Salam. Sementara menunggu bubu pulang, hendaklah gua bercerita sedikit sebanyak hal pemeriksaan kehamilan gua yang ke-2. he he. Tanggal 3 hb 7. laaaa dah nak dekat sebulan dah. Patutnya 3rd checkup dah kena buat. Tengoklah minggu depan kalau ada kelapangan. Sekarang ni bubu kerja kat KL, ulang-alik naik train, motor. Lambat betol nak tunggu beliau pulang. Tak macam dulu, bubu yang amik aku balik kerja, haih itu semua hanyalah sementara.
Ok berbalik kepada cerita asal, Checkup aku ni, aku pilih Hospital/Poliklinik Bersalin Umra seksyen 13 Shah Alam. Kenapa? Sebab :
1. Dihasut 100% oleh kakak ipar member aku, si Denna. Punyalah dok rekemen tempat ni.
2. Murah. Murah seolah-olah anda buat pemeriksaan di hospital Kerajaan. heh. Ultrasound scan without ubat-ubat costs only rm49. Morahhhhh kan!
3. Servis yang mantoppppp. Haaa yang ni memang aku akui. Walaupun poliklinik ni comel ja gah takda bangunan sendiri dengan hanya menumpang di rumah-rumah kedai(cam senget ja ayat), TETAPI semua doktor pakar yang mengendalikan proses pemeriksaan. Kalau reception tu recepctionist takkan specialist kot, ofkossss! 1st checkup Dart, one Indian specialist, 2nd ni anak tokey merangkap owner hospital ni sendiri yang ambil segala history, bla bla. Namanya Dr. Rafi, specialist o&g jugak. Gamaknya semua anak mami lelaki nama Rafi kan hahahah.
Aku tak kisah asalkan aku tak payah nak tunggu lama-lama nak buat checkup. Kebetulan haritu, Pakar Detail scan dari Universiti Malaya bertandang ke Hosp. tu. Lucky ME! Dart baru 20 weeks masa tu, dan sudah layak untuk mencuba detail scan! Detail scan ni Dr. Rafi cakap sekali ja buat semasa preggy. Di Malaysia lah. Tu pun jarang-jarang Malaysian buat, normally pregnant mummy yang dah berumur. Masa scan, semua details baby boleh tengok. Ukuran kepala, ukuran perut, tengok heart baby normal ka tak, sumbing ka, kidney condition, Comel sangat tengok baby masa tu. Baby Dart sombong tutup muka ja. Ingat tengah korek hidung :p Yang paling penting, Dart dah tau gender baby! hihi.
So, alhamdulillah, my baby seemed normal from up to toe! Last-last dapatla 1 cd dr bagi buat tukun. Eh tak, berguna jugak buat diary dia nihhh. Dr. ada pesan, dont simply try suplimentary diet tanpa consultation. So far, OBIMIN paling famous. Dart pernah termakan pujuk rayu si salesgirl kat pharmacy, belilah PRISTIN Fish OIL! Ropanya kandungan DHA kurang dari kandungan EPA. Ceh dah kena marah dengan Dr. Masa pregy, dr sarankan supaya ambil pil yang ada byk DHA berbanding EPA. Be aware! Satu lagi, ubat homoepati jenama SALINDA toksan dok try. Boleh menyebabkan bleeding masa deliver nanti. Dr. lah cakap! OKlah, dah panjang berleteran, mari kita tengok baby! Wahhh. sekali tengok hidung dah makin mancung ni hahahhha.
Oh, cepatlah keluar sayangku.
detail for today and random facts.
period : 23 weeks 1 day
weight : 52kg
Eyes can now open. Ears, fingernails, and fingerprints are all done!
harini baby tendang banyak sangat!
aktif btol la anakku.
Nampak gayanya bulan puasa ni, berat Dart tak naik langsung....Takpalah, hopefully berat baby makin bertambah, berat mummy tak naik takpa, sebab mummy memang takmau gemokkkkk. Oklah, nak siap2 berbuka.BYE !!
0 comments:
Post a Comment