11/30/10

do we really need a sterilizer?



Mummy Dart memang tak berpengalaman langsung dalam hal baby-baby ni. Ye lah, ni pun 1st pregnancy. btw, I am planning to give my baby Exclusive Breast feeding, meaning that tiada cecair lain yang akan memasuki mulut anakku termasuk air, kecualilah dengan susu badan Dart SAHAJA sehingga baby mencapai umur 6 bulan. My sis la yang beriya sarankan kempen ni. Tetapi walaupun breastfeed, sampai bila boleh bertahan tanpa kehadiran botol susu? Kalau Dart ni suri rumah yang 24jam terperuk kat rumah tak apa. I am a working mummy, so, botol susu sangat diperlukan, tetapi kalau boleh  nak isi botol tu dengan susu badan saya saja. Boleh? Tengok senior saya buat boleh aja, yakin boleh!! 

Kalau dah pakai botol susu, mestilah kena sterilize kan botol kan? Dart betul-betul ingatkan tak penting mana pun untuk "sterilize"kan botol susu n teat baby. hihi. Rupanya dari zaman Dart budak kecik pun memang semua mummy amalkan cara ni. Tapi dulu mama Dart rebus botol n semua kelengkapan dengan air panas. Sekarang pun ramai yang buat macam tu kan? Tapi nampak gayanya Dart tak serajin tu he he. So, Dart TERbeli sterilizer kit from Tommee Tippee! Seriously i've never heard of this brand before. Kebetulan ada sale dekat mylittlewhiz.com nya kedai. 50% from RM400+- jadi RM200+-. Dekat MOTHERCARE harga still rm400 lebih takda diskaun. Ok la, sebab dapat free 4 botol(kalau nak beli botol ni mahal jugak), and dapat berus botol free ha ha.  Mudah, lepas basuh botol terus masuk dalam mesin ni, 5 minit dah dijamin kebersihan!

closer to nature ® 

Electronic Steam Sterilizer Kit

close up view.

Jangan tak sterilizekan botol anak. Dart dengar cerita, ada mulut baby yang sampai bernanah sebab teat bottle tu tak dijaga dengan elok and got infected. EEEEsh mintak simpang! Rasanya sterilizer ni optional lah untuk orang yang rasa tak perlu atau membazir. Cuma kit ni dapat membantu dengan menjimatkan masa kita.

p/s: rasa menyesal plak beli botol brand tommee tippee ni, asalnya nak beli AVENT, bottle warmer yang kecik and average macam tak muat ja! Botol susu ni bentuk pelik skit! wuhuuuu~

review from madeformums.com

2 comments:

dilla kamal said...

angah, ada baby ni byk kena trial and error, mmg byk berhabis duit la, kdg2 kita dah beli yg mahai tgk2 baby tak suka/tak sesuai.sumayya ni dah 4 jenis puting botol dah try. dah la brand tu kat kl ja ada, beli last2 biaq cmtu ja tak guna pun.tu baru puting, belum benda besaq yg lain hehe.tp takpa, tu hak dia, dan rezeki dia, kalau tak sesuai bleh ja tolak kat org lain as preloved item kan ;)

tak sabaq nak jumpa baby H pipi gemuk nih!hehe

Unknown said...

hai dart..
ni kak puteri..taktau la dart ingat ka dak pon..ur senior kat skolah dulu..my sis pu3 shahirah tu kwn ngan mahya tu..

just nak share my experience/opininion since dah ada anak umo setahun dah kan..

as a working mother, seriously kak pu3 rasa mmg perlukan sterilizer..altho org dulu2 ckp ala bleh rebus jaa.. tp dgn adanya sterilizer ni mmg boleh ease our house chores. nak2 kita 1st time experience as working mother, mmg overwhelming sgt rasa..dgn penat balik keja..kalut ngan anak, housechores..mmg membantu..kak pu3 pakai sterilizer sampai baby umoq setahun tau. so larat ka keja nak rebus botoi? sedangkan bleh sterlize dlm less than 10 mins kan. so i think tak membazir la kalu dart beli. and kak pu3 rasa dlm banyak2 choice, steam sterilizer is the best. sbb dulu penah compare2 ngan microwave la apa. kak pu3 pakai avent punya sbb pinjam yg kak ipaq punya. tp next baby mmg consider nak beli tommie tippie ni..

just nak bgtau, kak pu3 ada beli mcm2 jenis botol. one of it, bottle tommie tippie ni. tp, botol ni, baby susah sket la nak isap. so kami beli brand NUK. brand german. cantik n senang pakai. and puting dia lembut so senang baby nak suck. harga agak mahal tp kalu beli time baby fair, mmg bleh dpt murah. tahan lama n cantik. tak ramai org tau sgt brand ni. yg popular, like avent.just to widen ur option.

anyway..good luck n semoga selamat semuanya k ;)

 

Blog Template by YummyLolly.com