2/14/10

oh my DIYORRRRRR!


Semalam suka sangat-sangat! Hari tak dipenuhi dengan dengkuran tidur sahaja. Tidur awal dan bangun awal. Sangat rare. Sekali setahun saja dapat tengok aku bangun pukul 7 pagi wahhaha. Dipenuhi dengan aktiviti camwhoring bersama fisheye adapter lense baru Zassssss, my housemate! Venue camwhore ni kat Taman bunga, eh, tak boleh cakap taman bunga. Kebun kot.

Kat sini banyak betul festival terdiri daripada banyak katergori(bukan nyanyi-nyanyi ja), salah satunya banyak festival/carnival bunga. Semalam kami ke festival 菜の花"na no hana"(RAPE BLOSSOMS-bunga rogol?). Eh bunga ni dalam bahasa Melayu apa eh? Macam bunga tumbuh kat sayur kobis ja. Festival ni start from 9hb 1 sampai 31 hb 3 2010. Bandar sebelah Toyohashi, TAHARA city sangat terkenal dengan bunga ni selain aktiviti surfingnya. Jangan tanya aku kenapa bunga ni "dirogol", aku pun tak tahu. Sampai di lokasi, terus tak sabar-sabar snap gambar sendiri, almaklumlah, 2 orang ja pergi. Aku tangkap gambar kau, kau tangkap gambar aku. Tak pun kita tangkap gambar sendiri saja.

kau tangkap gambar aku

kau tangkap gambar aku lagi

Sangat sweet sebab keliling dipenuhi dengan warna kuning termasuklah legging aku ha ha. Cantik.....banyak tempat sebenarnya bunga ni ditanam, tapi kena gerak naik shuttle bus...so kami ke satu tempat sahaja. Tu pun dah tak larat. Tak larat sebab jemu sebenarnya he he.

kita tangkap gambar kita

Lepas bosan dan hampir muntah layan bunga rogol ni, kami terus pulang. Ondaway pulang, kami singgah di Loco Station. Salah satu spot suurfing. Aku memang tak faham la kamu orang yang surf tengah-tengah winter ni wey. Air laut tu mau berapa darjah, mau terketar-ketar wey! Nilah orang jepun, kalau dah maniac tu, manac jugak lah. Sepanjang jalan dari Tahara sampai Toyohashi, sebelah laut sahaja, so kalau terasa nak lepak tepi laut, tu boleh aja. Laut ombak besar lah, nama pon spot surf kan. Tunggu aku balik cherating, luncur atas bod kat sana lah. Tak pun sunway lagoon sudeh!

surfer sebesar semut

gambar kami-tahan pasir masuk dalam mata.

tahan pasir sambil senyum

Serius sejuk nak mampos. Sini memang angin macam ribut la. Buat penat aku lepas rambut. Memang jadi ju-on. Takpa, aku sudah biasa menjadi hantu-hantu sebab aku memang hantu. ;p Pagi ku memang dipenuhi dengan bunga-bunga kuning...balik aku terus ke live concert, supervisor aku ajak. Esok pulak tulis pasal live concert tu...mahu kemas bilik. daaaa~




green jacket : tatau brand
blue cardi : glacier
skirt : no brand
leggings : ROXY
bag : fkolme
and oxford shoes.


2/13/10

kahwin- jangan sekadar syurga dunia(copy from a fren's post)

“Saya perlu bernikah, ustaz. Sangat perlu” ujar seorang anak muda.

“Mungkin tidak patut ustaz menyoal, tetapi KENAPA?” soalan saya ajukan kepadanya.

Bukan kenapa nikah, tetapi mengapa begitu terdesak.

“Tidak tenteram. Ada gelodak jiwa” katanya.

“Justeru selepas nikah nanti, kalau sudah tenteram dan jiwa kembali tenang, apa seterusnya?” saya menyambung pertanyaan.

“Tenteram itu bukankah sentiasa perlu? Jadi perlukah ada ’seterusnya’, ustaz? Saya keliru,” katanya jujur.

“Izinkan ustaz berterus terang. Jika tenang dan tenteram yang anta maksudkan itu adalah pada nikmat beristeri dan menikmati isteri, hati-hati dengan tabiat nikmat dunia,” saya tidak mahu berbunga kata.

“Tabiat yang bagaimana?” beliau agak kabur dengan perbualan kami.

“Kalau ustaz pakar sambal sotong, ustaz hidangkan kepada anta buat kali pertama, Alhamdulillah. Tengah hari nanti sambal sotong juga, Alhamdulillah. Makan malam nanti sambal sotong lagi, Alhamdulillah. Bagaimana jika sarapan pagi esoknya juga sambal sotong dan tengah hari itu juga berlaukkan sambal sotong. Kamu mampu menjamahnya lagi?” saya beranalogi.

“Aduh, boleh muntah dibuatnya. Jangan, ustaz!” katanya sambil ketawa.

“Benar. Segala nikmat di dunia, biar sesedap mana pun ia, sedapnya semasa lapar, semasa bujang, semasa belum merasa. Tetapi kalau sudah dirasa, diulang rasa, berterusan merasa, bisa sahaja yang sedap menjadi hambar” saya menyambung kalam.

“Jadi, apa yang cuba ustaz beritahu saya?” soal beliau.

“Pernikahan, jangan sekadar satu penyelesaian. Ia harus lebih besar dari itu” saya memberikan kesimpulan.

NIKAH UNTUK SELESAI

Tidak salah untuk percaya bahawa pernikahan boleh menyelesaikan banyak masalah. Itulah hikmahnya pada Sunnah bernikah.

Tetapi kekhuatiran yang timbul, ialah apabila sebuah ikatan perkahwinan mahu dilangsungkan hanya untuk menyelesaikan masalah tertentu, dan selepas masalah itu selesai, perkahwinan itu hilang tujuan! Menjadikan perkahwinan sebagai penyelesaian, hanyalah sebuah hasrat berupa perancangan jangka pendek. Sedangkan untuk sebuah rumahtangga terus membuka laluan sampai ke Syurga, ia perlu kepada perancangan jangka panjang.

Sepanjang kehidupan.

Kebelakangan ini saya dihimpit rasa bimbang.

Tatkala hari demi hari didatangi pasangan yang berkahwin muda mengadu masalah, saya memaksa diri untuk berfikir dan mencari sudut-sudut tersembunyi (blind spot) di dalam tasawwur seorang anak muda semasa mahu bernikah.

“Saya bosan tengok isteri saya ustaz. Salahkah saya berperasaan begitu?” tanya seorang anak muda.

Jantung saya berdebar.

Merenung matanya, saya dapat merasakan ada semacam satu kehampaan di dalam dirinya kerana terbeban oleh perasaan yang gagal disembunyikannya. Syukur, sekurang-kurangnya dia mahu bertanya. Di samping berusaha menemukan jawapan, saya juga dapat belajar sesuatu untuk diri dan dikongsi dengan yang lain.

Bagaimana boleh bosan?

Saya harus mencari jawapan pada titik mula dan titik tengah soalan itu.

Justeru untuk mencari penjelasan pada titik mula, saya persoalkan tujuan perkahwinannya semasa di tahun 2 pengajian lebih setahun yang lalu.

“Kami selalu berjumpa. Saya bimbang hati terus terfitnah memikirkan tentangnya. Alhamdulillah saya tidak bertepuk sebelah tangan. Biar pun ayah dan ibu kami agak berat untuk menyatakan persetujuan, tetapi syukur akhirnya mereka merestui,” cerita beliau.

“Alhamdulillah.Jadi, sekarang ini, adakah anta sudah mendapat apa yang dicari?” saya bertanya.

“Ya, cuma…” beliau teragak-agak menyebut.

“”Cumanya sekarang anta sedang dilanda jemu, kan?” saya sambungkan ayatnya yang tidak langsai itu.

Tatkala kita mengejar sebuah ikatan perkahwinan sebagai jalan keluar kepada apa-apa sahaja masalah yang sedang dihadapi, syukur jika masalah itu selesai, dan syukur juga jika masalah itu belum selesai. Sekurang-kurangnya dia masih punya sesuatu untuk diusahakan dalam sebuah perkahwinan. Namun bagi yang masalah sudah selesai di tahun satu pernikahannya, apa lagi cita-cita dan azam yang ada dalam visi dan misinya bagi melangsungkan usia perkahwinan?

Daripada gelisah menjadi tenang dengan nikah.

Timbul jemu, mahu mencari tenang dengan membatalkan nikah?

Naudhubillah…

Tidak sedikit air mata sang isteri tumpah semasa suami mereka berterus terang berkata, “mengahwinimu adalah suatu kesilapan!”

Sepatutnya masalah seperti ini tidak timbul.

Tetapi realiti sering meninggalkan banyak ’sepatutnya’ terkontang-kanting menjauhi kesempurnaan.

Perkahwinan menyelesaikan.

Tetapi ia bukan sekadar sebuah penyelesaian.

Ia adalah sebuah gagasan.

Impian yang memerlukan pandanganmu jauh sampai ke usia tua, sampai cangkul dan tanah memisahkan jiwa, sampai ke kubur, sampai kamu ke Syurga.

Jadikanlah perkahwinan itu kenderaan yang membawa dirimu untuk ke Syurga Akhirat.

Jangan sekadar syurga dunia.

“Saling berpesan-pesanlah kamu tentang para isteri agar berlaku baik kepada mereka. Sesungguhnya kamu mengambil (menikahi) mereka dengan amanah daripada Allah dan dihalalkan untukmu kemaluan mereka adalah dengan Kalimah Allah” [Hadith riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah]

p/s: really motivating....:)
2/12/10

kamu orang memang cute lah!

Tengah aku dok melayan excel, buat-buat rajin padahal mengantuk nak mampos, datanglah pekerja Topy yang join trip snowboarding minggu lepas. "Aaaa, nah, Aya(nama gf dia) kasik sempena Valentine~", tekejut beroks aku. Almaklumlah, tak pernah dapat valentine nya present dari sapa-sapa yang bermata sepet ni. Aya chan ni cute, cakap banyak macam makcik pot pet pot pet, pernah duduk Australia homestay i guess. Boleh la nak sembang-sembang mengarut, anyway she's 24. Muda setahun tapi alahai, muka i nampak muda lagi you~ha ha

Budak perempuan Jepun(tolak tepi budak jurusan engineering), sangatlah suka benda-benda comel macam ni. Aku memang tak reti lah nak menjadi secomel-comel macam diorang ni. Tak reti dan tak pernah akan reti pun ha ha. It's like their nature, or pretty much as CUSTOM. Kalau boleh nak jadi COMEL, CANTIK taknak orang Jepun ni. Waktu valentine, decorate chocolate cantik-cantik(padahal cairkan pastu keraskan semula dalam bentuk lain ja aku pon boleyh ha ha), decorate lah semua benda asal nampak cute untuk kasi kat orang.


Ok, cukup bebelan untuk hari ini. So, here's the goody bag~

Dalam bag minney tu ada 3 barang dia hantar.

1. Udon
makanan kebanggan orang Kagawa.
Nanti aku try rasa. Mesti sama ja dengan mana-mana udon kat satu Jepon ni. Lebih-lebih ja...

2. Homemade Chocolates
bukan dia buat chcolate. Dia beli chocolate, cairkan, tukar bentu jadi Truffle. Sedap anyway~

3. handmade Photo album
Oh, rajin sungguh! Aku memang la takan jadi macam ni. She printed all the pictures of us, dan buat album, macam scrapbook dah tengok~ terharu

4. message card


the card...cute~~~~♡

the chocolates

And, the album! it's anpanman character. Character budak tadika. Palem suka!
(tak faham sungguh!)

one of our pictures decorated. Comel kan!!

Thank you so much for your kindness hearted. Hopefully dia ikhlas. Bukan semata-mata nak suruh aku bawak jalan kat Malaysia ja hehe. Eh, nak bagi apa eh balas? Curik cookies zaza lah hahhahahaha. maleh sunggoh~

2/11/10

freestyle~

When you feel pretty....it changes something inside you...your confidence comes out and shines to the world. Do something today to make yourself feel pretty...go buy a new lipstick! Wear something pretty, a new fun piece of jewelry, take a few extra minutes to do your hair...and see how these small changes...spark your confidence!

-kandee the makeup artist-


totally switch the story.
REEBOK FREESTYLE.
a must have sneakers.

FREESTYLEの歴史

1979年に北米での展開を始めたリーボックでしたが、その名を知るのはごく一部のランナーだけでした。そんなリーボックが1982年を境に快進撃を始めます。フリースタイルの登場です。

エ アロビクスの人気が急上昇するアメリカにおいて、当時満足のいくシューズはなく、多くの参加者がサイドのサポート不足、クッション性の不足といった機能面 に不満を持っていました。そんなときに現れたフリースタイルは驚愕的な機能性ゆえに瞬く間に愛用者を増やし、その人気はエアロビクススタジオからストリー トへと飛び火しました。ニューヨークなど都市部のOLがフィット感、デザインに着目してライフスタイルに取り入れたのです。こうしてフリースタイルはアメ リカのみならず全世界で大ブレイクを果たしました。

現在リーボックが世界有数のスポーツブランドとなったその立役者のひとつがこのフリースタイルであり、そしてその人気はいまなお続いているのです。


LOVE LOVE the colours~

my freestyle

stripe tailored jacket : tommy hilfiger
inner : GAP
skirt : no brand
leggings : receive from a friend

entry bosan

Agak membosankan, sebab asyik-asyik cerita pasal snowboarding. Sory la, blog ni as personal diary, so kena la update selalu apa aktiviti yang aku buat. Bila baca masa gigi tinggal 2 batang mesti akan teringat-ingat.

Kali ke 3 main salji tahun ni. Al maklumla, sejak tinggalkan Maizuru, dah tak boleh nampak batang hidung salji ni. Trip snowboarding kali ni, paling tak menyengalkan badan aku.

Trip weekend minggu lepas diorganizekan oleh salah sorang pekerja Topy industries yang paling bising atau dalam loghat kedahnya, paling pulun.

Jumaat malam bertolak, seramai 27 orang sekali. Dari Toyohashi ke Togari Onsen Ski Area Nagano memakan masa selama 5 jam lebih kurang. Bertolak pukul 9 mlm(banyak berhenti kencing), sampai pukul 1 pagi lebih.

Sebelum sampai, hampir nak sampai. Salji lebat.

Kami bermalam di sebuah rumah banglo besar yang ada banyak bilik. Satu bilik 4 orang lebih kurang. Malam tu my roomates were Hanai san, Kanou san, dan new Mongolian friend name Solongo. Pukul 2 pagi semua orang tidur.

Bangun pagi dan wow! Sangatlah tenang. Bagi aku, tempat yang turun salji lebat ni memang mendamaikan. Bila pijak-pijak, bunyi zrap zrap, fluffy memang best~ Sebab tu ramai orang cakap winter adalah time paling rasa lonely, sebab memang sunyi sepi dan sayu ja bila tengok salji turun. Awal-awal la ok, dah kotor-kotor tu memang menyusahkan.

cantik...

breakky; tolak tepi ham ha ha

sebelum bertolak ke ski area. Macam nak baring atas jalan.

Ni dia budak Mongol tu.

atas lift.

Snowboarding kali ni memang tak sakit badan langsung. Maybe sebab tak jatuh sangat. Lagipun, kesian kat Solongo, sebab she was the first timer. Orang lain entah ke mana tinggalkan kami berdua. So, aku banyak ajar serba sedikit macam mana nak meluncur. Thank god she was a fast learner. Tapi agak terkilan lah sebab tak boleh join orang lain naik tempat 上級(expert), bukan nak kata aku experties, tapi kalau meluncur tempat yang lebih mencabar, kita akan lebih cepat belajar. Tapi takpa, kesiankan si Solongo, aku layankan aja. Best jugak borak-borak pasal Mongolia. Mongolia tak kampung tau! Lagipun, minah ni anak orang kaya. English power. No problem in our conversation at all. Mak dia kat Switzerland, pernah duduk Rusia masa kecik-kecik, sekolah private bayar sebulan 400 usd. Gila kan! Bejalan serata dunia dah. Best dengar pengalaman dia kat negara orang. haih.

rehat sat. Makan eskerem.

me and her again.

Kitorang banyak borak-borak, lagipun paling bangang haritu sebab cuaca sangat-sangat teruk! Slide sikit datang ribut taufan salji. Tensen gila nak slide grrrr. Habis meleleh-leleh air hidung, segala air.

Then masa tengah rehat-rehat, ada event mochi makan dengan sup kacang merah. Then kami beratur untuk dapat free benda alah tu. Sedap sebab panas-panas boleh panaskan badan.


tengoklah betapa teruk cuaca!huh

Then balik dinner, terus keluar semula ke ski area tu untuk tengok fireworks. Sangat lah tak best! Sebab cuaca still teruk. Tak msyuk langsung nak layan 花火(bunga api). Terus menyumpah-nyumpah nak balik awal.

Balik sembang-sembang dengan roomate dan tidur!

Second day, sangat malas nak luncur! Sebab takut cuaca macam hari sebelum tu. Lagipun dah nak balik pukul 12. So just lepak-lepak dengan roomates, sembang-sembang. Kami buat snowman. 1st time buat snowman betul-betul. ha ha.

the roomates!

Sebelum balik. 集合写真!



oh, bye bye Nagano! gonna miss you and your soothing snow!

It was a great trip! Dapat kawan baru, dapat tidur atas salji. enjoy~


2/10/10

2 Minutes to a Happier You

Found an interesting article about how to be a happier person~

Little Ways to Lift Your Mood

1. Flip Through Old Photos
2. Munch on Nuts
3. Inhale a Calming Scent
4. Open Your Shades
5. Walk Around the Block
6. Clear Away Clutter
7. Think Fast
8. Cue Up YouTube
9. Rethink Your Retail Therapy
10. Put On a Happy Face
11. Zone Out
12. Chat Up a Friendly Neighbor
13. Chop Veggies
14. Do a Good Deed

interesting.
btw, tadi proses temujanji dengan Dr. Abe berjalan lancar, present slide-slide yang disediakan. Rindu kat lecturer sebab dah lama tak ke sekolah! Lepas jumpa sensei, buat 腐食, hardness test, dan teropong specimen dengan laser microscope. Interesting jugak walaupun tersengguk-sengguk depan microscope tu haih.


oh sekarang tengah rajin masukkan buku teks dalam kotak. ngeeee. bila entahnya nak pakai buku-buku tu lagi(kalau dapat masuk lecturing lah, kalau lah), rasa sayang sangat nak buang buku yang belajar kat sini. they mean a lot to me. :) ok, nak sambung kemas-mengemas lagi...daaaa.

i ♡ paparazzi

キットソン ミニボストンバッグ ASHLEYパパラッチ
(KITSON mini boston bag Ashley paparazzi)

ok now who would buy me this?
2/9/10

random

went for getting chocolates as hantaran, suddenly bumped into these:

this cap defines me. 500¥
wait for me white sandy beach oh~

Secret Lingerie by Majorlica
(takda bra atau spenda di dalamnya)
hanyalah bling bling cream

香る 輝く 見せる肌!
wangi~ sweet as sugar!

AND.....

oxford heels.
tak mampu nak cekau Clarks oxford shoes,
tak kulit plastik pon boleh la...tapi sure cepat rosak..haha well~

tomorrow Dr. Abe will visit me in topy,
so am busy with progress presentation, but chill ja. Tak sestress present FYP!

2/8/10

how to make a snowman

kepal ais sampai sebesar 3 atau 4 kali ganda kepala manusia seperti di bawah:



done!

cerita snowboard yang mungkin membosankan akan diupload nanti.
Busy la pulak, ada presentation.
laters~

pukau

dah kena pukau dengan wallet mj ni.




oh no, i really have been cursed by this pondan lah.
Kena banyak bacs pendinding fuh fuh fuh!
2/3/10

bukan hari-ke 12

Rasanya baru tulis blog pasal hari ke-12 internship. Sudah ke sembilan belas sudah. Cepatkah masa berlalu? So far, dah start buat slide untuk present 10 hb nanti. Eksperimen ada lagi yang tak siap, tapi prsent progress ja nnti orof Abe nak datang jenguk-jenguk student intership ni rajin ka tak buat kerja. Jangan risau, saya tak malas sangat, rasanya im more to workaholic tanpa disedari haihs. Hari ni sangat sejuk jugak, silap pakai jaket kulit. Patut kena pakai selimut terus.


Today's outfit

muffler : no brand i guess
(bought in beijing, from mama)
black n white top : 2nd street bundle shop
jacket : rematched
pants : uniqlo
shoes : nike

ok mahu sambung buat file .ppt
later yah.

rindu sekolah

Aku rasa aku tengah "schoolsick" la ha ha. Asyik teringat-ingat..apa nasib sekolah aku. Kat sini universiti ka tadika ka semua panggil sekolah. Walaupun sekolah aku busuk ayam. Tapi di situ lah 2 tahun aku menimba ilmu sok sok nak jadi bakal jurutera. heeee. Paling rindu; Mr. Mori? Prof mori discriminate pompuan huh. oh no...mestila senior aku, Mr Yanagiya san!

Selama aku masuk Toyohashi, selepas masuk as 3rd year student lepas diploma, terus masuk 4th year dan bergelumang dengan research. Kat sini kebanyakan student kena buat sendiri, TETAPI, special case untuk Mori's lab, budak undergrad kena pair dengan Masters student. Mengikut sejarah, budak undergrad ni memang tak reti apa-apa, so sia-sia bagi kami buat sendiri. Tapi memang aku mengaku, masa baru-baru masuk lab memang otak rasa kosong, dah belajar 4 tahun tu macam ntah ke mana. Rasa suspect gila kat Yanagiya san ni sebab beliau sangat handsome. Eh, selain handsome, beliau sangat baik hati, baik gila gila gila punya baik lah! Aku ni memang lemah sikit dengan lelaki baik hati haha. Tapi untuk lelaki di luar sana, jangan la baik sangat. Kesian gf anda.

Nak dekat setahun setiap hari jalan ke hulu ke hilir dengan Yanagiya san, buat kerja tukang sama-sama(tapi aku banyak lagi jadi buruh kasar la), buat eksperimen sama-sama, ada jugak dia hantar aku balik rumah sebab aku jadi buruh kasar dia nak kaut data, so give and take aa. Yang paling aku rasa terhutang budi, nak dekat-dekat present fyp dan thesis, banyak pulak masalah melanda. Pakcik Mori tak bagi aku guna data yang aku dah kaut masa ekperimen. Dia cakap sama tajuk dengan Yanagiya. Memang kalut sebentar sehinggakan rasa sampai nak tidoq aja kat lab tu, menangis-nangis tensen. Aku paling geram kat Pakcik Mori ni ah. Bukannya dia nak ce awal-awal, suruh tutor cek, then esoknya nak kena hantar kat Pakcik tu, last-last kena reject, 3/4 kena tukar terus. wtf. Yanagiya san ni bengap pulak tak guide aku suruh tukar tajuk bagi nampak baik punya lain. Tapi yang terharunya, masa tengah genting, Yanagiya san teman aku sampai pukul 3 pagi, siapkan gaiyou(abstract) untuk submit esoknya pukul 9 30 pg. Aku dah kalut, selama ni yang aku tak betul tanak tegur awal-awal memang hangin gak aa kat pakcik Mori ni. Mana ada senior lain buat macam tu kat junior dia taw! Tapi rasa tak best sebab senior lain macam dok bising-bising nampak macam aku tak buat keja. Padahal aku dh bagai nak gila buatkan eksperimen last-last satu habuk pon takleh guna, free-free ja Yanagiya tu dapat. Kira ok lah kan.

Kalau jejaka Mesia msg2 macam ni memang nak kena penampaq.
sangat tidak seswai.

Ada 2 3 hari lepas aku mesej Yanagiya(Ish panjang nya nama, Y sudah lah)san, teringat kat dia. Dia dah nak present untuk masters course dia. Concern la jugak sebab sebelum ni Y banyak tolong aku. Masa aku tengah kerja ni, takda sapa tolong Y. Oh Y. haha. Sebelum balik mesia nak lah hadiahkan dia something.

bukan Yanagiya

bukan jugak

bukan!

ha....inilah Yanagiya sempai ku....~
kakkoi siot.
Dahla pandai bijak, ada gaya(tapi paling meluat tengok dia pakai kasut tajam hosto tu), handsome, bakal engineer cipta2 mesin pulak tu, pandai bersukan.
理想の男
bahahhahha.

comelnya dia senyum...tengah mabuk gila dah tu. haihs.

Ha, yang tengah tu pakcik mori. Memang bagus.

Eh, aku kat sebelah pakcik mori. haha.
Tapi memang tak dinafikan lah, pakcik mori memang power. Aku rasa dah bapa kali dia ke oversea's countries terima anugerah untuk metal forming.
Mr mori ni kalau tak silap aku dia yang reka analytical FEM untuk metal forming. Almaklumlah, budak Kyoto dai. haihs.


2/2/10

apabila pro mengambil gambar


oh oh si organizer ski jibuzaka dah update blognya.


http://jbzk.blog.shinobi.jp/


oh.
organizer tu professional photographer rupanya.
patut la gedabak semacam kamera dia aritu.
oh malu dengan diri sendiri. hahhahha
 

Blog Template by YummyLolly.com