6/7/09

perihal semalam

(bibir dah tak seksi tapi tetap menawan dengan parut hitam)
Kadang-kala teringin menjadi comel. Aku cuba mencari-cari "hair arrange" dalam majalah NONNO bulan ini untuk ditiru semasa nak attend "barbeque party" yang diorganizekan oleh budak Univ Toyohashi (TUT). Tapi tak menjadi. Tak terlawan kecomelan orang Jepun. Last-last sarung cekak bodoh gitu and out!Dah tak kisah comel tak comel. Masa dah lambat nih.

Sampai-sampai, semua orang baru start makan ayam, kek, siap ada sup ekor lagi tuh. Tapi aku tak sempat makan la(T_T). Budak-budak TUT ni boleh tahan melahapnya. Letak makanan seminit hilang terus! Ayam bakar sedap, tapi manis sangatlah. Tak berapa nak boleh melahap. Aku boleh "go on" makanan terlebih masin, tapi terlebih manis? Cannot go. Sebab aku bukan orang Kelantan kot.

Lepas bbq, macam biasalah aku dan zaza yang kaki gambar bergambar shooting dekat Taman Miyuki yang penuh dengan lalang aku rasa. Dan macam biasalah jugak tukang mengambil gambarnya, zaza, aku modelling tahap bawahan la. Asyik-asyik muka aku. Tapi nasib baik kami berdua ja semalam. Takda siapa kacau kami. Aku snap juga satu roll Fujifilm Astia dengan Lca+ aku. Tapi hasilnya 2 bulan kemudian kot.

Aku tak kenyang!!Konon-konon sebelum balik nak singgah "Coffee Anyone?" kat GUSTO family restaurant. Nampak aja menu, terus aku order set nasi dengan ikan + sayur. Coffe apa kejadah. Lapar la.

Dari kiri : nasi ume, telur 3 suku, miso sup, spinach goreng, ikan, chawan mushi, dan daikon.
(tak ikut arah sebenarnya)

ummm.sodap!!

White Blouse : gf
Stripe onepiece : Blue Strive
Pants : Levi's(rematch)

6 comments:

syazfir said...

knape makanan die sikit? kenyang ke?

dartdadada said...

kenyang plus healthier!!

Hafizah said...

patut laa hang maintain kurus makan skit gila!!! cuba contohi aku...hehe

dartdadada said...

no no!aku makan banyak sangat!tapi perut makin ke depan ni....lembik lembik siap..takmau la hehe

zhrh said...

suka gila gambaq hang dekat rumput
pandai tukang amik gambaq tue

dartdadada said...

credit tu zazadin!!!

 

Blog Template by YummyLolly.com