5/30/09

Nak Iphone juga....

" TOKYO 29 Mei - Sebuah universiti berprestij di Jepun memberi beratus-ratus iPhone kepada pelajarnya supaya mereka dapat menggunakan Sistem Penentuan Kedudukan (GPS) bagi mengesan pelajar yang ponteng kelas.

Truants di Jepun sering berhadapan masalah kehadiran palsu oleh pelajar yang mengarahkan rakan mereka menandatangani kad kehadiran bagi pihak mereka.(aa..ni memang kerja aku kalau malas nak pi kelas...hahhahahah)

Kehadiran merupakan syarat utama untuk memperolehi ijazah di universiti ini.

Universiti Aoyama Gakuin di Tokyo telah memberikan iPhone 3G Apple Inc. kepada 550 pelajar Fakulti Sosial Informatic yang mengkaji penggunaan Internet dan teknologi komputer dalam masyarakat.

Alat berkenaan boleh digunakan dalam kajian mereka tetapi ia juga turut dilengkapi GPS untuk menentukan kedudukan.

Pelajar yang ponteng kelas masih boleh memalsukan kehadiran mereka dengan memberikan iPhone mereka kepada rakan yang hadir, tetapi pihak universiti percaya mereka tidak akan berbuat demikian disebabkan iPhone tersebut dipenuhi dengan maklumat peribadi dan emel mereka. - AP " - Utusan Malaysia 30/5/2009

:

:

p/s : Kenapalah aku bukan student Aoyama Gakuin Univ? Kalau tidak boleh dapat iphone sebijik! Oh, tapi Universiti tu agaknya swasta kot..student-student mesti kena bayar yuran tahunan yang sangat mahal. Boleh cover sangat harga iphone yang "ciput" tu...

:

:

Santai-santai....
White Polo shirt : Beverly Hills Polo
Tarck hitam : Topvalu (Jusco)
(Track hitam di atas adalah trend orang Jepun pakai masa tidur. Semalam aku baru beli. Selesa jugaklah)

3 comments:

Unknown said...

huhu.nti nk blek,bole borong utk org msia..lallala~

Nadiah Azli said...

mmgpun skolah swasta.. tapi tade la mahal sangat pun iphone tu kalau pakai student plan.

aoyama pun, budak syakaigaku je yg dapat.. >_<" tu pun sbb manyak ponteng.. hoho..

budak kokusei mcm saya n rajin pi kelas. kehkehkeh.. takyah iphone pun xpe.. =P

dartdadada said...

aizam : takleh borong..kna beli line baru boleh..

noealex : dh terlmbt...thn depan dh nk balik msia...hehehee

 

Blog Template by YummyLolly.com