12/2/10

choosing stroller - pening!

Stroller. Penting kan? Dart rasa salah satu benda yang amat perlu kalau dah ada anak. Kadang-kadang tengok parents bawak anak, tambah-tambah yang kuat meragam pulak tu, kesian depa. Bawak g jalan-jalan nak always in happy mood(mummy nak shopping!!), last-last end up jadi tak best sebab anak meragam, bapak terpaksa dukung anak, berat, bla bla. 

A few categories or points yang penting dalam memilih stroller, yang paling penting, mengikut keperluan, dan kewangan parents. Kalau Dart, yang paling penting would be tahan lama(quality-wheel system yang smooth), bentuk yang stylo/up to date, senang untuk dibawa dalam kereta, tak berat sangat, dan berpatutan! Dart banyak did surveys regarding stroller, sebab taknak menyesal di kemudian hari. Ramai yang pesan, DONT EVER BUY STROLLER YANG GEDABAK! But i think, kalau dah kereta dia jenis HARRIER, BMW X6 ka, would not be any problems kan? Kereta Dart n hubby kecik ja, so kami memang tak perlukan stroller anak yang gedabak, cukuplah sekadar umbrella fold ja. Compact.  

DESIGN(3 roda/roda angin) & FOLDING SYSTEM:

Kalau nak ikut design yang best, Dart prefer 3 roda yang boleh isi angin! Dari sebelum fly ke Jepun , suka gila bentuk macam tu. COOL sangat! Quinny Buzz adalah stroller yang memang Dart suka dari awal pregnant. TETAPI! bila nak fold, still besar! Gedabak bila tengok live. Hubby yang paling tak sanggup sebab dia cakap kerja mengangkut stroller nanti mesti dia yang akan kena buat. Mummy Dart tolak ja bila semua dah ready! hehehehheh. Quinny buzz ni jugak too expensive bila fikir-fikir balik. So, tak jadi lah! One more thing, kalau tengok rata-rata memang dah berkurang penggunaan stroller beroda 3 ni, mungkin kurang praktikal agaknya. 4 roda jugak menjadi pilihan! Shopping basket pulak takda! Tak jadilah.

Design : OK
Fold system : Failed
Cost : Failed
CANCELLED!
CAR SEAT/TRAVEL SYSTEM :

So, bila dah tolak quinny buzz, kami try survey lagi, Sebab Dart still dok suka ala-ala Quinny buzz ni tak habis-habis, kami jumpa HALFORD ZUZZ 4 pulak. Halford is local brand. Cari website tak jumpa, quality ok kah? Dart bercadang nak ambik sekali dengan travel system, dapat satu car seat. I think car seat memang penting sebab Dart nak hantar baby ke tempat pengasuh/day care sorang-sorang drive. Kenalah letak baby dalam car seat masa dia kecik. Halford ni kalau beli sekali travel system around RM930, dart dah survey.  Tetapi disebabkan bila fold tetap gedabak, kami pun terpaksa la tak beli stroller ni. Nak cari review from customer pun susah!

Design : OK
Cost : OK
fold system : FAILED
CANCELLED!

So, disebabkan nak cari yang umbrella fold stroller supaya compact bila nak bawak, dan kami memang nakkan travel system car seat for baby, kami beralih kepada quinny zapp. Satu set boleh dapat RM1200 lebih kalau habis cari. Memang dah hampir terbeli sangat-sangat! Nasib baiklah kami ke Pangkor hari tu, ada hubby's colleague ni bawak quinny Zapp. Anak dia baru 4 bulan ! Car seat tu dah tak muat dengan baby tu! Omigod kesian tengok baby tu macam sempit ja duduk dalam car seat tu. Quinny Zap tak boleh pakai dari New Born( baby 0 bulan), kena pakai car seat tu dulu, sampailah baby around 9 month baru boleh start pakai. Bila tengok baby tu kat Pangkor, terus tak jadi amik Quinny Zapp ni. haih.

 with car seat 
Design : OK
fold system : OK
Cost : OK
Travel system & Function period : FAILED
CANCELLED AGAIN! huwaaaa

LIE FLAT DESIGN :

Bila semua criteria tak dipenuhi, Dart dah jadi pening ha ha. Ya la, nak spend mahal-mahal untuk benda ni, mestilah fikir betul-betul.  Salah satu lagi point penting yang Dart ambil kira adalah kedudukan baby semasa dalam stroller. Ada website yang mengatakan Baby perlukan diletakkan dalam keadaan baring 180 degrees. Baik untuk perkembangan paru-paru untuk pernafasan.

A lie-flat position is also essential for your baby’s spinal development because it will aid spine growth and in time strengthen muscle tone. Your baby’s neck control will be helped by this support too. Lying flat will enable your baby to soon explore his or her own hands and feet and then even reach out. Lastly, it will encourage your baby to follow movement with his or her eyes and, if facing you, help the bonding process.
Many buggies that don’t have fully reclinable seats can have a carrycot attached to the chassis, so your baby can lie in a flat position until old enough to use the buggy’s seat. This is how these buggies can be labelled as suitable from birth.

source : http://www.madeformums.com/what-to-buy---pregnancy/why-your-newborn-needs-a-lie-flat-buggy/8411.html

So, Dart beralih pula kepada MacLaren Techno. Ramai yang suggest stroller ni bagus. Boleh guna dari new-born, Baby pun dalam kedudukan flat, tak payah attach dengan car seat, terus boleh pakai dari baby sampai 25 kg! Folding system sure-sure lah umbrella kan. Dart dah boleh menerima keadaan di mana stroller 4 roda lagi cool dari yang 3 roda sekarang ni ha ha. Cuma, dart memang perlukan car seat untuk letak baby dalam kereta dengan harga yang berpatutan. So, harga stroller ni RM1000 +- tanpa travel system. Budget Dart n hubby, stroller + travel system = RM1000 +-. Terpaksalah cancel jugak. he he.


Design : OK
Fold system : OK
Fuction period : OK
Cost : Failed
CANCELLED LAGIK!


Last-last kami jumpa jugak idaman kalbu stroller for our lil' hero. Nak kata 100% memenuhi kriteria, tak juga sebab travel system dia tak beli(Ada ja). Ever heard of HAUCK brand? From UK rasanya. Dart dah tengok live, sangat kukuh, qualiti ok, boleh pakai dari new-born, umbrella folding system . Harga pun dapat dengan sangat MURAH!! Suka sangat. Dah book dah pun, tengah tunggu hubby g amik n bayar ja di Subang Parade. Kami beli dari kedai BabyCottage. Online pun ada. Kalau travel system tak sampai seribu. Tapi sebab kami dapat diskaun, from RM600 ke RM479, tu yang tak ambil lagi car seat dia. Tak apalah, lepas bersalin nanti belilah satu. 
MISSION ACCOMPLISHED!
(yang penting muat untuk mini cooper hihi)

p/s: depends on our need. 

1 comments:

loolathelover said...

wah very good survey lah sis dart buat... nnt dah kawen boleh lah buat blog sis dart jd reference....=D

 

Blog Template by YummyLolly.com