5/20/09

betapa "bertuahnya" kita

Fujiyasu Megumi. Nama kawan aku yang dilahirkan hari ini 22 tahun yang lalu(ya budak batch aku semua muda 2 tahun). Otanjoubi Omedeto(Happy birthday) Megu-chan!What's so special about Megu chan sampai aku terasa nak menulis pasal dia? Megu chan ni, aku solute, respect kat dia bukan sebab apa, disebabkan ketabahannya hidup berdikari. Independant, in what way? Megu chan aku kira dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana, keluarga yang serba kekurangan. Ayah Megu chan dengar khabar has no job, doing nothing(sukar dipercayai), but it's true. Hanya duduk di rumah, menghabiskan masa atau dengan kata kasarnya "membuang masa" goyang kaki. Namun, ayahnya tidak boleh dipersalahkan kerana dengar khabar juga ayahnya sedang sakit, sehinggakan tidak mampu untuk bekerja. Jadi, pendapatan dan nafkah keluarga memang dilakukan oleh emak dan juga kakak Megu chan yang sudah bekerja. Seperti di mana-mana sahaja, duit memang diperlukan untuk keperluan seharian, pendidikan, dan sebagainya. Megu chan terpaksa menyara hidupnya sendiri untuk membayar yuran universiti. She works everyday as part timer at Mini Stop Convinient Store. Mungkin berbelas-belas jam sehari. Pendapatan di Jepun sebagai part timer sejam merangkumi 700 ~ 1000 yen(Rm 20+ ~ 30+) sejam. Nampak banyak, tetapi disebabkan cost of living yang tinggi kat sini, duit yang diperolehi cukup-cukup makan. Mampukah Megu chan melangsaikan bayaran Universiti tahunan berjumlah Rm 20k(approx), belum lagi termasuk belanja harian untuk pakai, makan, sewa rumah dan lain-lain lagi. Mungkin kerajaan Jepun juga menawarkan skim seperti PTPTN, supaya dapat meringankan beban Megu chan. Pity her. Mampukah dia bekerja kuat sambil belajar? Belajar bukanlah perkara yang mudah. Semester lepas, aku rasa Megu chan fail banyak paper, dan masih banyak kredit yang perlu dikumpul untuk grad. Is she willing to cope?Rata-rata budak tahun akhir di sini semua dah cukup kredit untuk grad, no exams, but Megu chan terpaksa attend banyak kelas yang sepatutnya dihabiskan sem lepas. Kelas pun jarang datang, mana taknya, kerja sampai lewat malam untuk mengumpul duit, letih mentally and phisically dan esoknya kelas terpaksa ponteng. Tapi aku percaya, orang seperti Megu chan yang lebih tahu makna hidup berbanding orang yang senang-senang hidup tanpa dugaan, kan?
:
:
Birthday celebration Megu chan disambut secara kecil-kecilan. Aku, Inaho chan, Miho chan, Megu chan sahaja. Tidak ada kek mewah, lilin bagai. Hanyalah sembang-sembang kosong tapi bermakna sambil menikmati sushi. Macam biasa aku melantak sampai 17 pinggan sushi semalam(haih). Mungkin nampak macam biasa, but i think she did appreciate the celebration. Lepas makan sushi, kami ke Karaoke center macam biasa, spending our time for fun meraikan Megu chan. Nyanyi segala lagu termasuk lagu kebangsaan Jepun(langsung tak faham plus boring). Seronok melayan girls course aku(girls=minority, selalunya lepak ngan guys gila-gila). Balik rumah pukul 1 pagi.
:
:
Aku harap Megu chan keep on fighting, completekan degree, master dan keja elok-elok for her future. She sure can do this! Fighto! Aku terasa betapa bertuahnya aku dilahirkan dalam keluarga yang mampu untuk menyekolahkan aku sampai ke hari ini. Nasib manusia tidak sama. So live life to the fullest!
:
:

Grey shirt : bought at FKolme
Cream loose one piece : Dosch
Gold belt : received from Intan
Skinny Pants : Antgauge

2 comments:

Atishoo86 said...

megumi chan ka~ aku rs dulu dia pnah kapel ngan sorg mamat nih tau, siap tunjuk hadiah hat dia bli kat bf dia... then tiba2 ktorg tgk mamat nih dok manja2 ngan minah len. lam klas slama nih dok sama2, tiba2 sorg dok dpn n sorg dok blkg. xm pon megumi xdtg time tuh. sian dia~ from ur story i admire her too.

dilla kamal said...

hmm.insaf sekejap.kite ni, dah la dpt allowance dgn loan, pastu blajar main2.buat assignment pun copy paste.hui tak berkaaaatttt.patut la bile dah keje dpt student nakai nak mampoih :)

 

Blog Template by YummyLolly.com