Sebenarnya aku sudah bosan dengan adegan muzik Malaysia sekarang. Bukan mahu mengutuk. Tapi realiti di mana muzik lapuk Malaysia memang tidak akan ke mana. Apatah lagi di mata dunia. Imposible. Pada pandangan aku, komposer lapuk sekarang, kurang ilmu muzik, mereka hanya berbekalkan "pengalaman" menyanyi, atau menulis lirik, sekadar "pengalaman". Pengalaman memang bagus dari satu segi, tapi berbekalkan pengalaman sahaja tidak cukup. Sekurang-kurangnya seorang komposer muzik mestilah berpengatuan dalam bidang mereka, mempunya sijil yang melayakkan mereka untuk terbang lebih jauh. Sudah lama aku bergelumang dengan dunia muzik.Malah minat aku terhadap muzik amat dalam. Aku bukan mengkritik atas dasar "bodoh sombong", tetapi dilihat dari dasar melodi, susunan lagu muzik lapuk Malaysia, hanyalah sekadar orang bodoh ilmu muzik menciptanya. Banyak ilmu yang aku pelajari semasa belajar teori muzik dahulu, satu sahaja langkah sebelum diploma, tapi cukup membuatkan ilmu muzik aku boleh membuat perbezaan antara lagu tak sedap dan sedap. Apa sebebarnya dimaksudkan dengan musik yang sedap didengar? Muzik yang cukup sifat dari segi chording,melodi yang terdiri daripada soprano, alto, tenor, bass dan banyak lagi aspek. Kalau tak cukup sifat, lagu akan kurang mantap dari segi kualiti.
"Common elements of music/song are pitch (which governs melody and harmony), rhythm (and its associated concepts tempo, meter, and articulation), dynamics, and the sonic qualities of timbre and texture."Semuanya mempunyai peranan masing-masing untuk membentuk kualiti sesebuah lagu.
Kepada sesiapa yang sudah bosan dengan muzik lapuk Malaysia, selain mendengar lagu-lagu import dari negara lain, cuba try test dengar radio X-Fm. Lagu-lagu muzik baru yang diketengahkan berkualiti dari segi gubahan melodi, chording, pemilihan instrument dan aku rasa muzik baru inilah yang boleh terbang jauh berbanding dengan muzik lapuk Malaysia. Aku tertarik dengan satu band ini yang diberi nama South Jordan dengan lagu Fatal Flaw. Salah seorang daripada 3 mamat handsome ini adalah Malaysian, 2 org lagi American. Tapi muzik baru Malaysia macam inilah yang aku dok cari selama ini. Sekali dengar tak mcm muzik Malaysia. Selamat mendengar and enjoy. "Support "NEW"malaysian music industry!"
0 comments:
Post a Comment