6/3/09

Apa gunanya?

Kadang-kadang aku ada terfikir, mengapa kerajaan Malaysia menghantar beribu-beribu anak Malaysia melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi luar negara, termasuklah aku?Pernahkah korang terfikir mengapa? Berjuta-juta Ringgit Malaysia dihabiskan saban tahun hanya kerana untuk membiayai kami melanjutkan pelajaran tak kiralah di Jepun, United Kingdom, Amerika, Mesir, Australia dan banyak lagi. Apa bezanya luar negara dan dalam negara? Dan adakah ada pembangunan dari segi teknologi atau infrastruktur di Malaysia selepas graduan-graduan ini balik ke Malaysia?Dan kami sebagai perantau, mampukah kami membalas jasa kerajaan Malaysia yang tak ternilai ini? Aku ada membaca satu artikel yang dipetik dari utusan Malaysia hari ini di mana Malaysia akan mencontohi Korea Selatan dalam membangunkan teknologi reaktor nuklear berskala kecil di Malaysia. Dan juga aku ada terbaca mengenai Perdana Menteri Malaysia juga tertarik dengan teknologi membran dalam proses penulenan air yang berpotensi besar dimajukan di Malaysia, selain tenaga alternatif seperti solar dan angin yang digunakan dengan begitu meluas di republik tersebut. Kenapa mesti teknologi sebegini dibeli dari negara asing? Tidakkan graduan-graduan kita tidak kira dari dalam dan luar negara mampu untuk "berfikir sendiri" tentang teknologi yang boleh membangunkan negara kita sendiri? Adakah untuk membangunkan sesebuah negara, teknologi sebegini harus dibeli?Aku tak tahu bagaimana keadaan Korea Selatan membangunkan negara sendiri tetapi aku pecaya, pemikiran bangsa sendiri juga memainkan peranan besar bukan?Correct me if I'm wrong.

2 comments:

Anonymous said...

Tashikani ..,absolutely right
untuk 'memindahkan' teknologi Jepun ke Malaysia ...5 tahun belajar tidak mencukupi...5 tahun ke 10 tahun kerja/research kat Jepun baru cukup..tapi yang sedihnya ..calon2 yg nk grad kt Mesia sumenya tak nak sambung blaja/keje sini..sume nak balik awal...nak keje senang kt Mesia ..tak nak kerja2 susah kt sini. Yang sedihnya ...ramai lelaki yang cakap mcm itu...lemah nya mereka2 ini...mcmmana MAlaysia nak majukan ?

dartdadada said...

tak semestinya kita ambil ilmu diorang...cukup sekadar kita belajar "cara" mereka untuk memajukan negara sendiri.

 

Blog Template by YummyLolly.com