2/16/09

teh tarik dan gulanya



















Sejak saya menetap di negara matahari terbit ini selama lebih kurang 4 tahun, kesedaran terhadap pengambilan gula dalam pemakanan seharian semakin meningkat sedikit sebanyak. Saya juga boleh menerima jika minum minuman tanpa gula seperti teh. Tidak dapat saya bayangkan minuman di Malaysia sehingga sekarang contohnya di kedai-kedai mamak seperti milo ais, teh ais, carrot susu, jumlah gula dalam segelas susu sangat banyak. Mungkin orang Malaysia sendiri tidak perasan bahawa gula yang dimasukkan ke dalam segelas minuman adalah berlebihan. Lebih daripada mencukupi.

Teh tarik kaw merupakan contoh minuman yang mengandungi kendungan gula yang berlebihan. Lihat sajalah pada teh tarik yang dipesan, nisbah susu pekat dan air teh adalah lebih kurang 1:4~1:5. Mungkin ada orang merasakan tiada apa yang pelik disebalik nisbah berikut, namun, apabila anda rasakan sendiri dengan lidah masing-masing, manis bukan?seperti meminum susu pekat tanpa kolestrol.

Bagi saya, minuman yang paling sihat adalah air mineral atau air kosong atau air paip. Saya telah mengamalkan pengambilan air mineral sejak dari bangku sekolah lagi dan boleh saya katakan ianya terbukti berkesan kepada kaum wanita yang takut kepada kenaikan berat badan!
Sama-samalah kita mengamalkan budaya pemakanan yang seimbang walaupun kita sudah sedia maklum bahawa makanan Malaysia sememangnya kurang seimbang dari segi kesihatan. Di samping itu, sama samalah kita bersenam ok. Dalam bilik pon boleh da.....hehe

2 comments:

alimau8589 said...

huyoooooo!!!lame2 leh 'potong kaki' minum teh tarik slalu..

dartdadada said...

memang.tak elok minum banyak-banyak...manis sgt!!

 

Blog Template by YummyLolly.com