8/10/09

sejarah mungkin berulang

Bukan lagu Tomok. Aku sangat benci, hatred, payau dengan Tomok. "Sengau" sejarah mungkin berulang masih terngiang-ngiang dalam telinga. Semalam, sejarah hidup aku berulang lagi. Apa aku cakap ni? Genap setahun aku di"calit kapoq". Bagi aku cukup sekadar ucapan manja dari bubu. Tak mintak lebih dari itu. Aku bukan seperti minah-minah plastiks yang hanya tahu kikis-mengikis laki sampai botak. Kalau aku nak mintak, aku nak handbag LV satu terus. OK tak?ha ha

Telefon aku pun bangang. Call-in tak boleh tup-tup dapat mesej "miskal"(miss call). Tiba-tiba dpt 15 "miskal" dari satu nombor. Nombor bukan handphone. Sambil aku tengah menahan supaya makeup tak cair di Kg. menghadiri kenduri kampung, dapat satu call dari apek. Apek jual bunga. "Aiyooooo, i sulah call u banyiak kali tak dapat2 wo. I mahu hantaq bunga pi lumah u..."


Bunga? Bunga apa? Siapa pulak gatal tangan rajin nak bagi bunga kat aku ni? "OK la apek, pukul 6 u datang rumah I OK. Sori la telefon saya rosak..."

(cerita sebelum pukul 6)

Balik dari kenduri, Hanis boyot mengendong anak 5 bulan dah tercegat depan rumah aku. Baru balik shoping di Padang Besar. ha ha. Hanis, kawan suka-duka, sangat rilek, sempoi, tak emotional, aku senang berkawan dengan orang macam tuh. Selamber badak setiap masa. Kalau aku tak contact dia, dia tak kisah, sebab kami dah macam adik-beradik. Hati sentiasa dekat ha ha. Tak ada la setiap hari nak kena contact. Lenturer di KPTM Ipoh. Sekarang, tengah cuba untuk tak berpura-pura jadi ustazah sebab laki dia tiba-tiba "ter"jadi Ustaz. ha ha Lepak sat minum di rumah aku, tunggu sorang lagi member nak datang. Juwaini aka juju bebeh. Sangat lembut, "lembut" daripada perempuan ha ha. Tapi 2 bulan lagi akan dapat pangkat Dr. (aku nak hg jadi bidan aku juju!)

Juju sampai, keluar lepak di RADIX fried chicken (RFC wtf tiru KFC), nasib baik "ekon" nyaman. Makeup MAC juju tak sempat cair. Makan, sembang mengarut, terus hantar Hanis balik ke pangkuan suami di stesen bas. Balik rumah solat, keluar berfoya-foya lagi dengan juju, kali ni pairing ke Salon. Alamak juju ajak teman dia potong rambut. Punya la menahan sabar taknak buat apa-apa dengan rambut. Tapi apakan daya. "Treatment" dok panggil. ha ha. Oh semestinya salon di Aloq Setaq tak sama dengan Jepun. Agak kurang dari segi "artistik" dalam mendandan pelanggan. Kasar, tarik rambut aku macam la rambut aku ni dawai ke apa. Tapi best sebab ada massage!

Keluar salon tak sampai 10 tapak, camwhoring dengan juju. ha ha. Hantar juju balik rumah dan mommy juju jamu Fish 'n chips with longan juice. Sedap . Tak sampai 10 minit licin pinggan ha ha.

Eh dah malam! Dah terlepas pukul 6.
:
(rewind)
:
:
ha ha. sebelum tu, aku dah telefon florist, tak sabar nak tahu sapa yang bagi bunga punya pasal, aku yang ambik sendiri di kedai pukul 4 30. Sangat sweeeeeeeeeet bubu. Boleh kencing manis bak kata Yati. Tak tipu.

Sampai rumah, terus camwhoring lagi dengan bunga kesayangan. Papa the photographer. Bubu ni selalu repeat benda yang sama dengan papa n mama punya story. What a chemistry we are. Semalam aku tidur dengan senyuman....ngeeeee. (Aduh lenguh dah mulut ni.)


0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com