5/20/09

The Best House 123!

Mesti ramai yang suka layan J-Dorama(drama Jepun) kan?Seingat aku last aku tergila-gilakan j-Dorama dari sebelum datang Jepon sampailah 1st year aku kat sini. Korang tak rasa ka drama jepun ni sama ja? Cara untuk bagi penonton terharu tu memang lebih kurang ja la mana-mana drama pon. And I really not into the casts. Nampak fake depa berlakon(fake fake pon nangis gak kalau dh tertengok). Kalau marah pun dahi tak bekedut, kalau serius pun dahi tak berkedut. Mulut ja yang gerak.haha Kalau kiss scene, lagi la! haahhaah.

Anyway bagi aku, sejak aku kat sini, aku lebih minat cerita-cerita dokumentari diselitkan hiburan selain lawak bodoh yang best kat sini. Aku rasa dah 4 tahun kat sini, pengetahuan am aku berkembang sikit berbanding dok kat Malaysia. kat Malaysia hiburan semata-mata(All the AF, Malaysian Idol, One in a Million, Mentor stuff), tak terbuka langsung minda aku. Konon speaking English semua pandai, tapi dunia luar langsung tak tahu. Baik orang Jepun yang taktau langsung speaking English, tapi otak penuh dengan pengetahuan am kan? Kat Malaysia, kalau dokumentari tu, serius semacam pulak. Boring. Tapi kat sini lain sikit cara media nak sampaikan ilmu kat penonton.

Kat sini orang panggil バラエティー番組(variety program/show). Selalunya artist, celebrity akan dipanggil untuk memeriahkan lagi suasana dengan lawak-lawak yang diorang create. Generally, variety program ni banyak berbentuk kuiz, soal jawab, penuh dengan ilmu tak kira dalam bidang apa pun, Bahasa Jepun, bahasa inggeris, geografi, sains, kimia, tak terkira. Kat sini tak banyak reality show.

TV program kat sini juga, takda cilok show dari overseas yang kita agung-agungkan macam American Idol, So you thing you can dance, or dramas, kalau ada pun, yang memang popular macam Prison Break(tu pun tengah malam), or movie . Kalau show biasa-biasa, memang Japanese sendiri yang akan tambah daya kreativiti untuk create something new untuk program kat sini. takda program yang sebijik. That's what i like about Japanese shows. They create their own programs originally.

Kalau aku tanya member-member aku pun, diorang memang tak suka sangat tengok drama. Lagi suka layan news or sukan or show lawak bangang. Contoh-contoh variety shows yang aku minat; The best house 123, Sekai no hate made Itte Q!, Hexagon, Nihonjin no Tesuto, dan banyak lagi.

Semalam punya The best house 123 ada buat dokumentari pasal "rawatan baby yang sakit sejak dalam perut ibu mengandung", one of the most modern treatments. Fuh. Naik takut aku tengok. Kagum pun ada. Daripada 3 rawatan, 2 from America, 1 from Ireland kot. Tak payah tunggu baby keluar nak operate ka apa. Operate baby yang tengah dalam perut tuh. Satu baby ni, paru-paru dia takleh nak membesar sebab Hernia(usus termasuk ke bahagian atas badan dan terkena paru-paru). Doctor cucuk camera and tube kecil masuk ke dalam mulut baby tu dan masukkan tiub tu untuk membolehkan paru-paru dia membesar. Hebat. Satu lagi, baby yang mengalami masalah jantung. Ada ketumbuhan yang menyebabkan jantung baby takleh nak membesar. Baby tu baru sebesar pembaris pendek, jantung sebesar buah anggur. masa tengah dalam perut, bukak perut mak, bukak kantung uterus, keluarkan baby, operate jantung buang ketumbuhan, jahit semula perut mak. Boleh bayang tak? Baby tu sepatutnya duduk dalam perut mak dia sampai cukup bulan. Tak boleh bayang aku betapa hebatnya teknologi sekarang.

tangan baby yang sangat kecil...uuuu

Itulah harga pengetahuan am yang aku dapat kat sini. kalau nak suruh aku baca buku kesihatan, dah belambak kat rumah 3 orang doktor beli dan pakai. Tak sentuh2 pun aku. Haih.

betapa "bertuahnya" kita

Fujiyasu Megumi. Nama kawan aku yang dilahirkan hari ini 22 tahun yang lalu(ya budak batch aku semua muda 2 tahun). Otanjoubi Omedeto(Happy birthday) Megu-chan!What's so special about Megu chan sampai aku terasa nak menulis pasal dia? Megu chan ni, aku solute, respect kat dia bukan sebab apa, disebabkan ketabahannya hidup berdikari. Independant, in what way? Megu chan aku kira dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana, keluarga yang serba kekurangan. Ayah Megu chan dengar khabar has no job, doing nothing(sukar dipercayai), but it's true. Hanya duduk di rumah, menghabiskan masa atau dengan kata kasarnya "membuang masa" goyang kaki. Namun, ayahnya tidak boleh dipersalahkan kerana dengar khabar juga ayahnya sedang sakit, sehinggakan tidak mampu untuk bekerja. Jadi, pendapatan dan nafkah keluarga memang dilakukan oleh emak dan juga kakak Megu chan yang sudah bekerja. Seperti di mana-mana sahaja, duit memang diperlukan untuk keperluan seharian, pendidikan, dan sebagainya. Megu chan terpaksa menyara hidupnya sendiri untuk membayar yuran universiti. She works everyday as part timer at Mini Stop Convinient Store. Mungkin berbelas-belas jam sehari. Pendapatan di Jepun sebagai part timer sejam merangkumi 700 ~ 1000 yen(Rm 20+ ~ 30+) sejam. Nampak banyak, tetapi disebabkan cost of living yang tinggi kat sini, duit yang diperolehi cukup-cukup makan. Mampukah Megu chan melangsaikan bayaran Universiti tahunan berjumlah Rm 20k(approx), belum lagi termasuk belanja harian untuk pakai, makan, sewa rumah dan lain-lain lagi. Mungkin kerajaan Jepun juga menawarkan skim seperti PTPTN, supaya dapat meringankan beban Megu chan. Pity her. Mampukah dia bekerja kuat sambil belajar? Belajar bukanlah perkara yang mudah. Semester lepas, aku rasa Megu chan fail banyak paper, dan masih banyak kredit yang perlu dikumpul untuk grad. Is she willing to cope?Rata-rata budak tahun akhir di sini semua dah cukup kredit untuk grad, no exams, but Megu chan terpaksa attend banyak kelas yang sepatutnya dihabiskan sem lepas. Kelas pun jarang datang, mana taknya, kerja sampai lewat malam untuk mengumpul duit, letih mentally and phisically dan esoknya kelas terpaksa ponteng. Tapi aku percaya, orang seperti Megu chan yang lebih tahu makna hidup berbanding orang yang senang-senang hidup tanpa dugaan, kan?
:
:
Birthday celebration Megu chan disambut secara kecil-kecilan. Aku, Inaho chan, Miho chan, Megu chan sahaja. Tidak ada kek mewah, lilin bagai. Hanyalah sembang-sembang kosong tapi bermakna sambil menikmati sushi. Macam biasa aku melantak sampai 17 pinggan sushi semalam(haih). Mungkin nampak macam biasa, but i think she did appreciate the celebration. Lepas makan sushi, kami ke Karaoke center macam biasa, spending our time for fun meraikan Megu chan. Nyanyi segala lagu termasuk lagu kebangsaan Jepun(langsung tak faham plus boring). Seronok melayan girls course aku(girls=minority, selalunya lepak ngan guys gila-gila). Balik rumah pukul 1 pagi.
:
:
Aku harap Megu chan keep on fighting, completekan degree, master dan keja elok-elok for her future. She sure can do this! Fighto! Aku terasa betapa bertuahnya aku dilahirkan dalam keluarga yang mampu untuk menyekolahkan aku sampai ke hari ini. Nasib manusia tidak sama. So live life to the fullest!
:
:

Grey shirt : bought at FKolme
Cream loose one piece : Dosch
Gold belt : received from Intan
Skinny Pants : Antgauge
5/19/09

LUPA

I didn't expect that you would forget about it..I thought that you will remember it..But it's OK...it's just a simple thing though...just a piece of picture. Now, the more important thing is hoping that you will never foget about "us"...People do forget...As I do sometimes..:)

p/s:berpegang pada janji.
5/18/09

Shinjuku Incident


Shinjuku Incident [新宿インシデント] is a 2009 Hong Kong film starring Jackie Chan and directed by Derek Yee. Filming began in November of 2007. The film was produced by Chan's own film company, JCE Movies Limited. On July 16, 2007, it was officially announced that Chan would take part in the project.

It was stated in many press reports that the genre of the film would be closer to drama than Chan's trademark action. Director Derek Yee reportedly said, "People are too familiar with the image of a fighting Jackie Chan. It’s time for him to move on to drama."In a recent interview, Chan himself describes the film as, "maybe one per cent action. Heavy drama."

The film was originally to be released on September 25, 2008 but was delayed to the first quarter of 2009. It was premiered at the 2009 Hong Kong International Film Festival and was released on 2 April 2009 in Hong Kong.

p/s: I've watched this movie. So far, like this movie(saya suka drama movie sejak dua menjak ni). Kalau nak tengok the other way of Jackie Chan(mostly serious scene), tengokla movie ni. Cerita ni pasal Orang tanah besar China yang masuk secara haram ke Jepun. It's like Indonesian yang masuk ke Malaysia naik tongkang suffering nak cari makan, sanggup buat apa sahaja untuk hidup,or more specifically nak makan. Nak buat kerja halal tak boleh sebab pengenalan diri tak da, n stuff, so dah nama pun pendatang haram dari awal, baik buat kerja tak betul sampai bila-bila. Diorang sanggup bunuh-membunuh, semata-mata nak dapatkan PR kat Japan. Last-last satu pun tak dapat. Eh, dapat, cepat tapi sekejap saja. Bak kata Jackie Chan dalam cerita tu; 「借りるものは返す」(Benda yang dipinjam harus dipulangkan.). Kalau kita dah dapat benda secara tak elok, esok-esok terlepas macam tu ja...Cerita tu tak happy ending tapi penuh dengan pengajaran.


5/17/09

Today is the day when.....

抱きしめて
しじまの中で
あなたの声を聞かせて

こびりつく
涙を融かして
冬はもうすぐ終わるよ

いくつもの悲しみを
くぐリ抜けたそのあとで
つないだ手の温かさが
全てを知っている

あなたとふたりで
生きて行きたい
それだけで何もいらない
昼も夜も 夢の中まで
ずっと ずっと 一緒さ

傷付いた
心のかけらを
ひとつ残らずひろって

愛という
不思議なジグソー
つなぐ欠片(ピース)を探すよ

本当の強さは
「ひとりじゃない」って言えること

風の中で寄り添う
花のように
秘めやかに

あなたとふたりで
生きて行けたら
何度でも生まれ変われる
たどリ着いた 僕らの場所で
ずっと ずっと 一緒さ

あなたとふたりで
生きて行きたい
それだけで何もいらない
時の海に 未来を浮かべ
ずっと ずっと
ずっと 一緒さ
ずっと ずっと 一緒さ
ずっと 一緒さ…


merahputih

Dalam banyak-banyak character dalam crita merah putih..aku paling suka:
:
1. Bunga orang gaji Dato Jehan aka "BCL"(best hang berlakon wahahhaha)
2. Pondan kat office Datuk Jehan
3.Datin Mastura
4.Mulan aka Mariska "si jongang"
5.Putih (aku memang fan hang dari cerita Dunia Baru la)

5/16/09

Tagged by Dibah

A. Snap the picture of both inner and outer of your purse.

*I prefer smaller one. Tak suka purse tebal-tebal dan panjang-panjang*

B. Introduce your purse brand, price & where you buy.

The brand is COACH. Coach, Inc. is an American leather goods company known for ladies' handbags, as well as items such as luggage, briefcases, wallets and other accessories (belts, shoes, scarves, umbrellas, sunglasses, key chains, etc.). Coach also offers watches and footwear.

I bought this purse when I was suffering with my studies at Maizuru, Kyoto. At that time, i couldn't do well in my exams and for the therapy, i just bought it unconsciously. So far, it has been the best purse due to it's good quality. I don't think i'm gonna buy another purse untill rosak(macam susah koyak ja kulit coach...sigh).

Oh about the price. I prefer it to be secret. You gonna have to find it urself.


C. Take out whatever its inside your purse.

Segala pengenalan diri.
Kiri atas: Student card
Kanan atas : alien registeration card for foreigners who live in Japan
Kiri bawah : Lesen memandu Kelas D
Kanan bawah : IC yang paling aku tak suka. I hate my ic because of my tudung. Kena paksa pakai tudung makcik. Wudda!
Ya saya tahu. Kejap on and off. Hehe

Kiri atas & bawah : Kad berhantu yang selalu bagi jadi aku pokai, encik VISA dan MASTER CARD!
Kanan atas & bawah : Cash card. Selalunya memang tak ada pun duit dalam tu. My way is to withdraw all the money. menyusahkan nak ke atm selalu. Kalau saving pun, not in the bank, tapi di bawah tilam. haaaa....kantoi.

Point cards i used to shop. Kat sini memang banyak pakai point card. I just hate the system. Aku tak suka isi card tebal-tebal dalam purse. Card yang ada tu pun terlupa nak keluarkan.

Cash : ada la 1000 yen 4 keping lagi.hehehehe

people that i want to tag : zaheerah, k dilla, wan zafirah, iejah kalau la hampa tak bz...hihihihi

5/15/09

los dan faun

Anda tertipu. Ini bukan iklan cerita Afdlin Shauki yang box ofis tu. Ini cerita betul. Cerita los dan faun ni berlaku semasa sesi lawatan sambil belajar ke Nagoya Port Aquarium. Mari belajar nama-nama ikan bersama senior-senior sebelum diorang balik for good. Nak dijadikan cerita, konon-konon tengah hari, matahari terik atas kepala..aku terus keluarkan shades aku(menggunakan shades dengan betul) dan pakai. Tak sampai 10 minit pakai aku dah masuk ke dalam aquarium. Takkan tengah-tengah bangunan pun nak pakai spek mata hitam kan. Memang bangang la aku. Aku terus selit shades kesayangan aku kat celah butang baju kasik nampak cool. Kot-kot panas semula nak pakai semula. Dah sampai berjam-jam aku kat dalam tu memang aku dah tak ingat dah pun kewujudan shades aku ni sampai la time nak balik. Mati akal terus. Tiba-tiba aku raba-raba di dada aku, yang tinggal hanyalah 2 benjolan. Benjolan shades aku takda. Aih....terus kelam-kabut aku. Mana taknya, aku sayang betul dengan shades aku...Sebab aku kedekut nak beli shades(bekenan yang mahal tapi kedekut, shades aku best buy). Cari punya cari, ingat balik kot-kot aku ada terpijak, langsung tak ada dalam memori. Sikit lagi nak pasrah. Aku usaha ke information centre, nak tanya kot-kot ada walaupun aku memang tak percaya siste lost & found walaupun aku belajar kat sini(tak pernah ada luck nak dapat balik barang hilang). "Err..saya ada hilang shades colour ungu..."aku cakap kat kakak helpdesk tu. "Yang ni ka adik....?"
:
:
"Yaaaaaaaaaaaaaaaaaa!, memang ni lah shades saya yang hilang ni...terima kasih la...", sambil terhangguk-hangguk serupa orang Jepun. First time dalam hidup aku benda yang hilang dapat balik(seingat-ingat aku la)....Bagus la...lain kali kalau anak aku hilang ka aku tak risau. Terus ke information center kutip kat situ.hahahahah


Keadaan semasa : Sebelum mengeluarkan shades

Keadaan semasa : Semasa bersama shades


Keadaan semasa : dah tak ingat kewujudan shades yang disangkut
(sibuk bergambar)

p/s:rindu la pulak kat senior-senior. Dah tak boleh lepak sekali dah..semua dah kerja...tinggal tak kawin ja lagi.

:
:

blue cotton long singlet : from a bundle shop in Nagaoka
Denim jacket : T.T.U
Skinny pants : Uniqlo
shoes : Converse boot
butterfly cotton bag : FKolme


you

Last nite, mr. h asked me what i want for our becoming anniversary...
:
:
all I want is....
:
:
:
You, here beside me.
You, taking good care of me.
You, pampering me.
You, loving me forever.
5/14/09

Letih

Letihnya hari ni.....Research petang tadi memang memenatkan. Aku kena paksa blajar guna press machine...150 ton , tinggi sampai siling. Tak suka....penat...Habis melekat minyak hitam, and semua benda macam press nya stuff tak boleh diangkat oleh manusia. Beratus-ratus kilo. Sesuai kah dengan aku ni???Baik aku meniaga baju ja..hehheh...

Balik research terus ke Jusco with Yana survey baju-baju for our boutique...Balik rumah..masak(hari ni turn aku)...tiba-tiba tengah masak apek telefon nak belanja makan spagetti....woah. memang suka la sangat...thanks apek...apek belanja sebab dah dapat kerja kat Alps Electronics....kat Pahang...kat Jepun ni memang sistem macam ni..setahun sebelum grad dah boleh job hunting...Senior aku tak dapa kerja lagi skarang pon dah kira pelik.lecturer bising-bising dah...tapi takpa....dia kerja kat sini...kat malaysia sistem lain..so aku kisah apa dapat ka tak dapat...

Oh...baru 2 minit tadi aku dapat mail dari Yamaha Electronics(company jual music stuff)...Aku lepas 1st level(design test) aritu...Terpilih untuk ke interview 2nd level...actually...aku sangat sangat la dalam dilema nak pi ka tak...please somebody help me...Baru-baru ni aku baru buat keputusan menolak interview yang ditawarkan di Showa Glove....Sebab my fiance dah kerja kat Subang...and Showa Glove tu punya kilang kat Perlis and Penang...can u imagine kalau la aku dijodohkan kahwin...terpaksa la tinggal jauh pulak..sorang Subang sorang Perlis...mak aihh...aku dah tak larat dah nak jauh-jauh...hehehhe

Ok pasal Yamaha pulak...Kilang dekat Ipoh(OK la compared to Perlis!), post as Design Engineer..Aku memang minat Yamaha dari kecik lagi.....guna alat muzik pun cap Yamaha ja...piano, keyboard...Plus memang ada knowledge sikit-sikit pasal music...TETAPI...Kalaula aku mintak Yamaha ni...and kalau la pulak terdapat...maybe akan dihantar semula training kat Jepun for 2 years.....2 tahun?adoi.....lamanya....then barulah boleh balik sambung kerja kat Malaysia....Oh God...Help me...Should i accept the inteview???!!

Satu lagi...jauh di sudut hati aku terasa nak sambung master...jugak lagi 2 tahun kat sini.....macam mana??Baby...i need ur opinion.....

p/s:mama pesan sembayang istiqarah banyak-banyak.

Pink shirt : Cinema Club
Vest : Egoist
Pants : Levi's damaged (remixed)
5/13/09

Truely Engineered

Today, i realized that everybody has interested with my earings, and even they kept staring on it. My friends and also Maeno Sensei, my lecturer kept asking whether i do "it" by myself. Of course i have no such time to create it by myself. If only I had so much time to do it, I bet I am truely "engineer". Look what I've put on ! I thought it's just an ordinary earing. But when everybody has kept asking about it, then i've realized that actually it is not. Anyway, i like them so much, my screw earings!!Thanks for being the coolest earings that i've ever had.ngeeeee!
:
:
Aren't they cool??
3 pairs of earings from Claire
:
:
Star printed shirt : *babe be equivalent*
Grey singlet : elfin
Skinny Pants: Levi's remixed

TOEIC

YES!Thank God, I've scored well in TOEIC Exams!(Sebelum ni teruk gila)Alhamdulillah..
5/12/09

budak darjah 6 dapat duit

Member saya bernama Okazaki baru sahaja berpindah ke apartment 2 bilik bersebelahan dengan rumah member saya yang seorang lagi yang bernama Fujioka. Okazaki seorang yang pemalas, jangankan belajar(meja study pon baru nak pasang tadi), beliau hanya tahu buang sampah merata-rata serta tidak tahu menahu langsung cara-cara untuk berpindah. Sejak beliau berpindah ke situ sebulan yang lalu, beliau memang tidak pernah menyusun barang-barang dari kotak lagi dan barang-barang tersebut dibiarkan begitu sahaja. "Saya tak tahu nak start dari mana," jawab Okazaki. Okazaki meminta supaya aku dapat menolong beliau megemas rumahnya kerana beliau memang tak reti dan agak bengap dalam hal-hal mengemas rumah. Yang paling penting, saya diupah! Seronoknya dapat duit hasil daripada titik peluh sendiri yang keluar masa dok vacuum bilik dengan penuh habuk tuh...penat weyh. Tetapi saya seronok kerana saya dapat menolong kawan yang di dalam kesusahan di samping membuat duit.

-Tamat-

Dapur(Sebelum)

Dapur(Selepas)

Ruang Tamu(Sebelum)

Ruang Tamu(Selepas)

MACAM MANA KERJA SAYA?
SILA HUBUNGI SAYA UNTUK MENJADI BIBIK DI RUMAH ANDA!


Pink parka : Uniqlo
Pink cotton onepice : MNG
Pants : Antgauge

cold turkey

Today i've learned new English phrase. Ok I know how bad I am in English skill since i've been staying in Japan. English is rarely used here. So nak tak nak I have to accent the Japanese language skill. While driving today, the radio called I-RADIO has been broadcasting the simple English lesson for Japanese. The phrase for today was "Cold Turkey". It has nothing to do with the turkey itself. "Cold turkey" means to suddenly stop smoking cigarettes or stop taking drug. Oh now I realize how bad I am in speaking English.....(sedih)
5/11/09

Golden Week

Lama aku tak menulis. Suddenly aku terasa nak tulis pasal "GOLDEN WEEK". Semetinya korang-korang pernah mendengar perkataan Minggu Emas ini terutamanya orang yang bermastautin di Negara matahari terbit ini. Orang yang tidak menetap di Jepun mungkin kurang faham dengan maksudnya. Minggu Emas bukanlah bermaksud minggu di mana emas boleh didapati dengan murah di sini. Bukan. Di sini Golden Week merupakan "Nama Komersial" sempena cuti Am yang berturut-turut selama lebih kurang seminggu dalam saban tahun. Dan sudah semestinya minggu emas ni menjadi minggu yang paling ditunggu-tunggu oleh orang Jepun. Pada masa ini lah tiket kapal terbang, tiket bus, hotel-hotel, disneyland, tempat beriadah akan "difully-booked". Di Jepun, cuti Am selalunya tidak lebih dari 3 hari(orang Jepun kedekut cuti). Golden Week adalah lebih bermakna di kalangan orang yang sudah bekerja sebaliknya student-student tidak mempunyai perasaan mungkin disebabkan cuti Semester(sebulan lebih) lebih lama berbanding Golden Week yang ciput ini.

Cuti Am semasa Golden Week :
p/s: aku benci cuti di Jepun. Semua tempat sesak, serabut, beratur 2 jam tu perkara biasa. Perlu kerr??

I just love parka!!
Blue Parka : Aurora
Blue skirt : remixed
and a pair of grey laggings.
5/9/09

pekak sebelah

Karaoke lagi semalam. Tapi, sedikit pelik dengan telinga kiri aku. Something yang aku tak boleh nak cerita. Seperti ada semut yang baru lepas makan taik telinga aku, seterusnya berak di dalam telinga aku(Mesti susah nak faham). Kesimpulannya telinga kiri aku sakit, berdenyut-denyut bila aku terdengar satu tahap pitching, mostly pitching yang tinggi-tinggi belaka. Kadang-kadang sampai satu tahap tak boleh menerima input pendegaran, aku terpaksa menutup atau memasukkan jari ke dalam lubang telinga kiri supaya input yang masuk dalam telinga kiri aku berkurangan. Hampeh. Langsung tak masyuk nak karaoke semalam. Habis mood. Adakah sakit ini disebabkan aku jarang mengorek taik telinga, atau sudah tersumbat? Atau memang telinga kiri aku kian hari kian pekak?(Patutlah daya pendengaran aku rendah). Lecturer bersyarah masuk telinga kiri keluar telinga kanan. :p



Pink cardigan : C.O.L.Z.A
Cotton One-pice : Coney New York
Pants : Levi's remixed
5/7/09

capek

aku capek.
Capek sampai tak terbangun pagi tadi untuk ke lab.
tengah hari nak ke sekolah, kereta pulak buat hal. Maklumla kereta cabuk zaman tok nador.
seratus kali start baru nak hidup semula gara-gara ditinggalkan 3 hari.

Hujan......sampai ke petang.
Aku benci dengar suara guruh berdentum. Waktu itu aku rasa macam nak peluk bantal.

Oh, sebelum aku terlupa.
Pengajaran yang aku peroleh semasa di career fair tempoh hari:
  1. Confidence.
  2. Jangan gatal interview SPA hari sama dengan career fair.
  3. Perbaiki tahap English. Perlemahkan tahap Bahasa Jepun.(:p)
  4. Banyakkan membaca tentang hal negara tumpah darah.
  5. Aku nak cepat kahwin.

Cotton one-piece : J-honey
Green skinny pants : Back Number (Right On)
5/3/09

off to tokyo

off to tokyo.
not for fun.
but for finding job(i'm not ready i know).

wish me luck.
5/1/09

candles on a bun

 Yesterday i was invited to celebrate my friend's bigday. The name of the birthday boy is Okazaki who has turned into 22. He's 180cm tall and i only know that he can't live without beers. Too bad!He drinks a lot but he never gets drunk, how weird... i bet one day he's stomach will get hurt because of his bad habit.

We started the plan when we've gone dinner together without him at Chinese Cuisine. We planned to buy cake for him, but since the time is over 8pm(generally shops are closed at 8pm everyday), we then straight away  dropped by at Lawson convenient store, searching for cake and candles. Unfortunately, only non-delicious-looked cakes were left. The cake plan has been CANCELED.  

 It turned out to be a "big bun and 22 prayer(letak kat tokong) candles" plan. As for presents and gifts, we just bought the lucky draw anime goodies ; a mug, a Cellphone strap, and notebook i guess<-----pity him. It was fun, we all had fun spending time together. 

Happy Birthday Okazaki! Just don't drink 'n drive!

The birthday boy and his "cake"

p/s: okazaki has just moved to new apartment near mine. He doesn't like cleaning, thus promoted me a part time job just to settle down his untidy stuff, building up the new drawers etc. for 5000¥. Yes i would love to mate!

3 budak "nakal"

Semalam, aku ada kelas yang wajib aku attend, handled by my lab's lecturer, namanya Prof Mori. (Aku macam dah pernah sebut nama orang tua ini). Kelas yang bertajuk Dynamic of Processing, patutnya aku takyah ambik pun sebab dh cukup kredit, tapi sebab aku di bawah orang tua ini, aku terpaksa ambik jugak. Kalau tak ambik takleh grad dia kata!Wudda Hell!!

Abaikan rasa tak puas hati aku kat Pakcik Mori. Ceritanya begini, lepas aku masuk kelas, aku terus duduk di depan Jian(Mori panggil dia Nion-kun, nasib baik Nion, Kalau Nio, jadi "air kencing" terus), sorang lagi Malaysian yang boleh tahan kepala bengong serta disukai mamat-mamat gila Jepun. Di sebelah Jian budak bernama Yamada Yuhei, one of my craziest Japs friend. Dalam kelas Pakcik Mori ni semua orang wajib bawak buku teks. Yuuhei dan Jian bawak. AKU TERLUPA. .....

Nak dijadikan cerita, Yuuhei(mamat ni genius actually) sembang-sembang dengan Jian, macam biasa la gaya budak nakal tak mahu dengar lecture supaya nampak macho. Atauapun si Yuuhei ni memang hobi dia bercakap, mulut pun dah macam rupa mulut tempayan. Tak reti tutup mulut. Pakcik Mori ni pulak pantang kalau dalam kelas dia bercakap. Semua orang mesti dengar dan faham dia ajar padahal ntah apa apa dia bebel.

Pakcik Mori bengang lagi. Terus aku dan Jian kena halau dok depan. "Foreign student buat cara foreign student, jangan dok belakang, susah nak faham", direct aku kena angkut beg mengadap pakcik Mori secara dekat. Aku mintak pinjam buku Yuuhei supaya aku tak kena marah sebab terlupa bawak buku teks.

Bila habis kelas, si mamat kerek Yuuhei ni kena tanya dengan pakcik Mori, "mana buku teks?", Yuuhei jawab, "LUPA", dengan selambernya buat muka tak bersalah. Pakcik Mori makin membara terus si Yuuhei ni keluar sambil menengking "Minggu depan saya tak mahu tengok muka kamu lagi!menyemak!dah la bising, buat kacau!", Hantu Raya Mori sergah(mata dia dah merah, sikit lagi nak tersembul keluar).

Aku terkebil-kebil sambil menahan rasa bersalah.........
 

Blog Template by YummyLolly.com