Minggu lepas, semua students plus lecturer Mori's lab dikerah untuk gotong-royong "besar-besaran" bersihkan bilik lab dan juga bilik lecturer. Kerja dibahagikan mengikut kumpulan. Aku dan lagi 4 orang kena bersihkan bilik lecturer. Abe Sensei & Maeno Sensei nya bilik. Pakcik Mori dan dan outstation hari tu ha ha. So tak payah susah-susah bersihkan bilik dia. Aktiviti dimulakan dengan mengangkut segala barang dalam bilik ke luar kaki lima. Sebab? Sebab nak basuh dan wax lantai tu sampai berkilat. Haih. Tak apa boleh diterima lagi.
Segala meja dah diangkut ke luar
lab dah kosong!
Bila dah kosong bilik, barulah boleh mula aktiviti yang paling mencabar. Mula-mula, sapu sampah. Kalau bilk lecturer advance sikit, pakai vacuum cleaner. Senang kerja aku. Masa tengah vacuum, Ayumi lap cermin sampai berkilat. Mmmm Ayumi ni macam tak pernah lap tingkap aja gayanya. Teringat kalau kat rumah Mama suruh pakai kertas surat khabar lepas pakai kain buruk. hehe. Tak apa lupakan bab tingkap. Bab lantai ni yang aku nak cerita. Lepas sapu sampah, gunakan mesin dan sabun khas dan mesin/cuci la lantai tu, kot-kot ada kotoran yang separa degil.Machine zaman bila tah yang kami pakai ni. Karat sana-sini. Entah bersih ka tak pakai mesin tu. Tuang detergen atas lantai dan on saja mesin tu. Dah boleh jadi makcik cleaner la.
Maeno Sensei dan mesin buruk.
contoh zoukin-kake
power rangers yang macho pun tak terkecuali.
power rangers yang macho pun tak terkecuali.
Aku dengan seluar nak terlondeh kejap-kejap dok tarik seluar. Sebab nak kena tunduk macam tu. Haih. Tak suka! Lepas zoukin-kake, time to WAX the floor bebeh! Yang ni simple. Pakai mop ja. Tuang wax, mop semua, tunggu kering dan habis! Tapi, tak habis lagi, sebab meja yang kat luar tadi kena angkut semula masuk ke dalam bilik!!
Kesimpulan : penatnya!! Orang Jepun sangat bersih! Bersih mengalahkan kita orang Islam yang kononnya mementingkan kebersihan tapi berak/kencing tak reti-reti flush. Ni yang paling aku meluat.
Kesimpulan : penatnya!! Orang Jepun sangat bersih! Bersih mengalahkan kita orang Islam yang kononnya mementingkan kebersihan tapi berak/kencing tak reti-reti flush. Ni yang paling aku meluat.
2 comments:
nak tergelak aku tengok power rangers tu
hehe.dah nama jepun tu jepun la apa apa pun kan.
Post a Comment