5/15/09

los dan faun

Anda tertipu. Ini bukan iklan cerita Afdlin Shauki yang box ofis tu. Ini cerita betul. Cerita los dan faun ni berlaku semasa sesi lawatan sambil belajar ke Nagoya Port Aquarium. Mari belajar nama-nama ikan bersama senior-senior sebelum diorang balik for good. Nak dijadikan cerita, konon-konon tengah hari, matahari terik atas kepala..aku terus keluarkan shades aku(menggunakan shades dengan betul) dan pakai. Tak sampai 10 minit pakai aku dah masuk ke dalam aquarium. Takkan tengah-tengah bangunan pun nak pakai spek mata hitam kan. Memang bangang la aku. Aku terus selit shades kesayangan aku kat celah butang baju kasik nampak cool. Kot-kot panas semula nak pakai semula. Dah sampai berjam-jam aku kat dalam tu memang aku dah tak ingat dah pun kewujudan shades aku ni sampai la time nak balik. Mati akal terus. Tiba-tiba aku raba-raba di dada aku, yang tinggal hanyalah 2 benjolan. Benjolan shades aku takda. Aih....terus kelam-kabut aku. Mana taknya, aku sayang betul dengan shades aku...Sebab aku kedekut nak beli shades(bekenan yang mahal tapi kedekut, shades aku best buy). Cari punya cari, ingat balik kot-kot aku ada terpijak, langsung tak ada dalam memori. Sikit lagi nak pasrah. Aku usaha ke information centre, nak tanya kot-kot ada walaupun aku memang tak percaya siste lost & found walaupun aku belajar kat sini(tak pernah ada luck nak dapat balik barang hilang). "Err..saya ada hilang shades colour ungu..."aku cakap kat kakak helpdesk tu. "Yang ni ka adik....?"
:
:
"Yaaaaaaaaaaaaaaaaaa!, memang ni lah shades saya yang hilang ni...terima kasih la...", sambil terhangguk-hangguk serupa orang Jepun. First time dalam hidup aku benda yang hilang dapat balik(seingat-ingat aku la)....Bagus la...lain kali kalau anak aku hilang ka aku tak risau. Terus ke information center kutip kat situ.hahahahah


Keadaan semasa : Sebelum mengeluarkan shades

Keadaan semasa : Semasa bersama shades


Keadaan semasa : dah tak ingat kewujudan shades yang disangkut
(sibuk bergambar)

p/s:rindu la pulak kat senior-senior. Dah tak boleh lepak sekali dah..semua dah kerja...tinggal tak kawin ja lagi.

:
:

blue cotton long singlet : from a bundle shop in Nagaoka
Denim jacket : T.T.U
Skinny pants : Uniqlo
shoes : Converse boot
butterfly cotton bag : FKolme


2 comments:

zhrh said...

haha aku tau perasaan hang
sebab aku penah jadi customer service
hehe

dartdadada said...

hahhahahahaha terhanggung-hangguk aku ucap terima kasih!

 

Blog Template by YummyLolly.com