11/15/10

Pangkor ; Pengembaraan Lembu

Hi nama saya "LEMBU". Saya adalah bantal bucuk kesayangan tuan saya, mummy Dart. Setiap hari mummy Dart tidur berbantalkan saya, lebih-lebih lagi time dia preggy, boleh support belakang dia yang selalu lenguh. Berjasa kan saya?

Oleh kerana saya sangat setia  kepada mummy Dart, mummy Dart bawak saya jalan-jalan ke Pulau Pangkor. Company Hubby mummy Dart organize Family Day kat situ. Saya nak cerita pengalaman saya yang sangat tidak akan dilupakan!

Kami drive sendiri dari KL ke Jeti Pulau Pangkor. Perjalanan kami memakan masa yang agak lama sampai mummy Dart terpaksa menggunakan khidmat saya. Habis sakit belakang, kesian mummy Dart. 

Bila kami sampai, hubby mummy Dart pun bawak saya, saya just duduk atas beg mummy Dart ja hihi. Mummy Dart kadang-kadang ja dukung saya, mungkin malu semua orang tengok dia kot. Tambah-tambah badan saya comot sangat, terkoyak rabak lagi.

Sesudah sampai di jeti, kami hilangkan dahaga sekejap, layan ais kacang...

Oh itu dia JETI! Kami dah sampai, tetapi malangnya kami terlepas feri. Tepaksalah kami tunggu satu lagi feri yang seterusnya. 

Lama jugak kami terpaksa menunggu sampai bosan la jugak...Kami lepak-lepak ja sebelum naik feri.

Apabila feri sudah sampai, kami pun bergegas masuk ke dalam feri. Bergegas pun tak la bergegas sangat sebab mummy Dart cepat semput..hihi Disebabkan terlampau letih, kami pun tidur dalam feri. Feri ke Pulau Pangkor taklah memakan masa yang lama, hanya 30 minit saja. Saya sempat tidur sekejap saja, sebab lepas tu mummy Dart kacau saya sebab dia dah lenguh belakang. Kerja saya kan jadi penyandar sejati!

Bila sampai ke Pangkor, kami terus naik van menuju ke Hotel, Seri Bayu Resort. Hotel tu taklah cantik macam resort yang selalu ada dalam fikiran, sedang-sedang saja. Kami terus check-in, masuk bilik terkejut tengok 2 katil single! Mummy Dart dengan hubby mana boleh tidur katil single hehehhe. Tapi diorang layankan aja. Aktiviti kat sini banyak makan, makan, dan makan. Sukaneka pun ada! Tapi mummy Dart tengok ajalah hubby dia main-main kat situ sebab parut mummy Dart boleh tahan besar. Tak boleh nak aktif lebih.

Kami sampai pun dah agak petang, jadi kami sempat tengok sunset di pantai..cantik sangat!

 Langit di sini pun cerah, mummy Dart dan hubby sangat gembira! Saya pun tumpang gembira!

Pemandangan di Pulau Pangkor ni pulak boleh tahan cantik! Air laut boleh tahan jernih, cuma pasir tak putih sangat. Pantai di Pangkor ni tak landai macam pantai-pantai di negeri lain macam Langkawi, Redang.  

 Masa 1st day saja saya tidur dengan bahagia. Lepas tu terus mummy Dart dengan hubby sambung katil ni. Melepas la chan saya nak tidur dengan aman! Malam berikutnya, seperti biasa saya akan teman mummy Dart tidur supaya badan dia kurang lenguh dan sakit-sakit.

 2 hari berlalu dengan penuh aktiviti yang menggembirakan mummy dart dengan hubby.  Saya pun tumpang gembira, walaupun kebanyakan masa saya di bilik temankan mummy Dart. Saya gembira dan bangga kalau dapat bantu mummy Dart supaya tak lenguh belakang. :) Kami sudah bersedia untuk pulang!

Sebelum pulang, kami dibawa ke kawasan yang penuh dengan ikan-ikan satay, keropok, ikan masin! Pulau Pangkor ni sangatlah popular dengan produk-produk ikan! Ikan bilis dari sini memang terbaik! Mummy dart beli sedikit sebanyak ikan masin, satay ikan, dan lain-lain. Hubby mummy Dart pulak beli fridge magnet sebab dia kumpul segala jenis fridge magnet kalau dia travel.

 Sesampai di jeti untuk menunggu feri, kami pun lepak-lepak. Tapi tak lama sebab feri sudah nak sampai.

 Sempat lagi saya bergambar membelakangkan pemandangan jeti! Ala, dapat jugak jadi kenang-kenangan saya nanti....:)

Kami sudah berada di atas feri untuk pulang! Masa mummy Dart n hubby tidur, saya sempat lagi melayan perasaan atas feri ni menghirup udara segar! Best sangat! Trip ke pulau pangkor ni memang takkan dilupakan saya. Mummy Dart pun mesti gembira sebab saya ada untuk kurangkan sakit belakang dia he he he. 

5 comments:

FZahirah said...

hahahaha comeyyy...

ShazreeyanaShukri said...

comelnya post ni dart!! mana gambaq hg ngn hubby ni?? nanak bantal lembu jugakkkk...nomey ja

Ruwaida Ridzwan said...

hihiii^^ kelakar! lembu oh lembu..~

Dr.neerna hazeera said...

hee comel nye post ni akak.;D

efa fairuz said...

cute sangat entry nih.. hehee

 

Blog Template by YummyLolly.com