10/17/11

dressing hayyan after bath time!(ilmu tok bidan)

Lately selalu teringat masa dalam pantang, bersengkang mata tak tidur malam susukan hayyan, siang pulak pagi sharp kol 9 mesti mandikan dia, lepas tu tok bidan siap-siapkan bagi wangi, bedung dan terus tidur kat baby cot, comel sangat. Pastu dart dengan sesi bertungku, urut semua best gila.....

Harini nak cerita pasal macam mana Dart siapkan hayyan everyday selepas mandi, dah jadi rutin sampai sekarang still guna ilmu tok bidan kasi. Alhamdulillah, perut hayyan pun jarang kembung, wangi ja...Dart teringat sebab sekarang ni hayyan la budak yang paling tak suka nak tempek2 bedak semua haha. Nak pakaikan diaper pun bukan main susah pusing sana pusing sini hai sabaq aja la....

Lepas mandi, macam biasa lap-lap seluruh badan dan bersedia untuk diwangikan!

NOTE: Sebelum proses dressing, sebelum mandi lagi disarankan untuk sediakan semua kelengkapan dan baju baby yang nak dipakaikan si satu tempat supaya senang nak mengurus. Takla terkejar-kejar nak ambik satu barang.

MINYAK TELON

 1. Sapu minyak telon(or any minyak panas yang sesuai untuk baby-Dart pakai Minyak Yuu Yee + minyak baby amway) di kaki, seterusnya tangan. Masa ni boleh dikatakan massage secara tak langsung, genggam kaki dan tangan baby seerat mungkin. Then terus pakaikan mitten dan bootie.
NOTE: jangan lupa cover toot toot baby dengan lampin/apa-apa kain. Kang terpancut urine dia. masa ni belum pakai diaper! heeeeee.

2. Sapu minyak telon di kawasan perut, buat pusingan mengelilingi pusat for beberapa saat. (Dart refer baby massage book untuk elakkan kempung perut)
NOTE : untuk baby newborn, lepas pakai minyak di pert, bolehla pakai barut baby.

DIAPER RASH CREAM-BEPANTHEN

3. Sediakan diaper, letakkan bawah bontot baby, sapukan diaper rash cream di kawasan kemaluan dan bontot baby. Tidak digalakkan untuk letak bedak talkum sebab boleh menyebabkan nappy rash. Sakit kalau baby dapat nappy rash! Ouch! Dart sarankan pakai BEPANTHEN ointment cream! It actually works for 2. Satu sebagai nappy rash cream, satu lagi boleh dijadikan nipple cream, tak beracun untuk baby! Dart penah try Drapolene tapi tak sebest bepanthen. Dah la murah, harga berpatutan plus easy to get, kat mana-mana drgustore like watson, guardian pun ada. Farmasi lagilah ada! Lepas sapu cream, bolehla terus pakaikan diaper.

LOTION-MOTHERCARE ALL WE KNOW BABY LIQUID TALC
4.  Sebelum pakaikan baju, Dart biasakan pakai lotion kat seluruh badan termasuk celah leher, pun nak avoid dari rashes...Dart pakai MOTHERCARE All We Know Baby Liquid Talc, i dont know but dart suka sangat-sangat bau dia. Plus, baby liquid talc ni bila lepas sapu, dia jadi macam pakai bedak talkum. Kira 2 dalam satu la jugak kan. Masa newborn, mula-mula sapu di bahagian depan, pastu angkat baby dan sapu di bahagian belakang baby pulak.

VICKS VAPOURUB
5.  Lepas sapu lotion, Dart amalkan pakai vicks vapourub for baby di bahagian dada dan belakang baby. Tataula rasa macam sedap ja bila sapu dan bau dia. hehe

Lepas siap semua, bolehla teruskan proses pakai baju!

BABY OIL
 
6. Lepas lengkap berbaju, Dart apply baby oil kat rambut baby. Kasi wangiiiiiiii. Tapi sekarang dah jarang buat rasa macam lawak plak rambut berminyak gitu heeeeee.

BABY TALCUM/POWDER
7. Pakai bedak kat seluruh muka dia. haha tapi berpada-pada la takla pakai macam bedak sejuk!

COTTON BUD
 
8. Bila dah lengkap semua, sampai ke sesi bersih-membersih! Guna cotton bud yang bersaiz kecik untuk cuci hiduung dan telinga baby! Masa hayyan kecik dulu rasa seram sejuk nak bersihkan lubang hidung dia, kecik sangat! Tapi benefit dia kalau kita start awal, baby akan get used to it, sekarang hayyan paling suka kalau time cuci telinga. Diam n layannnn aja hahahaa.
NOTE : Berhati-hati, janganlah cucuk dalam-dalam, sekadar cuci untuk buang daki ja n taik hidung!

DONE! 
Hayyan dah wangi! Lepas tu bolehla sesi minum susu, main-main or anything!



happy!
10/14/11

pre-loved stroller for sale!


hi hi hi sesapa yang termasuk site ni...

i'm letting go my beloved son's stroller Hauck brand from Germany - Speed Sun Plus, sangat-sangat sayangkan ini stroller sebab memang sangat praktikal! Boleh pakai from birth to 15-18kg. Senang nak fold(umbrella fold), ringan, banyak compartment termasuk shopping basket, boleh recline seat sampai baby boleh baring terus kalau dia tidur...so far dart sangat suka this stroller! Simple tak gedabak!

Condition like new(9.5/10) kurang 0.5 point sebab tayar dia dah ada calar-calar sebab dah guna kan, baru guna 6 bulan...(hayyan dah 9 bulan, guna dari 3 bulan), hayyan tak pernah muntah-muntah, or comot-comotkan stroller dia sebab mummy dia tak suka comot-comot....so mummy dia kalau bagi makan pun cepat-cepat lapkan dengan wet tissue...sangat sayang...tapi memandangkan kami dah terangkut satu lagi stroller baru, so kami malas nak guna 2, maka kami terpaksa let go sementara ia masih lagi elok....

retail price is approx. RM600. So kami nak jual harga 400 gitu ja(termasuk shipping lah)...bleh nego lagi..kalau berminat pm me : dartadada@yahoo.com! 



worth buying!

Specifications:
- With canopy, swivel front wheels, rear link brake,
- With recline backrest & footrest, large shopping basket,
- With 5 point safety harness,
- With safety front bar
- Suitable for newborn to 15kg
- Stroller weight: 8.0kg
10/13/11

Family Expo @ PISA Penang yang sangat menarik!


8 hb yang lalu, Dart, hubby, hayyan dan MIL jalan-jalan penang dah alang-alang Dart balik Taiping untuk jenguk MIL. Bawak MIL jalan-jalan Penang, sebab jarang dia g sana. Dart memang selalu p Penang especially kawasan gurney drive. My parents la suka sangat shopping kat sana. Tapi sekarang dah takleh join depa hukhuk. 

Sebelum 8 hb, kebetulan Dart tengok kat Juaimurah Preloved Facebook page pasai expo ni. Cam menarik! Memang berbaloilah especially untuk young parents. Sebabnya, bukan sahaja kat expo tu jual barang baby, tapi banyak juga pasal baby development products yang rata-rata new parents tak ambik port/ ambik mudah especially we Malay.

Actually, tak sangka expo ni banyak membantu pasal baby development program, tak terfikir langsung, asyik fikir nak cari botol susu hayyan yang besar boleh isi 11 oz ke atas, dan barang-barang our 2nd baby since tak buat apa apa preparation langsung. ha ha. Liat! Macam biasa, banyak booth barang baby macam Heinz baby food product, Medela breastpump booth, Maclaren stroller booth, MAM booth, PUKU baby booth, Pureen booth etc. Banyak juga kedai yang tak kurang hebat promot kedai depa contohnya kedai gambar yang boleh buat baby photoshoot, bengkel breastmilk by moms little one, kedai serbaneka jual baju dan barang-barang baby secara random, kedai preloved yang tak kurang famousnya Juaimurah Preloved. Selain itu, ada jugak promote pasal insurans baby, umbilical cord blood banking servis yang dart tak berani tanya berapa harga depa offer sampai sekarang. Sah-sah mahal! Ada jugak Baby Massage School! Yang tak fahamnya, booth MAYBANK pun ada! ha ha. Btw, kalau pasal baby development booth pulak, banyaaaaaaaaaaaaaak jugak booth yang dart memang tak pernah exposed kecualilah GROLIER. Grolier ni dari dart kecik pun dah wujud kot. Infact, kami even membesar bersama Grolier! Alhamdulillah, selamat semuanya haha. Ada jual buku-buku dan pen electronic yang boleh tolong bacakan untuk anak kita. Wadda! Kebanyakannya untuk toddler yang dah masuk tadika dah kot. Untuk Hayyan macam tak sesuai UNTILL kami lalu di depan BRILLKIDS booth. 

Mula-mula tu buat dunno ja bila salesman approach. Dia tak cakap banyak, tapi just bagi kami tengok this video : 

Kami pun macam "hoaaaaaaaaaaagh" macam mana budak tu boleh sebut perkataan English Education walhal belum masuk 2 tahun pun???!! Teruja sangat-sangat masa tu. Macam biasalah kami pun mula dengar explanation salesman tu. Bla bla bla bla siap buat demo kat Hayyan, Hayyan pulak tunjuk minat bukan main sebabnya dia guna method software tengok pakai Laptop(sah-sah Hayyan memang sukakan laptop). Daripada dia dok buang masa main-main baik bagi dia play with english words skit. 

Little reader ni boleh start from 3 months baby. Tak susah, just pasang laptop setiap hari selama 200+ hari (tak termasuk weekend) hanya ambil masa 5 minit, sebelum tidur pun boleh. SANGAT sesuai untuk mummy yang berkarier like me, sebab dia dah siapkan semua. Kita just click software tu dan semuanya automatic! Day 1 sampai la day 200+ tu. Itulah kebaikan yang dart nampak. Kalau program lain macam grolier, kita spend lebih kurang, tapi dia just bagi segedebuk buku dan CD, pastu pandai-pandailah kita. Kadag-kadang anak jadi boring sebab CD tu makan masa lama. ha ha. Dart plan nak buat macam tu la sebelum tidurkan hayyan setiap hari. 

Kita bukan nak paksa anak blajar pun, mesti ada yang kata "eleh, buat apa nak start awai-awai kat tadika nanti pandailah dia, macam paksa dia pulak"..but, erm, for me, nak develop otak baby yang "pandai sikit" kita kena la usaha. My mom selalu cakap macam tu, dia nak dapat anak yang 3 orang(sorang dah selamat), 2 orang bakal Dr in the making, ITS NOT AN EASY TASK nak built up otak cerdas. Software-software educational tu penting juga, selain kurikulum kat sekolah. So Dart nak ikut cara my parents, try pulak kat my kids.Erk, mampukah aku???

Pernah dengar pasal Shichida Method kan? Dari Japang. Ha Little reader ni dia banyak bagi baby guna otak kanan. Brill kids ni dia gabung shichida method dengan flashcard method by Leitner system yang dicipta oleh seorang cerdik pandai yang dart pun lupa dah namanya. hehe.

  


Little Math pun kami angkut sekali dah alang-alang. Tapi nak start lepas hayyan habis 200+ program little reader dulu. Tapi dart ada satu masalah besar. Software ni tak compatible dengan MAC! haih geram salesman tu kata semua boleh. Sah-sah dia tak faham soalan aku. Camnooo nih. Takpa, nanti Dart cilok my mom/my sis's laptop. hehehheehe. Harap-harap Dart dapat disiplinkan diri tak malas nak bukak laptop untuk hayyan setiap hari sebelum tidur. Sementara nak jadi rutin tu mesti ada tertinggal-tinggal kan. Kalau ada result yang positif from him, im sure i will promote this product! Tapi sekarang tak boleh lah lagi sebab belum try, baru nak start.

One more thing, sekarang tengah ajar hayyan bertakteh tak teh! Kebetulan lalu depan booth Juaimurah, Dart dapat beli this Fisher Price Ride to Ride Lion Walker dengan separuh harga with excellent condition! Yey! Thanks to Juaimurah Preloved booth!

Last-last dapat pekena nasik kandaq Line Clear yang dok heboh sangat dalam tv. Okla, Dart tak minat sangat nasi kandaq, but i can say enough sedap!
daddy, hayyan and mil.
Me? Surprise! hahahahhaa.
10/11/11

Set Bersalin bukan satu kemestian : Review Amway post natal care

Masa 1st pregnancy, sangat-sangat teruja nak pakai set bersalin dan pening kepala fikir which one is the best product yang mampu menguruskan kembali bentuk badanku seperti anak dara ha ha. Kebetulan dart survey-survey ada yang bagi review set bersalin from Amway bagus dan best! So, kebetulan my mom memang selalu sangat beli product from Amway dan jadi ahli, dia terus tanya dealer dia get one for her daughter. Seriously dart taktau harga dia berapa tapi beratus-ratus kot standard aa kan. Tapi takla sampai harga macam sendayu tinggi. Mahal nak mampos. Sebab bila balik cuti tengok-tengok set tu dah ada depan mata and my mom bukan jenis bising-bising pasal harga barang yang dia dah beli. 

Teringat nak tulis pasal review ni sebab dok fikir masa pantang 2nd baby nanti nak pakai set apa pulak? Tapi malas dah nak beli yang set beratus-ratus ni macam membazir pun ada.

Dalam satu kotak besar ada 10 kotak kecik plus satu bengkung traditional tali-tali tu :
KEGUNAAN DALAMAN
1) Teh Herba - membersihkan sistem
personal review : dahla tak sedap, sistem apa plak yang bersih? Dart tak tahan sakit perut terus bila minum even seteguk!
2) pil After birth 1 - Memulih tenaga dan menggalakkan laktasi
 personal review : Tak nampak kesan, sekian terima kasih.
3) pil After birth 2 - Membantu ibu mendapatkan semula susuk badannya
personal review : Makan beberapa pil, hayyan cirit-birit sebab masa tu dia still Breastfeed.
KEGUNAAN LUARAN
4) Herba Pembersih Wanita - Mengekalkan kawasan vagina agar bersih dan mencegah jangkitan kuman
personal review : Yang ni okla, actually pakai sabun biasa pun ok..no big deal lah. Asalkan cuci betul-betul luka dan pakai ubat Dr bagi tu dah cukup..
5) Herba Mandian - Menyegar, mencergas dan memberi tenaga semula
personal review : Yang ni pun macam takdala menyegar, mencergas semua bla bla, pakai sabun dettol lagi segar kot! Semua ni propa ja. Takda pun takpa tapi gitulah kan.
6) Campuran peramping Perut - Memejal dan menguatkan otot-otot dan tisu abdomen
personal review : Yang ni ja aku rasa betul-betul berguna sebab memang memanaskan kawasan badan/abdomen tapi takdala sampai ke kaki n tangan!
7) Minyak Urut herba - Menyingkirkan angin dan merehatkan badan
personal review : yang ni pun best! Bau dia best, bila tok bidan urut kaki rasa sedap ja. Tapi tak semestinya minyak ni, minyak urut biasa pun dah cukup. Actually, tok bidan aku urut aku pakai minyak baby oil johnson ja! Minyak amway tu buat urut kaki haha.
8) Campuran Penghangat Badan - Menghangatkan badan, terutamanya tangan dan kaki
personal review : Yang ni aku main campur dengan campuran peramping. Alah, dua-dua ingredients sama ja. Tulis kat kotak semua nama saintifik tapi sebab ayahku faham bahasa saintifik maka potong stim. Banyak pakai halia, kunyit, semua bahan-bahan yang panaih la pendek kata.
9) Campuran penenang - Menenang dan menyamankan dahi
personal review : Paling tak boleh belah. Bila letak kat dahi, menyusahkan bila dia dah kering. Pastu siap jatuh-jatuh ke bawah. Habis kotor karpet cantik dan cadar katil. Paling bengang bila time menyusu, jatuh kat baby arghhhh. pakai 2 3 kali ja pastu tak pakai dah. Bazir!
10) Minyak bayi - Melegakan angin dan kembung
personal review : aaaa yang ni ok, best. Tapi, sebab dah beli minyak Yu yee untuk baby, so macam redundent. Sebenarnya tak perlu pun minyak ni ada dalam set sebab confirm new mummmy akan beli minya TELON untuk baby kan.

Kesimpulannya, ada dalam set bersalin yang tak perlu pun. Buat kotor karpet n cadar n lantai bila kering. Yang herba panas perut, minyak urut, herba mandian tu i like. Ni anak ke-2 ni aku nak pakai set apa pulak aaa? nak try set lain pulak lah. Nona Rogayah cam best! Serius yang untuk kegunaan dalaman tak makan pun takpa, just makan makanan seimbang, jaga pemakanan tak payah la amik jamu-jamu. Buat anak cirit birit  ja. Lepas pantang makan la jamu nak makan pun. Semua ni tak terbukti pun dari segi klinikal. Untuk kepuasan time pantang ja rasanya. Tapi jangan tak pakai bengkung ya.....: )


p/s : most of the products consist of Tumeric domestica dan Curcuma xanthorriz. Anda tahu apa itu? Kunyit dan temulawak lah!

umbilical hernia


Sejak mengandungkan si hayyan, pusat Dart tersembul keluar. Kalau pakai baju tak berlapik memang nampak clear bahawasanya pusatku tersembul ha ha. Hayyan la ni besar sangat hehe, dalam 7 bulan ke atas tu baru nampak clear. Then bila bersalin, pusat tu jadi semacam uwaaaaaaaaa sadis. Macam ala-ala kendur. I did pakai bengkung moden yang zap on tu, ok la alhamdulillah nampak macam boleh tight balik pusat tu masuk ke dalam, tapi it took time. Tapi disebabkan daku pregnant lagi, makanya pusatku kembali tersembul damn! Mama kata dia pun jadi macam tu, bila lama-lama akan rasa sengal kat bahagian pusat tu sebab dah terkeluar sikit usus melalui lubang pusat kan. Dush. Cuak jugak. Nak buat macam mana ni mahu kembali cekang? hihi takpa tunggu baby 2nd lahir, sumpah jaga anak tambah-tambah anak laki yang boleh tahan buas boleh jadi kurus. Tak payah diet-diet bagai. Cuma risau kat pusat ja. Pusat bila kamu nak balik kedudukan asalmu?

 boleh tahan lagi

 mmm..tak tahan lagi!
(baru anak 1st ok)
 

Blog Template by YummyLolly.com