12/22/10

it's gooooood to be home...

13hb Dis - Sebab Dart cuti lama dek grandpa meninggal, Bos suruh Dart pi buat audit di Hospital Ipoh. Mak aih.....3 projects kena audit. Jalan dari pagi sampai lunch time kol 1! Balik terus pancit. Bos, tak patut tau suruh pekerja yang dah sarat gila ni bejalan banyak. Bos siap cakap lagi, bini dia nak bersalin drive sendiri ja g hospital! hummm terasa macam sedih pun ada. 

14 hb Dis - Jalan-jalan di JJ ipoh dengan Hanis sefamily. Maklumla depa baru dapat bonus Rm500. Sempat lagi! Paling syok dapat makan Tutti Frutti for the first time. Tak sempat nak makan masa hubby ada. 12hengget sorang aku bantai!

15 hb Dis - Terpaksa berdiri sejam masa working hour sebab ada Morning Assembly. Sumpah boring. Lenguh tu tak payah cakap la, Dart kena cakap di depan stage sebab pegawai baru. OMG tak suka! Kena perkenalkan diri depan semua orang. Morning Assembly kerajaan ni lain daripada swasta. Semelum ni masa di Panasonic, lebih fokus kepada jualan, untung, rugi, macam mana nak buat kalau rugi. Government ni macam banyak ucapan, boleh jugak dikatakan bebelan. opps. Nasib baik pengarah kesihatan Perak cool. Paling nak tergelak koir Jabatan Kesihatan. Perghhhhh. bingit telinga, patutla abang aku dok gelak lagu tema Kementerian Kesihatan - Then balik dari assembly, Dart realize Dart tumpah darah sikit, macam baru lepas period. Tapi buat donno ja sebab sikit sangat. Mungkin terlampau banyak berjalan haritu. Malam Dart bagitau Hanis, terus dia kalut n bawak Dart pi cek laluan. Tapi yang Dart nk fokus, sakit gila buat VE, kalau bukan Dr. yang berpengalaman buat. Shit! Masa tu di Ar-ridzwan Dr. dah balik. tinggal nurse ja, so nak tak nak nurse kena buat dulu sebelum komform laluan dah bukak belum. Unfortunately, belum bukak!!! Dart dah sakit gila nak jalan pun sengal senak semua ada. Then terus Dart g klinik mintak mc 2 hari. Parents Dart dah cuak dah takut terberanak esok atau lusa. Hanis pulak yakin cakap kalau dah turun darah tu tak lama dah, lepas cek laluan(VE) terus dia boleh pecah air ketuban! Hish mintak simpang la sapa nak jaga Dart kat ipoh. Parents Dart suruh balik ke Alor Setar esok tu jugak.

16 n 17 hb Dis - Dart buat keputusan balik Alor Setar keesokan hari. Because i really felt that i was not already fit to work. Lenguh-lenguh makin menjadi. My parents suruh Dart balik naik bus ja from Ipoh. Hubby tak boleh amik cuti sebb annual leave dah habis! grrrrrrr! Lagipulak, sebab contraction tak rasa pun lagi. So boleh kot. Tapi Hanis berkeras tak kasi Dart balik naik bus. So, Hanis buat keputusan hantar Dart naik kereta Dart ke Alor Setar. Then dia terus balik ke ipoh. Oh., sangatlah terhutang budi kat member baik ku sorang ni. Dart rasa susah nak cari kawan macam Hanis ni. Sanggup hantar 3 jam n balik semula ke Ipoh 3 jam semata-mata nak hantar kawan dia balik ke pangkuan family!

19 hb Dis -  Dart dah buat appointment pregnancy checkup di KMC. Ingatkan boleh datang dengan hubby, tapi sebab hubby tak boleh balik, Dart g dengan cousin ja lah. The baby was normal, BUT......berat dia dah mencapai 3.6kilos. Masyaallah, montelnya anak mummy! Then Dr. dah janji nak cek laluan by doing VE, tup-tup tak sakit langsung!!! Bravos btui la Dr. pakar. Geram sebab sebelum ni nurse tu buat tak pro langsung. Dr. cakap bukaan baru 1.5cm. tak bukak lagi. So terpaksalah tunggu contraction, next appoinment will be 27th Dec. haih.

20 hb Dis - Actually, my formal maternity leave jatuh pada hari ini! My due date is 30th Dec. Pegawai kerajaan boleh mintak cuti awal 2 minggu sebelum due date dah boleh mintak. So Dart amik 10 hari awal cuti sebelum due date supaya Dart boleh balik ke Alor Setar awal for preparation. Ingatkan nak balik weekend sebelum 20 hb lah, tapi sebab dah balik 16 hb tu, so setel lah! Hubby pulak tak boleh nak balik weekend tu sebab kalut dengan hal pindah rumah baru kitorang di USJ. Kesian pulak hubby, kena uruskan semua hal pindah sorang-sorang. Nasib baik jugak sebelum Dart ke Ipoh, Dart dah setelkan barang Dart. Paling banyak kotak yang bawak balik from Japan bersepah! Ada kot dalam belas-belas kotak. Alhamdulillah dah selesai pun. Proud of my hubby sebab dia jenis tak merungut walaupun dalam kepayahan. Jiwa tak kacau senang hidup! Oh, speaking of maternity leave, Dart amik 90 hari cuti! Yes ingatkan 60 hari saja, tak sempat baby nak besar dah kena tinggal, so hubby suruh dart amik 90 hari. Pekeliling 90 hari baru ja keluar 2 minggu sebelum tu. Seronokkk. Lepas pantang nak spend sikit masa dengan baby with daddy di USJ. Nak jugak merasa duduk rumah yang baru pindah! heeeee. 

So, Dart dah selamat tiba di Alor Setar, waiting for my lil bunny to pop out! Semalam dah cukup 39 weeks. Bila lah baby nak keluar.....we are waiting for you baby...mummy tak putus-putus baca surah Maryam mudah-mudahan baby dapat keluar dengan senang...1 week to go bebeh!!!


baby cot dalam pembikinan.......


Only 1 more week to go!
Just one week until D-Day! Note to self: count through the contractions to know how long they last and when they'll be over. FYI: the worst position to labor OR give birth is on my back - as that compresses the birth canal and slows labor! I need to be upright and work WITH gravity.

2 comments:

cujen said...

waaa...dah nak bersalin...bestnye!!! tak sabar tgk baby dart.. hehehe

bengang pulak bace statement bos dart cakap bini dia dah sarat pun drive sendiri pegi spital.. samada bini dia mmg indipendent or ur boss tak amek berat..ade ke soh bini drive sendiri gi spital..tak patut sungguh...

nanti baby dah kuar post gambar eh...
good luck dart!

haniekunie said...

hi dart..

semoga aman dan selamat melahirkan nanti ya?

ok kot.. don't worry so much.. kau kan jenis redah je semua.. :D

 

Blog Template by YummyLolly.com