4/13/11

son's week?


It's Sons Week! 
If you have a handsome son that you love
more than you can describe, copy and paste this to your
status for a little while, but hold them in your heart for a lifetime!


facebook ni memang suka main-main. Wujudkah son's week ni sebenarnya? Ah ada aku kisah? Kalau tak "minggu anak lelaki" pun aku tetap layan anak aku macam anak raja lah heh. Seriously aku still tak bleh percaya aku dah ada anak. Lambat sikit otak nak compute. Mummy loves you more that i love myself. Sekarangg ni dah tak boleh hidup kalau takdak hayyan. My precious!


photos crefit to Shazlee Razak
edited by me.
4/12/11

life ain't easy here in e-phoooow.

One day i got a facebook message from one of my hubs mate. Her words make me wanna write something about my ain't-easy life here in ipoh. Just a rough daily routine life, menjawab persoalan yang bermain di minda kak ferie ni heh. 

Ferie Fariza April 7 at 4:31pm Report
Assalamualaikum.
hai dart! hope you and hayyan are all well. i sgt admire your strong will...dok asing dari ayoi, pagi keja, petang sampai malam sorang2 dengan anak.OMG! mcm2 nak tanya u...camana u mandi?camana makan,solat,etc...i ingat i ni dah sgt kasihan dah...rupanya u lagiii kesian. my husband works till midnite, balik umah anak dah tido,rumah dah kemas...dia tak tau apa yang i dah lalui sepanjang hari. so i selalu sgt complained, i mcm marah sebab i sorang kena lalui semue kesusahan.anak2 i,xleh berenggang lgsung.so,mandi kena sama mandi dgn i, makan pun xleh nak makan kenyang, solat pun diorg akan panjat2 badan i.itu belom house chores. my husband tugasnya cuma accompany me ke nursery utk hantar anak setiap pagi.tu je.lain dia x tau.so lama kelamaan i jadi geram. skrg dah anak 2, i dah xde merungut sgt,maybe sbb i dah tau camana nak handle.

dart, i sgt admire u! i mcm insaf jap, betapa beruntungnya i, at least my husband ada tinggal sama2.

ganbare dart! insyaAllah u akan dapat kebahagiaan dunia dan akhirat sebagai balasan utk kesusahan yang u dah hadapi di dunia ni.and i'm sure Hayyan akan jadi anak yg sgt membanggakan u.

last but not least, jaga kesihatan ya! take multivitamins.jgn jdi keding mcm i sudah.hihi.

ganbare!!



















































Sungguh terharu bila mendapat message seperti ini. Thank you kak ferie sebab kesiankan Dart. Entri ini bukan bertujuan untuk mendapat belas kasihan daripada sesiapa. I don't need any, btw. Sekadar berkongsi pengalaman. Memang benar, menjalani kehidupan berseorangan membesarkan anak yang masih kecil bukan perkara yang mudah, tanpa suami di sisi pulak tu. Nak mandi, nak solat, nak makan, semua benda yang Dart nak buat kena fikirkan keadaan baby dulu. Sejak duduk berdua dengan Hayyan, i dont feel i can be selfish anymore, it's all about him, my beloved son! Bila malam menjelma, mulalah terasa "insecure" dalam diri, ya lah, tiada lelaki dalam rumah nak dibuat hero kan. Housemate pun takda nak teman.


MORNING-
My life starts at approx. at 6 a.m. Secukup rasa. Tak awal tak lambat(tapi kalau dulu-dulu sebelum bergelar ibu awal sangatla haiiiiii~) Sejujurnya, bila ada hayyan, tidur Dart memang tak pernah cukup, tak pernah ada tidur yang berkualiti. Mata sekarang ni jangan cakaplah, nampak letih aja, full of dark circles. Tapi peduli apa kan, anak mesti diutamakan. Kalau tak tidur lena dia, tak tidur lena lah kita. Bangun aja pukul 6 lebih-lebih sikit campur bergolek-golek sebelum fresh, Dart akan masukkan hayyan dalam buaian dulu. Supaya bila Dart masuk ke bilik air dan mandi hayyan akan tidur lena. Dart akan cek beg pakaian hayyan yang nak dibawa ke pengasuh, supaya takda barang yang tertinggal macam botol susu, diapers. Botol susu paling penting. Hayyan nak botol avent dia aja. Yang lain taknak dah. Then, kalau baju kerja tak belum disterika, dart akan iron baju. Then terus mandi. Lepas mandi, solat, siap-siap sampai pukul 6.55 a.m. 5 minit sebelum pukul 7 dart akan menuju ke pintu depan dan bukak kunci dulu, termasuklah kunci pad lock di gate luar. Kalau tak buat macam tu, nanti bila angkat hayyan, akan timbul masalah lambat dan susah nak bukak kunci rumah sebab hayyan berat dah hampir 7 kilo bai. Plus, keselamatan pun kena fikir jugak. Pukul 7, hari masih belum terang sepenuhnya, bila tutup pintu, kunci pintu pulak, Dart akan jalan kaki hantar hayyan ke rumah pengasuh yang terletak selang 8 buah rumah from my house. Masa tu sunyi aja, anak Dart pun dart bedung dengan selimut, sambil jalan dart dodoikan dia eheh. Bila dah hantar hayyan ke rumah pengasuh, dart balik rumah dan kemas barang-barang, kemas tempat tidur, letak botol susu hayyan dalam sink dan kemas barang untuk ke ofis pulak. Masa tu lah kalau nak berak, haruslahhhhhhh. Makan suppliment, minum susu sikit, siap-siap dan off to work at 7:20 a.m. Kenapa Dart tak pakai car seta aja eh? Actually, belum sempat beli lagi la. haih tak suka terus beli nak survey dulu. Nantilah bila hayyan besar dan berat sikit i'll buy for him one.


BALIK KERJA(PETANG) - 
Balik kerja, time ni la TIME PRECIOUS untuk buat kerja rumah. Dart akan basuh botol susu hayyan, sterilize, kemas rumah, sapu sampah, lipat kain dan letak di tempatnya. Masa ni rumah nampak teratur. Then bila dah siap semua kerja, Dart akan ambil hayyan di rumah pengasuh, sama juga berjalan kaki. Actually i prefer to walk. Boleh exercise sama. Kalau ada masa, Dart akan bawak hayyan jalan-jalan pusih taman, or lepak atas kerusi batu luar rumah, main-main dengan hayyan. Ok, bila dah nak senja, Dart akan masuk, kunci rumah(dan tak akan keluar lagi selepas tu kecuali ada apa-apa), letak hayyan depan tv, dan panaskan air untuk mandikan hayyan. Rumah sewa dart takda water heater so terpaksalah jerang air sikit. Kalau tidak kesian pulak air tank sejuk! Kadang-kadang rasa susah sikit sebab bila letak hayyan atas tilam dia akan merengek. Manja betul la anak mommy ni. Bila air dah siap sedia, dart akan mandikan hayyan pulak. Lepas siap mandi. letak hayyan atas tilam, g amik baju n kelengkapan dia dan siapkan hayyan pulak. Then bancuh susu sebab masa ni hayyan dah mula ngantuk. Tengok keadaan la jugak. Kalau tak ngantuk, Dart terpaksa la belek budak kecik tu sampailah dia tidur. Masa ni, i cannot be apart from him. Boleh la lari kejap-kejap tapi hayyan dah boleh detect mommy dia takda dekat dengan dia. so dia mula la buat perangai. Tapi itulah, dah duduk berdua aja, harussssslah manja kan anak aku. He doesnt have anyone else to be with, except me. Oh tadi lepas siapkan hayyan, Dart akan rendamkan baju hayyan yang dipakai haritu, dan perah untuk sidai. kalau hayyan tak meragam sangat dart akan keluar sidai baju. Baju dart basuh tangan ok. I have no problem with it, kecualilah kalau tak sempat, dart akan mintak tolong member dart basuh mesin. 


MALAM - 
Tepat pukul 10 malam, Dart akan masukkan hayyan dalam bilik, pasang lampu tidur kasik malap(sign for him - time to sleep ), bancuh susu, dan susukan hayyan sampailah dia tidur. Hayyan akan tidur pukul 10:30 p.m macam tu, then here comes PRECIOUS TIME AGAIN! Masa ni, Dart akan sediakan barang-barang hayyan untuk dibawa ke rumah pengasuh again. Tadi ada nampak Dart tulis dart mandi? TAK KAN? Masa ni lah jugak i get to take my bath dengan bahagianya. Tapi bahagia pun mandi tak tutup pintu habis wo takut-takut anak terjaga. Lepas mandi, solat, sediakan baju dart untuk ke ofis esok hari pulak. Then pi mai pi mai dah pukul 11 lebih dah. Masa ni Dart akan on SKYPE with my hubs. It's a must since we were both still studying heeeeee. Hubby akan temankan dart dengan video call supaya Dart tak rasa sunyi or takut. Tapi terbukti, terubat sikit hati kalau hubby temankan dart. So, skype tu kami on ja sampai pagi supaya i'll feel secured, kalau terjaga pun boleh terus gerak hubby dalam phone. That's why Dart sangat pentingkan internet connection. As long as i can contact n see my hubby's face everyday, im OK with it. Then pukul 11:30 p.m, dart pulak tidur. Then pagi pukul 3 a.m macam tu hayyan akan jaga untuk mintak susu. Plus kalau dia gerak-gerak terjaga , kena tepukkan dia sampai dia lena semula. Macam tu la rutin harian Dart. To hayyan, walaupun mummy letih, im happy because i have you in my life!


TAPI....kalau hayyan demam, memang teruk sikit sebab dia tak boleh lena. Mulalah risau dan nak suami ada di sisi. I have to take care after him, tak boleh tidur nyenyak. tapi taklah selalu.


As for conclusion, walaupun hidup susah, i can manage myself and my life well. Dart bersyukur juga dengan rezeki yang allah bagi ni, it makes me to be more organized woman, tahan lasak tu. phew. Tu belum weekend lagi. weekend memang dart tak stop kerja. Masak, iron baju husband...bla bla..still... i feel blessed. Kepada wanita wanita di luar sana, just be strong with anything yang tuhan letak. Semua dugaan yang tuhan letak ni boleh diatasi dengan minda dan semangat yang kuat! Insyaallah....Dont just keep complaining with our fate.


while gotong royong bersihkan rumah sewa.

p/s: ada sapa-sapa yang nak jadi housemate saya di area gunung rapat? eheh.


p/s/s: dalam entry tu dart tak sebut pasal makan kan? i rarely eat bila balik keja. i dont feel like eating when im home. macam tak selera pun ada nak makan sorang-sorang. plus i can use this opportunity untuk diet! yey~
4/11/11

mini driver!

 Introducing incredibly mini driver, Hayyan Vettel ha ha.
Kalau hayyan jadi racer pun cool jugak. 
Tapi mana nak cekaw duit mau maintain kereta. 
Sekali drift habis beribu! Kereta control ja la nampaknya....:p



Oh btw, we are thinking of letting go our beloved mini cooper, ih ih ada ka orang nak beli? Sayang sebenarnya, tapi for the sake of invesment...Kalau ada rezeki lebih nak tucson or 3series baru!(berangan!) Take a look at our baby, not hayyan, baby mini lah. Silap-silap tak jual kot. Makin lama makin sayang...Boleh mummy bawak hayyan g skolah nanti. 



Photos credit to Shazlee Razak
4/6/11

bbq & aktiviti merebut hayyan


My husband suka barbeque(oh baru aku tau ha ha). He requested me to organize a simple parteyh bukan liar, invited siblings ke rumah dart(kami ada 4 beradik ja ha ha) since kami dah 3 beradik duduk area key-hell ni dan dart n hubby duduk rumah sendiri(adik n abang blum lg). Adik kecil bakal menginap di sekitar abang dan kakak-kakaknya heh. So, Dart marinate ayam, beli sosej sikit, dan........... bakar! 

doriang(slang jepun) pun adaaaaaaaaaaa~


Sebelum balik tangkap gambar freestyle dulu!

nyehehehhee.


 loving couple we are! Yes we can! ha ha.

 and also loving siblings we are. 
hayyan bambam!

top : japan bundle
pants : uniqlo boyfriend
4/4/11

3 months hayyan; new born no more


pants : mothercare

So much has happened in so little time! Your baby has gotten a whole lot bigger and his brain power is increasing every day, too!

source: whattoexpect.com

Exactly! Hayyan dah 3 bulan! Anak mummy sudah pandai merengek manja bila nak disuruh dukung atau angkat. Sudah pandai menjerit kegembiraan! Jugak menjerit marah ha ha. Air liur pulak semakin mencurah-curah eeeeeeeeew. Mummy tak makan apa la masa mengidam dulu. Rasanya semua dah dapat heee. Hayyan baru discover yang he actually has a pair of hands! Selalu dok belek aja tangan dia, dan mula nak masuk mulut saja! Sekarang ni bila mummy pakaikan baju newborn aja kat hayyan nampak macam serba tak kena. Maybe muka hayyan dah tak cukup newborn dah. ha ha. Dah beso. Mummy nak beli jeans lah untuk hayyan tapi tengah survey lagi. 

Bila masuk 3 bulan ni, hayyan dah taknak tidur dalam buai. Thank GOD. Senang sangat sekarang ni nak deal dengan kerenah tidurnya. Bila ngantuk aja sumbat susu 6 oz, terus tidur. Tapi kena letak bantal berat sikit atas dada hayyan, making him feel secured. Asalkan hayyan tak panas, boleh aja dia tidur lena lama. Sekarang ni asyik nak suruh mummy main dengan dia. Fe'el macam budak besar. Letak aja terus dia angkat kepala dia bagi sign nak suruh kita angkat. Dah pandai menapak pulak tu! Bila angkat and letak atas badan mummy, kaki dia automatically macam ala-ala menapak. Bab rolling tu jangan dikata lah. Pantng letak and tinggal skit terus berubah tempat asal. Memang asyik nak berguling aja anak mummy ni.

Sekarang ni kalau balik usj, mummy dengan daddy letak hayyan depan tv bagi dia tengok BABY FIRST channel. Bagus rasanya untuk baby's development. Kalau cartoon/channel biasa i think belum masanya and tak sesuai sangat sebab pergerakan motion gambar yang terlampau laju. Kalau channel untuk baby tu, ilimiah dan semua pergerakan lambat aja. Sesuai untuk baby kecil. Zaman sekarang ni dart tengok ramai parents kasik ipad untuk bagi baby main. Dalam ipad ada macam-macam application, macam colouring book, etc. Kalau ada duit lebih nak lah satu!

Yang paling mummy rindu and suka sangat time ni, hayyan asyik sengih 24 jam. Kalau mood dia baik, memang asyik nak senyum kat mummy. Dahla dua dua belah pipi ada dimples alahai....suka mummy! I think hayyan dah kenal siapa mummy dia yang sebenarnya. hihi.

Banyak artikel sarankan supaya :
1. read to our baby. Sebelum tidur, bacakan something untuk baby. Antara kebaikan membaca buku kepada anak seawal 3 bulan ialah-

Have you started reading to your baby yet? You may think it early, but reading to your baby will help her get into a bed time routine. It will also stimulate her brain and give you both some goodbonding time. It is wise to start establishing a bedtime routine if you have not done so yet. Start with a bath, book,massage, and bottle or nursing. Then put your baby to bed. Keep this routine up every night and it will help your baby get to sleep.

2. Talk to our baby. Bila ke kedai contohnya, bercakap dengan baby walaupun dia nampak macam tak faham. Cakap aja apa yang patut, tunjuk benda dalam kedai ka contohnya ha ha. Tengah nak praktik lagi ni. Kadang-kadang perasaan malas nak cakap tu ada kan huhu.

Talking is also a good way to stimulate your infant ’s development. The more words and sights baby takes in during the first year, the faster the brain development. When taking your baby on her walk, talk to her. Tell her about the different objects you pass. You may feel silly doing this at first, but soon it will seem routine.

3. Tetapkan masa tidur anak. So far, dart cuba tidurkan hayyan tepat pukul 10 malam. Sebelum tu main dengan hayyan sampai dia penat. 


4. How to play woth 3 months old baby-

  • a) Put him on his tummy on the floor. Roll a ball about 2 feet in front of him. With a little practice he'll be able to coordinate his eye and hand movements and reach toward the ball.
              b). Ring a bell while he's watching, and then ring it again just out of his line of vision. See if he'll turn and search 
                 for the bell with his eyes.

  • c). Play music with a strong rhythm. Try a variety songs - fast, slow, loud, soft - and soon your baby will learn to recognize the difference.


  • d). Bring your baby outside. Place him under a tree, and he'll enjoy listening to the leaves, watching light and shadow, and seeing birds and airplanes go by.


  • e). Sew a bell securely into a wristband and put it on his wrist or leg. Noticing the sound it makes when he moves will help him develop body awareness and eye-hand coordination.



  • source:ehow.com

  • Dah cuba so far. Sedang cuba lagi untuk menjadi yang terbaik.  

  • 4/1/11

    lalala kerja, hari-hari kerja.


    Ok now let me tell a story about my job. I am now officially makan gaji dengan Kementerian Kesihatan Malaysia as Jurutera Operasi Kawalselia Hospital(Mekanikal) di bawah unit Perubatan Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan(BPK). Ramai orang tanya, "Jurutera at Jabatan Kesihatan??", macam tak masuk aja kan. Kalau Pegawai zat makanan, pegawai kaji kuman(jawatan ni ada for real taw), ker takpa jugak kan kalau nak bernaung dia bawah kementerian kesihatan. Tapi kalau jawatan pemandu tak pulak orang question? Ah tak pedulik. Bahagian kejuruteraan di KKM ni sebelum ni ada satu saja di Bawah Perkhidmatan Awam. Perkhidmatan Awam, lets just think as Klinik Kesihatan. Kalau Hospital pulak di bahagian Perubatan. Unit baru. Sebelum ni takda. So, Dart Jurutera under Perubatan, mengawal selia hospital lah maksudnya.

    Apa kerja kami??
    Well, macam ni...Di hospital, maintainance semua diberi tanggungjawab kepada syarikat swasta untuk maintain services. Tak kiralah dari mesin, sistem air-cond, lift, kain baju pesakit, cuci toilet, sampah sampailah projek besar, SEMUA diorang yang buat. Kalau di Perak, company yang bertanggungjawab ialah FABER MEDI-SERVE. So, semua kerja penyelenggaraan bagi kat depa. Yang jurutera ni pulak buat apa? Goyang kaki? Eh bila dok kat meja buleh la goyang kaki. Tapi bila kena kerah turun padang, macam nak tercabut kaki. Dart punya post dia Jabatan Kesihatan, so banyak kena ulang-alik seluruh hospital di Perak. Tak terikat dengan mana-mana hospital. Ada jugak ditempatkan seorang jurutera di satu hospital Pakar. Tapi dengar kata Hospital Kuala Lumpur dah hired 7 engineer dah ni tak adil! :p So far, Dart dah tawaf Hospital besar Ipoh, Hospital Kuala Kangsar, Hospital Gerik, n Makmal Kesihatan Ipoh. Tugas kami ni untuk pantau consession company ni la buat kerja ka tidak. Tak kerja ptong gaji! heheheh. Pastu meeting meeting present2. Kalau meeting tu kira dok sebelah pengarah hospital la yop! :p

    Sebelum ni, jawatan kami dipegang oleh consultant, maknanya KKM hire company private untuk pantau consession company ni. Tapi sekarang kontrak dah nak tamat, so depa wujudkan unit baru and hire engineer sendiri untuk jadi pemantau/penguatkuasa. Unit baru, jadi ada chan la untuk aku nak pindah balik ke pangkuan suami ha ha. 

    Ada banyak perbezaan masa dart kerja di panasonic dulu. Yang paling lawak, Hosp. Kuala Kangsar memang terbaik. Time meeting makan mee rebus wooo wakakkaa. Tak tahan, Pengarah pun lepak ja. Kalau di private company jangan harap la. Minum air mineral ja la. Macam mesyuarat JKK kampong dah aku tengok haha. Dart tak maakan sampailah meeting habis sebab dart rasa pelik sangat budaya tu. Macam tak boleh nak fokus kerja bila makan. Satu lagi, semua benda pun nak kena buat surat. Surat Surat! Nak mintak keluar outstation pon sampai kena minta sign pen. pengarah. Macam tak logik di situ. susah nak mintak sign sebab org besar ni direct meeting aja. last-last outstation dulu pastu baru mitak sign. Kan dah tak ikut prosedur!


    Bumbung bocor at Hospital Gerik 
    Takpa kes ni Jurutera awam dah tengok.
    Jurute mekanikal hanya boleh nganga.

    So far, test drive Ambulans baru pengalaman terbaekkkkk! 
    Engineer dapat green light naik wo. ha ha. 





    New Westar MAXUS AMBULANS untuk 10 hospital dan Klinik Kesihatan! YEAH.

    So far, Dart enjoy keja sini. Environment kerja yang walaupun busy, tapi still boleh mengutamakan family. Because my family means everything to me. So kena la balik awal nak jenguk anak rindu! heeeeee. 

    lost.

    ダッちゃんへ

    返事が遅くなってごめんね.堀 亜由美です.
    元気にしてるよ!
    先週までは,学会の概要の締切で,死にそうだったけど(笑)

    赤ちゃんかわいいね.
    赤ちゃんの名前って日本語??

    また,メール下さい

    i was very happy to get email from one of my japanese friends. Sebenarnya malas nak contact, Dart memang macam tu, pemalas skit bab nak kontek2 orang haih. Kecuali la bila rasa penting. Ada sorang aja member Japanese yang Dart teringat n terasa nak contact dia sangatt. Her name is Kawabata Inaho. Inaho chan ni baik gila. Memang tulus tak macam other japanese yang rata-rata kuat bermuka-muka ahaks. I tried to contact her tapi tak dapat. Sedih gila la alahai. Tambah-tambah haritu earthquake kuat kena kat tempat asal inaho chan ni. Aomori. Dart hanya boleh pray for her. Dengar kata nenek dia tinggal kat Aomori tu. Tak sempat nak g sana jenguk nenek dia. Sempat jumpa mak dia aja. How i missed her now. Hopefully 1 day Dart dapat contact balik dengan Inaho chan! イナホちゃんと会えるように祈りま〜す!

     Inaho with her mother. Yes her mother does look like foreigner!

    Someday we'll catch up!
    3/29/11

    sister's simple & natural makeover

    My sister fatin rarely makeup. sangat simple orangnya, mempunyai dahi dongga sehingga menyebabkan kapasiti otaknya mampu menghafal segala anatomi badan manusia. Mana main makeup-makeup ni heheehhe. Tapi lebih rajin dari gua, at least everyday pakai bedak. Kalau haku, bila malas langsung tak pakai apa. So, kakaknya yang suka menconteng arang ke ke mata bila terlebih rajin ni conteng-contnglah muka adiknya. Mentang-mentanglah balik Aloq Setaq, anakku 24 jam dengan tok. ngehehehhe. Boleh buat keja merapu! 

    Her skin condition is average, tak teruk dan tak la licin macam kulit telur! disebabkan bekulit putih cina, her face dah mula naik freckles di bahagian hidung. Tapi daku tutup dengan concealer hehehehhehe. So far, still boleh lagi pakai makeup yang bercoverage rendah sebab kulit muka consider OK, tak perlu tebal berinci2. Dart picked natural colour untuk mata, iaitu hijau lumut supaya tak menyebbkan margin yang besar antara sebelum dan selepas makeup. cuma untuk menyerlahkan lagi kecantikan adikku sahaja. so, mari kita lihat hasilnya!

     belum bermekap sepenuhnya
    "buat huduh lebih sikit!"
    :p

    my sister ada problem lazy eye. Kalau tak tahu google ya. So menampakkan sebelah mata lebih besar dan nampak tersembul hahahha. 

    start with base.

    Bila dah siap, nampak macam ni:

    close up.
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    Licin habis!
    Masalah lazy eye can be covered by applying mascara. Takda penekanan di bahagian eye crease. No serious contouring. 





    For me, kalau nak nampak cantik bila makeup, utamakan our skin condition terlebih dahulu. Bila skin kurang problem, insyallah akan nampak cantik + flawless bila tambah makeup walaupun nipis n natural. Tambah sedikit skill. Sebabnya kalau muka bermasalah, nak kena apply coverage yang banyak, menyebabkan nampak tak natural.

    Adikku banyak baca buku, so kena pakai spek. Tapi stil cute. aceh.
    Ada lagi setahun untuk bertitle dr. good luck.
    Nanti i post brg yang digunakan untuk makeup ni. 

    outing @ subang parade

     top : old navy

    romper : baby gap
    baby pre-walker : mothercare

    baru dpt intrnt connection di ipoh yeah! nnt i cerita life kat sini  berdua dengan hayyan. tak semua        mommy yang sanggup harung hidup macamni kalau tak kuat semangat. 
    3/17/11

    0ffline kejap.

    Mengumumkan keberangatan pulang mummy dart ke ip0h es0k....tgh bz packing serupa nak masuk asrama baru ! huwaaaaaaaaaaa bencinya nak start life baru di tempat baru takda hubby di sisi...nasib baik baby hayyan ada..pembakar semangatku untuk terus berjuang. diharapkan penantian aku dan hubby akan memberi seribu makna supaya kami saling menghargai satu sama lain. we are n0w 0ffcially weeekend c0uple! S0 dart terpaksa 0ffline sat mungkin lama sebab buat masa sekarang d ip0h takda bekalan internet! blergh.
    3/11/11

    new layout design

    Finally i have got to change my blog layout prior to my needs. Cantik tak? I love love love GREEN so much, to be frank. Cari punya cari Green's free layout designs tak jumpa yang berkenan, last last background letak sendirik senang! Follower nya box pun dah tambah, tapi tak byk follower pun, tu yang malas letak! Ada ka orang nak baca? Tak kisah lah, asalkan boleh jadi my e-diary untuk catat apa yang berlaku in my everyday life sudah cukup...:)

    Jom jom jadi follower saya hahahaha nahhh perasan gila. New layout ni pun ada comment nya box, do comment if you feel free boleh share apa yang patut, pasal parenting ka, makeup ka, anything!

    p/s: halamak! habis link yang aku letak hilang! wudda! 
    3/10/11

    happy birthday uncle danny!

    We had a simple but memorable mutual birthday celebration of my big bro at EMPIRE'S OLE-OLE BALI rest. Sedap sangat-sangat! Reccomended untuk orang yang rasa nak makan di tempat yang sangat sophisticated, cozy semualah! Makan ala Bali style, lebih kurang malay cuisine tapi ada rasa sedikit special, bukan cara nasi campur la tapi ya. Satay balut batang serai. Hah! Special kan? Nasib baik aku tak tergigit sekali batang-batang serai tu. And why mutual birthday? Sebab my bro's birthday is on 29th February, tapi malangnya 4 tahun sekali aja. Sorry lah. We also bought simple dessert from the loaf, lepas makan konon nak surprise sekali lilin tercampak mana ntah haha.  

    nyummeeyyhh!

    hayyan boooolat!
    romper : baby gap

    3/9/11

    new mum, beware of De Quervain!


    Hello new moms! Firstly, let us test our wrists condition.

    Try to grasp your thumb as shown as both pictures below :

    Eichoff's test
    Finkelstein's test
    (source :  wikipedia)

    Ada rasa sakit tak di pergelangan tangan yang amat sangat? 

    IF YES,

    you're probably suffering from De Quervain syndrome, also popularly known as mother's thumb!

    Well, I am the one who are suffering! Sakit sangat dua-dua belah tangan di bahagian joint antara ibu jari dengan lengan. Sampai satu hari ni tak boleh nak gerak/bengkokkan pergelangan tangan. Dah seminggu lebih suffer, tak boleh nak dukung anak, buat kerja rumah(masak etc) nak angkat benda even yang tak berat pun sakit sebab tak boleh genggam contohnya menarik tali bra(kahkah), bukak padlock key(bab pusing tu sakit), garu belakang, dan juga pakai stokin. Sampai dah tak tak tahan sangat dart ke hosp. Dr kasik postan ja. Tapi Alhamdulillah dah berkurang skit. Seminggu i jadi princess, eh tidak lagi, dah naik taraf jadi "Queen" eheh.

    What is actually De Quervain syndrome? Nama canggih btul kan kalau bab bab penyakit ni. Takdak pulak penyakit nama Osman Kering ka. Google punya google(wikipedia);
    It is a tendinosis of the sheath or tunnel that surrounds two tendons that control movement of the thumb.
    Who is susceptible? (source : suite101.com)
    Dr. Vicky McEvoy, Assistant Professor of Pediatrics at Harvard Medical School, explains that de Quervain’s tendonitis can affect anyone who performs a lot of handwork or repetitive hand movements. New mothers and grandmothers are particularly susceptible to pain at the base of the thumb because they’re more likely to repeatedly pick up their first child. 


    Aaah, aku lah new mom tu, kena sangatlah sebab aku baru ada anak pertama. Baru dua bulan dah 6 kilo weh. Tak sakit tangan saja la. Dr. siap cakap lagi, u're quite bony hahahah. Tangan kurus kering. Lepas kembang semangkuk selama 9 bulan, tangan aku kembali menulang, termasuk cincin kawin di jari semakin longgar. Tapi tidak pula di perut wudda! Sekarang dalam proses merehatkan tangan. Tapi takleh nak baik sangat sebab still kena buat keja, sekarang tinggal berdua dengan hayyan tiada bibik mahu menolong. 

    How to treat?
    First, it is important to seek medical advice and a diagnosis from a trained health care professional in order to rule out a bone fracture or other problems. For many, waiting to see if the pain gets better is not an option. “People get the best results when they start to treat it early rather than ignore it,” says Susan Stahl, an occupational therapist and certified hand therapist at Neu Physical Therapy in Lawrence, Kan.

    • Untuk mengurangkan sakit, tidak lain tidak bukan mesti kurangkan kerja yang bertumpu di tangan. Switch tu kaki pulak kot. Basuh pinggan guna kaki. Hey ingat aku OKU kah(memang pun kurang upaya), tapi kalau guna kaki untuk melukis macam nice kan? 
    • Guna "ergonomically designed kitchen and gardening tools" boleh membantu, kata miss Stahl. 
    • Pakai "wrist brace" atau "splint". Mana nak cari oi?
    • Letak/demah ais ketul selama 5 hingga 15 minit, beberapa kali sehari.
    • Ambil/makanlah ubat dengan nasihat dr!

    So para-para ibu baru(hehe), make sure jangan biarkan berlarutan kalau sakit, sebelum sakit better jaga tangan dengan menyuruh suami buat segala kerja rumah(oh sungguh queen control), tak baik lah. Buat lah yang mana mampu, kalau boleh nak angkat anak, jangan angkat dengan force hanya di pergelangan tangan. Gunalah siku untuk tampung juga ya. Selamat mencuba! heeee.

    jangan guna pergelangan tangan untuk angkat baby. contoh terbaik.
    3/4/11

    2 months old hayyan

    "You might be pretty (ok, very) tired these days but one look at that little gummy grin makes it all worthwhile."

    Hayyan dah 2 bulan lebih! Sukanya nak ulit-ulit, tak pernah jemu! 

    - sebelum ni, hayyan tak pandai mengekek tapi bila dah masuk 2 bulan, asyik nak senyum aja kat mummy n daddy sambil gelak mengekek. comel sangat.
    - mummy dah boleh differentiate suara nangis hayyan. Bila buat suara manja, dia nak attention mummy ajak main/angkat dia. 
    - mummy ajar hayyan supaya malam tak tidur dalam buai. So far alhamdulillah, hayyan tidur lena(meniarap). Mummy dart lucky sebab hayyan dah boleh panjangkan masa tidur dia waktu malam. Sebelum ni kena jaga dalam 2 kali untuk kasik susu, tapi sekarang, sebelum tidur kasi susu, then pukul 5/6 pagi pulak dia akan jaga untuk mintak susu. Setaip malam, daddy yang akan bangun prepare susu, then dart akan feed baby hayyan. macam tulah rutinnya.
    - berat hayyan dah 5.9 kg
    - kepala hayyan dah cukup kuat bila mummy bagi hayyan meniarap. 
    - mummy Dart rasa hayyan dah mula nak ROLLING OVER. Masyaallah, 2 hari lepas hayyan jatuh katil! My bad sebab tak bagi hayyan tidur atas his own crib lagi. Kami letak hayyan tepi sekali, tapi ada lubang sikit sebab tak boleh nak tolak katil betul2 kena dinding. We tried sendal dengan bantal. Nasib baik bantal tu jatuh dan hayyan jatuh gedebuk atas bantal tu! huwaaaaaaa. Alhamdulillah takda apa-apa, lebam pun takda. Tapi tekejut maut gak la!
    - hayyan dah boleh sembang. Buat suara "ah-uh!" heheheh. Tapi bila tinggal dia ajak sembang lagi sampai nangis haha.
    - hayyan macam banyak termuak susu. dart ada baca articles that it is common bila baby reflux. 
    - hayyan dah macam recognize yang dia dah ada tangan! Dia selalu stare tangan dia lama-lama, dan cuba untuk makan tangan dia sendiri. Nyum Nyum sedap la kot! 
    - air liur hayyan semakin melimpah-ruah. Kena pakai bip dah lepas ni lemas tengok meleleh-leleh! Dengar kata, kalau baby air liur banyak, mummy tak kesampaian makan makanan yang dia mengidam masa pregnant. Is it right?
    - Mummy dart letak mobile toys atas hayyan bila good mood dan biar hayyan main-main dengan toys tu. Bila terkena tangan dia, akan keluar bunyi-bunyi, good for his development

    BTW, semalam Dart bawak Hayyan ke hospital umra untuk 2 months vaccination injection. ingat nak cucuk yang wajib saja(Hep B) tapi peds kat situ sangat-sangat mewajibkan ambik pneumococcal vaccin! Kami ikut aja dr cakap, sekali inject rm188, ada 4 kali semuanya. boleh tahan jugak ya. total rm300+ jugakla semalam. Nasib baik boleh claim. What is actually has to do with this pneumococcal? It is a type of bacteria yang boleh dijangkiti dia bahagian otak, paru-paru dan telinga. So, penyakit macam meningitis, pneumonia dan otitis media, kronik jugak. Bahaya kalau kena penyakit yang disebut tadi, boleh bawa maut. 

    Vaccin ni dr cakap akan ada side effects consist of rashes, allergy, tapi so far tak nampak lagi. alhamdulillah, tak meragam pun hayyan semalam. Tidur elok saja. :)

    baru lepas nangis kena inject! ouch! 
    Anak mummy good boy, nangis kejap aja.

    Mari bercakap pasal tips tidur!

    2-Month-Old Sleep Patterns

    Fortunately, by the time your baby is 6 to 12 weeks old, she'll probably be sleeping for longer stretches of the night. If she's not, you may have to help her learn to fall back to sleep on her own. Here are a few tricks you can try:
    • Put her in her crib, instead of rocking or holding her.
    • Wait until she's groggy, but still awake; then lay her in her crib, say "good night," turn off the light, and leave the room.
    • If she cries, wait a few minutes before returning.
    • If she continues to cry, go back in the room (leaving the light off), rub her, and talk to her in a soothing voice. When she quiets down, say "good night" and leave the room again.
    • If she begins to cry again, repeat this pattern until she falls asleep.
    It may take a few days, but she'll get the hang of it. Establishing this skill when your baby is still young will help prevent bedtime battles later.

    source: similac.com

    Nak cuba la malam ni. Selalu Dart sebut "tidur sayang..." Tak pulak good night. 

    What i wear :
    top : japan bundle
    pants : uniqlo bf jeans(ketat sudeh)
    sling bag : m.a.c a tartan tale
    shoes : vans

    hayyan :
    bip : carter's

     

    Blog Template by YummyLolly.com