10/18/09

happy birthday pa!

hey meet my papa!






Tanggal 16 hb Oktober adalah hari yang seingat aku agak bermakna bagi aku. Hari inilah papa aku dilahirkan 57 tahun yang lalu. Kalaulah aku ada di Malaysia akan aku kucup pipi papa dan peluk erat-erat sambil mengucapkan HAPPY BIRTHDAY PA! Tapi apakan daya aku jauh he he. 2 orang Adik kecik aku ada di pangkuan papa so aku wakilkan kat diorang ja lah untuk peluk papa bagi pihak aku. Semua prang sayang bapak masing-masing kan dan samalah macam aku. So aku nak menulis pasal papaku sebagai penghormatan aku terhadap papa. Bila baca masa tua nanti sure best.

Perkara-perkara dan fakta pelik yang membuatkan papaku lain dari papa orang lain :
  • kuat, strong dan semakin membuncit ha ha.
  • pemurah, baik hati, tak pernah berkira. Sebab tu aku rasa rezeki papa memang murah. Sedekah itu adalah jalan kepada kesejahteraan.
  • umur dah hampir masuk 60 tahun, tapi tetap maintain dengan rambut hitam berkilat! wow nampak muda gitu!
  • boleh dikatakan stylish tapi agak skema. Sebab suka masukkan baju dalam seluar selalu. Baju kerja warna putih(setiap hari), kalau casual baju kemeja warna selain putih hahhahha. He wears jeans with dockers/levi's belt tho. :p
  • Suka bercerita bed time stories masa aku kecik-kecik dulu. Banyak cerita-cerita lawak yang papa selalu cerita kadang-kadang sampai suruh ulang berpuluh-puluh kali tak jemu ha ha. really miss that time *sigh*
  • suka manjakan anak; papa aku memang suka belai anak-anak. Papa tak kisah kalau baring-baring atas riba dia.....aku ingat lagi masa kecik dulu aku tak boleh tidur kalau papa tak garukan satu badan aku. Aku suka papa belai rambut sebelum tidur juga hihi.
  • pandai mengurut; kalau mintak papa urutkan badan masa lenguh-lenguh papa takkan dan tak pernah cakap taknak. Papa pernah jugak buat lawak nak jadi tukang urut di kilinik papa ha ha. Cakap apa lenguh atau sakit sebab apa sebab he really knows about muscle pain. Kadang-kadang jadi addicted pulak nak suruh papa urut hehe.
  • all rounder. Genius tapi tak nerd. Nama papa ada kat papan dinding sekolah JENAN sebab dapat anugerah spm terbaik. waaaaah bangganyaaaa~
  • suka gadjet; umur dah meningkat tapi perasaan sukakan gadjet makin menambah ha ha. Kalau duit beli gadjet papa takkan kedekut. Laptop, camera, recorder, ipod, anything yang boleh dapat kat Jepun ni dia minat. test digicam(macro mode maybe :p)
  • dr. perubatan yang sangat-sangat suka sejarah. Kalau ke klinik sekarang pun, papa sibuk dengan projek. Sekarang papa adalah antara orang penting persatuan sejarah dan numismetic utara. Selalu buat research by reading or dengan melawat negara-negara asing seperti Indonesia, Thailand untuk mengumpul maklumat sejarah matawang lama. Hobi mengumpul duit-duit lama dari dulu memang tidak disia-siakan. Dah tulis satu buku, sekarang tengah menulis buku yang ke-2. Selalu bagi talk bukan pasal perubatan tapi pasal duit-duit lama. Masters in mata wang Melayu. Pelanggan tetap ebay ha ha. Pernah ada impian nak buka muzium sendiri suatu hari nanti. Hobi dah jadi macam research dah sekarang aku tengok.
  • suka buat lawak loyar buruk. Serius papa memang penyeri. Aku ingat lagi kalau mama tengah melenting, mesti aku akan mintak papa cepat balik dari kerja sebab bila papa balik, mama jadi angel!wow......:p
  • minat music. Masa baru-baru kawin dengan mama, masa tu takda tv, papa mainkan guitar untuk mama. Sweetkan. Sebab tu anak-anak dia pun suka music. Tapi bukan calang-calang papa. Papa suka layan band legend lama-lama dulu siap suruh aku download dvd concert led zeppelin, black sabbath, beatles, dan band-band legend lain. He's RAWK!
  • suka try baju dan fashion show sendiri lepas shopping. Masa kat Malaysia dulu, kami selalu shopping di Penang. kecik-kecik selalu ke Island Plaza shopping kat situ sampai penuh tangan. Dari tengah hari sampai malam wo. Balk-balik rumah terus try baju. Aku ingat lagi papa baru beli set baju sukan Adidas dan sport shoes, then papa pakai masuk bilik kami lari-lari gaya jogging buat gaya nak bersukan hahhahhahhha
  • suara papa sedap dan merdu sangat-sangat. Selain suka menyanyi, papa pandai baca quran. Seriously aku cakap aku susah nak dengar suara sedap kalau berimamkan orang lain. Rasa tak puas kalau suara orang yang jadi imam baca tak sesedap papa.
  • pendiam. papa kurang bersembang dan aku sangat senang dengan lelaki yang kurang bersembang. Kalau mama telefon dari Malaysia, mama cakap cakap cakap padahal papa kat sebelah tapi dia diam aja he he. Last-last nak letak telefon papa akan bersuara. "BYE..." haha.
  • tak suka bergambar sebab suka mengambil gambar. Maybe dia rasa orang lain ambil gambar tak elok kot. Suka photograpy dan sangat memahami, kalau aku nak beli camera dia takkan cakap tak payah beli hehe.
  • sukakan nature. Suka pokok-pokok, berkebun, menanam pokok, alam sekitar. Masa kecik-kecil dulu papa pernah ajar kami kumpul dan awet rama-rama. Pergi ke hutan dan tangkap rama-rama, masukkan dalam botol berisi formalin sampai rama-rama tu mati, dan cucuk di board khas. Macam saintis pulak terasa ha ha.
  • sporting tapi tak lupa bab agama. Maksudnya papa betul-betul mendalami bab agama. He even hafal hampir semua quran. Sujud sejadah setiap Jumaat. Selalu mengantuk dulu kena paksa berjemaah subuh hari jumaat :p Belajar bahasa arab semata-mata nak fahami doa-doa yang dibaca.... i really adore him especially his figure masa nak ke masjid. The most handsome ustaz. ha ha. Baju melayu putih, lengkap berbutang modern, kepiah putih, kain pelikat putih dan sepatu melayu sejati, plus bau perfume POLO raplh lauren blue. Nak jadi macam papa suatu hari nanti!
  • selalu dengan buku. Tak pernah aku tengok dalam hidup papa sehari tanpa buku. He really likes to READ. Anything! Sejarah, agama, perubatan, you list!
  • He likes art, pandai melukis! papa pernah skecth muka mama dan framekan. Memang cantik. Kat rumah aku penuh dengan lukisan yang papa beli sampai tak cukup nak letak. Pernah papa cakap kat aku papa teringin nak jadi arkitek dulu tapi TERjadi Doctor. haha apakah~
Banyak lagi fakta pelik yang membuatkan papa lain dari yang lain. He's precious to me. Kalau boleh nak suami pun yang sebijik macam papa....:) Happy birthday pa, U've been the greatest papa to us. Semoga panjang umur dan murah rezeki yang sentiasa murah. I love you forever.

MUAHHHHHHHHHHHH!

terlambat

photo credit to : toyohashi matsuri.com

Aku baru bangun. Dah pukul 10:33 malam. Lamanya tidur. Patutnys status "tidoq sat" di facebook aku ditukarkan ke "tidoq lama" lah. Letih bai. Siang tadi sempat ke Toyohashi Festival mengutip sisa-sisa makanan yang dijual. Sebelum bertolak, sempat mencalit warna ungu di mataku. Sangat suka purplish look sejak awal-awal bergelumang dengan dunia makeup lagi.

howdy?(reka sendiri look)

Kami sampai di tempat festival tu dah hampir pukul 4 ptg. Taktau pulak festival ni tutup pukul 6 ptg. Patutnya cek kat internet dulu sebelum bertolak kan kan. Dah la nak parking pun jauh gila babi, then kena jalan jauh ke tempat tu haih. Sampai-sampai aja, dengan kat speaker berkumandang "Sila tutup kedai anda dengan segera.....sila tutup kedai anda dengan secepat mungkin...." cet terlambat. Exebition sah-sah aa tak sempat tengok. Besar event yang dipanggil TOYOHASHI MATSURI ni. Ada parade, pertandingan, kempen-kempen sihat, pasar malam, exebition, dll. Event ni dibuat di banyak spot, kena jalan dalam 5 min untuk ke satu-satu spot. Patutnya kena datang siang sebab event ni start kol 10:30 pagi lagi. Dengan keadaan khemah nak tutup, stage yang tengah dikemas-kemas, semua orang dah angkut barang masing-masing ke kereta/lori siap-siap bungkus nak balik. Tapi orang yang datang mengunjung ramai lagi. Ramai lagi yang balik kot ha ha. Yang ni aja suasana yang sempat di"capture".


Nasib baik kedai yang macam pasar malam ni still bukak. Perut dah lapar sangat. Sempat menerkam Butter potato, takoyaki, turkish kebab dan ringgo ame! Jalan punya jalan, hari pon semakin senja, kami sempat pusing satu spot aja, terus buat keputusan lepak makan jap dan blah dari situ.
lepak makan jap

ringgo ame dan pokok

dan ringgo ame and me!

Hari pun dah malam, tak reti-reti nak balik lagi. Sempat lagi bersuka ria dekat sawah padi di parking lot. Ha ha hantam sajalah.

ahah!

Dan senja untuk hari ni....
Setiap hari nak tangkap gambar senja kat sini la...cantik sangat...

lastly, what i wore for today's terlambat event :

purple jacket : uniqlo
yellow inner : GAP
no brand flowery skirt
no brand purple tights
shoes : converse
handbag : F-kolme

Itulah ceritera harini. Aduh perut dah bunyik ni. Nak pi makan lah. Soredewa!byeee~
10/15/09

quenching


quench your thirst : to drink enough to stop you from feeling thirsty
quench a fire : to make a fire stop burning

"eh eh"

Cerita quenching hari ni takda kena mengena langsung dengan maksud kamus dewan bahasa inggeris. Tahukah anda apabila kita panaskan keluli pada satu suhu yang tinggi(600 darjah celciu) dan panaskan lagi sekali pada suhu yang lebih tinggi(1000 darjah celsius) dan suddenly keluarkan keluli pada suhu 1000 tuh dan sejukkan dengan air,minyak atau udara....keluli itu akan menjadi besi berani?bukan magnet. berani sebab dia kuat. Keluli itu automatically akan menjadi keras/hard/rigid/tough/solid atau apa apa ajalah. Proses inilah dipanggil quenching! Dalam machinary sangatlah penting sebab mesin nak potong-potong atau process product mestilah kena kuat. Kang bengkok sana sini susah kan. Rata-rata banyak kita gunakan quenching tapi separa sedar kan.

quenching dalam furnace machine

Malangnya, quenching yang aku buat semalam tak menjadi. Bila aku press specimen, tiba-tiba die set yang sepatutnya telah diquenchingkan tu bengkok! cek-cek hardness test langsung tak keras. Bodoh. Buang masa aku nak kena buat lagi sekali. Tak jalan la research aku nampak gayanya untuk seminggu ni.

Balik nak hilangkan tensen belu クレープ(kure-pu)aka crepe ice cream ratah sebelum balik sambil jalan. Aku tau makan sambil berjalan tak elok tapi aku dah makan dah pon. Tak boleh nak rewind :p. Rasanya crepe ni kat Jepun sangatlah famous. Kalau korang nak jadi comel korang kena suka crepe ni. Salah satu syarat wajib untuk perempuan comel. Cam sinonim pulak CREPE = JAPANESE CUTE GUGURLS!


Actually, crepe ni sejenis sweets yang boleh dibeli di tepi jalan. Kalau ada festival wajib la ada crepe ni. Kalau dating pon memang wajib la makan crepe kan kan kan? Apakah crepe? Lempeng disalut whipped cream, chocolate, buah-buahan dan dibalut dengan kertas, ikut suka korang la sebenarnya nak masukkan inti apa dalam tu. Tapi aku rasa yang paling famous dan senang nak buat choco bananan crepe. Sambil makan sambil koyak kertas yang balut crepe tu tapi jangan buang merata-rata pulak.

ish ish terasa comel la tengok crepe ni!

Korang nak jadi comel try la...buat sendiri pon boleh sangat..senang ja cuma menyusahkan kot ha ha.

after school's sunset
10/13/09

aiskrim pelik Jepun

Bolehkah anda bayangkan perasaan atau rasa apabila memakan :




+








さんま(Pacific saury fish) + Ice cream

=

  さんまアイス@saury fish ice cream???!!


Well, sanma ice cream ni betul-betul wujud! Ish geli gelemannya kalau aku nak rasa ice cream berperisa IKAN? No way man. Eh tapi mungkin sedap sapa tahu? Boleh dimakan waktu breakfast ok? Pelik-pelik la orang bermata sepet ni! Kalau nak tahu banyak lagi ice cream berperisa pelik-pelik ni sebenarnya;

Squid flavour, beef flavour ice-cream???!

sea urchin flavour?

yakisoba(mee goreng jepun)

belut???????

p/s : loya tekak aku weh. Teringin nak cuba sekali seumur hidup. ha ha

diary

As i was very buzy continuing my work at the practical building, i decided to just stay at school and having lunch in the lab.

中巻き寿司/roll sushi
from left : ネギトロ(raw tuna)、えび(shrimp)、ツナ(tuna flakes)、かに(crab)

:
:

today's after school
I just love sunset!
10/12/09

boleh tapi tak boleh banyak

Fruits roll cake from Cocotte

Perempuan-perempuan memang suka makan benda manis kan. Tapi aku tak sangat. Boleh la. Kadang-kadang bila datang hangin nak makan sweets tu habih la..Buat apa pun dok teringat sweets yang mengidam tu alahai. 1 slice is enough. Tak boleh makan kek banyak slice. MUAK.

Harini, Inaho chan demam. Kesian tak da kenderaan nak ke hospital, dia mintak tolong aku bawakkan. Takpa la, niat tolong member-member iklhas tak salah kan. Kadang-kadang bila teringat kesusahan aku masa kat kolej dulu sejuk-sejuk kena naik basikal, aku memang akan murah hati untuk hantar kawan-kawan ke mana saja yang diorang nak naik kereta. Betapa perit dan susah bila takda kenderaan ni sebenarnya tambah-tambah bila sejuk, angin ribut, bukit-bukau keliling pinggang nak kena diredahi. Hopefully, aku akan lebih diberkati dan dimurahkan rezeki dari-Nya. Amin....

sit back and relaX

Ha ha.

Location : public toilet in Cocolo Hotel, Toyohashi
10/9/09

univ festival's eve

This weekend is gonna be hard yet interesting since we will be having our university's festival. We'll be promoting our beloved country by selling 3 marvelous menus; Roti Canai, Roti Jala and Sate. I was asked to be the person incharged in making curry to be sold with Roti canai and also roti jala. While Zaza is incharge of making the roti jala as well. Before preparing, we've had our dinner at Gusto Family restaurant(malas nak masak).

Salad with avocado for appetizer

and Maguro(Tuna) Steak set for the main dish.

Then, straight away headed back to our home and started our job by preparing the ingredients first(onion, ginger, garlic, spices, chicken). We've kept up with the cooking stuff until 2:00 a.m.

:
:

By the way, today's sky was simply remarkable!

after school

jangan makan hati

Baru tadi aku dapat mail yang forward2 ni. Selalunya kalau bab bab gosip artis kutuk-kutuk orang, segala yang nak menjatuhkan orang aku akan delete. Tapi mail dari Kak rozi tadi agak interested untuk dikongsi bersama.

Tajuk : Elakkan Memakan Organ Dalaman Haiwan

Penulis emel tersebut khabarnya seorang guru Biologi dan kebetulan, anak sulung beliau dijangkiti penyakit talesmia, anemia atau penyakit kekurangan darah yang sewaktu dengannya. Doktor prubatan menyarankan supaya anak beliau banyak makan hati ayam/lembu supaya boleh menigkatkan lagi sel darah merah di dalam badan. Cuba punya cuba, selama bertahun-tahun penyakit anak beliau masih tidak sembuh. Akhirnya, beliau ikhtiar untuk mengubati anak beliau menggunakan kaedah perubatan Islam. Bukan bomoh-bomoh ni. Bomoh-bomoh aku tak layan karut belaka. Katanya, tok guru demikian menyarankan supaya berhenti memakan organ dalaman haiwan sepertimana yang telah ditulis dalam Al-Quran. Gimik banyak makan hati ini kononya diheboh-hebohkan oleh orang Nasrani/Yahudi untuk menjatuhkan orang Islam. Antara ajaran tok guru tadi termasuklah :
1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya . Kepala ikan juga tidak digalakkan makan.
2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties, ding dang, double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya
3. Elakkan minuman bergas
4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah
5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.
6. Makan buah delima
7. Makan epal hijau
Sudah bertahun-tahun aku tak minum air gas dan mengamalkan pengambilan air mineral. disebabkan perut yang lemah. Aku rasa bagus la kalau tak minum air gas. Jadi, marilah kita mengamalkan pemakanan yang telah disarankan oleh Nabi. hehe. Tapi alangkan bagusnya jikalau perubatan Islam boleh dimodenkan dan tidak menampakkan kekolotan pemikiran sesama kita. Bukan apa, supaya kaedah perubatan ni nampak logic dan boleh diterima akal oleh semua penduduk di pelusuk dunia. Wallahualam.
10/7/09

seminggu sekali pun belum tentu

Semua orang ada impian masing-masing kan? Sama la macam aku. Salah satu impian aku kan...kalau lah boleh nak masakkan untuk family aku nanti Japanese food seminggu sekali.....macam best aja. Ofkos la family sendiri, sebab family mak bapak aku memang tak boleh nak telan makanan Jepun ni kecuali Adik n tokwan. Aku sangat suka Japanese food. So does bubu. Ya la, kami sama-sama pernah belajar kat sini kan so apa salahnya untuk tidak melupakan memori-memori indah kat sini, make a point untuk masak sediri dan makan dengan bahagianya sama-sama. Uhuhu.

Sebenarnya tak susah nak masak makanan Jepun. All we just need are miso(soybean paste), fish stock(selalunya pakai ikan katsuo @ bonito), dan kicap masin. Dalam banyak-banyak resipi yang aku pernah tengok dan kaji, hampir kesemua resipi ni pakai 3 bahan tersebut. Makanan Jepun seperti yang semua orang tahu, sangat berkhasiat dan kurang rasa(ala-ala tawar gitu). Kenapa berkhasiat? Sebab majoriti masakan Jepun menggunakan kaedah REBUS dan RENIH atau makan menta begitu sahaja(ikan boleh terima lagi, ada yang makan daging kuda, daging BABI mentah pon ada uwekkkk!). Ada jugak lah goreng-goreng tapi tak banyak. Tak payah susah-susah nak tumis bawang dengan minyak macam masakan di Malaysia.

Impian nak masak seminggu sekali tu harap-harap dapat direalisasikan la supaya aku tak lupa kat Jepun esok lusa. Aku sangat sayang kat Jepun sebenarnya sebab di sinilah aku membesar , kenal erti hidup yang sebenar selepas alam remaja. Kalau boleh jugak, nanti kalau dah ada rumah sendiri, aku memang nak ada satu bilik yang dihiasi Tatami(Japanese flooring) hiasan Jepun dan pintu tarik-tarik kertas yang macam selalu korang tengok kat TV tu. Betul ni tak tipu. Then semua kenangan yang aku lalui kat sini aku akan letak dan hias kat dalam bilik tu. Maybe one fine day....

Minggu lepas aku masak Makanan Jepun for our dinner :

明太子茶碗蒸し"Chawan mushi"
steamed egg(pudding) with cod roe

鰯尽くね汁"iwashi zukune jiru"
sardine ball wisth miso soup

ハンバーグ "hamba-gu"  
Japanese hamburger steak
sory guys kuah telebih masin ha ha

p/s: hopefully boleh master masak Japs cousine. Alah ada buku resipi mesti jadik punya! ngeeee~
10/6/09

sakit kepala dan Round 1

Hari ni sangatlah banyak kerja di lab. Ulang-alik dari tingkat 4 ke ground floor dalam 20 kali(naik lif pon bising). Lab semua orang di Tingkat 4. Bilik eksperimen di ground floor dan tak lupa juga ulang-alik ke tempat mesin-mesin sebab kena potong besi.

Dari pagi tadi sangatlah sakit kepala. Balik terus mintak Zaza berenti di kedai ubat. Singgah beli pnadaol versi Jepun(EVE Quick) dan Alinamin X(untuk sakit-sakit belakang, lenguh-lenguh badan, lenguh mata-nak cakap rajin sangat buat kerja la tu macam orang Jepun ha ha).

Sekali makan 2 biji

Balik rumah gotong-royong kami bertiga bersihkan peti ais. Peti ais baru sampai pagi tadi. TERPAKSA beli peti ais baru(second hand) sebab peti ais lama rosak. Shit. Seminggu ni makanan kat rumah asyik basi ja. Itu masam, itu kena buang, sangatlah membazir OK. So kami beli jugaklah peti ais yang baru weekend aritu. Terbang lagi duit(7800 yen)......

Mandi-manda, makan nasi dan terus ke ROUND 1!

Dah lamaaaaaaaaaaaaaa sangat tak hang out dengan member Jepun. Sebabnya bila masing-masing dah masuk lab asing, semua busy dengan kerja research. Bilik pon asing. Tahun ni dah takda kelas yang kena ambik sama-sama, masa untuk berjumpa pun terhad, so sangatlah さみしい(terasa kehilangan). Dalam course aku(Production System Engin.), ada seramai 60 orang ja. So kami memang kenal sesama sendiri. Kalau tak kenal pun at least kenal muka. Bila jumpa senyum dan angguk-angguk kepala haik haik tu lah kan. Susah nak baik dengan orang Jepun sebab diorang sangatlah pemalu dan memang akan ada bearier bila berkawan dengan orang sepet ni. Tapi kalau kita selalu approach diorang, no problem at all, diorang pon ok ja nak berkawan. Cuma yang aku tak suka diorang ni suka bermuka-muka. Tak suka pun cakap suka. Susah....

Hari ni, kami reunite balik di ROUND 1 for bowling, entertainment spot yang sangatlah popular di sini. Dalam setiap negeri atau daerah memang berlambak Round 1 ni. Dalam satu bangunan, semua entertainment stuff kita boleh main. Cakap saja apa jenis; Bowling, Karaoke, Darts, Game center(heaven OK), Purikura, outdoor games(badminton, ping pong, memanah, bola tampar, futsal, basketball, batting), massage chair, internet cafe, dan ada jugak round 1 yang ada inline skate rink. Orang jepun suka sangat lepak kat sini selepas balik dari kerja untuk hilangkan penat-penat, lepak sampai pagi then baru balik rumah. Memang dah jadi budaya kat sini. Sebab sini takda mamak maple kot. So cara diorang nak lepak-lepak, kat tempat entertainment spot ni lah.

Round 1 Toyohashi, tak kecil tak besar.

Kami lepak main bowling 2 game saja. Aku, Inaho, Megumi, Yuuhei, Hiroaki, Okazaki. Macam biasa aku masuk longkang memanjang ha ha. Memang takda bakat langsung main bowling serius shit. Tak pernah markah aku lebih dari 100. Kalau ada pun, hari tu agaknya aku macam terkena nombor ekor kot. Punyalah bertuah kot.

Yuuhei sebelum mebuat balingan masuk longkang

With the tak betul guys
(from left : yuuhei, me, okazaki, hiroaki)

Da sepetz gugurls
(me, Inaho, Megumi)

Orang Jepun tak reti camwhoring

Main 2 game dan chow. Punyalah tak reti tak da seni main bowling. Ha ha. Bayar dan turun tingkat bawah masuk dalam Game center dan main game-game yang kena msuk syiling tu...Game yang paling glamour kat sini panggil UFO Catcher. Masuk duit, aim barang dalam kotak tu untuk jatuh ke tangan kita. Ha ha. Kalau takda skill alamatnya beratus-ratus la duit terbang. Rasa macam boleh target, tapi punya lah susah.

Tengoklah betapa addictednya member-member aku main :
(nasib baik aku tak minat)

Megu try key chain yang selalu aku buang kalau dapat. Menyemak bilik.

Inaho mencuba nasib dengan Pingu gedabak

Okazaki tak puas hati tak dapat ais krim haagen Daz

Beralih kepada gula-gula pula ha ha sangat addicted ok

Last-last yang dapat :
Bear kecik

dan

Gula-gula Gulico sahaja ha ha(bazir bazir...)

Lepas main UFO catcher, lepak main kuiz perdana online(science, sejarah, sports, game) plak. Time ni la aku rasa bahasa Jepun aku memang 5%. Lambat gila nak baca kuiz. Takpalah. Nama pun orang Malaysia bukan beranak kat sini pun kan. Aku boleh jawab sikit sangat. Satu la yang aku realize, orang Jepun ni pengetahuan am diorang sangtala tinggi berbanding orang Malaysia. Serious tak tipu. Memang kalah la Malaysian. Yang aku tau, Malaysia kaya dengan artis-artis yang tah apa apa. Budak-budak yang lahir-lahir tengok AF, Malaysian idol, gadis melayu. Apa boleh dapat? Malu malu.....

Sebelum balik, lepak di Mc d dengan megu dan inaho sebelum aku hantar diorang balik. We had so much fun!

Mac flurry autumn version sangatlah sedap!

Eh, terlupa. Inaho dapat jugak pingu gedabak tu ha ha ha. Memang la kau dapat no ekor ari ni Inaho oi sebab bowling td pon markah dapat seratus lebih tak pernah-pernah :p


p/s : nite-nite! semoga esok boleh bangun g lab dengan best. Sakit kepala pun dah hilang :D
 

Blog Template by YummyLolly.com