11/27/12

outing outing!

Outing outing. We love Subang Parade soooo much sebab dekat dengan rumah.
Dan tak crowded. ha ha.

Eee Hannah dah besar!
Abang Hayyan pun sibuk nak tolak pushchair Hannah...
 
 
What we wore. hehs. I support babywearing!
11/26/12

Hayyan and Hot Air Balloon




 
Masa ni Hannah masih dalam perut. Mommy punya la semangat ingatkan event hot air balloon cam gah kat overseas nun. Tengah padang cantik-cantik. Alih-alih depa buat kat atas padang simen tu ja. erkkk potong!!
11/1/12

revlon photoready airbrush review

Satu hari, Dart jalan-jalan di Guardian drugstore in Ipoh, nak cari foundation ad-hock sebab yang selalu pakai hanya boleh didapati di Keyhell. Sekarang ni susah sikit nak balik ke Keyhell ni sebab maid dah takda..nak gamble try letak dua-dua dalam car seat memang ok..tapi kalau sampai 2 jam lebih tu tak yakin sikit la..Hannah kalau dah start menjerit mau bikin mak panik! So, nak tak nak terpaksa membeli foundation lain di drugstore ajer.
 
Pusing-pusing, tau lah Guardian kan..Maybelline dah penah try, ok ok ja, simply siti macam urmmm tak pernah cuba lagi tapi tak terasa nak cuba lagi. Loreal pun dah penah beli, ok ok ja, nak cuba brand lain lah. Masa tengah fikir tu lalu lah depan brand Revlon. Belek-belek try la one kind of foundation ni. Photoready Airbrush. Nama catchy kan packaging dia. Dan ada kelainan sikit maka teringin nak mencuba. Harga dalam RM68 macam tu. Tatau lah berbaloi ka tak.

 
Balik-balik try lah tempek ke muka. Bila spray kat tangan, macam spray mousse rambut gitu feeling dia. Tapi yang kurang best sebab berbau busuk sikit, BAANYAK kot.... Dalam banyak-banyak foundation pernah beli, faoundation ni paling busuk! Nyeh. Paling wangi? Anna Sui~ Coverage dia pon ok ok saja...kena pakai banyak sikit, tapi cek tak suka pakai tebal-tebal. Hilang seri wajahku hahahha. Dart rasa agak oily sikit bila apply. lepas 2 jam dah macam berminyak gila terpaksa touch up balik dengan compact powder. Tapi tak touch pon sebab i malas. Berbeza dengan foundation MAC, or Anna Suir or Chanel (yang pernah pakai), letak sikit pon muka dah macam omg flawless nya kulit kau! Coverage dia macam tak sepenuhnya. Kalau orang yang tone kulit sekata, or takda masalah kulit oklah, tapi not reccommended kepada sesiapa yang kena pakai coverage yang banyak.. If you have regular imperfection such as a pimples or dry patchs I really wouldn't recommend this product. Nak lebih ok, better spend sikit lagi untuk dapatkan the best foundation. Kalau foundation ok, insyaallah letak eye shadow n lip n cheek macam mana pun akan nampak cantik.
 
Berminyak sikit. So far so good.
10/31/12

Perkembangan Hannah Naomi, my 2nd child.

Hannah Naomi is growing fast! Sedar-sedar si kenit ammi dah nak mausk 10 months...wah...sekarang dah pandai melalak kalau ammi nak tinggal dia nak masuk dapur etc walaupun sekejap. Kesian Hannah, terpaksa membesar dengan kerenah maid yang ntah aa-apa sebelum ni. Sekarang ni puas hati dapat jaga my kids sendiri. Hannah ni lain sikit dengan abang Hayyan, dia kecik molek, tak tembam sangat macam abang dia. Muka princess ni susah nak senyum. Kalau stranger tengok ja mesti akan komen..."Alahai masam nya muka tuuuuuu!"Hannah takmau kat stranger sangat..tak macam abang Hayyan, tak kisah dengan stranger. hehe Sekarang ni si kenit ni dah berdiri-diri dah tinggal nak boleh jalan aja. Memang berbeza, anak-anak ni kerenah diorang tak sama. Allah memang dah jadikan sifat kita lain daripada orang lain.

Sebelum lahirkan Hannah, selalu terfikir adakah Dart akan melebihkan Hayyan daripada Hannah atau sebaliknya? Tapi ternyata Allah maha berkuasa, perasaan melebihkan anak-anak memang tak pernah timbul sebab masing-masing ada cara tersendiri yang unik. Hayyan takkan sama dengan Hannah dan kasih sayang ammi sama untuk dua-dua.

 Happy!

love you girl! my best friend!

10/24/12

bagaimana saya handle anak-anak kecil seorang diri selepas waktu kerja

Alangkah indahnya hidup ini jika suamiku dapat menemaniku, meringankan tugas-tugas harianku sebagai seorang isteri, ibu kepada 2 orang anak yang masih kecil setiap hari. Alangkah iri hatinya apabila melihat suami dan isteri lain dapat bersama mengharungi hari-hari bersama, sama-sama dapat berkongsi melihat anak-anak tersayang membesar. Semua itu hanya dapat aku rasai di hujung minggu. Jadilah, bersyukurlah dengan rezeki yang Allah kurniakan ini. Rezeki manusia tidak sama. Ada yang lebih itu, kurang yang ini.
 
Sekadar berkongsi, setelah hire dan FIRED 4 orang maid, semua al-mangkuk hayun belaka, boleh dikatakan serik untuk mengambil pembantu rumah lagi. Sekarang ni Dart hantar Hayyan dan Hannah ke pengasuh berdekatan dengan rumah dart. Dan sebenarnya hati ini lagi senang bila di tempat kerja. Tak perlu fikir, anak aku makan ka dak? Anak aku terbiar? Boleh mengharapkan kepada pengasuh. Alhamdulillah. Cuma dart susah nak bergerak ke sana-sini bila perlu ke kursus, mulalah pening kepala aku nak susun anak nak letak di mana dan sebagainya. Nak-nak pulak kerja dart banyak juga outstation. Kalau ada maid senang banyak. Tapi hati tak pernah senang memikirkan keadaan anak di rumah! Alahai serba tak kena.

 
Kepada ibu-ibu yang senasib dengan Dart, ingatlah bahawa kalau kita dah masuk kerja gomen ni, memang hidup kita akan berpinda-randahlah. Pasti akan merasa hidup berjauhan dengan keluarga sekurang-kurangnya sekali, hanya masa yang menentukan. Kepada ibu-ibu yang dapat bersama suami, bersyukurlah dengan rezekimu jua dan jangalah sekali-kali merungut penat, letih dan sebagainya. Sekurang-kurangnya ada juga suami sebagai peneman walaupun suami tak sepenuhnya membantu kita dalam menguruskan rumah tangga dan anak. Dan kita harus redha dengan rezeki yang Allah berikan ini. Tapi dalam masa yang sama jangan berhenti untuk berusaha untuk balik ke pangkuan keluarga. Kalau tak usaha mana mungkin kita dapat bertukar balik kan?
 
Berbalik kepada bagaimana saya uruskan anak-anak selepas waktu kerja?
Ingatlah anak saya yang pertama belum pun masuk 2 tahun dan yang adiknya pula baru 9 bulan. Dua-dua perlukan perhatian sepenuhnya. Hayyan masih belum faham cara yang betul untuk main dengan adiknya. Kadang-kadang ditolak adiknya yang baru pandai berdiri sampai terlentang dibuatnya. Dikorek-korek muka adiknya disangkakan seperti boneka kot. ha ha. Kalau nak ikutkan memang tak menang tangan dan penat sangat sebab semua benda kena buat seorang diri. Tapi kena pandai time management. What to do when to do.
 
Selepas balik dari kerja : (sebelum ambil Hayyan dan Hannah dari pengasuh)
Antara Pukul 5:40 - 6:15 (hanya ada 30 minit!)
 
Dengan ekspressnya Dart terus selesaikan kerja rumah yang tertangguh : (wajib setiap hari)
 
1. Angkat tilam dan toto, bantal, lipat selimut ke tempat asal(Dart tidur di ruang tamu sebab pasang air-cond, dalam bilik panas gila).
2. kalau ada botol susu Hayyan dan Hannah yang belum dibasuh, pinggan mangkuk yang belum dicuci lepas semalam bagi makan Hayyan(memang tak sempat nak basuh pinggan kalau hayyan n hannah ada).
3. Dart akan kutip baju-baju yang dah pakai dan masukkan ke mesin basuh dan on-kan(mesin basuh semi-auto).
4. Sementara tunggu air penuh, kalau ada masa dart akan pump susu untuk Hannah in case tak sempat pam di ofis
5. Buang sampah ke luar yang mengandungi sisa-sisa makanan, diapers anak-anak yang dah pakai. Wajib setiap hari kalau tidak nanti rumah berbau busuk.
 
(Masa ni, dah pukul 6! Fuh ada lagi 15 minit sebelum ambil Hannah n Hayyan balik rumah)
 
6. Susun-susun mainan Hayyan n Hannah yang penuh mengikut susunan asal ha ha.
7. Terus capai tuala dan mandi. Selalunya mandi kerbau lah kejar masa. Kalau anak-anak ada di rumah memang tak sempat mandi selagi diorang tak tidor.
8. Solat asar.
9. Sidai kain yang dibasuh dan spin tadi kat luar rumah.(Kalau tak sempat, Dart akan sidai lepas anak-anak dah tido) 
10. Kalau ada masa tambahan, dart akan buat 1 sahaja kerja rumah seperti senarai di bawah:
 
Selain itu, Dart bahagikan kerja rumah mengikut hari. Sesungguhnya dengan masa 30 minit tu memang tak sempat nak buat semua kerja. Kerja-kerja yang Dart devide ikut hari ialah :
1. Lipat kain
2. Sapu dan mop sampah
3. Kalau perlu ke kedai untuk beli barang keperluan, Dart akan sampai rumah lewat dekat pukul 6, maka dah tak boleh buat kerja rumah lain sangat. Kalau beli ikan, udang nak kena basuh dan simpan. makan masa jugak tu.
4. Masak makanan untuk Hayyan n Hannah (bubur or sup anything)/ masak nasi. Preparation potong-potong bawang pon dah makan masa kan..
 
Pukul 6:15 - 6:45 pm
Dah siap kerja di atas, Dart akan berjalan ke rumah pengasuh dan lepak di sana sambil tengok hayyan main dengan kawan-kawan dia. Tak sampai hati nak bawak balik Hayyan awal-awal sebab dia tengah seronok main. Selagi kawan-kawan tak balik ke rumah masihng-masing, Hayyan berkeras taknak balik.
 
Pukul 7:00 pm - 9:00 pm
Masa nilah orang kata quality time with our children! Dart bagi Hayyan main Ipad. Masa dia tengah leka main ipad, dart uruskan Hannah dulu. Make sure bagi Hannah makan dulu apa-apa pun. Masa bagi Hannah makan(cerelec or bubur yang dibuat or Heinz product), Dart sambil-sambil jenguk hayyan. Walaupun tengah uruskan Hannah tapi mesti kena ada dekat dengan Hayyan jugak. Supaya Hayyan tak memberontak mommy dia bagi perhatian kat adiknya aja.
 
Lepas siap bagi Hannah makan, Dart letak Hannah dalam walker dan uruskan Hayyan pulak. Dart akan mandikan Hayyan atau bagi Hayyan dinner. siapkan makanan di dapur dan bawak ke depan dan bagi Hayyan makan di meja dia. masa uruskan Hayyan pun sama, make sure kena bawak hannah dekat jugak dengan Dart, sebab nanti Hannah akan mengamuk kalau bagi perhatian kat abang dia aja. Masa lepas makan, selalunya dah pukul 8:00 pm.
 
Ada lagi sejam sebelum put them to beds.(satu kerja yang tough jugak)
Dart main dengan dua-dua. Ambil mainan yang berlambak belikan kat diorang dan letak semua di ruang tamu. Masa tu Hannah dan Hayyan akan bergembira sepahkan barang. Dart biarkan aja. Sambil-sambil kutip jugak masuk ke dalam tempat sepatutnya. Banyak kena buat kerja sambil menyelam minum ayaq kalau jadi ibu tinggal ni. Dart banyakkan aktiviti hands on untuk Hayyan. Selain bagi main Ipad aja, dart akan bagi pensel or crayon under my supervision dan main lukis-lukis dengan dia. Selain itu, main flash card ABC dengan cara kreatif. Alhamdulillah, Hayyan dah kenal ABC dah sekarang cuma susunan tu kelam kabut sikit ha ha. Semua barang-barang tu jadikan eksperimen dan hantam saja asalkan ada input tentang perbezaan warna, anything yang bagi info kat dia. Dart akan nyanyi-nyanyi lagu If you're happay and you know it, BINGO, The wheels on the bus, Head, shoulders knees and toes, Itsy Bitsy Spider, Where is thumbkin dan buat aksi. Hayyan sangat suka time ni sebab dia akan buat semua yang Dart sebut ha ha lawak toi.
Masa ni Hannah dah mula merengek-rengek nakkan susu dan dah mula mengantuk. Terus dart sediakan susu Hannah dalam botol sebelum masukkan Hannah dalam buai.
 
9:00 pm sampai pagi
Hayyan back to Ipad dan dart bancuh susu untuk Hayyan baring-baring sambil main. Terus ambil tilam, bantal dan toto dan hamparkan di ruang tamu. time to go to bed Everybody! Hannah dart masukkan dalam buai, ada masa Hannah senang tidur, ada masa dia bagi mommy dugaan takmau lena. 3 kali turun masuk buai pun ada. Masa ni lampu semua dah tutup. Dart seboleh-bolehnya akan cuba tidurkan Hannah dulu. Kalau tak berjaya, Dart akan abil Ipad Hayyan dan terus paksa dia tidur sebab kadang-kaadang Hayyan lagi senang lena dari Hannah. Dart pon akan baring dengan anak-anak. Sebelah kiri dan kanan. Dart di tengah-tengah. Dart akan tunggu, baring sampailah anak-anak dah tidur lena. Kadang-kadang dart pon terlena juga sebab terlampau letih menguruskan anak-anak.
 
Kalau larat lagi, dart akan bangun sediakan bag hannah dan hayyan untuk ke pengasuh esoknya. Kalau tak larat dart tunggu esok pagi lepas bangun baru siapkan. Fuh, tangan yang menulis ni bila baca pon jadi penat dengan diri sendiri. Haih bila la nak dapek tukar ni!Nak pass kat hubby plak hihi. Tak senang tapi kena seamnagt kuat sikit lah.
 
Sepah-sepah tiiiimeeee! -_-
7/6/12

hargailah isteri anda..

"Selamat malam sayang. Semoga Tuhan balas pengorbanan mummy selama ni. muahhhh. love you forever."

Terjaga pukul 2 pagi. Terharu apabila mendapat message dari sang suami. Benar, hidup saya amatlah dalam keadaan kelam kabut sekarang. Sampai di ofis fizikal sahaja di tempat kerja tapi kepala fikir masalah di rumah. Sampai tak boleh nak digambarkan melalui penulisan. Siapa yang pernah merasa akan faham situasi ini. Dart tak minta apa-apa, cuma penghargaan saya membesarkan anak-anak seorang diri. Tough sangatlah tough! Tapi Dart berpegang pada kata-kata, "berakit-rakit dahulu, berenang ketepian, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian." Insyaallah. Perkara ni juga menjadikan i am a tough woman! Bekerja bukan calang-calang, kena travel bagai. Balik rumah tak boleh berehat uruskan hal anak-anak. Hal rumah tangga. Siapa boleh celen? eheh. 

Bukan bermaksud nak merungut, tapi dasyat juga menjaga 2 orang anak yang belum tahu erti kehidupan sebenar. Bila letak adik, abang akan datang kelepuk! tak pun cakar muka adik. Sangat bahaya. Bila dukung adik, abang akan meruntun di kaki mintak nak didokong jugak. Bila melayan abang, adik pulak akan meraung! huhu bikin pusing kepala! Bila malam, setiap sejam mesti akan jaga susukan adik. Pastu tambah pula dengan abang kadang-kadang minta susu. Rasa macam tak tidur lah setiap malam. Esok kena kerja pulak! Tapi tak apa, diorang pelan membesar. Bila masa dah sampai, abang takkan pukul adik lagi kalau ditinggalkan sendirian. 

Nota : Takut jadi hati batu pulak sebab dah terlampau "tough".

lepas ni nak cerita how do i cope! my rutine and so on boleh share untuk mommies yang duduk berjauhan dengan husband jugak!
6/8/12

tips untuk menjayakan exclusive breastfeed (esp. masa dalam pantang)

Salam. Yes, untuk makluman, saya fail untuk breastfeedkan anak pertama. Mommy was so sorry, akibatnya Hayyan selalu demam-demam. Antibodi kurang sikit hehe. Takpalah dart belajar dari pengalaman. Untuk Hannah, Dart cekalkan hati untuk cuba breastfeed dan sampai sekarang alhamdulillah, she drinks my milk everyday dan production susu tak kurang. jadi, dart nak kongsi pengalaman Dart untuk mommies out there supaya tak jadi macam Dart.

Antara kesalahan yang Dart buat masa breastfeed my 1st baby were :
1)  Sulam susu formula dan susu badan terlalu awal menyebabkan my baby confuse probably sebab terlalu awal mendedahkan anak dengan botol. Bezanya botol susu dengan nipple badan ni, baby kena berusaha suck baru susu akan keluar. But untuk botol, baby tak payah berusaha untuk suck sangat susu akan keluar mencurah-curah. Sapa yang taknak kerja senang kan?
2) Tak banyakkan stock susu perahan masa dalam pantang dan tak cukup ilmu pumping session. Lepas pump terus bagi pastu malas nak bangun malam dah. Tak rajin pam.
3) Tak banyak direct feed. SALAH BESAR! 
4) Tak ambil supplement untuk kesegaran badan. Ya, masa dalam pantang, memang LETIH nak bagi baby dapat momentum sementara nak pandai menyusu. Malam-malam terpaksa bangun duduk 2 or 3 kali untuk meyusu. Dart tak mencari jalan untuk kurangkan LETIH semasa menyusu dalam pantang, maka cepat putus asa untuk breastfeed. Botollah menjadi jalan penyelesaian. 

Kesalahan ni rasanya berlaku dekat most of mommies yang tak berjaya untuk breastfeed. I betZ! Sebab kita semua tahu, kalau kita tak pump or tak direct feed meaning no demand, maka otak kita tak akan bagi signal ke breast untuk produce susu. Simple aja.

So, dart nak share sedikit tips mudah untuk menjayakan penyusuan badan. Insyaallah akan menjadi.

1) DIRECT FEED SEBANYAK MUNGKIN!
Jangan sekali-kali beli botol susu sebagai persediaan kita sebelum kita deliver. It's a BIG NO! Untuk 2 minggu - sebulan yang pertama, tak payahlah nak gunakan botol untuk feed baby. Tak perlu pun. Lepas 2 minggu kalau nak ajar anak botol pun belila satu, tapi jangan beli formula milk pulak nak topup-topup. Kalau kita dah mula pump susu, bolehla start bagi susu yang kita perah tu.

2) BUAT BODOH AJA~
Maksudnya, pekakkan telinga kalau baby asyik nangis macam kelaparan tak cukup susu. Baby memang nature dia macam tu dan kapasiti perut dia pun sebesar guli aja kan. Untuk pengetahuan jugak, susu ibu memang cepat dihadam berbanding susu lembu. Sebab tu baby asyik lapar sebab susu kita cepat sangat dihadam. Kita selalu kata kalau bagi baby susu lembu dia kenyang lama. Actually bukan dia kenyang lama, susu lembu lambat terhadam, jadi rasa lapar tu lambat sikit.

Pekakkan telinga jugak dekat family yang selalu kata baby tak cukup susu or susu kita sikit. Sebenarnya tak pun. Nak senang kalau baby nangis ja terus sumbat susu. Dia akan diam lepas tu. Jangan pulak biar dia nangis lama-lama. Kesimpulannya jangan ambik port sangat kalau baby dok nangis tu. Bagi direct feed kalau setengah jam sekali pun bagi aja!

3) KURANGKAN KELETIHAN - POINT SANGAT PENTING!
Menyusu anak bukanla satu benda yang FUN i tell you! Bukanla nak berkira tapi kalau tak kena gaya, letih dan boleh jadikan kita stress. Dart ada beberapa tips yang boleh digunakan untuk membantu kita kurangkan keletihan semasa dalam pantang :



  • Makan supplement - Makan supplement sebenarnya lebih kepada menjadikan kita lebih bertenaga bukan sebab untuk banyakkan susu sebab kita terpaksa berjaga tengah malam untuk menyusu. Kalau ambil supplement, kita tak akan rasa letih esok waktu siang untuk menyusu semula. Dart makan SHAKLEE breastfeeding set, alhamdulillah berkesan dan tak rasa letih masa dalam pantang. Emosi pun stabil aja hehe. Tak kisahlah supplement apa pun set bersalin yang ada ubat makan pun boleh makan.
  • Cuba posisi baring ketika menyusu - Thanks a bunch to my mom yang paksa Dart cuba lying down position while breastfeeding. Masa Hayyan dulu bila cuba tak jadi bertambah stress lepas tu malas bangun malam nak breastfeed. Yang penting, posisi kena betul. Dart tak search pun kat internet , cuba jaya sendiri dan last-last dapat kedudukan yang paling best! Gaya yang paling betul adalah macam gambar di bawah! Trust me it works! Laydown Position kita boleh guna masa tengah malam dan tengah hari masa kita nak rehat(1 pm - 3 pm). Kebaikan laydown position ni mommies pun boleh turut berehat while breastfeed your baby. 


source : www.breastfeeding.asn.au

  • Guna Nursing Pillow - Bagi Dart, nursing pillow adalah disarankan atau wajiblah beli sebagai persediaan sebelum bersalin! Masa kita menyusu sambil duduk, kalau kita guna pillow ni tangan kita tak akan lenguh sebab kita kan budak baru belajar(untuk 1st baby), memang tak tahu nak bagi position menyusu yang terbaik kan. Mengaku ja lah. Furthermore, dengan ada pillow ni, position baby betul dan baby pun selesa untuk menyusu. 

BRESTFRIEND nursing pillow brand is highly reccommended!

4) BANYAKKAN ILMU PUMPING SESSION
Dulu Dart tak tau sekali pump berapa minit ya? Apsal sikit sangat susu aku ni pump 1oz ja dapat? Yes, masa tu serious tak tahu rupanya susu badan ni bukanla keluar memancut-mancut like everytime. Dalam seminit kita pam, jumlah pengeluaran susu hanyalah 2/3 kali sahaja. Jangan risau lah! Kalau kita working mommies, ilmu ni wajib kita tahu. Jangan malu untuk bertanya kalau benda-benda yang kita tak tahu. Dart banyak sangat belajar dekat group Facebook/Kumpulan Ibu Menyusukan(KIK) Kalau ada benda yang tak tahu post kat wall then akan ramai mommies yang berpengalaman reply balik. Sangat membantu!

5) NO DIET! & MINUM BANYAK
Tak payah gatal nak diet nak cepat kurus sebab terbukti kalau fully breastfeed badan kita akan cepat turun. Jangan lupa minum air banyak jugak!

6) Positive thinking dan doa
 Dart rasa semua mommies tahu bab ni kan? Banyakkan berdoa dan selalulah fikir bahawa susu aku banyak no matter what! ha ha. Memang masa awal awal perit sikit sebab baby dan kita pun budak baru belajar tambah-tambah kalau kena nipple sore mak aihhhhhh! Kalau susu drop pun jangan la sedih, rezeki insyaallah Allah akan bagi kalau kita usaha ya tak?

Selamat mencuba mommies! Insyaallah tips asas ni kalau kita cuba dalam pantang akan membuahkan hasil yang tidak ternilai!
6/6/12

Pengalaman emas ke-2 ; meneran keluar hannah

Anak ke-2 mommy dah masuk 5 bulan, mommy dah hampir lupa ni details nak beranakkan awak, sori sayang. Things have been so tough lately. But mommy am getting used to it k.

Macam biasa dart ambik cuti confinement 3 bulan, ambil 9 hari awal dari due date which is 5/1/2012. Takut terberanak emergency 9 hari sebelum tu pun sebenarnya gamble. Member2 ramai 2 minggu sebelum pun dah meletop. Masa tu dart tawakkal aja la. Kalau terberanak pun kat Ipoh, hantam sajalah. Beberapa minggu sebelum bersalin dart ada g checkup pregnancy kat KPJ Aloq Staq dan book gynea kat situ, Dr. Kamaruzaman. Memula plan nak try another Dr., Dr. Kang, one of the best senior gynea di Alor Setar orang cakap dia lembut la semua puji dia. Tapi takda rezeki sebab bila g sana Dr. kang cuti dan Dr. Kamal ganti. Rezeki dekat Dr Kamal jugak la nampak gayanya. Masa tu 2 minggu sebelum bersalin MC 2 minggu sebab Dart jadi piles yang sangat sakit.

Lepas checkup semua Dr kata baby dah engaged, mai balik kat dia 1 hb Januari 2012 kalau tak terberanak lagi lah. Tunggu punya tunggu, baby tak mau keluar sampailah 1 hb. Dr. kamal kata baby dah ready, matang cukup semua, laluan pun dah buka 2cm cuma tak sakit-sakit contraction lagi. "Kalau camtu kita induce lah. Hari ni saya busy sikit. Nak? Esok terus masuk labour room ok.." Gulp. Dart pon rilek ja kata ok. Hebat kan. Hari nak bersalin pun kita boleh tetapkan. Tak pernah ku sangka nak beranak boleh set set masa dan hari hahak. (depend on condition jugak, kebetulan takda masalah) Gembira sebab tahu esok akan lahirkan anak ke-2, dah tak larat nak kendong dalam perut sebenarnya.

2 hb Januari tiba, lepas subuh terus siap-siap bersihkan diri nak pergi bertarung nyawa sekali lagi. Kali ni Dart rasa sangat takut berbanding 1st time, sebab dah pernah rasa macam mana sakitnya contraction untuk buka laluan. Huuuuuuuu doa supaya dipermudahkan tak lekang di mulut. Masa tengah push tu tak terasa sakit tapi masa nak menunggu berjam jam contraction tu Allah saja yang tahu maha sakitnya. Dengan keadaan cuak, Dart terus ke bilik admission, book bilik siap-siap, bayar DEPOSIT, sign apa yang patut dengan husband dan ditemani Papa. Lepas setel, terus masuk ke labour room.

As usual, kena tukar baju, keadaan dalam labour room sunyi, tenang, sejuk sangat, Dart cuak-cuak lagi makin takut haha. Nurse on call bersilih ganti datang tanya keadaan diri, bagi penerangan apa yang patut, then terus Dart baring. Baring untuk bertarung sangat tak best feeling dia huhuuuuu. Lepas beberapa lama menunggu, datang la nurse masukkan ubat induce dalam drip(Pitocin i think) pukul 9 lebih kurang.Awal-awal memang tak terasa apa-apa, nampak graf kat ctg tu buat bodo ja. Then pukul 10 pagi, Dr. kamal datang dan pecahkan air ketuban. Masa tu pon tak rasa sakit apa-apa langsung.   Tibalah masanya, makin lama masa berjalan, makin kuat contraction. Husband Dart memang peneman setia kalau takda hubs di sebelah taktahulah macam mana nak handle kesakitan tu. Thanks abang!

Dalam masa 2 jam, hampir pukul 12 Dart dah rasa macam ala-ala baby nak kluaq which Dart terasa macam nak push aja. Bayangkan masa tu Dr. tak sampai lagi. Nurse suruh sabaq jangan teran tapi i know this is the right time!!! Then nurse cek terus kelam kabut sebab dah nampak kepala baby. Terus depa kalut panggil Dr. Diorang suruh jugak tunggu Dr jangan teran lagi huuuuuu. Sampai aja Dr. dia terus pakai glove n siap2 siap sikit Dart terus push....sekali teran dan terkeluar Hannah hihi.

Adoila, tak sangka anak ke-2 sangat cepat dan senang berbanding anak 1st. Memang la ramai yang kata anak ke 2 senang seba dah ada jalan tapi dart tak sangka secepat dan semudah itu. huhu alhamdulillah sebab dipermudahkan. Sakit pun sekejap saja. Masa nak teran tu tak menyempat-nyempat nak sedut Entonox bagi hilangkan sakit haha.

Masa berankkan Hannah dart dalam keadaan sedar yang tak mengantuk sebab tak sempat nak hidu entonox banyak dan tak sempat kena kesan entonox, so Dart rasa lebih feel daripada beranakkan Hayyan dulu. Masa Hayyan dulu terasa pening, mengantuk dan yang paling penting dart nangis meraung lepas beranak. Tapi time Hannah Dart dah boleh kontrol emotion. Cool sikit hehe.

Ish ish seronok betul pengalaman ni. Kalau boleh taknak beranak lagi tapi i am totally cool with that. Terima saja rezeki Allah hehe. Lepas siap semua terus baring kejap dalam labour room, then terus masuk dalam ward. esok tengah hari dah discharge.
5/28/12

Tergamak kau #2

Hi world, now my maid officially dah lari 14/5/2012. Memang aku takkan lupa hari bersejarah ni. May you rotten in hell dan aku takkan halalkan semua duit yang kau dapat, semua kerja yang kau buat(walaupun kerja kau bagus huhu) makan minum yang aku bagi! Seluruh keluargaku mendoakan agar hidup kau takkan senang sebab kau dah aniaya aku dan keluarga aku! 

Ceritanya begini.

Pagi Isnin, aku ke tempat kerja macam biasa. Lambat sikit pasal hubby terlepas train Ipoh-Kl pukul 5:30 pagi. Maid aku tak ada nampak tanda-tanda yang dia nak buat projek BESAR haritu. Sebelum hire maid, aku hantar Hayyan ke pengasuh. Tapi bila Hannah dah lahir, maid pun ada maka aku tinggalkan 2 anak kesayangan aku di rumah dengan maid tu. Aku layan dia macam manusia, makan minum tak pernah aku lupa siap kadang-kadang ajak dia makan woo. Sebab aku tau dia manusia. Hak asasi manusia aku tak boleh nak ambil ringan. 

Lepas aku habis mesyuarat dengan bos, pukul 12:30 aku dapat satu mesej berbunyi " Bak balik rumah sekarang ada kecemasan.", aku terus panik tak tentu arah terigatkan apa pulak yang terjadi. Anak aku jatuh? Anak aku sakit? Semua tentang kejadian buruk menimpa anak aku yang aku terfikir. Aku terus pack barang dan bergegas pulang. Masa dalam perjalanan pulang, aku call maid aku sampai setiap saat tapi tak berjawab. Eh bukan tak berjawab tapi tak dapat. Dia macam off kan hp nya. Aku jadi semakin panik. Masa tu, aku dah rasa pelik sebab sebelum ni kalau aku call maid aku dia akan jawab. Aku terfikir, Ya Allah, takkan la bibik ni nak lari kot...Sememangnya aku dah bersedia dengan keadaan ini sebab dah beratus-ratus kejadian aku dengar dari mulut orang yang pernah hire maid. Dalam 50 call yang aku dah buat, sekali dia angkat. "Kenapa neng(nama dia), kecemasan apa? ", dia terus menjawab "Hannah ni, Hannah asyik menangis dari tadi..." terus tanpa mendengar jawapan aku, line dimatikan. Aku dengar suasana dalam telefon maid aku dah lain macam. Macam bukan di rumah. Kalau di rumah, keadaan semestinya sunyi. Tapi masa aku cakap dengan dia, bunyi seakan-akan dia di luar, noise banyak sangat.

Aku dah gelabah mengingatkan anak-anak aku. Janganlah dia apa-apakan anak aku. Bawak kereta macam orang tak keruan. Cucuk sana cucuk sini nasib baik Allah selamatkan perjalananku. Tapi 30 minit lebih jugaklah aku ambil masa untuk sampai ke rumah. Doa semoga Allah lindungi anak-anakku sentiasa di mulut. Aku tak putus-putus berdoa. Dalam masa yang sama, aku contact mama, husband bagitau betapa tak senangnya hatiku ni. 30 minit rasa macam lamanya alahai!

Sampai aja di rumah, aku nampak pintu rumahku tertutup rapat, SUNYI.Ya Allah, apa dah terjadi? Aku terus berlari ke arah pintu, aku panggil bibik aku, TIADA JAWAPAN. Pintu dikunci rapat. Aku terus menjenguk dari luar mencari-cari anak-anak ku dengan menyelak langsir dari tingkap luar.  Buaian Hayyan bergerak. Hayyan dalam buai tidur! Mana kunci?? Rupanya kunci ditinggalkan di dalam kasut yang digantung dekat dengan pintu supaya aku cepat nampak. terus aku capai kunci, buka pintu rumah nak melulu  ke hayyan. Hayyan seolah-olah baru terjaga dari tidur. Senyumannya meruntuhkan hati aku. Tergamak kau! Tergamak kau tinggal anak-anakku sendirian. Selesai Hayyan, tiba giliran Hannah. Mana Hannah?? Aku toleh ke lantai. Masyaallah, Hannah dah terkelepek meniarap di atas tilam. Bukan tilam, tapi di hujung tilam sikit lagi nak terperosok bawah sofa. Barangkali sudah letih menangis tidak digendong. Susu ditinggalkan untuk anak-anakku. Kau ingat Hannah pandai ambil susu sendiri kah? Bangang! Aku terus mencapa Hannah. masa tu hati aku hancur! Kasihan anak-anak aku. Mereka tak tahu apa apa! Hayyan gembira nampak mommy dia pulang ke rumah.

Aku terkedu, terpaku tak tahu nak rasa apa. Sedih? Marah? Kecewa? Semua perasaan tu bercampur dalam masa yang sama. Tak setitik pun air mata jatuh dari mataku. Tak sempat pun aku nak merintih meruntun menangis sebab keadaan jadi sangat kelam kabut. Esoknya mana aku nak letak anak aku nak ke kerja? Ya Allah kuat sungguh dugaan aku masa tu. Aku mesti kuat, yang penting anak-anak aku selamat di pangkuanku. Hayyan nampak kelaparan terus aku cari makanan untuk dijamahnya. 

Semua keluarga terdekat datang selepas 3 jam kejadian. Hubby pecut kereta 180km/j dari KL(tak sampai 2 jam ), mama, papa dan dua adikku dari Alor Setar bersama mak mertuaku. Mereka datang menemani aku di kala aku dalam kesusahan. Nasi dah jadi bubur. Aku mesti teruskan hidup. rasa nak ambil maid untuk kali ke-2 macam serik! Tapi tak tahulah kedepan hari nanti. 

Mungkin aku terlalu baik Mungkin bukan rezeki kami untuk senang. Allah sudah merancang hidupku. Mungkin Allah nak aku lebih menghargai hidup susah dan akan mengurniakan kesenangn yang melimpah ruah ke depan hari. 

Aku redha.


5/22/12

Tergamak kau #1








Dear blog,

Kau dengarlah rintihan hatiku ini. 9 hb Mei 2012. Bibik sialanku yang tidak berhati perut tergamak tak bagitau aku hal kecemasan yang berlaku haritu. Pagi Rabu aku ke tempat kerja macam biasa. Cuma, aku tak ke JKN, aku ditugaskan ke Makmal Kesihatan Ipoh untuk cover Asst. Engineer yang sedang cuti bersalin. Kerja berjalan macam biasa. Bila waktu kerja tamat, aku pun bergegas pulang macam biasa jugak. 

Sesampai aja di rumah, aku hairan bila pandang ke arah meter bekalan elektrik. Wah, meter letrik hilang! Dah kenapa pulak ada kecurian ka? Aku tertanya-tanya. masa tu pulak, pintu rumah aku terpelahang, anak sulung aku hayyan tersengih manja melihat wajah mommy pulang ke rumah, macam menunggu-nuggu kepulanganku. Bila aku keluar dari kereta, bibik bergegas datang ke arahku sambil menggendong anak kecilku Hannah. "Mbak, tadi ada orang datang..katanya elektrik tak bayar sudah 6 bulan..dari pukul 9:30 pagi lagi.." Aik? Aku rasa macam dah bayar. Masya-Allah, aku ke tempat kerja pukul 8, pukul 9:30 benda ni berlaku tapi kenapa kau tak bagitau aku? Rasa macam nak terajang pun ada. Bila dah petang, apa pun tak boleh nak setel sebab dah lepas waktu kerja la ngok! Tu lah, HP ada tapi asyik bergayut 24 jam, hal kecemasa macam ni tak boleh nak bagitau! Aku terus melenting. 

Masa tu teringatlah aku, kesian anak-anakku kepanasan dari pagi, sebak. Rumah sewa di Ipoh ni bukan calang-calang panas kalau siang. Kipas bukak nombor 4 pun rasa macam tak bukak kipas. Sigh. Bibik ada pun tak boleh diharap langsung. Dia boleh bagi alasan HP dia bateri kong, mati. Langsung tak terfikirkah nak bagitau bekas pengasuh hayyan which is selang 5-6 buah rumah aja. Salah aku jugak, petang tu aku langsung tak terfikir nak call tanya khabar anak-anakku disebabkan sibuk kerja. time-time kecemasan macam nilah jiran diperlukan ye tak?

Aku terus panik, mula la fikir malam nanti macam mana nak tidur, anak-anak aku macam mana nak tidur mesti tak boleh sebab panas yang amat, gelap pulak tu eeeeeee camnaaaa! Fikir-fikir dan fikir, telefon husband yang nun jauh di KL mintak tolong bayarkan bil, hantam bayar ajalah RM200 via Maybank2u sebab tak tau the exact amount. I've been waiting for the bill to be settled tapi tak sampai-sampai sejak aku cuti bersalin aritu tup-tup dah kena potong tak bagi notis.

Masa pun berlalu, senja makin hampir, dalam suasana panik tapi bibik buleh buat bodo ja, aku teringatkan EBM ku. Ya Allah!!! Kalau dah dari pukul 9:30 pagi takda elektrik, komfom cair dan rosak semua susu-susu perahanku! Bibik tak fikir kaaaa anak aku Hannah hanya depend on that milk! OMG aku rasa macam nak nangis masa tu. Bila aku buka peti ais, memang cair semua susu cuma ada sikit kesan sejuk kat botol. Aku mesti selamatkan botol ni no matter what! Terus masukkan botol susu dalam cooler box walaupun aku tau punah harapan tapi aku cuba selamatkan, bawak ke rumah member, tapi kena bawak naik kereta. Tak boleh jalan kaki.

Sebelum tu aku ke rumah ex-housemate ku Suri, mintak kalau-kalau aku boleh bermalam di sana satu malam sebab dah tak boleh nak buat apa. kalaulah bibik aku bagitau awal aku boleh setelkan, terus ke TNB or whatever. nasi pon dah jadi bubur, i have to save my kids. Tak sanggup nak  bermalam bertemankan lilin. Terus drive ke rumah Suri dan dia kata ok boleh tidur di rumah dia. Alhamdulillah. 

Aku bergegas pulak ke rumah untuk pack barang-barang. Tau tak even nak siapkan barang simple-simple untuk 2 anak kecik, bukan mudah! Aku hanya fikirkan barang anak-anak. Aku sehelai sepinggang tak apa. Asalkan anak aku sempurna. Lepas siap pack, terus drive kereta hantar susu yang tak berapa boleh nak diselamatkan, lepas tu terus drive patah balik ke rumah memberku Suri. Masa tu dah tak fikir penat. Masalah nampak simple tapi disebabkan aku tak ada keluarga terdekat di situ, masalah jadi besar.I was all alone. And the kids only have me. 

Malam pun berlalu, esok pagi Khamis kami balik ke rumah, pukul 8 pagi dah mula rasa panas. Aku terpaksa ambil EL haritu. Nak setelkan hal meter ni by hook or by crook mesti pastikan orang TNB datang harini jugak! Selepas berjam menuggu, aku dah panas bontot apsal la tak datang-datang lagi, bila call hotline diorang cakap pulak kalau cabut meter punya kes kena ambil masa 3-7 hari bekerja! MasyaAllah... awat lama sangat...Masa tu otak aku dah suruh aku pack ajalah balik ke pangkuan suami di USJ. Alang-alang dah hari khamis kan. Tapi tak boleh! Takkan nak tinggal rumah tu takdak meter kan. Aku dah mula kesiankan anak-anak aku berpeluh setiap masa. Sementara tunggu, aku ke kedai baby belikan anak-anakku kipas batteri yang selalu pasang kat stroller tu sorang satu. Kesian kan. 

Pukul 1 tengah hari, aku dah tak keruan terus ke TNB ipoh. Nak tau keadaan sebenar sebab apa letrik rumah aku kena potong. Masa tu baru tau memang tak ada dalam sistem menyatakan aku dah bayar letrik tunggakan bulan 9-12 2011. Notis pemotongan bulan 12 aku ada terima tapi aku yakin aku dah bayar selepas terima notis tu sebab aku ni jenis suka bayar tunggakan sekaligus. Alah, sebulan rm50 camtu malas la kan haha. TNB ingat letrik rumah dah dipotong sejak bulan 12 sampailah bulan Mei. Adoi, macam tu ka ceritanya. Aku bayar dalam mimpi la kot haih careless me! Balik rumah dalam pukul 3 ptg, tunggu punya tungu at last pukul 5 petang TNB team datang pasang semula Meter. 

Apa pun, aku tetap bengang dengan bibik aku tu sebab tak bagitau aku hal kecemasan macam ni dan sebab dia punya pasal aku terpaksa merempat di rumah orang. Nasib baik ada jugak ex-housemate, kalau takda? Sabaq ajalah. Survival tinggi sungguh sejak anak 2 ni. Nak tau apa jadi dengan susu? Rosak, ada yang boleh pakai ada yang rosak terus. Member aku Yana bagi sikit stock susu dia. Tapi taklah sampai jadi anak susuan, sebab aku sempat perah sebotol pagi tu. Sedih betul.


-tawa dalam tangisan-
tak pernah anak aku secomot ni.
mummy terpaksa ikat tocang!
5/8/12

iucd insertion...gulp!

Minggu ni adalah sedikit masa yang dart boleh curi-curi sambil mengepam untuk tulis this entry. Sambung balik entry kaedah konraseptif pilihan dart, i have chosen IUCD sebab tak kacau hormon yang boleh menggemukkan, period pon hopefully ok(belum datang bulan most probably sebab breastfeed kot).

Bila dah set appointment, maka Dart pun dengan selamba drive sorang tinggal anak-anak kat rumah, hubs tak boleh teman sebab masa tu weekdays duh. DR yang nak buat insertion ni ada weekdays aja. Bila dah masuk time tunggu-tunggu kat lobby sempat lagilah main-main IPod, tanpa rasa TAKUT langsung apa yang bakal terjadi. Dart tak bersedia langsung dari segi mental atau fizikal. Main redah aja. Reserch kot internet pon sempat tengok youtube video macam mana nak masukkan IUD roughly. kalau tak tgk youtube tu memang tatau langsung macam mana rupa details rod tu ha ha ngek btui. Ingatkan sakit main-main macam pap smear aja.

oh macam ni rupanya.

Bila nama dipanggil, masuklah dart dalam bilik pemeriksaan, DR suruh baring ala-ala nak beranak. Aish....Okla sebab dah buat pap smear maka boleh rileks lagi sambil DR tengah siap-siapkan alat yang perlu. Sempat lagi kongsi cerita-cerita baby, breastfeeding sebab DR tu pon baru lepas bersalin hehe. 

Oh untuk pengetahuan mommies, procedurnya senang saja, dia akan ukur pangkal rahim kita panjang mana dengan masukkan something, lepas tu dia akan insert the thing, potong benang dan SIAP! Tak sampai 10 minit pon sebenarnya. Ingatkan sakit sama macam pap smear. The procedure is quite similar to pap smear, cuma bezanya pap smear nak ambil sample dari pangkal rahim saja. Dia akan masukkan something macam bentuk kon untuk buka lobang. Rahim tak kacau. Tapi IUCD ni nak masukkan benda dalam rahim. 

Bila DR dah siap, DR kata nak ukur rahim masa tu rasa senak tatau nak cakap!! Arghhh sakit gilaaaaaaaaa masa tu kemut seboleh bolehnya tapi DR suruh relaks. Sebab dah panik sangat kot tapi memang tak boleh relaks. Boleh terasa kat dalam badan ngilu masa dia ukur tu. Bila nak masukkan rod tu, masa lalu sebelum pangkal rahim ok lagi, time nak masuk dalam rahim tu memang terasa senak, sakit, macam senggugut tahap maksima wooooooo. Pastu DR adjust adjust lagi. Masa tu dah tak tahan tapi DR suruh relaks dan tahan. Dah la terbuka luas lubang toot toot adoiiii. Then tiba masa time nak potong benang. Masa tu rod dah ada dalam rahim, memang terasa sangat-sangat tak selesa tapi kena tahan. Sabaq ajalah. Meronta-ronta dart masa tu ouchhhhh!! 

DR scan lepas dah siap semua untuk tengok kedudukan rod tu. Dah siap semua boleh keluar bilik dan balik. Sebelum tu nurse akan bagi kad yang tertera tarikh iucd dimasukkan. Supaya senang kita nak monitor or supaya kita tak lupa. Sebab by 3 years dah kena tanggalkan.  DR suruh monitor tengok kalau dia terkeluar kena datang balik kat dia cuak aku tapi possibility rendah. haha.

Bila dah siap semua, jalan pon ala kengkang-kengkang, ingat nak drive balik terus tapi tak tahan sakit sangat senak ada benda dalam rahim, tak tahan sangat duduk kat lobby rehat-rehat. Masa tu terasa nak sangat hubby temankan boleh kongsi kesakitan. Kongsi dalam facebook ajalah jawabnya alahai!
Dah lepas rehat tu boring dan terus nak balik. Tapi taknak balik lagi sebab takut hayyan ajak main pijak-pijak perut camnaaaaa. Terus dart ke shopping complex dan borong 9 helai baju hahhahaha. Walaupun tengah sakit-sakit gila tak selesa dalam perut tapi tak sedaq diri. Kang terkeluar sapa yang susah. Aku sendiri jugak yang susuah. he he.

Dart ambil masa dalam 1 minggu jugakla nak sesuaikan dengan my body. Masa seminggu pertama tu, bila najis tengah lalu dalam usus besar sebelum buang air besar terasa sakit sangat. Bila sakit tu dah tau dah jap g nak berak la tu haha. So far takda masalah dah boleh terus bersukan sejurus selepas masukkan IUD bak kata DR :p

For mommies yang nak cuba this way, it is reccomended cuma kena jaga kebersihan lebih sikitlah. So far takda masalahla sebenarnya cuma masa nak pakai tu DR tu tak pandai tackle kot :p Maka, 3 tahun i wont be pregnant. huhuk rindunyaaaaa. tapi betullah kan buat anak ni bukan fikir seronok aja, banyak yang kita kena korbankan. Tak sesuai sebab dart berjauhan dengan hubby. Kalau pregnant lagi tanggungjawab nak menjaga anak tu dart kena pikul sorang. Penat jugaklah. sekarang masa untuk focus kepada hayyan dan hannah! Weeeeeeeeeeeee! 

19/3/2012

p/s : oh cara ni murah sangat. RM 180 +  saja. Kalau kat LPPKN lagi murahla kot.
4/16/12

my nursing poncho


Bila breastfeed depan public, semestinya kita akan rasa sedikit malu nak tarik-tarik baju dan bra kan. Jadi, nursing poncho boleh membantu sebenarnya kalau nak direct feeding baby kita depan orang. Sebabnya, kalau kita tarik baju ke atas pun tak akan nampak dek orang ramai. 

Nursing poncho ni baru saja rasanya di Malaysia. Dari mana nursing poncho ini wujud? Sebenarnya, kalau di overseas, baju sejuk yang tak berlengan dinamakan PONCHO / SHAWL TOP, diilhamkan dari pemakaian atau lilitan shawl di badan pada musim sejuk. Alah, kat Malaysia pun ramai yang pakai shawl/pashmina dalam shopping complex kan. Lebih kurang letew. Cuma, shawl top ni dijahit khas takla terjatuh-jatuh kain tu kalau silap selempang plus nampak lagi kemas bila dah berjahit.

 shawl top from Burberry

Nursing poncho pulak dijahit khas berbentuk macam shawl top. Cuma di bahagian leher lebih luas senang nak jenguk baby atau mungkin takmau bagi baby lemas.



 Nursing poncho from Autumz

Bagi Dart, tak semestinya kita beli or guna nursing poncho untuk cover masa penyusuan. One day Dart jalan-jalan di Summit USJ terjumpa shawl top, baaaaaaaanyak design boleh pilih. Nak buat baju sejuk pun boleh sebab dia kain ala knitted. Nak menyusu pun boleh! Sangat best, plus harga murah tak sampai RM30.
my nursing poncho!


p/s : Nak lagi murah? Di MYDIN MALL ada jual RM12 ja tsk!
4/13/12

kaedah kontraseptif pilihan saya


Salam. Harini Dart nak cerita pasal salah satu kaedah kontraseptif. Yang tak kahwin lagi pi main jauh-jauh ha ha. Senang cerita bahasa kite-kite ni perancang keluarga la. Rasanya untuk pasangan suami-isteri yang betul-betul serius nak menjarakkan kehamilan perlu merancang. Macam Dart, disebabkan tak merancang betul-betul, 2 kali straight pregnant. Bukan nak menolak rezeki dari Allah, tapi keadaan kalau dah setiap tahun pun mengandung ni camnooooooo. Jadi, me and hubby pun bersetuju untuk menggunakan salah satu dari kaedah kontraseptif ni sebab we olz serius nak menjarakkan kehamilan at least 2 tahun ya memandangkan secara normal tak akan menjadi kot :p. Bukan 5/6 bulan ja. Rilek-rilek dulu enjoy dengan Hayyan and Hannah!

As we all knew, ada baaaaaaaaaanyak sangat kaedah yang kita boleh cuba memandangkan dunia ni pun dah makin moden ye dok.Mari kita tengok apakah kaedah selain natural atau pakai condom.
  • Kaedah Pil Perancang (Oral Contraceptives)
    • Efektif dan 'reversible'
    • Boleh digunakan oleh seseorang wanita tanpa mengira umur atau sama ada seseorang wanita itu telah ada atau belum mempunyai anak
    • Membantu mengelakkan sesetengah penyakit kanser, anemia, senggugut semasa haid, kitar haid yang tidak teratur dan lain-lain lagi
    • Jarang menyebabkan kesan sampingan yang serius
    • Kaedah ini bergantung pada keadaan kesihatan wanita pada masa itu
    • Sesetengah wanita mengalami kesan sampingan terutama pada bulan-bulan permulaan pengambilan pil perancang. Kesan-kesan sampingan ini adalah seperti sakit kepala, pendarahan yang tidak teratur semasa haid atau murung, tetapi semua ini tidak berbahaya.
  • Kaedah IUD (Intrauterine Device) / Penggunaan Alat Dalam Rahim
    • Merupakan sejenis alat yang dicipta khas untuk dimasukkan ke dalam rahim wanita oleh doktor yang telah menjalani latihan khusus sahaja
    • Efektif, 'reversible' dan untuk jangka masa yang panjang
    • Tidak akan menggangu penyusuan (breastfeeding)
    • Mungkin menyebabkan pendarahan yang lebih dan lebih lama semasa haid, terutama sekali pada bulan bulan permulaan penggunaan IUD
    • Boleh menyebabkan ketidakselesaan apabila alat IUD dimasukkan ke dalam rahim
    • Boleh menyebabkan 'pelvic infection' jika pengguna mendapat penyakit kelamin (Sexually Transmitted Disease, STD)
    • Jarang menyebabkan komplikasi yang serius
    • Alat mungkin akan terkeluar terutamanya pada bulan pertama penggunaan alat. Pengguna dinasihatkan menyemak tali pada alat rahim.
  • Kaedah Suntikan Kontraseptif (Injectable Contraceptive)
    • Melibatkan suntikan setiap 2-3 bulan
    • Boleh digunakan oleh seseorang wanita tanpa mengira umur atau sama ada seseorang wanita itu telah ada atau belum mempunyai anak
    • Selamat untuk digunakan oleh wanita yang menyusu pada permulaan 6 bulan selepas melahir
    • Mengganggu kitar haid dan pendarahan tidak menentu. Biasanya, wanita tidak mengalami haid selepas satu tahun.
    • Mungkin menyebabkan peningkatan berat badan dan sakit kepala
    • Tidak boleh dikeluarkan atau dihilangkan. Kesan-kesan sampingan akan berterusan apabila telah mengambil suntikan
    • Wanita yang telah mengambil suntikan ini memerlukan kira-kira 4 bulan lebih untuk mendapat kehamilan.
  • Kaedah 'Spermicide', 'Diaphragm' dan 'Vaginal Cap'
    • Adalah efektif jika digunakan dengan betul
    • Membantu mengelakkan penyakit kelamin (Sexually Transmitted Disease, STD)
    • Mesti diletakkan di dalam vagina ketika melakukan persetubuhan
    • Meningkatkan risiko terhadap jangkitan pada saluran kencing
  • Kaedah Implan (Single Rod Contraceptive Implant)
    • Saiz seperti batang mancis
    • Alat ini dimasukkan di bawah kulit lengan bahagian atas
    • Efektif sehingga 3 tahun
    • Boleh digunakan oleh seseorang wanita tanpa mengira umur atau sama ada seseorang wanita itu telah ada atau belum mempunyai anak
    • Persenyawaan akan berlaku dengan mudah selepas alat ini dikeluarkan
    • Membantu mengelakkan penyakit anemia dan dysmenorrhea
    • Kaedah ini hanya boleh dimasukkan atau dikeluarkan oleh doktor yang terlatih
    • Mengganggu kitar haid atau pendarahan yang tidak menentu
  • Kaedah Pil Progrestin
    • Sangat sesuai untuk wanita yang menyusu dan 6 bulan selepas melahir
    • Boleh digunakan semasa kecemasan selepas persetubuhan yang tidak dilindung
    • Jika digunakan selain dari masa menyusu, pendarahan yang tidak menentu akan berlaku 
Semua pun tahu kan, kami ni dok mencarilah yang paling kurang side effects, bila consult dengan dr, dr cakap semua pun ada side effects huhu terus takut, especially yang menggangu hormon dalaman badan. Sebab Dart just nak jarakkan kehamilan, lepas ni memang plan nak pregnant balik! Antara yang kami berminat ialah Implanon, iucd dan pil sahaja. 

1. IMPLANON -
Memang terasa nak pakai, sebabnya bila pakai 3 tahun tak boleh mengandung. Tapi bila onece keluarkan boleh mengandung balik. Kos pun berbaloi bayangkan untuk 3 tahun kita hanya invest RM200 + sahaja. Dart hampir-hampir pergi ke LPPKN , siap dah telefon lagi, sebab survey di situ paling murah. Seminggu selepas habis darah nifas Dart telefon nak buat appointment, tapi bila nurse tu kata kalau dah "bersama" kena tunggu next period which is...gila aku takda masa kot, masa tu dah nak balik ke Ipoh! Bahaya bahaya! Sebulan lagi tu nak tunggu period datang balik, entah datang entah tak sebabnya Dart exclusive breastfeed Hannah. Ni sampai sekarang dok tengah menulis ni period tak pun datang lagi kan. Memang ramai yang suggest implanon ni...I was OK with it actually tapi gitulah sapa suruh lambat telefon LPPKN.

Namun begitu, untuk pasangan jarak jauh Dart rasa IMPLANON ni kurang sesuai sebab bila buat research, banyak review cakap period panjaaaaaaaaaaaang sangat. Sampai 3 minggu pun ada. Bayangkan Dart jumpa hubby Dart seminggu sekali dah kalau sampai 3 minggu period camnooo?? Kesian hubby i taw.

One more thing, bila dah benda ni kacau hormon, i takut gemuks laaa hahahha plus kalau boleh nak yang tak kacau hormon bleh takkkkk?? Beratttttttttt sangat, risau nanti rahim merajuk.

2. PIL - 
Masa post partum checkup kat KPJ Alor Setar, my gynea terus bagi pil perancang suruh cuba. The brand was YASMIN. Cam naka akak akak melayu kan? Tapi tak makan-makan sampai la period dah habis teragak-agak. Satunya, cara makan tak tau. Pastu malas google pulak tu kan. Masa tu pun tak ambik port sangat boleh ka makan kalau breastfeed kan. Tinggal macam tu aja.

Bila dah panik tak cuba-cuba merancang sampai cuti pun nak habis, barulah gatalkan tangan untuk buat research pasal pil. Menarik! Yang paling menarik, pil YASMIN ni boleh jadikan kulit jadi flawless! Boleh dikatakan semua orang yang pernah makan puji pil ni. Dart memang pantang kalau pasal beauty ni ngadala mulala nak cuba! ha ha. Obsess gila derrrrr. Paling tak taharnnn pondan podan pon makan nak kulit cantik alahai!

Pil YASMIN ni mahal jugak boleh tahan. Sebulan kena invest dalam RM40-60. Bayangkan untuk 2 tahun, kali la 24  tengok ha ha. Tapi nak cantik punya pasal tak kisahhh sebab ada function lain macam supplement plak kan!

Tapi sayannya, Dart breasfeeding. Ya, orang breasfeeding tak boleh ambil pil perancang yang ada 2 hormon estrogen dan progesteron macam YASMIN ni. Kena makan yang single aja. Alaaaaaaaaa potong stim btoi!! 

3. IUD -
Pergilah mana-mana hospital, kalau gynea lelaki mesti dia tak pernah syorkan guna iud. Ka dart aja yang rasa macam tu? Sebab di Kedah, even di Shah Alam dart pi checkup(kebetulan dr lelaki semua), depa tak syorkan pun. So Dart pun takla eager sangat nak cuba. But my mom dok suruh pakai sebab  she had use it before! Kebanyakan suruh makan pil and implanon.

Tapi kaedah ni lah satu-satunya yang tak kacau hormon! once keluarkan insyaallah dengan izin Allah boleh mengandung lagi. 

Bila Dart ke Hospital UMRA kat Shah Alam untuk buat pap smear, Dr perempuan yang buatkan pap smear tu suggest pakai iud! "I pon tengah pakai IUD, takda problem pun, semua ok aja...Setiap kali i lepas beranak terus pakai....As long as period kita regular takda problem, we are fine to try..."Wow i was like bestnya ada GENG! Terus buat appointment dengan gynea tu nak pakai. The appointment was set!

For IUCD Insertion, next post pulak! jeng jeng jeng!

4/9/12

kau sempurna bagiku

 “How can a woman be expected to be happy with a man who insists on treating her as if she were a perfectly normal human being"

happy 2nd anniversary to us!
 
 Pejam celik pejam celik, harini tarikh keramat untuk kami berdua menyulam cinta di alam perkahwinan cewah! Terima kasih sebab menjadi suami, kawan baik, abang yang terbaik kepada ammi di kala kesusahan menimpa kesenangan apatah lagi ha ha.  2 tahun kahwin 2 anak, 3 tahun....errrr tunggu sattt haha.

-kau sempurna bagiku-


4/6/12

susu ibu aurat?

huihhh bab bab aurat ni sensitif kan...bukan nak bercakap pasal aurat sangat sebab diri sendiri pun tak lengkap. The point is tak ker bodoh ka ada orang tanya ustaz "Adakah susu ibu ni aurat ustaz?Sebab saya tengok ramai yang dok letak gambar susu sendiri dalam group ni.." macam tu la lebih kurang. ha ha. bangang. ni la aku pon tatau nak cakap apa kat orang yang tanya ustaz ni. Kau jeles kah? Tak payah la nak besar-besarkan perkara ni sampai kena pi tanya ustaz bagai. Tak payah tanya pun dah tau aurat ka dak. Ustaz tu pun cakap memang bukan aurat. Actually, bila fikir balik apakah sebenarnya yang terbuku dalam hati orang yang tanya soalan ni?

Dart tak pernah nak rasa jaki ka kalau mommies yang post gambar susu diorang, sebab bagi dart itu hak dia. Biaq la kan. Dart rasa teruja nak jadi macam diorang adalah! Dart pun pernah sekali ja bubuh gambaq my ebm(tapi kat group tak pernah la lagi kan), tapi seriously sebab benda yang kita nak sangat-sangat, benda yang kita usahakan susah-payah ambil masa 2 bulan jugak, anak pertama misi fail pulak tu, mesti la syok habis kan. Kita yang setakat boleh tengok-aja-lah ni takpa la, jadikan inspirasi atau biaq la dia nak syok sendiri haha.  

For me, kalau kita syok sendiri nak post, keep on posting untuk bagi orang lain inspired/motivated sebab i feel inspired tengok gambar-gambar ebm orang lain. Lepas tengok gambar tu, dah pi tengok benda lain. Tak payah buat dosa nak kata orang bangga dengan diri sendiri ka. My opinion lah. Wallahualam.

p/s: Tak leh terima btoi.


4/5/12

tribute to mommies who suffer with constipation / piles

Anda tak senang buang air besar? Bila nak buang air besar ja takut berdarah atau luka di bahagian bontot? Banyak orang pesan banyakkan minum air dan makan sayur atau buah-buahan tapi bila anda makan haram tak menjadi kan? Especially bila dalam pantang masyaallah dengan luka di tooot tooot membuatkan kita lagi rasa takut untuk meneran. Ubat yang hospital bagi untuk cairkan tahi pun tak jadi keras macam batu lagi adalah!

Dart dah jumpa jalan penyelesaian! Actually masa dalam pantang 3 benda sekaligus dart makan untuk kurangkan sembelit. Dart memang ada masalah sembelit yang teruk, bukan susah nak berak tunggu di tandas berejam, tapi najis keras macam batu makanya selalu sakit dan luka. Sampaikan masa Dart dah sarat mengandungkan Hannah i suffered with piles! Bayangkan dengan kerja dart yang terpaksa round hospital gila Tanjung Rambutan yang berkeluasan 300hektar, balik nak jenguk Hayyan yang semakin berat(masa tu belum ada maid), asyik nak dokong, dalam perut ada Hannah lagi, mana tak keluarnya kan. 

So, masa dalam pantang, dart makan ubat cair tahi which masa 1st baby tak jalan langsung! 2nd, Dart makan Pil Nona Roguy NR Herbanika Phytonatal, mahal nak mampus rasa sebotol RM140! Tapi sebab takut sembelit datang lagi dan banyak pujian ke atas pil ini maka pejam mata dan beli jugak. Tatau nak bagi review macam mana sebab makan banyak benda masa dalam pantang ha ha. So far dalam pantang kali ke-2 ada improvement dari segi phsycal dan mental. Itu kita cerita kemudian.


Ke-3, my mom introduced me to PSYLLIUM HUSK! Terima kasih banyak-banyak MAMA! Inilah jalan penyelesaian yang sangat memberangsangkan! ha ha. Lepas pantang, bila stop benda ni jadi sembelit balik, jadi memang sah benda ni membantu dart dalam melancarkan proses meneran haha. Pernah dengar tak benda ni? Sumpah sebelum tak pernah tau kewujudan psyllium husk ni. Benda ni macam kind of cereal berwarna putih-putih. Setiap hari ambil satu sudu dan bancuh dengan air masak. Dan TERUS minum ya, jangan tangguh-tangguh kalau idak akan bertukar jadi jelidalam masa beberapa saat ja! Langgah ja terus senang cerita.

this was the one yang my mom introduced. Tapi kenapa gambar orang tua aaa?

ada macam-macam brand lagi.

My mom pun sebenarnya ada staff dia bagitau dia nak diet makan husk ni. Tapi tatau la pulak macam mana fungsi dia untuk nak diet kan. Dart just makan sebab bila minum dengan air esok senang dan lancar aja bila nak buang air besar! Syok gilaaaaaaaaa. Untuk kesan yang optimum. minum 3 kali sehari sebelum makan.

Kalau google pun,  kat wikipedia cakap "recommends its use for colon cleansing/ bowel regulation as well as for better blood circulation." Memang betul tak tipu colon cleansing habis!

lagi lagi?

Psyllium seed husk are indigestible and are a source of soluble dietary fiber. They are used to relieve constipation, irritable bowel syndrome, and diarrhea. They are also used as a regular dietary supplement to improve and maintain regular GI transit. The inert bulk of the husks helps provide a constant volume of solid material irrespective of other aspects of the diet or any disease condition of the gut. Some recent research is also showing them to be promising in lowering cholesterol and controlling diabetes.



Ha.....tak percaya cuba. Saja ja nak share sebab most pregnant ladies memang susah nak buang air besar kan.
3/15/12

STILA's pink green inspired makeup!


wohohoo dah lama dah try this hawaiian chick to be makeup, masa mengandung kat hannah lagi tapi tak berupload..rambut pun dah panjang he he he. Cumanya bunga kuning, false eye lashes yang takdak.Contact lense pun tak pakai bagi warna ala-ala kelabu heeee.

the eyes are kinda look like this!



malas lukis eyebrow!

Cubalah nanti!
2/29/12

instagram

Hi! Semalam best sangat my best friends datang jenguk baby hannah dan main-main dengan abang Hayyan. Fuyo Hayyan dah jadi abang tiba-tiba. hehehe. Makin montel adalah. Izyan dan Ili datang dinner umah Dart, makan apa yang dart masak simlple-simple ja. Kalut sangat masak ikan kering for the last menu alih-alih hangit! Thanks juga ili bawak 2 helai romper yang sangat cute-mute! Nanti Baby Hannah pakai mesti comel!Dart cilok instagram photos of my kids hehe jangan marah ya Sho...

 With aunty Izyan

 Dah besar anak ammi...

 Abang sayang adik..

 Baby Hannah kuat merengek nak menetek memanjang!

Ok that's all for today!
Oh btw, harini 29 hb kan??
My big bro's birthday!!
Sekarang tengah siap-siap nak g celebrate! 
ok bye!
2/28/12

latest progress - shazreeyana's baby shower!


Salam n hi! Last weekend kami berkesempatan untuk attend the very hot, gorgeous, also vogue mommy to be, Shazreeyana' baby shower. Kawan sekolah dolu-dolu hehe. Cik Hannah Naomi tak berapa sihat sebab kami satu family baru baik aja so kena tinggal dengan maid kesian... tapi tak pa la tak elok pulak dok usung baby yang tak sampai 2 bulan lagi ke sana-sini kan. 

Majlis yang simple tapi cukup dart dapat kenal dengan ramai hot-hot chick/momma sebab shazreeyana ni kawan dia semua hot haha. Cantik molek belaka. Kalah i tau. Makanan pun semua sedap, mommy dart teruja dok makan sampai terlupa nak ambik gambar-gambar suasana kat situ eheh. Nasi tomato macam nasi kenduri kahwin plak kan. Pastu dessert pun Vasssssss-sedap! Suamimu sangatlah rajin Yana oi haruslah setia padanya hehehehe sweet sangat hampa. Yang lawaknya, hubby Dart cakap lawak hot-hot belaka tapi semua cakap UTAGHA. Sedikit potong. Wadder? Ingat orang Keyhell saja ka bleh hot? Aissssshhhh. Panas panas.

Apa pun, Dart doakan Yana ni selamat lah semua, semoga dipermudahkan segalanya. Sebab Yana baru 35 weeks. At least tunggu lagi 2 minggu untuk baby matang k!


 Hayyan and balloons!


 Say cheese!

 With the gorgeous momy to be!
 

Blog Template by YummyLolly.com