5/22/09

nasib anak doktor

Mungkin ramai yang berpendapat nasib menjadi anak doktor ni best. Best sebab boleh dapat ubat free. Ya, mungkin betol. Ubat sekarang mahal, tapi aku dapat free macam tu aja.(actually bukan free pon, bapak aku yang bayar). Sebab sejak aku kecil sampai la sebelum aku berpisah dengan family, aku tak pernah jejakkan kaki aku ke klinik untuk diperiksa. Ketuk pintu bilik doktor, masuk duduk atas kerusi berdepan dengan doktor, dan doktor tanya soalan-soalan. Pastu doktor pun cek la, cek situ, cek sini, pakai torchlight tengok mulut anak tekak segala, pakai steteskop cek degupan jantung la, macam-macam kan. Dari kecil aku dah terbiasa dengan keadaan tu, aku selalu ja lepak kat klinik bapak aku, benda-benda tu dah jadi macam mainan. Kalau aku demam sikit ja, bapak aku just tengok keadaan aku dan dia dah tau aku ni demam ka, sakit apa ka. So aku memang tak ada pengalaman kena cek dengan doktor formally.

Tapi, bagi aku jadi anak doktor, disebabkan dah terbiasa dengan sakit-sakit kecil ni, macam dah tak diendahkan. Sebab doktor ni dia memang kurang sikit perasaan dia kalau dah terbiasa dengan sakit-sakit kecil ni. Tengok mayat pun rilek ja...ni tambah la tengok orang yang tengah hidup. Aku bagi contoh kes adik kecil aku. One day, adik aku main-main kat luar rumah dengan cousin. tiba-tiba dia terlanggar batu dan terjatuh tepi kolam kat rumah. Dia rasa sakit sangat kat bahagian betis. Tengok sekali macam tak ada apa-apa. Seriously macam sakit sikit ja. Sebab takda kesan langsung, cuma ada satu titik merah macam kena gigit serangga. Adik aku mengadu selalu sakit kat situ "kalau" disentuh. Kalau tak disentuh tak apa. Fikir punya fikir, rupa-rupanya masa adik aku terjatuh kat kolam that day, ranting kayu termasuk dalam betis dia. Maybe panjang 1 inci kot. Aku pun dah terlupa. Memang kalau sentuh terasa ada benda dalam kulit dia. Mak aku dah gelabah. Mana taknya, takkan nak biarkan kayu tu sampai bila-bila kan?Tapi respon bapak aku lawak la. Dia kata, "ala, biar aja kayu tu reput dalam tu..benda tu organik jugak..."hahahhaha. Lawak kan. Last-last kena kejan dengan mak aku, barulah bapak aku nak contact kawan dia kat hospital suruh arrange appointment nak operate buang ranting tu.

Masa demam-demam ni lah teringat kat papa. Tak demam pun teringat jugak...as a father, memang best la papa treat her daughter. Papa yang cool.I miss you pa!

p/s:bila dah ada family sendiri, dah tak boleh dapat ubat free. Kena mintak tolong adik n abang aku la jawabnya. Sedihnya....:(

white collar t-shirt : converse
Black hooded shirt : bundle shop at Alor Star
Pants : Antgauge

Sebelum aku terlupa, kat luar toilet aku kat rumah ada bapak aku lekatkan jadual taik(contoh-contoh dan jenis-jenis). Tekejut aku masa aku balik cuti dulu. Tapi cool kan?Taik -taik ni pun dah jadi mainan kami sekeluarga.hahahahaha

14 comments:

azmingrayscale said...

menarik.........., tak pernah plak tau camna agaknya kehidupan anak doctor....kau kena paksa makan sayuq? minum susu? ubat cacing.. kah kah.

dartdadada said...

hehe.aah..tapi fast food pun layannnnnnnnnn.haha

shafiq said...

ya. doktor ibrahim mmg sempoi

dartdadada said...

the coolest doc.sempoiiiiiiiii.

dilla kamal said...

hmm.saya berminat dgn jadual taik tu.does every type of taik reflects one's health?ke ape?ape fungsi jadual tu?cube elaborate ;p

dilla kamal said...

eh sat.bapak angah la yg sunatkan papa kan?hahahahahahahehehe :p

ops sori terpecah rahsia suami ;p

zafirah alias said...

bab takdak perasaan tu aku setuju. hehehe.

dartdadada said...

k dilla: ya la...apit tu my dad la yg sunatkan.apit sunat lambat kot...hahahhahah

yes jenis tahi memang boleh tgk sihat ka tak sihat.tapi generally semua org sihat kot..jangan sampai kaler tahi tu hitam sudah!

w.zafirah: hg paham kan tadak perasaan tu macam mana.hehe

Hafizah said...

hang mcm adik aku...kami semua buat engineering termasuklah both my parents dia sorang sesat buat medic. hang terbalik lah.

dilla kamal said...

hah?kalau hitam kenape?

dartdadada said...

sakit apa tah..somthing wrong la maksudnya hehe

amir5656 said...

doktor ibrahim doktor terbaik kat pendang..huahua..puji2 ni lps ni leh la dpt ubat free

dorkscotch said...

pab brahim kan suka wat lawakkk takmo bg ketaq gagaga

dartdadada said...

amir:hg jgn ckp kat aku.kena ckp direct kat dr brahim hahaha

bebi:bila dia buat lawak takmo bagi ketaq?tatau ponnnnnnn!

 

Blog Template by YummyLolly.com