10/13/11

Family Expo @ PISA Penang yang sangat menarik!


8 hb yang lalu, Dart, hubby, hayyan dan MIL jalan-jalan penang dah alang-alang Dart balik Taiping untuk jenguk MIL. Bawak MIL jalan-jalan Penang, sebab jarang dia g sana. Dart memang selalu p Penang especially kawasan gurney drive. My parents la suka sangat shopping kat sana. Tapi sekarang dah takleh join depa hukhuk. 

Sebelum 8 hb, kebetulan Dart tengok kat Juaimurah Preloved Facebook page pasai expo ni. Cam menarik! Memang berbaloilah especially untuk young parents. Sebabnya, bukan sahaja kat expo tu jual barang baby, tapi banyak juga pasal baby development products yang rata-rata new parents tak ambik port/ ambik mudah especially we Malay.

Actually, tak sangka expo ni banyak membantu pasal baby development program, tak terfikir langsung, asyik fikir nak cari botol susu hayyan yang besar boleh isi 11 oz ke atas, dan barang-barang our 2nd baby since tak buat apa apa preparation langsung. ha ha. Liat! Macam biasa, banyak booth barang baby macam Heinz baby food product, Medela breastpump booth, Maclaren stroller booth, MAM booth, PUKU baby booth, Pureen booth etc. Banyak juga kedai yang tak kurang hebat promot kedai depa contohnya kedai gambar yang boleh buat baby photoshoot, bengkel breastmilk by moms little one, kedai serbaneka jual baju dan barang-barang baby secara random, kedai preloved yang tak kurang famousnya Juaimurah Preloved. Selain itu, ada jugak promote pasal insurans baby, umbilical cord blood banking servis yang dart tak berani tanya berapa harga depa offer sampai sekarang. Sah-sah mahal! Ada jugak Baby Massage School! Yang tak fahamnya, booth MAYBANK pun ada! ha ha. Btw, kalau pasal baby development booth pulak, banyaaaaaaaaaaaaaak jugak booth yang dart memang tak pernah exposed kecualilah GROLIER. Grolier ni dari dart kecik pun dah wujud kot. Infact, kami even membesar bersama Grolier! Alhamdulillah, selamat semuanya haha. Ada jual buku-buku dan pen electronic yang boleh tolong bacakan untuk anak kita. Wadda! Kebanyakannya untuk toddler yang dah masuk tadika dah kot. Untuk Hayyan macam tak sesuai UNTILL kami lalu di depan BRILLKIDS booth. 

Mula-mula tu buat dunno ja bila salesman approach. Dia tak cakap banyak, tapi just bagi kami tengok this video : 

Kami pun macam "hoaaaaaaaaaaagh" macam mana budak tu boleh sebut perkataan English Education walhal belum masuk 2 tahun pun???!! Teruja sangat-sangat masa tu. Macam biasalah kami pun mula dengar explanation salesman tu. Bla bla bla bla siap buat demo kat Hayyan, Hayyan pulak tunjuk minat bukan main sebabnya dia guna method software tengok pakai Laptop(sah-sah Hayyan memang sukakan laptop). Daripada dia dok buang masa main-main baik bagi dia play with english words skit. 

Little reader ni boleh start from 3 months baby. Tak susah, just pasang laptop setiap hari selama 200+ hari (tak termasuk weekend) hanya ambil masa 5 minit, sebelum tidur pun boleh. SANGAT sesuai untuk mummy yang berkarier like me, sebab dia dah siapkan semua. Kita just click software tu dan semuanya automatic! Day 1 sampai la day 200+ tu. Itulah kebaikan yang dart nampak. Kalau program lain macam grolier, kita spend lebih kurang, tapi dia just bagi segedebuk buku dan CD, pastu pandai-pandailah kita. Kadag-kadang anak jadi boring sebab CD tu makan masa lama. ha ha. Dart plan nak buat macam tu la sebelum tidurkan hayyan setiap hari. 

Kita bukan nak paksa anak blajar pun, mesti ada yang kata "eleh, buat apa nak start awai-awai kat tadika nanti pandailah dia, macam paksa dia pulak"..but, erm, for me, nak develop otak baby yang "pandai sikit" kita kena la usaha. My mom selalu cakap macam tu, dia nak dapat anak yang 3 orang(sorang dah selamat), 2 orang bakal Dr in the making, ITS NOT AN EASY TASK nak built up otak cerdas. Software-software educational tu penting juga, selain kurikulum kat sekolah. So Dart nak ikut cara my parents, try pulak kat my kids.Erk, mampukah aku???

Pernah dengar pasal Shichida Method kan? Dari Japang. Ha Little reader ni dia banyak bagi baby guna otak kanan. Brill kids ni dia gabung shichida method dengan flashcard method by Leitner system yang dicipta oleh seorang cerdik pandai yang dart pun lupa dah namanya. hehe.

  


Little Math pun kami angkut sekali dah alang-alang. Tapi nak start lepas hayyan habis 200+ program little reader dulu. Tapi dart ada satu masalah besar. Software ni tak compatible dengan MAC! haih geram salesman tu kata semua boleh. Sah-sah dia tak faham soalan aku. Camnooo nih. Takpa, nanti Dart cilok my mom/my sis's laptop. hehehheehe. Harap-harap Dart dapat disiplinkan diri tak malas nak bukak laptop untuk hayyan setiap hari sebelum tidur. Sementara nak jadi rutin tu mesti ada tertinggal-tinggal kan. Kalau ada result yang positif from him, im sure i will promote this product! Tapi sekarang tak boleh lah lagi sebab belum try, baru nak start.

One more thing, sekarang tengah ajar hayyan bertakteh tak teh! Kebetulan lalu depan booth Juaimurah, Dart dapat beli this Fisher Price Ride to Ride Lion Walker dengan separuh harga with excellent condition! Yey! Thanks to Juaimurah Preloved booth!

Last-last dapat pekena nasik kandaq Line Clear yang dok heboh sangat dalam tv. Okla, Dart tak minat sangat nasi kandaq, but i can say enough sedap!
daddy, hayyan and mil.
Me? Surprise! hahahahhaa.

1 comments:

*SiRibenMerah said...

yes, juaimurah mmg dia letgo brg2 yg branded neh dgn low price.. condition still good..

owner dia akak kenal..

 

Blog Template by YummyLolly.com