10/8/10

happy for them! Congratulation~

I feel so happy for my friends who are just got married, got engaged! Teringat zaman-zaman nak kawin dulu...zaman-zaman kalut bincang pasal hantaran, bincang wedding dream, nak baju macam mana, nak majlis macam mana....manis btul kenangan di hari bahagia. Dulu sebelum kahwin boleh dikatakan niat terletak pada fizikal/luaran sahaja. I admit it. Biasalah, semua orang nak nampak cantik di hari bahagia kan! Tetapi bila come to think about it again...niat tu mestilah ikhlas yang peting, dan the most important matter is "perkara lepas kahwin". Biar majlis simple tak apa, janji lepas kawin boleh bahagia sampai ke akhir hayat...Ala kadar pun sudah cukup memadai. :)

So sempena entry ni, nak ucapkan TAHNIAH kepada member sejepun, member satu rumah, member satu kolej, masa kat Japang, si manis Liyana Safra dan juga selamat bertunang kepada Aisha kawan sejepun masa di Toyohahashi...they were really pretty during their big day! Depa nampak seri, mummy Dart makin gemok hehhehhe tak apalah, janji baby dalam perut cukup makan.

Majlis Yana di Dungun Terengganu, sementara mummy dart boleh lagi ke hulu ke hilir, kami buat keputusan terbang jugak ke sana. Lagipun, masa kenduri kahwin Dart, Yana datang awal tolong-tolong tengokkan apa yang patut, and I feel thankful to her...apalah salahnya kalau Dart pi jenguk Yana pulak nak kahwin. Tu pun tak boleh lama-lama, i have another commitment, which is my hubby to take care of, and also the unborn baby. 

Nampak gaya, majlis berjalan dengan sungguh meghiah! Pandang sini kaler biru, pandang sana kaler biru, termasuklah Dart! hihihih. Yana pun looked gorgeous berseri-seri habih! Memang betul orang cakap, pengantin memang berseri. Kecuali makeup tepung gomak yang aku paling benci tu la ahahhha. Nasib aja lah!

 hi kami baru sampai!

 dengan pengantin

 siap lambat sangat tak sempat tambah pembayang mata ha ha!
oh anyway she's mako! kawan jepun yana yang memang tak Jepun!


 gorgeous bride n her groom~

eh eh kau pakai comferter ka yana?
hahahhah lawak btol yana kena paksa pakai kimono setebal selimut apabila mahu tidur di dalam suasana ber-aircon~ semua orang tak keli-kelip mata tengok depa.
oh btw, i jadi tukang touch up yana masa ni hee. 
tsk gambaq kecik sangat lah.

Ahamdulillah bila tengok depa dah selamattttttt. Si Aisha pulak apa cerita? Sudah selamat menjadi tunang orang. Takpa tunang Aisha ni sangat sweet orangnya..orang Kola Nerang kedah. Budak Toyohashi memang ramai kawin orang utara. :p Tu tak termasuk para-para Kedahan. Mak aih ramai btoi. Aisha ni plak makeup sendiri ja masa Nikah..eh tunang...selalu masa Kat Toyohashi dulu main-main makeup dengan Aisah ni. touch up sana, touch sini. I bet she's really good in painting her face!

 PARA JELITAWAN TOYOHASHI. kami minority.

 Really love this pic!

Wow cantik cincin! Nak pinjam buleh?

Semoga kalian bahagia hingga ke akhir hayat..Kepada yang sibuk menjalankan preparation...jangan putus asa..selagi tak selesai kenduri selagi tu la macam kera tak boleh duduk diam hihi. 

10/7/10

maxi dress for mak buyung

Wallaweh....susah btol nak update belog aih! Selalunya masa untuk menulis entry baru bila tak ada kerja, bosan dan sbgnya. Susah nak dapat waktu "terluang" sekarang ni. Sekarang ni, hubby tengah syok layan main PSP dia. Boleh la curi masa berblogging!

Nak cerita pasal birthday treat saya tempoh hari. Hubby belanja makan di FULLHOUSE cafe Sunway! Alah, cafe ala-ala sweet gitu. Semua kelihatan suci murni sebab warna putih.Tapi memang sweet ....Suasana romantika yang amat.

 Sesudah bersiap mengenakan pembayang mata rona kebiruan dan berbajukan maxi putih bersih, kami pun menuju ke sana. For preggy gurls out there, bolehlah mencuba maxi dress sesekali. Mari kita lihat celebrity2 yang tidak ketinggalan mengenakan maxi dress semasa perut sudah boolat!

gempa bumi melanda sekejap. 


cantik kan.

Cantik bila dipakai bersama-sama outer sebagai penambah seri. Pemilihan cardigan atau jacket yang seswai sangat penting. Silap-silap kalau tersalah pilih cardigan nampak mcm orang sakit demam nak g amik mc kat sepital hehe.


Lepak-lepak makan-makan, sembang-sembang(walaupun laki aku ni pendiam), tapi sangat teruja! Especially makan makanan yang amat pelik. Ikan kod bersos buah-buahan! ha ha.

Alololo cutenya..~

Menu seperti majalah Japang.

Sempat lagi!

Salmon salad for starter kit. ;p

hubby's

wake wakannai fushigina aji papaya milkshake

Bila sudah makan kenyang, terus balik ke jalan benar...yakni rumah kami lah. Sebab mummy Dart tak boleh jalan lama-lama sekarang. bikin sakit pinggang, sakit belakang semua ada! Kesimpulannya, the treat was wonderful, nak buat party kat Fullhouse cafe ni pon ok...cantik..cuma tak tahu kenapa terasa keHONG KONGan sedikit bila dalam cafe tu :p Sebelum balik, sempat rembat mac lightful skincare. Hadiah untuk diri sendiri. Mari kita tengok hasilnya nanti ! Thanks hubby anyway.

ngeeee.

:
:
:
:
:
:
Lastly, how did i look?
I think the jacket's length was too short, tak berapa sesuai dengan bentuk perutku yang booolat. Sunggguh unbalance. Perempuan-perempuan selim...silalah teruskan. muahhahah

jacket : SEED
dress : no brand(bought @ The Curve)
selipar : VINCCI sudehhhhh! :p 
(sakit kaki tahap gaban)

ok sudah sudahlah. Nak tidoqqqqqqqq sudah! Till then~
9/30/10

birthday.


Well, my birthday has recently past last week. Life went macam biasalah, sharp midnight came across the night, got a simple birthday wish from hubby, the best was his tender kiss. Lagi best kalau baby dalam perut ni boleh ucap birthday kat mummy. Sebelum ni dapat hadiah bagai seronok...tetapi sekarang hubby's warmth sudah cukup membahagiakan. :)

The day before, i was craving for cupcakes and hubby drove me to wondermilk cupcakes. Lest just say, the cafe was extremely gorgeous. Cupcake dia boleh la....paling menyengat milo flavaaaaaaah! Not too sweet compared to others.

suteki~

Bangun pagi tersangatlah fresh, rupanya i would received a bouquet of flowers from hubby. Chey nak surprise lah konon, tapi memang it worked! Thanks honey. First time to get yellow and orange flowers. Maybe he wanted something different. Dahla hantar ke ofis, satu kampung tau bikin i maloo saja lah! Terasa sweet sekejap haritu.

Letak di meja sikijap.

and not to forget present from officemaite!

They really made my half day besides balik rumah bukak facebook, wishes from friends praying for my happiness! I could feel the blessings from GOD. Thank you for giving me such a wonderful life. No complaint, i just feel sangat-sangat BERSYUKUR by having a lovely husband, now we're waiting for our jr. to come out, wonderful job(started to like my job), caring family, I couldn't ask for more!

The rest of the day will be storied later. to be continued.

9/22/10

How they get dressed when pregnant




Found pictures of mummy wannabe of Japanese.
Interesting, sometimes feel funny, the way they dress up. hihi.
Interesting tho.
9/20/10

riang ria raya


ish lambatnya entry aku pasal raya.heheheh hopefully its not too late to wish everybody Salam Aidilfitri. Ala raya kan sebulan.Cemana raya anda-anda sekalian? Surela syok kan. Dek raya haritu, Mommy Dart naik 4 kilos!!! mAk aih.. Perut dah naik jadi macam belon dah..Kalau buanhg dalam laut, boleh terapung.

Raya haritu best sangat sebab boleh jumpa sedara mara, dan jugak kengkawan baik. Raya di kampung simple aja, baju raya pon tak banyak compared masa zaman sekolah dullu.

Paling best sekali.... dua balun ketupan pulut sampai muntah! Tapi tunggu nak muntah tak muntah-muntah pon, sebabnya perut aku tak rasa nak muntah. Baby dalam perut pon suka. Haih kaki ketupat btoi...Raya pertama tu boleh dikatakan tak makan langsung benda lain....Ketupat ketupat ketupat!

duit raya pulak macam mana? cis ni la bila dah berkerjaya tambah pulak dah nak beranak pinak, semua orang dah tak kasihan nak huloq duit raya. Nasib baik la mama aku dia anggap aku ni macam baby lagi kot..dapat la jugak hahahhaha thanks ma n pa!

Baju raya? mmm..baju raya kami set tema turqouise...tapi tak la boria...ala ala nak biru hijau tu acceptable lah...Sebabkan aku preggy, terasa nak pakai dress masa raya...ada banyak kan sekarang trend..yang ala-ala kaftan pon banyak...tapi Dartnya tak la kelawar sangat baju nya...inspired by Angelina Jolis gitu...time dia preggy pakai caftan cun gilak...




caftan style...cantik kan!
some of my frens yg pakai baju raya theme caftan pun mmg cantik...

selamat hari raya!
esok crita pasal selamat hari jadi pulak ha ha.


9/8/10

balik kg!


Raya mode and balik kampung mode is now ON!
Sudah 5 tahun gua tak beraya bersama family terchentaku.
Sudah 5 tahun jugaklah familyku beraya tak cukup korum.
Along was in Liverpool, and i was in Japan.
Ha ambik tahun ni memang komfom meriah!
Malam ni balik singgah di Taiping kejap, then esok pagi bersedia menuju ke destinasi.
ALOQ SETAQ here i come!!

Tapi bila dah kawin ni, limited sikit cuti. Nak kena beraya di rumah in law pulak. hehe
Bukan apa, tak puas laaaaa.

So, Selamat hari raya untuk semua orang yang mengenali daku.
Tahun ni takdak salam perantaun nimore.
(ceh, macam la tiap2 tahun masuk paper)


Oklah, dah siap masak, tunggu hubby balik, then terus bertolak. Drive safely. chow.

tunggu.......~
9/7/10

buka puasa 1.


Bila dapat tau aja budak Toyohahashi dah balik cuti Mesia, terus terasa nak contact2. Really miss my life kat Jepun. Sanbongi Corner, makan-makan sanbongi girls, jamuan pot-luck! Semualah! Bila ada opportunity jadi single, terus cekau. Sempat jumpa Yana(macam biasalah orang ini ha ha), Aisha, Faiz, Bawear, Lancha & Najmi. Seronotttt dengar gosip-gosip budak Toyohashi. Nanti nak g umah Aisha, she's getting engaged this coming 18th!Congratsssss aishaaaaa. Ish-ish makin ramai member2 yang bakal naik pelamin.. Alhamdulillah, seronok life after kawin ni sebenarnya. life yang paling REAL. Sebab dengan husband kitalah kita dok pandang setiap hari sampai ke tua! haha

Dah dah merepek! Oklah, kena g amik hubby nak g berbuka sama-sama. Rasa asyik berbuka dengan orang lain ja lately...Takpalah kasi chan!

syiokkkkkkkkkkkkkkk~
9/5/10

happy!


saya tak tahu kenapa harini saya happy sangat! harini saya dating dengan hubby. saya pi pkns shah alam, cari baju raya untuk dipakai di rumah mertua. alhammdulillah dapat jugak sepasang. walaupun simple, tapi yang paling penting, perut, bontot, punggang MUAT. buka puasa pun best sangat di SHOGUN sunway pyramid. Sebab boleh makan sampai muntah!!! ha ha.

makan sampai muntah itu sushi semua!!

rehat jap penat.

-all rematched-

KESIMPULANNYA HARI NI MEMANG BEST!
LOVE YOU ABANG!

9/3/10

pana news

Bulan lepas, tiba-tiba kena panggil, 3 budak baru balik dari japan duduk berdiri depan ofis dan...SNAP! kena tangkap gambaq. Alih-alih masuk masuk dalam magazine Panasonic, PANA news. heh. Tak faham kenapa kami perlu jadi muka hadapan sebagai penyeri? Adakah kami bermuka tembok? ish ish malu aih.

pana news

ala keciknya

aaaa ni besar skit. ish ish perut dah nampak la auwww.

Actually, artikel tersebut mengisahkan tentang kilang tempat Dart kerja. Pana news ni diterbitkan untuk para kuli-kuli Panasonic, terutamanya di Japang lah. Supaya diorang boleh tahu info overseas nya Panasonic, ofkos tak macam kat sana as well. Yang paling tak tahan, cameramen pakai digicam bodoh ja. Betapa humble nya orang jepun ni. Tak perlu SLR bagai. Padahal yang cipta kamera gabak orang sepet ni lah jugak.


9/2/10

2nd checkup


Salam. Sementara menunggu bubu pulang, hendaklah gua bercerita sedikit sebanyak hal pemeriksaan kehamilan gua yang ke-2. he he. Tanggal 3 hb 7. laaaa dah nak dekat sebulan dah. Patutnya 3rd checkup dah kena buat. Tengoklah minggu depan kalau ada kelapangan. Sekarang ni bubu kerja kat KL, ulang-alik naik train, motor. Lambat betol nak tunggu beliau pulang. Tak macam dulu, bubu yang amik aku balik kerja, haih itu semua hanyalah sementara.

Ok berbalik kepada cerita asal, Checkup aku ni, aku pilih Hospital/Poliklinik Bersalin Umra seksyen 13 Shah Alam. Kenapa? Sebab :

1. Dihasut 100% oleh kakak ipar member aku, si Denna. Punyalah dok rekemen tempat ni.
2. Murah. Murah seolah-olah anda buat pemeriksaan di hospital Kerajaan. heh. Ultrasound scan without ubat-ubat costs only rm49. Morahhhhh kan!
3. Servis yang mantoppppp. Haaa yang ni memang aku akui. Walaupun poliklinik ni comel ja gah takda bangunan sendiri dengan hanya menumpang di rumah-rumah kedai(cam senget ja ayat), TETAPI semua doktor pakar yang mengendalikan proses pemeriksaan. Kalau reception tu recepctionist takkan specialist kot, ofkossss! 1st checkup Dart, one Indian specialist, 2nd ni anak tokey merangkap owner hospital ni sendiri yang ambil segala history, bla bla. Namanya Dr. Rafi, specialist o&g jugak. Gamaknya semua anak mami lelaki nama Rafi kan hahahah.

Aku tak kisah asalkan aku tak payah nak tunggu lama-lama nak buat checkup. Kebetulan haritu, Pakar Detail scan dari Universiti Malaya bertandang ke Hosp. tu. Lucky ME! Dart baru 20 weeks masa tu, dan sudah layak untuk mencuba detail scan! Detail scan ni Dr. Rafi cakap sekali ja buat semasa preggy. Di Malaysia lah. Tu pun jarang-jarang Malaysian buat, normally pregnant mummy yang dah berumur. Masa scan, semua details baby boleh tengok. Ukuran kepala, ukuran perut, tengok heart baby normal ka tak, sumbing ka, kidney condition, Comel sangat tengok baby masa tu. Baby Dart sombong tutup muka ja. Ingat tengah korek hidung :p Yang paling penting, Dart dah tau gender baby! hihi.

So, alhamdulillah, my baby seemed normal from up to toe! Last-last dapatla 1 cd dr bagi buat tukun. Eh tak, berguna jugak buat diary dia nihhh. Dr. ada pesan, dont simply try suplimentary diet tanpa consultation. So far, OBIMIN paling famous. Dart pernah termakan pujuk rayu si salesgirl kat pharmacy, belilah PRISTIN Fish OIL! Ropanya kandungan DHA kurang dari kandungan EPA. Ceh dah kena marah dengan Dr. Masa pregy, dr sarankan supaya ambil pil yang ada byk DHA berbanding EPA. Be aware! Satu lagi, ubat homoepati jenama SALINDA toksan dok try. Boleh menyebabkan bleeding masa deliver nanti. Dr. lah cakap! OKlah, dah panjang berleteran, mari kita tengok baby! Wahhh. sekali tengok hidung dah makin mancung ni hahahhha.

Oh, cepatlah keluar sayangku.

detail for today and random facts.
period : 23 weeks 1 day
weight : 52kg
Eyes can now open. Ears, fingernails, and fingerprints are all done!
harini baby tendang banyak sangat!
aktif btol la anakku.

Nampak gayanya bulan puasa ni, berat Dart tak naik langsung....Takpalah, hopefully berat baby makin bertambah, berat mummy tak naik takpa, sebab mummy memang takmau gemokkkkk. Oklah, nak siap2 berbuka.BYE !!




8/23/10

maternity jeans


Jeans jeans jeans!

Ok, memang susah untuk Dart untuk mencari maternity pants yang sesuai dengan citarasa. Sesetengah orang sukakan loose & santai style bila pregnant. But, for me, Dart suka nampak pregnant tu tak limited untuk kita dari segi pemakaian. I see a lot of mummy wannabe mostly in Malaysia bila pregnant mula menjadi makcik ha ha. Termasuklah Dart. Ini adik Dart pun admit. Sebab susah nak cari baju maternity yang looks young n fresh! Seriously. Terpaksalah pakai baju biasa. Taklah membazir nak cari baju maternity.

The most thing yang terasa sangat limited kalau bab pregnant ni ialah bab seluar. Merata Dart cari seluar yang tak loggar lemah gemalai. Bukannya tak suka, suka aja yang longgar & loose tu tapi kadang-kadang nak jugak nampak lain. Boringlah kalau asyik pakai benda yang sama. Tak larat nak pakai leggings jugak selalu.

So one day i bumped into V-MUM, kedai maternity kat Sunway Pyramid. mula-mula masuk nak tengok aja. Segala jenis seluar sampai hot pants untuk mommy pon ada hehe. So terdetik untuk beli maternity skinny jeans. Terus angkut. Maternity pants ni lainnya pinggang boleh adjust sampai la perut dah macam belon. No harm to baby. Baju kat kedai tu biasalah. Agak kenyonyaan ha ha.
inspired by Gisele Bundchen

No harm to my baby!

Oh no i look fat. hahahaha


8/22/10

New phase!


Hello I'm back on track. Tapi taklah sepulun dulu kot. Salam Ramadan to all. hihi. Today, I am 21 weeeks & 4 days pregnant. Baby sudah pandai menendang perut mummy Dart. I'm fat. Dalam masa 4 bulan naik 8 kilos. Tapi tak apalah, semuanya untuk baby. Setiap bulan buat ulstrasound scan nak tengok baby tengah buat apa, mana lah tau, tengah isap jari hehe.

Ok mari bercerita tentang my 1st checkup. 28th June 2010. Rasa macam dipandang sebab muka mummy Dart macam budak sekolah kot. Orang lain kebanyakan dah beranak pinak dah. Dr. Hari specialist sangat baik hati. Tanya history pasal last period semua. Then doc terus scan. masa 1st scan tu rasa macam tak prcaya. Ada makhluk yang sudah pun bernyawa di dalam perutku. Sudah berdegup jantungnya. Masa tu baby baru 7.5 cm. Sangat kecil...Masa tu banyak ruang dalam rahim lagi. So baby banyak gerak atas bawah macam tengah swimming!

Dart tak ada morning sickness. Langsung. Cuma meloya dengan Malay food yang banyak minyak. Basically papa cakap memang loya sikit bila bau minyak. Mengidam memang ada. Japanese food. Sanggup g Japansese restaurant cari sushi semua. Kesian hubby, tapi dia layankan aja bini dia ni nak makan apa pun....

So itu sedikit sebanyak pasal myself now. Perut semakin membesar. Ill upload some pics but later yah. Selamat berbuka to all.
7/19/10

change

I realize, I have changed so much since my life has changed completely 360 deg. So, maybe this blog needs some rapid changes too. Really miss blogging, but i really dont have time for this. hehe.

Bukak blog aja terasa not myself. Dengan layout hitam serabut. Maybe mummy wannabe needs some pastel color huh? So consider this blog is still under construction. Ill post my stories. Till then. TC.
6/1/10

tak cukup reference lah

Tadi training pasal patent. company nak patentkan design kipas haha. Taklah, tak semestinya design. Tapi agak macam kurang logik sebab, patent is not main-main thing. Perlukan pembacaan, ulangkaji, reference yang lebih untuk ke arah itu. Dalam ofis aku ada almari untuk filing document sahaja. Reference books, thesis semua tadak. so how?Patent ni kena include semua principal2 mechanical, n so on. Macam tulis thesis la kesimpulannya. Tengok environment kat sini macam semua sibuk on appearence ja, not the mechanical principal or mechanism, cam tak dapek ja. Tak apalah. Malaysian, jom kita banya menambah ilmu membaca thesis2 ya haha.

ok thats all.
5/28/10

mama di usj

well, semua irang tengah tidur except me. Layan tv kat bawah. Bubu, ma, pa n alang semua tengah syok layan tido. Mama n papa sampai semalam, bawakkan mango n baked macaroni for her asyik-meloya daughter. how sweet! Sampai terus ambil alang di HUKM, terus balik ke subang. Berenti di restoran sebelah sunway pyramid lepak supper nasik lomak. Aku la yang lapar sangat, tak dinner sebab tak lalu makan. Sampai rumah dah dekat pukul 1 30 pagi lebih. Bantai tidoooooooooq.

Pagi tadi, mama bagitau papa semangat nak tolong aku n bubu buat operasi belakang rumah yangpada suatu hari, ada makcik datang melolong tiba-tiba cakap belakang rumah aku ada asap tebal wth? So terus bapakku nak tengok2kan belakang rumah, tolong apa yang patut untuk kebahagiaan kami berdua ha ha. Terharu sangat.

Mama n aku masak di dapoq. Alang macam biasa membuta sampai tengah hari(macam aku dulu sebelum kawin hahak)Bihun bandung, etc. Lepas tolong mama masak terus flat. Tunggu papa n bubu balik jumaat, terus makan depan TV. Papa nak layan American Idol hahaha.

Sekarang semua tidoq. Oklah aku pun boring. Kang aku pon tidoq jugak. Bye.
5/27/10

gambar kahwin di belog



by udey

for more pics, klik here

oh oh...masa reception on my side, kami mengupah Mukhriz Latif & Udey Ismail, bekas senior photographer CS. Alah, disebabkan aku suka dengan tone color depa, terus aku hire depa. So, sapa nak kawin ka, boleh la usha-usha hasil tangan diorang ni. Diorang pun ada blog n web sendiri. depa ni memang sporting habism n fun to work with hehe. promot2!


by mukhriz

for more pics, klick sini.

till then, tak sabar nak tengok album. Belum siap da.
5/26/10

don't simply try


hi...lamanya tak sentuh laman blogku...my after marriage life sangat extremely enjoyable. Sampai nak tulis blog pun rasa malas hehe. Ini pun sebab my hubby tengah main futsal for company tournament training. So curi-curi tulislah. 2 minggu lepas sangat sunyi coz hubby outstation in Bangkok...Beliau dan selamat sampai, alhamdulilah, sangatlah risau bila tengok news Bangkok kucar-kacir dengan perang rusuhan bodoh tu.Dan 2 minggu juga my mother in law datang khas dari Taiping menjaga budak yang dah besar ni hehe thanks Mak. Esok pulak Mama & Papa will fly all the way from Alor Setar ke Subang untuk menjenguk kami di sini..

Ok, weekend haritu kami datingla di Empire shopping complex, sebelah Subang Parade, baru aja bukak if Im not mistaken. Jalan punya jalan, turun tingkat bawah sekali terjumpa satu kedai yang jual all Japanese food imported straight away from Japan. My GOD! Masa tu terasa sangatlah rindukan Jepun! Kedai tu nama SHOUJIKIYA. Banyak branch actually, almost all department stores ada kedai ni. Bila tengok harga, mak aih MAHAL! Satu botol air Calpis RM 5.90. Fuh. My favourite Mayounese from Kewpie, RM 14! haha Kalau kat sana tak terasa mahal langsung. Tetapi disebabkan rindu n mengidam sangat nak makan Japs food, beli jugak my favourite dombe(Nisshin instant soba), green tea, seasoned seaweed, Dah rm50!fuh. Mahal, mahal.

Ok my point here is, ada la free rasa instant noodle. Bolehla kita rasa sebelum beli. BUT! The product was sangat-sangat tak HALAL. And terkejut tengok some of Muslims selumber try noodle tu tanpa usul periksa the ingredients!! Sah-sah ada encik khinzir dalam tu. Kalau aku tak duduk di sana lama, aku pun tak berapa kisah, tapi sebab dah terbiasa sebelum beli makanan cek dulu ingredients, so aku pun cek la noodle tu. Sebab they dont even care about muslim kan. So apa-apa pn cek dulu. Kat Malaysia pun rasanya most of the food manufacturers bukan muslim kan. They dont care kita muslim ka apa. Dont ever try imported food sebelum cek dulu ingredient!

Empire tu kesimpulannya takla best sangat. Then terus ajak hubby dinner di Sakae Sushi. Tapi bukan di Empire. Kami ke Sunway Pyramid sebab nak tengok wayang. Sejak kawin tak pernah tengok wayang haha. So, lepas dinner, terus layan robin Hood! Best! Walaupun terpaksa mendongak kat depan. Ok, sebelum ni selalu kutuk Japs restaurant kat Malaysia tak sedap, esp sushi king. Kalau nak try Japs food yang takla mahal sangat, berpatutan, i suggest Sakae Sushi! Sushi di situ sangat fresh! I evend tried Hotate. Fuh ok la, teringat sushi kat sana, terubat rindu nak makan makanan Jepun. One more thing, senang nak order sebab semua computarized. So happy sebab hubby pun suka Japs food. So kami selalu la lepak di situ. Seminggu sekali mesti akan ke sana. Pokai jugaklah haha.

my all time favourite sushi!

the convenient service

Oklah, nak mandi-mandi, siap-siap tunggu hubby balik!till then ya...salam!

all rematched
shoes : Katherine Hamnett London



p/s : i know im not perfect. just sharing. :)
 

Blog Template by YummyLolly.com