1/30/09

kampung halaman i miss most!


kampung halaman i miss most!
Originally uploaded by dartdadada

it's proven!i miss u Malaysia.Enchanting nature.Tak sabar nak balik for good!

Terpaksa.

This coming Monday. Will have to sit for mid term exam for just 1 subject. Subjek yang aku tak berapa suka! 確率・統計 (Probability). Kat kosen dulu aku tak ambik pon.Tengok2 kat sini terpaksa ugak ambik.Haihhhh! Subjek nih adalah core paper untuk semua budak budak yang rasa atau memang nak jadi engineer. Nak tak nak kena jugak pass. So tunggu apa lagi? Studyyyyy? haha the thing is i don't really in the mood in studying. Exam final lambat lagi daaaaaa. Aku nk pi snowboard. Nanti aku nak bebel pasal hal snowboarding pulak. God give me strength so that i wont face my Macbook ni setiap masa!
12/30/08

taken officially

occay...its 2 o' clock in the morning andn i couldn't sleep more sebab aku dh tidor lama sgt. Enough said...By the way i actually have nothing to do since my winter break have started untill 8th Jan 2009. Sebenarnya banyak saja kerja or assignments yg lecturer bg but dh letih dgn kerenah study i made a desicion to take a break sat.
Siang tadi i just missed my bestfriends, Hanis, Denna, Juju, Ayien, Nieja. They are all now in hometown. Masing-masing ada haluan hidup sendiri. Boleh dikatakan semuanya gonna be proffesional one day. Hanis dh jd lcturer at Ipoh; Denna already have A Degree in Biology yet still persue her study in Medic,great job dear!;Nieja one day Petronas's Engineer wannabe;Juju plak same as Denna, a medical Doctor wannabe;Ayien,hummm bank manager mayb one day?fuhhh aku ingat lagi kami dulu2 masa skolah bukan main gedik. But we've just wanted to enjoy ourselves so...lantak la...masa skolah pon dh pandai berkapel2 hahhahaha takpa memories remain forever..
The point is i just want to wish Happy Engagement to Hanis and also Ayien. Hanis dengan selamatnya menjadi fiance kepada Bob tanggal 27 hb Disember 2008, Ayien plak has engaged to so-long-udt on...aiseh aku dah terlupa tarikh da...tapi recently la kan ayien oi! Moga cepat-cepat melangsungkan perkahwinan of the year. I called Hanis today to congratulate her..but it ended up like, i was warned by her to go back to my hometown for attending her wedding on 15th of March 2009. Adoi la Hanis awat tak cakap awal-awal! Unfortunately, maybe will not be able to attend ur big day dear. My family have planned to visit Japan 2009 haha. Tambah pulak depa nak mai on the 13th. Sorry hanis if i couldt make it...i'll try my best to make it possible enough.
As Denna said to me, "3 have passed, 3 more to go!", Denna, Juju, Nieja....bila lagi!!!!:p Well, back to the main thing. Hanis And Ayien, you both looked so gorgeous on ur day. I am so sorry for not attending since aku dok jauh sangat dengan hampa. Hopefully aku akan buleh attend wedding hampa semua ok. For Denna, juju and nieja plak...there is always a good man for u all. so live life to the fullest ok!
from left:Nieja,Denna,ayien,Hanis,Juju
"My besties"
Ayien and her ManHanis and her Man

11/10/08

Romantic moment at the top of tower


romantic
Originally uploaded by dartdadada

I was in Osaka to meet my fiance since he was having a training session at his company(Sharp). We have been to Osaka World Trade Center, one of the popular tourist spots in Osaka. If I didnt make an oportunity to go there, I woudn't have known this place even though I have stayed in Kansai for about 3 years. So, this is a simple infos about Osaka World Trade Center to share with:

"The Osaka World Trade Center Building, or WTC Cosmo Tower, is the second-tallest building in Japan. It is the same height as the Rinku Gate Tower Building in Rinku Town, located in Nanko Cosmo Square near the Osaka harbor, Suminoe-ku, Osaka.

The 55-story building rises 840 feet (256 meters) and is topped by a skylobby. It contains three basement floors, a museum, restaurants, observation deck, office space and a conference room. The observation deck is in an inverted pyramid at the top of the structure. A transparent elevator can take passengers from ground level to the top in just 80 seconds.

The building houses trade offices for companies around the world.

It was built in 1995."


I was quite impressed with the elevator as it took just 80 seconds from ground level to the top of the bulding ,which was quite fast for me, but I didn't even feel anything(the feeling when we are in the elevator) . It was like WHoaaaa! :)

When we were at the top of the building(55th floor),we were entralled by the night scenery of Osaka area. Towering 252 meters above the ground, top of the Bay provides one of the most expansive panoramic views in Western Japan.The observation deck was completely encircled in glass which provided amazing views changed dramatically in a day.

The wonderful night scenery had made our 'date' quite a perfect moment, as by accidently, there was a promotion for "couple" called...(uhh unfortunately i have forgotten the title!) which was being held at The Observation Deck, right after we arrived at the 55th floor. The center of the deck was decorated with loads of candles, which had made our mood became romantic at all. The 55th floor was fully decorated with only romantic candles. All the couple who visited the deck were suggested to burn their own candle,which was free of charge-One candle for a couple. Before lighting up the candle, we were being provided a pen and a peace of cute white paper to write and express our feelings to each other. When the paper had been written, we had inserted the paper in the candle and burned it. Lastly, we had placed the candle at the table that is full of written candles to make it looked like a Heart Shape, and we were being told to pray for our happiness. It was funny. We just did the things that we were told but actually I didn't even believe in that kind of prayer. I only believe in God to provide my happiness through life. But, for making our date gone fun n could be memorable, we did the candle thing. What have we written in the paper? Only me, my fiance and God know. :)

I love you sayang!Thanks for everything that u have done for me~

Oh by the way i have searched in the net about the candle thing and here it goes:
キャンドルナイト for LOVERS(毎週土日・祝日)
サンセットタイム後にご入場いただいたカップルにハニカミプラン付キャンドルをプレゼント。
お二人の願い事も書きこんで火を点していただきます。

11/8/08

when will i start writing?

uhhhh sungguh malas.but one day i'll write what my heart says.
9/9/07

Pembinaan Modal Insan

Daerah Maizuru seperti di kawasan-kawasan ‘kampung’ lain juga di Jepun. Dalam suasana pagi yang dingin, kawasan luar bandar seperti ini kerap berkabus, tetapi tenang dan harmonis. Maizuru hanyalah sebuah pekan kecil di pinggir laut sebelah utara Pulau Honshu. Ia jauh dari hiruk pikuk kehidupan kota yang bising dan sibuk segalanya. Bandar besar terdekat dengannya ialah Osaka, kira-kira 2 jam perjalanan bas, atau Kobe, kira-kira sejauh ke Osaka juga.

Dalam musim dingin, pada jam 6.00 pagi sudah kelihatan matahari di ufuk timur. Pada jam 8 pagi, matahari sudah tinggi di negeri matahari terbit ini. Inilah masanya, kelihatan suasana agak sibuk. Ketika ini berduyun-duyun di jalan, anak-anak kecil menuju ke destinasi masing-masing, iaitu sekolah. Namun, keadaannya tetap tenang, tidak berserabut dengan hiruk pikuk dan deruan kereta di jalan-jalan. Anak-anak kecil dan murid-murid sekolah rendah boleh dikatakan hampir kesemuanya berjalan kaki ke tadika atau sekolah mereka.

BERJALAN KAKI? YA! BERJALAN KAKI. Inilah kelainannya. Sejak dari umur Tadika mereka berjalan kaki ke tempat belajar. Agak jauh. Malah ada yang berjalan hingga kira-kira setengah kilometer dari rumah masing-masing. Dengan itu, tidak berlaku kesibukan kenderaan di hadapan pintu sekolah mereka. Tidak ada deruman enjin motosikal di dalam kawasan sekolah. Keadaan sangat tenang dan harmonis.

Semasa pulang, keadaannya juga demikian. Murid-murid kecil ini pulang bersendirian, tanpa dijemput oleh ibu-bapa mereka. Bagi yang berjauhan biasanya mereka kelihatan berjalan berkelompok.

Mengapakah orang Jepun membiarkan anak mereka berjalan sendirian pergi-balik ke sekolah? Sikap ini mungkin sukar untuk kita padankan dengan keadaan kita di Malaysia. Jika difikirkan tentang kemampuan tiap keluarga, mereka jauh lebih mampu, kalau setakat hendak menghantar anak ke sekolah dengan kereta masing-masing.

Ini adalah suatu cara mendidik anak mereka, mungkin, supaya mulai belajar berdikari. Bagi kita mungkin tidak terlalu mudah melaksanakannya, memandangkan keadaan keselamatan yang masih menghantui kita. Baik keselamatan yang bersifat kriminal mahu pun keselamatan jalan raya. Kita boleh memuji mereka kerana telah berjaya menghasilkan situasi yang begitu selamat untuk rakyat mereka.

Manakala pelajar peringkat sekolah menengah pula, kebanyakannya menunggang basikal ke sekolah. Mereka tidak menaiki motosikal seperti kita. Atau naik bas. Atau dihantar oleh ibu bapa mereka. Mereka selesa menunggang basikal.

Suasana seperti ini sungguh berlainan dari suasana pagi di tempat kita. Cuaca mungkin membantu mereka mempunyai sikap seperti itu. Mengayuh basikal dalam keadaan yang dingin tidak terlalu memenatkan. Keadaan cuaca panas mungkin menjadi suatu penghalang utama kepada kita untuk menyuruh anak-anak mengayuh basikal ke sekolah. Namun, ada banyak sikap positif lain yang boleh kita pelajari.

Jepun tidak mengadakan pakaian seragam bagi murid sekolah rendah di seluruh negara. Mereka hanya mempunyai pakaian seragam bagi sekolah menengah masing-masing sahaja. Jadi, pakaian seragam bagi sesuatu sekolah tidak sama dengan sekolah lain. Itu bagi sekolah menengah. Bagi murid sekolah rendah, langsung tidak ada pakaian seragam yang khas. Mereka boleh memakai pakaian apa sahaja yang sopan. Baju, seluar dan kasut tidak perlu seragam.

Jadi, bagaimana kita hendak kenali anak-anak sekolah di luar kawasan sekolah? Mereka boleh dikenali kerana membawa BEG SEKOLAH yang sama. Jadi, yang seragam hanyalah beg sekolah mereka. Inilah identiti anak-anak sekolah di Jepun. Mereka hanya boleh dikenali ketika menggalas begnya.

Beg seragam ini dijual oleh pihak kerajaan. Kalau di tempat kita, perkara beg ini sudah tentu boleh menjadi isu besar, kerana harganya ialah antara 30,000 hingga 50,000 Yen, iaitu kira-kira sama dengan RM 1000.00 (Seribu ringgit). Namun, bagi mereka perkara ini sudah biasa. Walau pun mahal tetapi berkualiti tinggi. Lagi pula, soal harga bukan perkara besar bagi mereka kerana rata-rata mereka berpendapatan tinggi.

Beg ini diperbuat daripada kulit. Dan hanya beg inilah yang akan digalas oleh seseorang murid itu, dalam sepanjang pengajiannya di sekolah rendah, dari darjah satu hingga enam. Ukurannya tidak terlalu besar. Sepadan dengan buku-buku mereka juga tidak terlalu besar, hanya sebesar buku-buku komik 'Doraemon’. Tidak terlalu berat dan memenatkan untuk digalas sejauh setengah kilometer. Corak buku yang tidak terlalu besar ini juga berlaku bagi peringkat sekolah menengah dan kolej-kolej pengajian peringkat lebih tinggi.

Setiap murid mempunyai sepasang kasut berwarna putih yang mesti ditinggalkan di sekolah, tidak boleh dibawa pulang ke rumah. Semua murid pergi ke sekolah dengan menggunakan kasut sendiri, kemudian ditukar dengan kasut khas ketika berada di sekolah. Kasut sendiri disimpan dalam rak khas, hinggalah ditukar semula semasa hendak pulang nanti. ’Pengurusan keseragaman’ kasut seperti ini dilakukan di sekolah rendah dan juga menengah.

Selain itu mereka juga mempunyai sepasang lagi kasut khas untuk memasuki Dewan Sekolah. Perkara ini diamalkan supaya lantai dewan itu tidak cepat rosak. Kasut khas ini tidak dibenarkan dipakai di luar atau menyentuh tanah kerana dikhuatirkan sebarang pasir yang melekat boleh mencalarkan lantai.

Perkara ini sangat penting dan dipatuhi oleh semua murid mereka. Semenjak kecil mereka telah ditanam disiplin seperti ini. Mengajar disiplin adalah kunci utama pengajaran mereka diperingkat awal.

Butir-butir pengajaran secara ’detail’ mungkin telah kita remehkan, tetapi tidak bagi orang Jepun. Misalnya, tentang disiplin ketika makan sangat ditekankan di sekolah. Di sekolah rendah, makanan tengah hari disediakan dan murid-murid bergotong-royong SESAMA SENDIRI untuk mengedarkan makanan.

Di Malaysia mungkin perkara ini boleh menjadi isu besar juga dan boleh disalah tafsir sebagai ’penderaan’ murid, terutamanya yang masih berumur sangat muda. Murid diwajibkan membasuh pinggan makanan sendiri setiap hari, dalam sepanjang pengajian mereka. Mereka juga terpaksa mengangkat dan mengagihkan sendiri makanan yang disediakan oleh pihak sekolah. Semuanya mereka belajar urus sendiri dengan bantuan guru. Dan mereka melakukannya dengan penuh kegembiraan.

Setiap hari murid bertugas yang dilantik akan mengangkat periuk makanan yang dimasak oleh tukang masak sekolah dari bilik masakan ke bilik darjah dan membahagikan makanan ke dalam bekas makanan yang dibawa sendiri oleh murid-murid. Tetapi yang menjadi perhatian saya adalah terlampau telitinya mereka: murid yang bertugas dan guru juga, tidak pernah lupa memakai pakaian ala chef yang lengkap dengan apron, penutup kepala serta 'mask’. Perkara pakaian khas seperti ini menjadi kewajipan semenjak kecil lagi, hingga tertanam dalam sanubari mereka. Keadaan inilah yang tidak ada di negara kita dan mungkin boleh dipelajari dalam pembinaan jiwa.

Murid-murid akan membawa bekas makanan masing-masing ke tempat pengedaran makanan dan beratur dengan tertib untuk menunggu giliran masing-masing. Setelah makanan diedarkan kepada semua murid, mereka akan duduk di tempat masing-masing menunggu untuk memulakan juadah dengan serentak, iaitu apabila dibenarkan oleh gurunya.

Makanan yang disediakan itu pula memang memenuhi keperluan untuk tumbesaran, tetapi tidak berlebihan. Contohnya ubi kentang sebagai karbohiderat, ikan sebagai protein, beserta sayur-sayuran dan susu. Mereka juga akan menjamah makanan sehingga habis. Ini suatu kemestian. Kalau tidak habis semua orang akan tunggu sehinggalah murid itu habiskan makanan sendiri.

Setelah selesai makan, semua orang basuh pinggan sendiri. Murid yang bertugas pula menghantar semula periuk-periuk ke tempat penyediaan makanan. Mereka juga diajar supaya patuh kepada sistem kitar semula (recycle) bahan sisa. Sebagai contoh, kotak susu akan diletakkan di dalam plastik khas dan tidak boleh dibuang sesuka hati. Sisa-sisa makanan dibuang ke dalam plastik yang disediakan.

Perkara remeh seperti cara-cara membasuh tangan juga diajar dan diamalkan setiap hari sebagai latih-tubi. Perkara ini mula diajar semasa umur pra-sekolah (tadika). Sebelum makan, selepas makan, selepas main, selepas kerja dan sebagainya, tangan mesti dibasuh. Perkara ini sudah menjadi 'habit’. Membasuh tangan pula mesti pakai sabun khas untuk tangan (hand soap). Banyak iklan ditonjolkan dalam media seperti televisyen yang menyarankan kanak-kanak supaya membasuh tangan. Kadang-kadang penekanan seperti ini nampak remeh bagi kita, tetapi sangat penting bagi mereka.

Di setiap sekolah rendah diadakan padang, ’playground’ dan kolam renang, di seluruh negeri Jepun. Oleh itu mereka dapat melaksanakan kehendak supaya semua rakyat Jepun tahu berenang. Perkara ini mungkin masih sukar untuk kita capai kerana pengurusan yang memerlukan belanja besar.

Namun, mereka mempunyai cara untuk membantu mengurang perbelanjaan pengurusan ini. Nampaknya, mereka kurang gemar kepada acara sambutan atau event secara besar-besaran. Contohnya, seperti hari penyampain hadiah atau sambutan hari guru, hanya dilakukan ala kadar. Sikap seperti ini diteruskan sampai ke peringkat universiti. Memanglah kelihatan tidak ’grand’ langsung.! Tetapi ini mungkin cara mereka untuk berjimat.

Rakyat Jepun mempunyai jiwa yang penuh disiplin dan ’sivik’. Biar di mana saja mereka berada. Di tempat kerja atau di jalan raya. Mereka adalah bangsa yang tekun bekerja dan memiliki jiwa hendak berlumba-lumba. Ini adalah hasil dari 'latih-tubi’ disiplin yang diterapkan sejak zaman kanak-kanak.

Walau bagaimana pun, bukanlah semua perkara yang dimiliki oleh rakyat Jepun ini baik belaka. Misalnya, akibat pemodenan melampau, anak-anak muda kurang minat untuk menyambung pelajaran ke peringkat tinggi seperti universiti. Ini adalah akibat daripada kemudahan mereka untuk mendapat kerja. Setelah tamat diploma di ’kosen’ (politeknik), mereka boleh terus bekerja dengan gaji yang lumayan. Oleh itu, mereka tidak berminat untuk menyambung pelajaran di peringkat universiti hanya dengan alasan bagi mendapat kerja yang bagus. Ini berbeza dengan sikap kita di Malaysia. Di Jepun, pelajar yang telah memiliki diploma kolej yang berminat ke universiti hanyalah untuk pengembangan akademik individu sahaja. Tiada kaitan dengan peluang kerja.

Kebanyakan tempat kerja cuma menitikberatkan merit dan kerajinan kerja untuk kenaikan pangkat. Tiada kaitan dengan sijil yang dimiliki. Dalam hal ini pemegang diploma dengan pemegang ijazah universiti tidak banyak berbeza ketika bekerja. Hanya prestasi kerja masing-masing yang diperlukan untuk kenaikan pangkat dan sudah tentunya kenaikan gaji.

Selain itu, masalah buli semakin menjadi-jadi, baik ditempat kerja mahu pun di sekolah. Sungguh kerap kita baca kejadian bunuh diri angkara buli yang keterlaluan.

Demikianlah. Di sebalik ketenangan pagi yang berkabus dalam musim dingin ini, ada pula keresahan jiwa dalam segelintir rakyat Jepun. Tiap seorang mengejar cita-cita untuk menjadi yang terbaik dalam bidang yang diminatinya. Kadang-kadang ada juga yang terbabas dalam perlumbaan menjadi manusia terbaik itu.
8/29/07

summer hols-MALAYSIA-food paradise

Aku sekarang berada dalam kamar aku sambil berbaring-baring. Bukan senang aku mendapat masa rehat sebegini. Bangun tidur sesuka hati,makan apa yang diidamkan. Kata orang hidup aku sekarang macam anak raja lah. Aku sebenarnya sedang bercuti selama lebih kurang sebulan. Aku adalah pelajar tahun ahkir di Maizuru Tehcnical College of Technology di Negara Matahari Terbit,Jepun. Jadi,apa lagi. Bila cuti aja...terus pulang ke tanah airku-->Aloq Setaq,Kedah,Malaysia.
CUTI itu umpama.......anugerah yang tuhan kurniakan. Aku di sana hidup dengan stressful,bukan apa,my life kat sana so boring.Everyday aku akan buat benda yang sama-Bangun tidur,mandi,class,masak sikit,mandi,doing homeworks or internet,tidur. And plus.All the activities yang aku buat hampir semuanya in my entire room. Can u imagine how boring my life is?But nevermind,aku jugak bersyukur dengan apa yang tuhan kurniakan. Maybe ada hikmah di sebalik keboringan hidup aku. For example, i have no time to extremely enjoy myself karaokeing,outing n so on. BUT i scored well in my exams. I scored A's for most of them. Thank Gog!Actually aku ni jenis suka bersuka ria-just name it. Masa aku kat KL dulu, almost everyday aku hangout if not kat KLCC,i would go to Jusco or carefour.Memang best la hidup waktu tu.i and my friends would watch Movie kat TGV,makan-makan,and the best thing was-SHOPPING!GUESS,ROXY was my favourite brand at that time.haha but now not anymore!
Anyway,the thing is, aku nak ekspress my feelings semasa cuti yang mulia ini.hehehhe Bila sebut aja pasal cuti ni, (I mean balik ke tanah air lah) the most thing yang ada dalam kepala aku ialah family! Siapa yang tak rindu family kan kalau belajar di rantau orang. In Japan, aku tak dapat nak merasa masakan air tangan mama-The best food laaa. Mama punya recipe tak boleh ditandingi lah-Modern style,simple n tasty plus creative!For example,mama pernah goreng ikan just with the microwave-oven! But in the end,sedap aja!One more thing yang aku teringat cara masakan mama yang pelik-pelik nih-Steambot in rice cookerhahaha! Can imagine that? I think mama ja yang reti buat semua tu.Very creative!Mama juga pernah and selalu goreng sausage with oyster sauce and aku rasa anybody tak pernah masak recipe yang macam tu,rite?The proof is my roomate Dibah told me yag dia tak biasa dengan that kind of food. Plus, my bubu pon selalu make fun of it. I know it sounds weird but thats our way of living. I just love it!
My mom is actually a very extremely buzy carrier woman.She is the Principal of Sekolah Menengah Sultanah Bahiyah-quite a big highschool in Alor Setar.She works very hard but in the same time mama tak lupa tanggungjawab being a mother.That's what i respect and adore about her!
Ogos merupakan bulan kahwin kot. Almost everyday aku ikut my family to kenduri. Kadang-kadang tu sampai 3 or 4 kenduri we have to attend sehari. And for the baju kurung,mestilah coutesy of MAMA.hehe She owns mayb about beratus ratus helai baju kurung i guess. So no problem for me untuk search for it since we share te same body pattern but of course la aku lagi slim daripada mama!
The first day in Malaysia, when I arrived at the alor setar airport, aku straight ke rumah my granma and grandpa which I call them Caq and wan. Caq is a chef but skarang dah pencen kot. She had won in the cooking contest peringkat kebangsaan masa muda-muda dulu kot.No wonder why la mama punya cooking sedap. Rupanya dapat sikit darah Caq. If not mesti dah tak sedap.hehe jangan marah ma. I said that because i knew when you just got married with papa,your mee goreng was salty rite?Nasib baik la papa tak lari.At least I at the age of 20 dah boleh jadi chef nasi ayam!haha Occay back to the story,dekat Caq's house kami dijamu dengan my favourite Nasi Tomato which sampai sekarang aku tak reti buat.I dont know why.Maybe lack of practise kot. At the same time Caq ada buat laksa. But nevermind,Im not into laksa anyway!my favourite food is nasi ulam sambal belacan and ikan bakar.Or give me petai!I'll finish it in seconds.
Anyway banyak lagi yang i would like to write, but i have to stop. I'm now a part time driver which I go and fetch my lil sis fro school. I'll continue later yah. Remember-Malaysia is food paradise.Believe it.
 

Blog Template by YummyLolly.com