Tanggal 16 hb Oktober adalah hari yang seingat aku agak bermakna bagi aku. Hari inilah papa aku dilahirkan 57 tahun yang lalu. Kalaulah aku ada di Malaysia akan aku kucup pipi papa dan peluk erat-erat sambil mengucapkan HAPPY BIRTHDAY PA! Tapi apakan daya aku jauh he he. 2 orang Adik kecik aku ada di pangkuan papa so aku wakilkan kat diorang ja lah untuk peluk papa bagi pihak aku. Semua prang sayang bapak masing-masing kan dan samalah macam aku. So aku nak menulis pasal papaku sebagai penghormatan aku terhadap papa. Bila baca masa tua nanti sure best.
Perkara-perkara dan fakta pelik yang membuatkan papaku lain dari papa orang lain :
- kuat, strong dan semakin membuncit ha ha.
- pemurah, baik hati, tak pernah berkira. Sebab tu aku rasa rezeki papa memang murah. Sedekah itu adalah jalan kepada kesejahteraan.
- umur dah hampir masuk 60 tahun, tapi tetap maintain dengan rambut hitam berkilat! wow nampak muda gitu!
- boleh dikatakan stylish tapi agak skema. Sebab suka masukkan baju dalam seluar selalu. Baju kerja warna putih(setiap hari), kalau casual baju kemeja warna selain putih hahhahha. He wears jeans with dockers/levi's belt tho. :p
- Suka bercerita bed time stories masa aku kecik-kecik dulu. Banyak cerita-cerita lawak yang papa selalu cerita kadang-kadang sampai suruh ulang berpuluh-puluh kali tak jemu ha ha. really miss that time *sigh*
- suka manjakan anak; papa aku memang suka belai anak-anak. Papa tak kisah kalau baring-baring atas riba dia.....aku ingat lagi masa kecik dulu aku tak boleh tidur kalau papa tak garukan satu badan aku. Aku suka papa belai rambut sebelum tidur juga hihi.
- pandai mengurut; kalau mintak papa urutkan badan masa lenguh-lenguh papa takkan dan tak pernah cakap taknak. Papa pernah jugak buat lawak nak jadi tukang urut di kilinik papa ha ha. Cakap apa lenguh atau sakit sebab apa sebab he really knows about muscle pain. Kadang-kadang jadi addicted pulak nak suruh papa urut hehe.
- all rounder. Genius tapi tak nerd. Nama papa ada kat papan dinding sekolah JENAN sebab dapat anugerah spm terbaik. waaaaah bangganyaaaa~
- suka gadjet; umur dah meningkat tapi perasaan sukakan gadjet makin menambah ha ha. Kalau duit beli gadjet papa takkan kedekut. Laptop, camera, recorder, ipod, anything yang boleh dapat kat Jepun ni dia minat. test digicam(macro mode maybe :p)
- dr. perubatan yang sangat-sangat suka sejarah. Kalau ke klinik sekarang pun, papa sibuk dengan projek. Sekarang papa adalah antara orang penting persatuan sejarah dan numismetic utara. Selalu buat research by reading or dengan melawat negara-negara asing seperti Indonesia, Thailand untuk mengumpul maklumat sejarah matawang lama. Hobi mengumpul duit-duit lama dari dulu memang tidak disia-siakan. Dah tulis satu buku, sekarang tengah menulis buku yang ke-2. Selalu bagi talk bukan pasal perubatan tapi pasal duit-duit lama. Masters in mata wang Melayu. Pelanggan tetap ebay ha ha. Pernah ada impian nak buka muzium sendiri suatu hari nanti. Hobi dah jadi macam research dah sekarang aku tengok.
- suka buat lawak loyar buruk. Serius papa memang penyeri. Aku ingat lagi kalau mama tengah melenting, mesti aku akan mintak papa cepat balik dari kerja sebab bila papa balik, mama jadi angel!wow......:p
- minat music. Masa baru-baru kawin dengan mama, masa tu takda tv, papa mainkan guitar untuk mama. Sweetkan. Sebab tu anak-anak dia pun suka music. Tapi bukan calang-calang papa. Papa suka layan band legend lama-lama dulu siap suruh aku download dvd concert led zeppelin, black sabbath, beatles, dan band-band legend lain. He's RAWK!
- suka try baju dan fashion show sendiri lepas shopping. Masa kat Malaysia dulu, kami selalu shopping di Penang. kecik-kecik selalu ke Island Plaza shopping kat situ sampai penuh tangan. Dari tengah hari sampai malam wo. Balk-balik rumah terus try baju. Aku ingat lagi papa baru beli set baju sukan Adidas dan sport shoes, then papa pakai masuk bilik kami lari-lari gaya jogging buat gaya nak bersukan hahhahhahhha
- suara papa sedap dan merdu sangat-sangat. Selain suka menyanyi, papa pandai baca quran. Seriously aku cakap aku susah nak dengar suara sedap kalau berimamkan orang lain. Rasa tak puas kalau suara orang yang jadi imam baca tak sesedap papa.
- pendiam. papa kurang bersembang dan aku sangat senang dengan lelaki yang kurang bersembang. Kalau mama telefon dari Malaysia, mama cakap cakap cakap padahal papa kat sebelah tapi dia diam aja he he. Last-last nak letak telefon papa akan bersuara. "BYE..." haha.
- tak suka bergambar sebab suka mengambil gambar. Maybe dia rasa orang lain ambil gambar tak elok kot. Suka photograpy dan sangat memahami, kalau aku nak beli camera dia takkan cakap tak payah beli hehe.
- sukakan nature. Suka pokok-pokok, berkebun, menanam pokok, alam sekitar. Masa kecik-kecil dulu papa pernah ajar kami kumpul dan awet rama-rama. Pergi ke hutan dan tangkap rama-rama, masukkan dalam botol berisi formalin sampai rama-rama tu mati, dan cucuk di board khas. Macam saintis pulak terasa ha ha.
- sporting tapi tak lupa bab agama. Maksudnya papa betul-betul mendalami bab agama. He even hafal hampir semua quran. Sujud sejadah setiap Jumaat. Selalu mengantuk dulu kena paksa berjemaah subuh hari jumaat :p Belajar bahasa arab semata-mata nak fahami doa-doa yang dibaca.... i really adore him especially his figure masa nak ke masjid. The most handsome ustaz. ha ha. Baju melayu putih, lengkap berbutang modern, kepiah putih, kain pelikat putih dan sepatu melayu sejati, plus bau perfume POLO raplh lauren blue. Nak jadi macam papa suatu hari nanti!
- selalu dengan buku. Tak pernah aku tengok dalam hidup papa sehari tanpa buku. He really likes to READ. Anything! Sejarah, agama, perubatan, you list!
- He likes art, pandai melukis! papa pernah skecth muka mama dan framekan. Memang cantik. Kat rumah aku penuh dengan lukisan yang papa beli sampai tak cukup nak letak. Pernah papa cakap kat aku papa teringin nak jadi arkitek dulu tapi TERjadi Doctor. haha apakah~
Banyak lagi fakta pelik yang membuatkan papa lain dari yang lain. He's precious to me. Kalau boleh nak suami pun yang sebijik macam papa....:) Happy birthday pa, U've been the greatest papa to us. Semoga panjang umur dan murah rezeki yang sentiasa murah. I love you forever.
8 comments:
haha, sikit2 mcm abg shamsul la.. hahaha
happy beday to uncle!!~may ALLAH bless him always...;p
ko buat aku ingat birthday bapak aku semalam haha.
so, i guess thats the secret anak2 die berjaya?hopefully apit will take after him dan akan jadi cool father just like your papa :)
ps: tak tahan gelak tgk gambaq papa angah dlm blog mahya.yg pegang lolipop tu.kdilla gelak sampai sakit perut!kesian baby dlm perut tahan presssure!ahaha
hhahaha so suweett lah u!!
mcm kenai ja pakcik ni
haha
pak hang style lah! caya lah!
darttttttttatdtadtadatadaa ok entri dah lame, tapi.. sumpah sweet! =)
Post a Comment