toyohashi lagi. So, no plat kereta aku tertera KYOTO, meaning that alamat pendaftaran kereta di KYOTO. Sepatutnya bila sudah berpindah ke Toyohashi, aku mesti tukarkan no plat menjadi no TOYOHASHI. Sebab alamat aku kat Kyoto dah tak valid. Bayangkan dah setahun lebih aku kat sini, sikit lagi nak grad baru aku pi tukar alamat aku. Lembab kan?

Tapi best sebab nak tukar no plat kena buat sendiri. haha pengalaman yang tak dapat diperolehi kat Malaysia. Malaysia senang ja, tak payah nak tukar-tukar alamat kan?

proses membuka skru no plat KYOTO

bye-bye no plat KYOTO 51 ko 80-48

dah dapat no plat baru!
TOYOHASHI 580 sa 87-04

kena pasang sendiri no plat baru. haih.
:
Konon-konon kalut nak daftar kat universiti la. Lesen Jepun pun takda ada hati nak berinsuran hahaaha.

stripe singlet : bought at bundle shop(2nd street)
pants : rematched
6/13/09

lega

tuttt tuttt.
"hello maaaaa. buat apa tuuu?"

"laaaa...mama kat parkson Gurney penang ni(family's favorite spot)...Alang balik cuti...mama kat kedai crocs ...Alang beriya suruh mama pakai crocs...nak try tapi colour suka size takdak, saiz ada tak berkenan...congrats...i only want you to get the best thing in life."
:
:
tuttt tuttt.
"hello baby. tengah buat apa tu?"

"kat rumah la...tadi g rumah sedara....anyway omedetou sayang...nanti kita fikir-fikirkan yeh...."
:
:
they are the reason why i am thinking about my future, actually.
:)

p/s: thanks jugak to member yang wish!!!hehe taktau lagi nak pi ka tak..kena bincang baik-baik dulu...

mengejar bahagia atau kerjaya.

dear God....
Tunjukkanlah jalan yang terbaik untuk hambu Mu yang kerdil ini. I don't know what to say...what to do..Now I am totally clueless. Aku dah tak tahu jalan mana yang patut aku pilih. Tadi aku dapat mail, i have been selected to be one of Yamaha's employer. Aku bersyukur sangat-sangat. In fact, Yamaha used to be my (dai ichi kibou-fist hope). Since I knew I have to work here at least 3 years, and 5 years under contract with Yamaha, I don't know what should i do. Why? Deep in my heart,YES i want to be an engineer(career woman), but at the same time, i want my life to be blessed with LOVE from the one I love too. That's what i really want, i guess. Seriously, what do i want in my life actually?A career woman?Housewife?Lecturer?Apa ni???Banyaknya pilihan dalam hidup aku!!!Tak pernah aku sangka hidup sesusah ini......

journal semalam

(Interview post as Design Engineer at Yamaha Electronics Malaysia, Ipoh)

09:15 bangun pagi, mandi, pakai baju, blow rambut
10:15 makan pancake zaza, vitamins, minum air and I'm ready!
10:20 gerak ke Takashi St. (zaza tolong hantarkan)
10:40 off to Toyohashi St.(JR), Hamamatsu St.(JR), Hachiman(Entetsu).


12:00 Jumpa Gori dekat pintu masuk Yamaha. Besaq weyyyyyyy kilang dia.
(Paling best impression pasal Yamaha, tak payah pakai baju kerja while working. Jeans n t-shirt pon boleh.....cool!Pukul 12 time lunch, terkejut macam kat univ semua orang keluar dari office pakai casual)
12:45 Pendaftaran. Terkejut 7 orang ja datang intereview. Ingatkan ramai(2 denki(electrical), 5 Kikai(mechanical). Nak 6 orang(2 electrical, 2 mechy, 2 programming)
13:00 Examination majoring in mechanical(babi langsung takleh jawab. Maths ja boleh)
(LK punya design langsung langsung tak fahammmmmmmmmm.bengong)
14:00 interview session(second last)
15:30 masuk interview (total 4 orang interviewer, 3 orang di depan, sorang lagi video call from Malaysia, fully Japanese.phew)
Antara soalan-soalan yang kena tanya:
-Please introduce yourself
-Why have you chosen Yamaha?
-Introduce us about your final year research project
-In your resume, u stated that u can play musical instruments, what song u like to play?
-tell me about your parents
-How many siblings do you have?And you are?
-In your recent research, do you apply "Designing"?
-Selain Yamaha, ada mintak company lain?
-If you are to be chosen from other company, which one will you choose?Yamaha or Canon?
-YEM is designing AVAmplifier products, not the musical instruments, and are you interested in AV products?
-You are a woman, I wonder why do you interested in Mechanical. not like Japanese women?
-In handling with machines, don't you feel disgusting with the oil, lubricants and stuff?(Aku jawab=oh i like oils' smell, kena gelak)
-Are you willing to be trained again here in Japan for 3 years?(mesti aaa aku tak sanggup...tapi jawab bukan main nakkkkkkkkkk.Hipokrit gila)
-We are expexting you to work at least for 5 years at Yamaha. Are you willing to do so?(TIDAKKKKKKKKKKK. tapi jawab sebaliknya.)
-Again you are a woman. Woman gets married early. What about you? (Dia ingat aku org Jepun ka, kawin terus berenti kerja. Oh mesti la tidak. Aku terus tanya. "Eh, tak boleh kawin ka?", terus diorang gelak)
-Mak ayah tak rindu ke kalau kena kerja 3 tahun kat sini lagi?
-Production and Designing. Which one do you prefer?
and banyak lagi (approx 30 mins)

16:30 semua dah selesai. Terus ke Hamamatsu St. Makan makanan Pakistan. Sebelum tu belikan Yana n Zaza Turkish Kebab.

and balik Toyohashi.Sampai di Toyohashi, sempat layan Jazz performance kat luar Toyohashi St. Healing.....


Kesimpulannya, harap-harap aku tak dapat. Dah tak sanggup duduk Jepun. But i've gained precious experience in job hunting!!Best.

kemas.
6/12/09

piano cap yamaha

off sehari to Hamamatsu for job interview.hummmmmmmph. awatla kena training 2 thn kat sini......
(macam dapat ja ceh)
6/10/09

Jepun dan Kad Pengenalan Diri

(CONTOH Lesen Jepun. Walaupun bukan orang Jepun.)

Tahukah anda....Orang Jepun tidak mempunyai atau tidak mewajibkan sistem kad pengenalan diri yang dilabelkan dengan nombor atau abjad tersusun dalam satu kad? Tetapi tidak pada negara Malaysia. Setiap orang di Malaysia diwajibkan mempunyai kad pengenalan diri masing-masing. Kad penganalan merupakan sejenis dokumen yang digunakan untuk memastikan identiti pembawanya. Sebaliknya, untuk pengenalan diri(isi borang dll), orang Jepun selalunya menggunakan lesen memandu, kad insuran kesihatan, atau kad pelajar.


Kad pengenalan sangat sistematik di mana memudahkan kita dalam urusan pengenalan diri, pengisian borang dan banyak lagi. Isu kad pengenalan di Jepun telah menimbulkan kontroversi, kerana dikatakan membolehkan kerajaan mengintip rakyatnya dengan mudah. Selain itu, orang Jepun membantah sistem ini kerana berpendapat "manusia" tidak patut diklasifikasikan atau "dilabel" dengan menggunakan nombor-nombor atau abjad-abjad khas sama seperti robot, atau mesin-mesin.

Berlainan pula untuk warganagera asing yang menetap di Jepun. Kami diwajibkan mendaftar dan memiliki kad pengenalan diri masing-masing yang juga digelar "ALIEN CARD." Ini mungkin disebabkan untuk mengelakkan perlakuan haram; contohnya, di sini prosedur untuk pendatang asing tanpa izin mungkin berbeza mengikut umur atau kerakyatannya. Tanpa dokumen pengenalan, pendatang tersebut mungkin mempunyai lebih masa untuk menyiapkan kesnya sementara pihak berkuasa cuba mengenal pasti identitinya.

p/s:nak jumpa dengan alien?kena mai Jepun. jumpa la..banyak plak tu!
6/9/09

wanita jepun suka sinting seluar(walaupun tidak banjir)




Actually, this kind of style is called ボイフレンドデニム(BOYFRIEND DENIM). It's a little bit baggy with carrot cut, usually worn with high heels. I think it's cool rather than wearing boot cut for usual! Maybe i am not into "sendat-sendat" apparel kot(kaki keding). Bigger size skinny pants can also be called Boyfriend denim as long as it's not tight!
:
:
My "boyfriend denim"
Pants : Levi's (rematched)

6/8/09

hijau alam sekitar

haih.this is what i call the "green" die hard fan. hehe
:
:

black t-shirt : in this life (made in Japan, bundle)
green skinny pants : Back Number

6/7/09

perihal semalam

(bibir dah tak seksi tapi tetap menawan dengan parut hitam)
Kadang-kala teringin menjadi comel. Aku cuba mencari-cari "hair arrange" dalam majalah NONNO bulan ini untuk ditiru semasa nak attend "barbeque party" yang diorganizekan oleh budak Univ Toyohashi (TUT). Tapi tak menjadi. Tak terlawan kecomelan orang Jepun. Last-last sarung cekak bodoh gitu and out!Dah tak kisah comel tak comel. Masa dah lambat nih.

Sampai-sampai, semua orang baru start makan ayam, kek, siap ada sup ekor lagi tuh. Tapi aku tak sempat makan la(T_T). Budak-budak TUT ni boleh tahan melahapnya. Letak makanan seminit hilang terus! Ayam bakar sedap, tapi manis sangatlah. Tak berapa nak boleh melahap. Aku boleh "go on" makanan terlebih masin, tapi terlebih manis? Cannot go. Sebab aku bukan orang Kelantan kot.

Lepas bbq, macam biasalah aku dan zaza yang kaki gambar bergambar shooting dekat Taman Miyuki yang penuh dengan lalang aku rasa. Dan macam biasalah jugak tukang mengambil gambarnya, zaza, aku modelling tahap bawahan la. Asyik-asyik muka aku. Tapi nasib baik kami berdua ja semalam. Takda siapa kacau kami. Aku snap juga satu roll Fujifilm Astia dengan Lca+ aku. Tapi hasilnya 2 bulan kemudian kot.

Aku tak kenyang!!Konon-konon sebelum balik nak singgah "Coffee Anyone?" kat GUSTO family restaurant. Nampak aja menu, terus aku order set nasi dengan ikan + sayur. Coffe apa kejadah. Lapar la.

Dari kiri : nasi ume, telur 3 suku, miso sup, spinach goreng, ikan, chawan mushi, dan daikon.
(tak ikut arah sebenarnya)

ummm.sodap!!

White Blouse : gf
Stripe onepiece : Blue Strive
Pants : Levi's(rematch)
6/4/09

bibir angelina jolie

Ni baru seksi betol. Mulut aku dah serupa mulut angelina jolie. Pagi tadi dok main-main pantai terlupa nak buang cord(tali penyambung antara board dengan kaki). Sekali ombak besar. Dush! Tiba-tiba aku terasa bibir aku terbelah. Darah bukan main mencurah-curah. Bleeding love. Sekarang cakap pon dah tak terus.

p/s:jangan salah anggap bahaya surfing. Sebab kejadian pagi tadi memang sebab aku yang bodoh.haha
6/3/09

healty life.konon

pagi:
Surfingggggggggg. Nak tercabut dada rasanya. 24 hrs kena dongak dada ke atas semasa melakukan "Paddling". Senior aku cakap aku kena training lebih sikit kat tangan, muscle tak cukup nak paddling. hahha you're right! I'm totally muscle-less.

tengah hari:
Time to go to School(brain-training)!

petang:
HIP-HOP ABS with Yana. Phewwww. I want my former abs...sedikit buncit dan berlemak...tak kental seperti dulu zaman suka berjoging. Sumpah best aku habaq hang. Tak rugi kalau hampa cuba. Sebelum ni dah pernah cuba macam-macam workouts, so far this is the best that I've ever tried. 2nd goes to Core Rhytm, next Hotpants Workout. Teringat hip-hop class masa kat Maizuru dulu...hampir sama kot!


malam:
dah letih satu badan..hahahahha.surrender....and sleep early.

makanan:
jangan ambik karbohidrat berlebihan. waaaaaaaaa. Nasi Jepun sedap...how?

grey star t-shirt : *babe be equivalent*
blue cardigan : Glacier
Pants : remixed

Apa gunanya?

Kadang-kadang aku ada terfikir, mengapa kerajaan Malaysia menghantar beribu-beribu anak Malaysia melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi luar negara, termasuklah aku?Pernahkah korang terfikir mengapa? Berjuta-juta Ringgit Malaysia dihabiskan saban tahun hanya kerana untuk membiayai kami melanjutkan pelajaran tak kiralah di Jepun, United Kingdom, Amerika, Mesir, Australia dan banyak lagi. Apa bezanya luar negara dan dalam negara? Dan adakah ada pembangunan dari segi teknologi atau infrastruktur di Malaysia selepas graduan-graduan ini balik ke Malaysia?Dan kami sebagai perantau, mampukah kami membalas jasa kerajaan Malaysia yang tak ternilai ini? Aku ada membaca satu artikel yang dipetik dari utusan Malaysia hari ini di mana Malaysia akan mencontohi Korea Selatan dalam membangunkan teknologi reaktor nuklear berskala kecil di Malaysia. Dan juga aku ada terbaca mengenai Perdana Menteri Malaysia juga tertarik dengan teknologi membran dalam proses penulenan air yang berpotensi besar dimajukan di Malaysia, selain tenaga alternatif seperti solar dan angin yang digunakan dengan begitu meluas di republik tersebut. Kenapa mesti teknologi sebegini dibeli dari negara asing? Tidakkan graduan-graduan kita tidak kira dari dalam dan luar negara mampu untuk "berfikir sendiri" tentang teknologi yang boleh membangunkan negara kita sendiri? Adakah untuk membangunkan sesebuah negara, teknologi sebegini harus dibeli?Aku tak tahu bagaimana keadaan Korea Selatan membangunkan negara sendiri tetapi aku pecaya, pemikiran bangsa sendiri juga memainkan peranan besar bukan?Correct me if I'm wrong.
6/2/09

Sweet 26?

Today is the day when my fiance turns into 26 years old! Omigod! You're 26?I just can't believe it seriously baby. Muka macam budak kecik ja.hihi. Ala, jauhnya, I couldn't make to celebrate with you dear, oh how i wish i could be there next to you watching you blow all 26 candles!(phew) But it's Occay, next year, next next year, I'll be there! Sampai la u bosan tengok muka i haha. Anyway Happy Birthday sayang. Eh terjiwang kat sini pulak. One thing=please DIET. Dah makin bulat dah. Plus, the news about your cholestrol "%", i'm concern ok. Love.
:
:

Tomorrow, 4 30 am, time to board on the surfboard!!yeahhhh. So have to sleep earlier tonight!

New hobby, new tools!Ngeeee :D
:
:
Surf_Omotehama Beach. Surfing paradise!
omotehama beach....surfing paradise...time to get tanned(habih la laki aku marah hitam!!)
6/1/09

530 day

Hari ni hari 530. 530?
What the hell is the meaning?
Dalam Bahasa Jepun, sebutan-sebutan nombor disusun menjadi perkataan yang mempunyai maksud.
Sangat kreatif bermain dengan nombor.
530 pula?
5="GO", 3=san/"MI"tsu, 0="zero".
Apabila GO-MI-ZERO dicantum, maka terhasil lah phrase ゴミゼロ"Gomi-Zero" yang bermaksud Zero Garbage.
Comel kan?
Hari gotong-royong la senang cerita.

Tengah hari sampai di lab, lepak-lepak kejap, pukul 3 30 pm mula bergotong-royong. Plastik sampah mengikut warna recycle(merah=PET bottle, putih=Non-combustible, jernih=combustible, biru=glass bottle & can), gloves, penyepit dan kerja!!

Banyak jugak sampah, rasa macam takda pun...

Cari lagi...

Saharu-kun dengan Adachi-kun bersungguh-sungguhnya


Balik ke campus 4 30 pm, dapat air botol sorang satu. Macam biasa la aku pilih soukembicha(teh Jepun). Balik ke lab, gotong-royong bersihkan lab, esok Rombongan sekolah menengah nak datang melawat. Best gak, tapi tak minat sangat la...tak iklas sangat aku tadi haha :p
:
:
Pink 3quarter shirt : Haleiwa
Black t shirt : Sid N Nancy (wall of fame)
Skinny pants : Uniqlo
 

Blog Template by YummyLolly.com