sementara tunggu para hadirin
12 Februari 2010
Salam...minggu lepas kami ada buat makan sikit-sikit sempena masuk rumah baru dan meraikan putera sulung kami. Makanan kami kasik caterer yang uruskan, lebih kurang untuk 50 orang makan. Makanan yang disediakan adalah lontong, so far semua orang cakap not bad, sedap. Saudara-mara dan kawan-kawan datang memeriahkan majlis, ada yang datang bawak hadiah untuk Hayyan. Thanks semua sebab sudi datang, walaupun rumah yang kami baru pindah ni belum lengkap dengan perabot-perabot. Semua bantai makan atas lantai. Nak buat macam mana. Kalau beli perabot kalut-kalut pun no point. Rumah baru dart ni, almari pun belum ada lagi. Baru aja cat di bahagian bawah. Nama aja rumah baru masuk, tapi rumah ni sebelum ni orang dah sewa 7 tahun, tak jaga langsung sampai penuh anai-anai. Damn! Sebab almari takda, semua baju still tersimpan dalam kotak lagi. Banyak lagi kotak yang belum di unpack. Still have much to do with this home. Walaupun begitu, hati tetap rasa bahagia. he he.
tetamu yang hadir. Thanks korang!
Mummy loves you!
0 comments:
Post a Comment