9/13/11

when he smiles.......


Hayyan ni, kalau senyum bukan nak reti senyum sikit-sikit, orang kedah kata GHENYIHHHHH! Pantang dia senyum, nampak lesung pipit dua-dua belah pipi labuh dia...Haih mummy is melting..Susah sebenaqnya nak dapat snap hayyan senyum dalam camera. Bila nampak aja camera focusing on him, dia jadi kontrol takmau senyum ahaks. So, dart compile beberapa keping gambar yang dart rasa sangat precious.

Walaupun hayyan sakit like cirit birit, or demam tapi hayyan tak pernah lupa senyum, makes mummy feel relieved. Sekarang ni sebenarnya rindu sangat dekat hayyan sebab daddy and opah dah "culik" hayyan balik usj. Rindu tatau nak cakap. Tapi mummy redha, sebab its not fair berkira dengan hubby. Bagi la chance daddy balik kerja boleh peluk cium anak kesayangan dia jugak kan rather than jumpa weekend ja. Sebelum ni quite lama hayyan demam panas along with selsema n kahak yang teruk. Sampai lebih kurang dart tak tidur 3 hari. Flat terus masa last day dart pun MC. Itu yang husband decide nak jaga dengan mak dia kat USJ. Thanks sayang...Now mummy dok batuk sikit-sikit, but getting better day by day sebab dah boleh tidur cukup. Bukan cukup tapi terlebih cukup sebab tak payah bangun betulkan kedudukan hayyan tidur sebab buas or buat susu 3 kali tengah malam. I feel awkward seriously!

 top : timberland
(gift from aunty lang)
pants : baby gap
(gift frim opah all da way from dubai)

top : baby gap pajama

 
top(jacket) : no brand from dubai
pants : reject shop

 topless : ha ha
(towel from my good japanese friend, Inaho hadiah kahwin)

romper : baby gap
(gift from nisriri)

hayyan dah 8 bulan setengah dah! Pejam celik pejam celik dah 8 bulan anak ammi...Cepatnya masa berlalu. Makin tak cukup masa sekarang ni dart rasa. Setiap hari ada ja benda baru yang hayyan dapat. His development progress, so far hayyan dah start menapak dengan pertolongan kabinet-kabinet, rak-rak, pendek kata semua benda yang dia nampak dia akan cepat-cepat merangkak dan cuba untuk berdiri. Alhamdulillah, makin lama makin pandai balance, jarang jatuh. Skarang ni nampak tangga aja nak panjat. Dart nak beli walker for infant, bagi dia tak teh selalu skit kuatkan muscle kaki supaya dapat jalan cepat-cepat!

Oh, by the way, gigi hayyan dah stat tumbuh! 2 ketul kat bawah dah hampir terkeluar dari gusi! Yey! Itu yang demam beriya sangat anak ammi ni...haihhh...Sekarang ni hayyan dah boleh sebut "TTTAAA!", "MAMAMAM", "PPPPAAA", "WAWAWAW"(sambil masuk tangan dalam mulut), Sembang la agaknya kot kan haha. 

Dari segi emotion, dah pandai marah woo kalau tarik barang dari genggaman dia...meraung cam apa lagi!Aiyaaaaaa. Bila dart buat muka marah skit dah pandai nangis hihi. Sekarang ni dia dah ada rasa takut sikit dengan stranger. Even tho dia suka n ok ja dengan orang kalau dukung dia, ada masa jugak dia akan nangis kalau orang lain dukung dia especially kalau dia baru bangun. Kalau hayyan demam, direct akan jadi manja, mummy letak sikit aja sebelah dah nangis, fuh fuh. Then sekarang ni kalau hantar kat pengasuh dah pandai sedih bila mummy nak tinggalkan dia ololololo. Cian dia...Pandai dah kiss mummy kalau kita letak muka dekat dengan bibir dia...hihi

Dah pandai jugak ikut pergerakan tangan mummy. Kalau buat genggam and bukak, dia akan bukak and tutup jari-jari ikut haha suka. Hayyan jugak dah pandai tepuk amai-amai, tapi dia nak TOK dia ja yang buat! Kalau dart buat dia tanak ikut ish ish!!

some fun facts about my baby :
1) Suka and addicted betul dengan azan TV3. Kalau tengah kalut-kalut, tiba-tiba bunyi azan terus senyap dongak tengok tv hahahha comel.
2) Suka tengok iklan TV3 selingan and TV3 kids tu. Kalau ada kat tv ja haihhh memang senyap tengok sampai mata tak kejip-kejip!
3) Bila basuh berak, hayyan akan angkat kaki sebelah bagi mummy senang basuh celah kangkang haha pandainya......takla terkepit susah nak cuci kan!
4) Paling tak suka makan ubat. Bila tengk syringe ja terus tutup mulut rapat haihh!!!

oh rindunya kat anak mummy...kita jumpa khamis ni ya sayang....: )
 

Blog Template by YummyLolly.com