5/20/09

The Best House 123!

Mesti ramai yang suka layan J-Dorama(drama Jepun) kan?Seingat aku last aku tergila-gilakan j-Dorama dari sebelum datang Jepon sampailah 1st year aku kat sini. Korang tak rasa ka drama jepun ni sama ja? Cara untuk bagi penonton terharu tu memang lebih kurang ja la mana-mana drama pon. And I really not into the casts. Nampak fake depa berlakon(fake fake pon nangis gak kalau dh tertengok). Kalau marah pun dahi tak bekedut, kalau serius pun dahi tak berkedut. Mulut ja yang gerak.haha Kalau kiss scene, lagi la! haahhaah.

Anyway bagi aku, sejak aku kat sini, aku lebih minat cerita-cerita dokumentari diselitkan hiburan selain lawak bodoh yang best kat sini. Aku rasa dah 4 tahun kat sini, pengetahuan am aku berkembang sikit berbanding dok kat Malaysia. kat Malaysia hiburan semata-mata(All the AF, Malaysian Idol, One in a Million, Mentor stuff), tak terbuka langsung minda aku. Konon speaking English semua pandai, tapi dunia luar langsung tak tahu. Baik orang Jepun yang taktau langsung speaking English, tapi otak penuh dengan pengetahuan am kan? Kat Malaysia, kalau dokumentari tu, serius semacam pulak. Boring. Tapi kat sini lain sikit cara media nak sampaikan ilmu kat penonton.

Kat sini orang panggil バラエティー番組(variety program/show). Selalunya artist, celebrity akan dipanggil untuk memeriahkan lagi suasana dengan lawak-lawak yang diorang create. Generally, variety program ni banyak berbentuk kuiz, soal jawab, penuh dengan ilmu tak kira dalam bidang apa pun, Bahasa Jepun, bahasa inggeris, geografi, sains, kimia, tak terkira. Kat sini tak banyak reality show.

TV program kat sini juga, takda cilok show dari overseas yang kita agung-agungkan macam American Idol, So you thing you can dance, or dramas, kalau ada pun, yang memang popular macam Prison Break(tu pun tengah malam), or movie . Kalau show biasa-biasa, memang Japanese sendiri yang akan tambah daya kreativiti untuk create something new untuk program kat sini. takda program yang sebijik. That's what i like about Japanese shows. They create their own programs originally.

Kalau aku tanya member-member aku pun, diorang memang tak suka sangat tengok drama. Lagi suka layan news or sukan or show lawak bangang. Contoh-contoh variety shows yang aku minat; The best house 123, Sekai no hate made Itte Q!, Hexagon, Nihonjin no Tesuto, dan banyak lagi.

Semalam punya The best house 123 ada buat dokumentari pasal "rawatan baby yang sakit sejak dalam perut ibu mengandung", one of the most modern treatments. Fuh. Naik takut aku tengok. Kagum pun ada. Daripada 3 rawatan, 2 from America, 1 from Ireland kot. Tak payah tunggu baby keluar nak operate ka apa. Operate baby yang tengah dalam perut tuh. Satu baby ni, paru-paru dia takleh nak membesar sebab Hernia(usus termasuk ke bahagian atas badan dan terkena paru-paru). Doctor cucuk camera and tube kecil masuk ke dalam mulut baby tu dan masukkan tiub tu untuk membolehkan paru-paru dia membesar. Hebat. Satu lagi, baby yang mengalami masalah jantung. Ada ketumbuhan yang menyebabkan jantung baby takleh nak membesar. Baby tu baru sebesar pembaris pendek, jantung sebesar buah anggur. masa tengah dalam perut, bukak perut mak, bukak kantung uterus, keluarkan baby, operate jantung buang ketumbuhan, jahit semula perut mak. Boleh bayang tak? Baby tu sepatutnya duduk dalam perut mak dia sampai cukup bulan. Tak boleh bayang aku betapa hebatnya teknologi sekarang.

tangan baby yang sangat kecil...uuuu

Itulah harga pengetahuan am yang aku dapat kat sini. kalau nak suruh aku baca buku kesihatan, dah belambak kat rumah 3 orang doktor beli dan pakai. Tak sentuh2 pun aku. Haih.

2 comments:

Wan Nor Dalila bt Wan Mahmood said...

aaaa...tgk gak smlm..best wooo..oh,sayangilah ibu2 kite..hee

dartdadada said...

aah.sayangilah ibu.sayangilah jga doktor2 yang berkorban tu hehe

 

Blog Template by YummyLolly.com