Semalam suka sangat-sangat! Hari tak dipenuhi dengan dengkuran tidur sahaja. Tidur awal dan bangun awal. Sangat rare. Sekali setahun saja dapat tengok aku bangun pukul 7 pagi wahhaha. Dipenuhi dengan aktiviti camwhoring bersama fisheye adapter lense baru Zassssss, my housemate! Venue camwhore ni kat Taman bunga, eh, tak boleh cakap taman bunga. Kebun kot.
Kat sini banyak betul festival terdiri daripada banyak katergori(bukan nyanyi-nyanyi ja), salah satunya banyak festival/carnival bunga. Semalam kami ke festival 菜の花"na no hana"(RAPE BLOSSOMS-bunga rogol?). Eh bunga ni dalam bahasa Melayu apa eh? Macam bunga tumbuh kat sayur kobis ja. Festival ni start from 9hb 1 sampai 31 hb 3 2010. Bandar sebelah Toyohashi, TAHARA city sangat terkenal dengan bunga ni selain aktiviti surfingnya. Jangan tanya aku kenapa bunga ni "dirogol", aku pun tak tahu. Sampai di lokasi, terus tak sabar-sabar snap gambar sendiri, almaklumlah, 2 orang ja pergi. Aku tangkap gambar kau, kau tangkap gambar aku. Tak pun kita tangkap gambar sendiri saja.
kau tangkap gambar aku
kau tangkap gambar aku lagi
kau tangkap gambar aku lagi
Sangat sweet sebab keliling dipenuhi dengan warna kuning termasuklah legging aku ha ha. Cantik.....banyak tempat sebenarnya bunga ni ditanam, tapi kena gerak naik shuttle bus...so kami ke satu tempat sahaja. Tu pun dah tak larat. Tak larat sebab jemu sebenarnya he he.
kita tangkap gambar kita
Lepas bosan dan hampir muntah layan bunga rogol ni, kami terus pulang. Ondaway pulang, kami singgah di Loco Station. Salah satu spot suurfing. Aku memang tak faham la kamu orang yang surf tengah-tengah winter ni wey. Air laut tu mau berapa darjah, mau terketar-ketar wey! Nilah orang jepun, kalau dah maniac tu, manac jugak lah. Sepanjang jalan dari Tahara sampai Toyohashi, sebelah laut sahaja, so kalau terasa nak lepak tepi laut, tu boleh aja. Laut ombak besar lah, nama pon spot surf kan. Tunggu aku balik cherating, luncur atas bod kat sana lah. Tak pun sunway lagoon sudeh!
gambar kami-tahan pasir masuk dalam mata.
tahan pasir sambil senyum
green jacket : tatau brand
blue cardi : glacier
skirt : no brand
leggings : ROXY
bag : fkolme
and oxford shoes.
tahan pasir sambil senyum
Serius sejuk nak mampos. Sini memang angin macam ribut la. Buat penat aku lepas rambut. Memang jadi ju-on. Takpa, aku sudah biasa menjadi hantu-hantu sebab aku memang hantu. ;p Pagi ku memang dipenuhi dengan bunga-bunga kuning...balik aku terus ke live concert, supervisor aku ajak. Esok pulak tulis pasal live concert tu...mahu kemas bilik. daaaa~
green jacket : tatau brand
blue cardi : glacier
skirt : no brand
leggings : ROXY
bag : fkolme
and oxford shoes.
5 comments:
outfit sgt comey! suka suka
hehehheeh.adik hg pon comey aih!tambah2 ngan gg baru tu haha
hijo, biru, grey, kuning!!
nice :)
green jacket u cantek laa....dart..nk tnya..leather jacket kt sana murah tak??
@zana : eh kat mana kelabu?hehe
@fatihah : thanks..!leather jacket depends la..kalau yg pure leather mahal gilak, kalau yg campur pvc ka murah skit la...
Post a Comment