1/31/10

mana nak letak muka?

Mana nak letak muka aku ni? Siang tadi aku kena paksa pakai costume Pikachu. Shit. hahahahh. Kalau pakai sekejap boleh terima lagi. Ni tak, dari awal pagi sampai la balik. Mari kita lihat muka-muka tak boleh belah si Pikachu ni. Maloo. ;;-_-

Perjalanan dimulakan sejak pukul 11:00 malam. Bertolak ke 治部坂"Jibuzaka" Ski area. Perjalanan memakan selama 2 jam 30 menit. 3 orang sahaja yang bakal menjadi bahan tontonan. Aku, Kataoka-san, dan Kawai-san. 2 orang pakcik dan seorang gadis manis. Tak ngam btoi. Naik kereta besar hi-ace Kawai-san, siap boleh dijadikan katil untuk tidur tak lena. Pukul 02:30 sampai, terus "transformers" kan kereta Kawai-san jadi katil dan tidur. Langsung tak lena. >.<;

Jibuzaka ski area

bumble b0000 sebelum transform jadi katil
form left : Kawai san, Kataoka san

Esok pagi(pagi tadi), bangun pukul 07:30, dan tanpa menggosok gigi, makan pagi sekali dengan tahi-tahi gigi bersama Sandwich udang. Sedap. Then terus tukar baju. Kostum tak boleh belah. Sebenarnya, aku ke ski area ni ada event お菓子投げ"okashi nage", iaitu aktiviti membaling kuih-muih free kepada kanak-kanak yang hadir di ski area tu untuk bermain salji atau menyusahkan mak bapak diorang nak main ski. 2 kali baling kuih. pukul 10:30 dan 13:30. Malu selama 2 kali beturut-turut. Yang paling malu, kena main snobod tanpa buang kostum pikach bodoh tu. Nasib baik "terer", takla kena boo tak pasal-pasal. ha ha. Nasib baik dapat tiket lift nak naik tu for FREE(lift ticket tu mahal untuk 1day). Sebab tu ja yang aku jadi ikut. Kalau tak jangan harap.

special lift ticket

Cerita sekitar event membaling kuih:
Lepas announcement, kami terus ke tempat kanak-kanak atau infants atau babies berkumpul main そり"sori"(sled). Main-main dengan kanak-kanak. Nak dekat pukul 10:30, budak-budak pun dah berkerumun macam semut versi colourful dek nak sambut kuih. Kalau aku jadi mak budak tu, aku malas nak join ha ha. Buang masa ja kot.

Tigger. Tak langsung. Geli laaaaa
Tigger tengah bagi warning. Sapa buang sampah kena denda

Mak budak ja yang ramai. Benda free memang best.

OMG OMG malu. Tapi serupa rilek ja kan aku?
ha ha. Budak-budak dah tak sabar tu!

2 kali malu, lepas tu main snobod malu tak habis-habis sebab tak boleh bukak baju pikachu ni. Hantam saja lah. Asalkan aku boleh meluncur! Tapi seronok kesimpulannya, boleh main dengan budak-budak kecik pipi merah, sangat cute, even tho letih sikit-sikit dan malu BANYAK.

twins, cute gila!


S
(perlukan skill ambik video yang lebih lagi)


sekitar orang naik sori


aku pun sibuk nak naik sori

ok bye. badan serupa makcik tua. lenguh.

4 comments:

Liyana Safra Zaabar said...

kah kah,ok jer,tkde r truk sgt,keiken2..:)

dibdibadibah said...

baling kuih pki kostum tu logik lg,tp bila nek bod pon kena pakai,comei gila!hahaha

dartdadada said...

adeh..aku tebalkan ja muka aku.malas nk pikiaq.:p

ummi nasir said...

dart ganbatta ne..wait for 13 feb i akan update i pakai baju dinasour..haha caya tak..tggu je yea i update kat blog..i kner jadi dinasour for valentine day..haha
apalah nasib kita dart...hahaha

 

Blog Template by YummyLolly.com