5/11/11

Review : Medical Device Control Bureau Ministry of Health Malaysia


Kita sering terdengar berita-berita mengenai kecuaian pihak Hospital dalam menangani kes-kes tertentu, hingga terkadang menyebabkan kematian pesakit. Adakah semua kes yang didakwa berpunca daripada kecuaian individu seperti doktor dan jururawat semata-mata? Pernahkah kita terfikir kadangkala kecuaian atau kemalangan itu sebenarnya berpunca daripada kegagalan peralatan perubatan yang disediakan di setiap hospital dari segi fungsi dan sebagainya. Kes - kes jarum tertinggal dalam badan misalnya, seringkali kita dengar. Kemalangan sebegini kadangkala berpunca daripada jarum yang tidak berkualiti mengikut piawai dari segi keselamatan pengguna. 


Oleh sebab itulah, satu badan kerajaan perlu memainkan peranan dalam mengawal pengeluaran dan kemasukan peralatan perubatan ke hospital supaya kemalangan seperti yang disebut boleh dielak atau dicegah. Saya amat gembira dapat menghadiri taklimat Program Kawalan Peralatan Perubatan yang dianjurkan oleh KKM.   Taklimat ini telah membuka mata saya serta menambahkan ilmu tentang kawalan Peralatan Perubatan. Sebelum ini saya tertanya-tanya tiadakah agensi/badan kerajaan yang bertanggungjawab mengawal kemasukan peratalan perubatan ke hospital ? Walaupun baru sahaja ditubuhkan di Malaysia, saya merasakan ia satu langkah yang baik dan syabas kepada KKM. Masih belum terlambat untuk semua ini. Sudah tiba masanya untuk kerajaan Malaysia bekerja lebih keras untuk mengawal kualiti serta kemasukan peralatan perubatan seperti di kebanyakan negara maju yang lain. Sebagai contoh, Jepun sangat mementingkan keselamatan pesakit mereka. Badan terlibat sudah lama ditubuhkan sejak tahun 1974 lagi. Kita jarang dengar masalah sebegini daripada negara maju kerana mereka sangat sedar akan perkara ini. Ini disebabkan kualiti peralatan perubatan mereka sering dipantau dan dikawal. Bukan sebarangan pengilang yang boleh mendapatkan kelulusan dalam pembuatan peralatan perubatan.


Di dalam taklimat tersebut juga, kami diberitahu, belum ada akta di Malaysia untuk mengawal peralatan perubatan di hospital. Namun begitu, pihak Kawalan Peralatan Perubatan KKM memantau pengilang dan juga menerima aduan pengguna terhadap kualiti barangan yang diguna kepada pesakit. Akta perlu diwujudkan secepat mungkin walaupun saya tahu bahawa bukan mudah untuk mewujudkannya lebih-lebih lagi banyak prosedur yang diperlukan. Pada pandangan saya, keselamatan pesakit adalah tanggungjawab pihak hospital. Oleh itu, jikalau akta kawalan peralatan perubatan diwujudkan, kes-kes kemalangan di hospital lebih cepat selesai, dan pihak hospital tidak akan disalahkan bulat-bulat. Punca masalah juga boleh disiasat samaada daripada kecuaian individu atau "manufacturing defect" peralatan perubatan yang diguna itu sendiri. Pihak pengilang juga tidak boleh lari dari kes ini. Mungkin pengilang tidak mengikut piawai dari segi kualiti yang boleh menyebabkan kemalangan yang tidak diingini berlaku. Program ini juga secara tidak langsung meningkatkan tahap kepercayaan pihak pesakit terhadap pihak hospital semasa menjalani rawatan apabila kualiti peralatan perubatan terjaga. 


p/s: dr jism beli mesin kat china beratus ringgat pastu jual kat pengguna beribu-ribu. 

p/s/s: report taklimat ni baru siap ha ha.

p/s/s/s: banya kerja kosong di bahagian kawalan peralatan perbatan ni!

3 comments:

cujern said...

dart, nak tau pasal kerja kosong tu bley?

mushroomHONEYDEW said...

hye dart
cmne nk apply keje under jbtan kwaln prubatan utk mengisi kekosongan yg ad...hehehe

sePalit rasE asAm said...

HIii Dart...
sye kije kt mdical device bureau.. bile dart dtg dgr tklimat tu??

 

Blog Template by YummyLolly.com