8/4/09

feeling blessed

31st July :
Sampai malam terus layan midnight movie dengan Alang kat Pavilion. Bubu belanja Gelatino kat Pavilion. Sodapnyaaaaaa. Public Enemy best. Aku memang minat Joni Dep. Balik terus tidur. Ngantukkkkkk plus letih bai.

1st August 09 :
Kursus Pra-Perkahwinan hari pertama. Ustaz yang bagi ceramah lawak nak mampus. Ofkos la lawak semua nak lucah-lucah belaka. Balik dah petang, malam lepak Hartamas dengan Alang. Betik pun nak menyibuk ngeh ngeh. Balik ke Alang's dorm. Sembang, ajar alang "how to curl you hair"pakai curler. Esok dia nak dinner. Aku sekalipun tak pernah berdinner lagi. Haih. (Alang aku tak puas hati dengan Iphone baru hang ha ha)



2nd August 09 :
Bangun seawal yang boleh. Kejar komuter ke Subang Jaya tunggu bubu ambik kat stesen. Sampai KL sentral pukul 6:59. Terkejar-kejar dengan baju kurung lari meroyan dalam stesen, beli tiket dan FUH. Tren pukul 7:03 nak sampai. Sempat. Sampai saja pukul 7:03, skrin terus tukar jadi 7:23. BABI la. Aku dah lambat ni. Kuliah start pukul 8:00. Nak sampai Subang Jaya ada dalam 20 menit. Aku dah sumpah seranah tren kat Malaysia. Lembab apa semua. Dari Subang makan masa 15 min macam tu untuk sampai ke Shah Alam. Kebetulan road block sebab ada Marathon kejadah apa. Tensen. Sampai kat Jais Selangor pukul 8:15. Masuk dalam kuliah buat bodo saja. Nasib baik ramai lagi yang lewat lepas kami. Fuh selamat. Petang dah selamat jadi graduan kursus. Dah boleh kahwin. ha ha. Malam layan Jonny's kedai steamboat tu. Tak sedap nyaaaaaaaaaaaaaaaaaa(perasa ayam tawar hebiar). Tiap-tiap kali suap aku dok compare dengan steamboat kat Medan Selera tepi rumah aku. Tawaqq dan terasa macam makan makanan China. Ha ha. Healthy tho.


Camwhoring di Joni's

3rd August 09 :
Panasonic Manufacturing Berhad's job Interview. Post as R&D Engineer. Bubu hantar. Sanggup dia ambik half day semata-mata nak hantar aku walaupun dia banyak kerja. Risau takut aku tak reti nak naik teksi sendiri ke tempat interview. Memang bila bubu dekat dengan aku, aku jadi dependant sikit. ha ha. Ish terharu. Pasal interview aku nak elaborate banyak sikit. Sebab aku still terkejut dengan kejadian semalam. Bila dah sampai ke 1st plant pukul 10:00 di lobby, kakak cantik receptionist melayan aku, siap bawak aku pi breakfast kat kantin tapi aku bayar sendiri la kan. Pukul 10:20 aku terus dibawa oleh Madam Tan, rupanya-rupanya dia HR Manager merangkap salah sorang interviewer aku. Aku dibawa naik kereta Madam Tan dan terus bawak aku ke PMMA 2nd plant. Rupanya aku interview kat tempat lain da. Sampai-sampai, aku disuruh tunggu dalam bilik menunggu, lepas beberapa minit, masuk la para penemuduga(2 chinese 2 Japanese). Kalau kat Jepun mampus tak sebulu. Bermulalah sesi interview, bla bla bla panjang nak mampus. Ada dekat sejam kot. Ala-ala bersembang gitu. Soalan macam biasalah kan.
Apsal pilih Panasonic?
Introduce yourself.
Tell me more about you that can impress us. Ha terus aku bukak cerita aktif bervolunteer sana sini. Siap tunjuk paper yang muka aku masuk masa main masak-masak dengan orang Jepun dulu.
Cerita pasal family.
Dah dapat keja kat mana.
Tunjuk result dan resume.
Dan banyak lagi.

Yang peliknya, langsung tak tanya pasal current research yang aku tengah buat sekarang. Ha baguslah. Bila lepas interview, aku disuruh tunggu di lobby semula. Madam Tan hilang entah ke mana. Lama jugak kena tunggu dalam beberapa minit. Heran aku lama sungguh Madam Tan ni. Bila sampai saja kat aku, Madam Tan terus bukak cerita pasal gaji yang "akan" aku dapat, serta benefit-benefit yang aku "akan" dapat nanti. Lain macam ja bunyi nih. Then, tanpa bercakap banyak, Madam Tan ajak aku naik kereta semula. Maybe balik ke 1st plant kot. Tengah-tengah jalan, Madam Tan berenti depan Klinik Panel dan terus suruh aku buat Medical Checkup. Aihhh. Apsal pulak dah ni. Aku terus tanya, bila saya akan dapat result interview?Madam Tan jawab...."Ha, dah dapat la ni!Best kan terus dapat...sekarang ni saya nak bagi offer letter kat kamu tapi sebelum tu kamu kena buat medical checkup dulu...It's one of the procedurs." Haaaaaaaaaaa. Terkejut beruk aku. Boleh sakit jantung. Interview paling efisyen. ha ha. Lepas checkup semua, aku disuruh naik cab sendiri balik ke 1st plant dan submit result tu. Nak jadi cerita panjang, chekup yang aku buat tak lengkap, marah si Madam Tan ni kat staff dia buat keja tak betul. Aku kena ke Klinik semula untuk ambil sampel air kencing(test gula), driver India mali hantar, nasib baik tak kena naik cab lagi. Dah la cash dalam wallet rm50 saja. Sebelum dihantar ke klinik, aku dah sign offer letter dan tarikh masuk keja pun dah ditetapkan. 1 April. Rajin betul aku jawab 1 hb dah boleh masuk keja.

Habis checkup, terus naik cab ke Sharp, tempat bubu kerja. Masa tu dah pukul 4 petang lebih. Duduk aku tercongok bawah pokok depan pagar. ha ha. Dengan pakai Baju kemeja ala-ala career woman dah ni. Malu pun ada. Nasib baik bubu keluar curi-curi hantar aku ke restoran dan tinggal aku kat situ. Pukul 6 ptg dia habis keja amik aku n terus hantar aku ke KLIA.

Di bawah pohonan pokok depan Sharp.

Sampai KLIA, aku terus masuk dan check in. Bye-bye shah alam.....i just wanna say that i am feeling so blessed. Tak sabar nak balik for good. Thanks bubu for everything. Thanks to Panasonic too!!

7 comments:

kew_chop said...

kem salam sama bubu yea.. kawen jgn lupe jemput kami..

akieraduta said...

congrats angah!
=)

dilla kamal said...

uih ada byk ni nk komen.important thing first:

1.comeinya tunang hang angah..hehe.adakah dia minat arsenal?sama cm apit! ;p

2.dah dpt keja?hebat!panasonic tu kat s.alam gak ka?yg sharp tu tau la kat mana, slalu dok lalu time zaman becinta dulu.bestnyaaaaaaaaaaaaaa dapat keja situuu..

3.ecece comei plak bila pakai tudung :)

marumaruchan said...

omedetou!!

dartdadada said...

mekasih mekasih semua....hahaa

zhrh said...

dah macam isteri solehah bila hang bertudung

dartdadada said...

wow isteri solehah ka..amin...

 

Blog Template by YummyLolly.com