4/1/11

lalala kerja, hari-hari kerja.


Ok now let me tell a story about my job. I am now officially makan gaji dengan Kementerian Kesihatan Malaysia as Jurutera Operasi Kawalselia Hospital(Mekanikal) di bawah unit Perubatan Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan(BPK). Ramai orang tanya, "Jurutera at Jabatan Kesihatan??", macam tak masuk aja kan. Kalau Pegawai zat makanan, pegawai kaji kuman(jawatan ni ada for real taw), ker takpa jugak kan kalau nak bernaung dia bawah kementerian kesihatan. Tapi kalau jawatan pemandu tak pulak orang question? Ah tak pedulik. Bahagian kejuruteraan di KKM ni sebelum ni ada satu saja di Bawah Perkhidmatan Awam. Perkhidmatan Awam, lets just think as Klinik Kesihatan. Kalau Hospital pulak di bahagian Perubatan. Unit baru. Sebelum ni takda. So, Dart Jurutera under Perubatan, mengawal selia hospital lah maksudnya.

Apa kerja kami??
Well, macam ni...Di hospital, maintainance semua diberi tanggungjawab kepada syarikat swasta untuk maintain services. Tak kiralah dari mesin, sistem air-cond, lift, kain baju pesakit, cuci toilet, sampah sampailah projek besar, SEMUA diorang yang buat. Kalau di Perak, company yang bertanggungjawab ialah FABER MEDI-SERVE. So, semua kerja penyelenggaraan bagi kat depa. Yang jurutera ni pulak buat apa? Goyang kaki? Eh bila dok kat meja buleh la goyang kaki. Tapi bila kena kerah turun padang, macam nak tercabut kaki. Dart punya post dia Jabatan Kesihatan, so banyak kena ulang-alik seluruh hospital di Perak. Tak terikat dengan mana-mana hospital. Ada jugak ditempatkan seorang jurutera di satu hospital Pakar. Tapi dengar kata Hospital Kuala Lumpur dah hired 7 engineer dah ni tak adil! :p So far, Dart dah tawaf Hospital besar Ipoh, Hospital Kuala Kangsar, Hospital Gerik, n Makmal Kesihatan Ipoh. Tugas kami ni untuk pantau consession company ni la buat kerja ka tidak. Tak kerja ptong gaji! heheheh. Pastu meeting meeting present2. Kalau meeting tu kira dok sebelah pengarah hospital la yop! :p

Sebelum ni, jawatan kami dipegang oleh consultant, maknanya KKM hire company private untuk pantau consession company ni. Tapi sekarang kontrak dah nak tamat, so depa wujudkan unit baru and hire engineer sendiri untuk jadi pemantau/penguatkuasa. Unit baru, jadi ada chan la untuk aku nak pindah balik ke pangkuan suami ha ha. 

Ada banyak perbezaan masa dart kerja di panasonic dulu. Yang paling lawak, Hosp. Kuala Kangsar memang terbaik. Time meeting makan mee rebus wooo wakakkaa. Tak tahan, Pengarah pun lepak ja. Kalau di private company jangan harap la. Minum air mineral ja la. Macam mesyuarat JKK kampong dah aku tengok haha. Dart tak maakan sampailah meeting habis sebab dart rasa pelik sangat budaya tu. Macam tak boleh nak fokus kerja bila makan. Satu lagi, semua benda pun nak kena buat surat. Surat Surat! Nak mintak keluar outstation pon sampai kena minta sign pen. pengarah. Macam tak logik di situ. susah nak mintak sign sebab org besar ni direct meeting aja. last-last outstation dulu pastu baru mitak sign. Kan dah tak ikut prosedur!


Bumbung bocor at Hospital Gerik 
Takpa kes ni Jurutera awam dah tengok.
Jurute mekanikal hanya boleh nganga.

So far, test drive Ambulans baru pengalaman terbaekkkkk! 
Engineer dapat green light naik wo. ha ha. 





New Westar MAXUS AMBULANS untuk 10 hospital dan Klinik Kesihatan! YEAH.

So far, Dart enjoy keja sini. Environment kerja yang walaupun busy, tapi still boleh mengutamakan family. Because my family means everything to me. So kena la balik awal nak jenguk anak rindu! heeeeee. 

10 comments:

akiera said...

hahaha heran kan depa kata keja kerajaan buleh goyang kaki? wuuuuu banyak gak keja. prosedur pon banyak. semua nak hitam putih. gagaga tapi best la jgak. :) good luck ah angah.

cujen said...

welcome to da club dart... ni la dia kee gomen..i dah masuk tahun ketujuh.. dah lali..

part makan masa meeting tu mmg buat i hangin dr dulu sbnrnya...kalau meeting je , makan la yg diorg akan pentingkan...pastu bab makan2 ni la PA la yg selalu kena...tension!! pastu kalau org anto makan tu lambat sampai, asik tanya je...u order ke tak makan tuk meetig nie??

i punya hangin sampai i terlepas cakap la..'mati ke kalau tak makan masa meeting?'

huhuhuhu....terus dilabel sebagai mulut longkang hokey...

Penny said...

I cannot read your blog-but the pictures were great. I did read a few of your other blogs. A very nice blog and great pictures.

shoshosho said...

darttooo! HKL 7 org pun...x cukup wooooo! project negara weyh..negara. mcm pikir masalah negara ya ALLAH.
HAHAHA.

mart gee said...

waahh kerja baru! goodluck dart! niat kerja kerana Allah

dartdadada said...

akiera: mmg kdg2 kalau tkdak keja goyang kaki btui haha takla sampai setiap masa bz kan kan kan?

cujen : ayat mati ka kalau tak makan masa meeting tu mmmg powerrr! dart nk guna la nnt haha

penny : its such an honour for me. thanks!

sho : still rasa tak aci jugak sebb kitorg sorangkena jaga 2-3 hospital!!

mat g : thanks!

Ahmad Amzar said...

"Ada banyak perbezaan masa dart kerja di panasonic dulu. Yang paling lawak, Hosp. Kuala Kangsar memang terbaik. Time meeting makan mee rebus wooo wakakkaa. Tak tahan, Pengarah pun lepak ja. Kalau di private company jangan harap la. Minum air mineral ja la. Macam mesyuarat JKK kampong dah aku tengok haha. "

hak3

akiera said...

tapi angah, orang selalu nampak time kita goyang kaki ja. time kita busy mana depa nampak, kan? kan? kan? :)

dartdadada said...

amzar : you're with mw rite???

akiera ; ya ya ya exactly!! tapi kalau kerja kita siap cepat org lain ok ja.....hehe

MOHD RUZAINI said...

huhu...salam cik dart.. i baru je dpt offer letter dari spa nih.. same job as u but in elektrik la.. so ..i nk tnya ckit la..u punya centre ofis kat ne skrg nih.. kat hospital besar or kat kmntrian kesihatan di negeri tersebut? and chance untuk dpt di negeri sendiri senang or x? scope keja just jaga project hosp kat negeri yg kite kena cover or depend pada kmtrian??

 

Blog Template by YummyLolly.com