2/11/10

entry bosan

Agak membosankan, sebab asyik-asyik cerita pasal snowboarding. Sory la, blog ni as personal diary, so kena la update selalu apa aktiviti yang aku buat. Bila baca masa gigi tinggal 2 batang mesti akan teringat-ingat.

Kali ke 3 main salji tahun ni. Al maklumla, sejak tinggalkan Maizuru, dah tak boleh nampak batang hidung salji ni. Trip snowboarding kali ni, paling tak menyengalkan badan aku.

Trip weekend minggu lepas diorganizekan oleh salah sorang pekerja Topy industries yang paling bising atau dalam loghat kedahnya, paling pulun.

Jumaat malam bertolak, seramai 27 orang sekali. Dari Toyohashi ke Togari Onsen Ski Area Nagano memakan masa selama 5 jam lebih kurang. Bertolak pukul 9 mlm(banyak berhenti kencing), sampai pukul 1 pagi lebih.

Sebelum sampai, hampir nak sampai. Salji lebat.

Kami bermalam di sebuah rumah banglo besar yang ada banyak bilik. Satu bilik 4 orang lebih kurang. Malam tu my roomates were Hanai san, Kanou san, dan new Mongolian friend name Solongo. Pukul 2 pagi semua orang tidur.

Bangun pagi dan wow! Sangatlah tenang. Bagi aku, tempat yang turun salji lebat ni memang mendamaikan. Bila pijak-pijak, bunyi zrap zrap, fluffy memang best~ Sebab tu ramai orang cakap winter adalah time paling rasa lonely, sebab memang sunyi sepi dan sayu ja bila tengok salji turun. Awal-awal la ok, dah kotor-kotor tu memang menyusahkan.

cantik...

breakky; tolak tepi ham ha ha

sebelum bertolak ke ski area. Macam nak baring atas jalan.

Ni dia budak Mongol tu.

atas lift.

Snowboarding kali ni memang tak sakit badan langsung. Maybe sebab tak jatuh sangat. Lagipun, kesian kat Solongo, sebab she was the first timer. Orang lain entah ke mana tinggalkan kami berdua. So, aku banyak ajar serba sedikit macam mana nak meluncur. Thank god she was a fast learner. Tapi agak terkilan lah sebab tak boleh join orang lain naik tempat 上級(expert), bukan nak kata aku experties, tapi kalau meluncur tempat yang lebih mencabar, kita akan lebih cepat belajar. Tapi takpa, kesiankan si Solongo, aku layankan aja. Best jugak borak-borak pasal Mongolia. Mongolia tak kampung tau! Lagipun, minah ni anak orang kaya. English power. No problem in our conversation at all. Mak dia kat Switzerland, pernah duduk Rusia masa kecik-kecik, sekolah private bayar sebulan 400 usd. Gila kan! Bejalan serata dunia dah. Best dengar pengalaman dia kat negara orang. haih.

rehat sat. Makan eskerem.

me and her again.

Kitorang banyak borak-borak, lagipun paling bangang haritu sebab cuaca sangat-sangat teruk! Slide sikit datang ribut taufan salji. Tensen gila nak slide grrrr. Habis meleleh-leleh air hidung, segala air.

Then masa tengah rehat-rehat, ada event mochi makan dengan sup kacang merah. Then kami beratur untuk dapat free benda alah tu. Sedap sebab panas-panas boleh panaskan badan.


tengoklah betapa teruk cuaca!huh

Then balik dinner, terus keluar semula ke ski area tu untuk tengok fireworks. Sangat lah tak best! Sebab cuaca still teruk. Tak msyuk langsung nak layan 花火(bunga api). Terus menyumpah-nyumpah nak balik awal.

Balik sembang-sembang dengan roomate dan tidur!

Second day, sangat malas nak luncur! Sebab takut cuaca macam hari sebelum tu. Lagipun dah nak balik pukul 12. So just lepak-lepak dengan roomates, sembang-sembang. Kami buat snowman. 1st time buat snowman betul-betul. ha ha.

the roomates!

Sebelum balik. 集合写真!



oh, bye bye Nagano! gonna miss you and your soothing snow!

It was a great trip! Dapat kawan baru, dapat tidur atas salji. enjoy~


0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com