6/17/11

pengalaman emas - Meneran keluar Hayyan

Salam. Anak dah masuk 6 bulan baru nak tulis pasal pengalaman yang paling tak dapat dilupakan. Meneran anakku Hayyan Naoki. Selalunya para mak-mak akan excited nak tulis masa dalam pantang lagi kan tapi aku rasa entry ni akan jadi panjang berjela so aku kena cari masa yang betul-betul sesuai, yakni betul-betul time aku tengah takda kerja. Bos aku menghilang mana tah so ada can la ni. Dalam pantang aku busy mengurut, bertungku bagai dan juga banyak sesi memerah susu badan he he.

24 Desember 2010 -
Masa tu, aku dah sarat sangat-sangat. Menghabiskan masa dengan menonton cita-cita Jepun yang aku cilok dari rakan sekerja masa di Panasonic dulu. Aku tak lupa berdoa supaya cepatla  keluar si budak kecik ni sebab dah tak tahan membawa perut yang sangat besar plus boyot. Nanti aku tunjuk gambar. Haritu, aku sempat attend majlis akad nikah sepupu yang dilangsungkan di rumah atukku. Rilek saja, tak rasa apa-apa pun. Aku bukan main aktif, ke sana ke mari, purposely berjalan dengan tahap banyak sebab orang kata kalau ibu mengandung banyak berjalan akan senang beranak. Aku percaya pada prinsip tu dan aku praktikkan betul-betul. Sebab aku nak sangat senang beranak. 

Balik malam tu, dengan keletihan yang amat aku pun balik rumah dan tidur macam biasa. Tapi malam tu aku tak berapa lena, terasa macam senggugut pulak. Tapi biasalah, senggugut ni boleh tahan sebab aku ni memang jenis bila period ja senggugut tak hengat. Dah jadi macam perkara biasa senggugut tu. 

25 Desember 2010 - 
Then aku bangun Subuh, masa tu terasa macam so called "contraction". Bila kita dah dekat-dekat due date ni, Dr akan selalu pesan 3 benda tanda-tanda bersalin / benda yang perlu kita ambil BERAT secara serius, iaitu ; 
1) Contraction yang berterusan( yang ni memang tak pernah rasa dan bayang seumur hidup ), 
2) Water broke( still boleh nampak kalau air ketuban pecah seperti kencing dan lendir katanya ), 
3) bleeding, or anak tak bergerak kurang dari 10 kali.
Kalau la benda di atas berlaku kena cepat-cepat ke hospital, dah nak bersalin la tu.
Selalunya lepas subuh aku akan bantai tidur balik, tapi haritu rasa semacam. Senggugut tu tak tau nak cakap, dia macam ada masa yang dah tetap, senggugut yang berkala setiap 10 minit misalkata. Lepas tu makin kerap, setiap 5 minit pulak. Begitulah. 

Aku terus bagitau mama papa aku. Diorang punyalah kalut, sebabnya aku dah siap bersiap mandi segala semangat nak attend kenduri kahwin sepupu aku tu(Siap pakai baju baru beli lagi-terpaksa beli sebab perut besar sangat). Tak sangka pulak haritu aku nak beranak! My parents decided untuk bawak aku ke hospital dengan secepat mungkin dan tinggalkan aku di sana huhuk. Depa kan nak pi kenduri. Kenduri pulak buat kat rumah atok, haruslah busy jadi tuan rumah.

So, aku pun ikutlah ke hospital - Kedah Medical Center (KPJ), unit kecemasan sebabnya haritu cuti Krismas! Hari Sabtu pulak tu memang terbaik. Aku terus masuk labour room, nurse cek laluan (VE), masa tu perut tak rasa sakit sangat pun, boleh gelak-gelak lagi ish. Nurse pun bagitau, "Adik baru bukak 2-3 cm, kalau ikutkan lama lagi nak bersalin ni(kalau normal) tak induce...adik nak balik pun boleh lagi..ka adik nak terus admit?", aku ingat nak balik aja tergedik-gedik nak pi kenduri tak sedaq diri! Kena bangkang terang-terang dengan mak aku. "NO NO NO! Hang tu dah nak bersalin, kalau jadi apa-apa kat kenduri macam mana? Angah admit ja la, kami pi kenduri k!"..ala, nak kena tinggal sorang-sorang masa tu boring gila. Husband pulak baru ondaway. Biasalah weekend couple he he. 

Aku pun sign la apa yang patut untuk admitted, tunggu aja dalam labour room, KEBOSANAN. Aku ingatkan labour room tu macam bilik Operation penuh dengan segala alat medical, tapi salah sangkaan ku. Ada katil, kat tepi tu ada doppler untuk dengar degupan jantung baby, kat corner depan pulak ada macam tempat letak barang, lapik kertas untuk kotor-kotor masa deliver kot. Serupa bilik menunggu ja. Nurse lekatkan doppler tu and dapatla aku dengar heartbeat baby. Tengah aku dok syok message2 dengan hubby aku yang ondaway ( 10.30 pg ) macam tu, tiba-tiba Dr. pakar OnG ku muncul, Dr. Kamarulzaman. 

Dr pun tanya, "Awat, u sakit dah ka...u nak beranak harini?"...
Aku pun dengan pantasnya jawab "YES Dr. Saya nak beranak harini jugak! Dah tak larat...",
Dr Kamal pun kata, "OK, kalau macam tu i pecahkan air ketuban u, induce, dalam 4/5 jam lagi u beranaklah tu ok..."
Dr pun terus masukkan macam forcep sampai ke rahim dan tempat air ketuban dan tiba-tiba..."Click..."Air ketuban aku pecah! Mengalir macam paip, panas-panas celah kangkang. Siap kalau tekan perut keluar banyak gila memancut-mancut! Nurse pulak cucuk tangan aku untuk masuk ubat induce, dan masuk ubat ke lobang bontot supaya aku berak on da spot. Masa air ketuban dok melimpah-limpah tu la aku nak terberak tak tahan siot. Terus mintak nurse nak p toilet, nasib baik sebelah bilik aja. Time tu masa mula-mula aku rasa tak selesa betul, jijik pun ada air ketuban tu jatuh-jatuh kena selipar aku. Lantai pun habis kotor, bersalah gila kat nurse tapi tak boleh nak kontrol macam kencing. Habis basa baju baru aku ha ha. Then nurse terus bagi baju labour, tukarlah aku dan tunggu la atas katil tu.

Dalam pukul 11 lebih, hubby pun selamat sampai. Aku bersyukur sangat sebab aku beranak weekend, hubby boleh masuk tengok aku bersalin. Kalau tak, aku terpaksa teran sorang-sorang. Husband ja yang berhak masuk, mak bapak pun tak boleh jadi pengganti kalau husband takda. Aku dah mula cuak-cuak. Terasa dekat sangat dah. Bila-bila masa saja aku akan bersalin. Masa tu, aku dah mula rasa sakit yang amat sangat tatau nak cakap. Nurse cakap, kalau tak tahan, nanti dia akan cucuk di peha ubat tahan sakit. Kalau tak tahan juga dia akan bagi gas entonox untuk bagi lali. Mula-mula bila sakit, aku akan genggam tangan hubby, sampai satu tahap aku dah tahap menggelupur tak tahan. Nurse banyak tolong aku, bagi kata-kata semangat suruh banyak ingat Allah, baca apa yang patut. Contraction tu seputnya macam ikut masa, makin lama makin sakit nak buka laluan, tapi bila dah buka 5 cm aku dah tak tahan. Masa tu aku macam nak menggelupur tapi tahan ajalah kuatkan semangat. Lepas tu aku dah tak tahan, terpaksa mintak gas tu. Masa bukak 7 cm Aku dah macam lali semacam. Tak sedar rupanya badan aku dah menggeletar. Yang aku boleh sedar pun sebab aku terdengar hubby aku tanya nurse.."Nurse, kenapa wife saya ketar shaking ni?" Aku da macam high nak mampus tengah sakit, masa tu aku terpandang tangan aku macam waving slowly, rupanya aku tenga shaking. Bayangkan betapa drag gila keadaan jadi macam tu.

Kesakitan berlarutan sampai la nurse bagitau aku dah bukak 9cm! Wow, ini lah masanya! Masa tu aku terasa kaki aku dikangkangkan, letak atas palang, tangan aku pegang palang dua belah, kedudukan badan aku dinaikkan sikit supaya tak dalam keadaan tidur, semua kakitangan nurse, Dr pun muncul, masa tu kelam kabut gila tapi aku tak dapat feel sebab aku kan tengah high. Masa tu mesin apa tah Dr bawak masuk, diorang tutup bahagian kaki aku dengan kain. Dr tiba-tiba cakap..."OK, dah boleh push....Push!", aku pun push la...tak keluar. then nurse bagi semangan cakap, "Cepat cepat, kepala baby dah nampak, teran sikit aja lagi, teran sekuat hati.."aku pun "URGHHHHHHHH meneran" tapi tak berdaya. banyak kali jugak la try. Masa tu apa nak jadi jadilah tapi dalam hati aku aku memang nak cepat-cepat keluarkan anakku. Masa nurse cakap kepala baby dah nampak lagilah naik semangat aku nak teran. Masa tu, dah tak terasa sakit ka apa. Cuma nak kena belajar timing contraction dengan push. Tak boleh semena-mena push, ada timing dia tau. Nasib baik aku cepat belajar huhu. Dr cakap"OKlah, baby awak besar sikit, kita vakum la eh...." OK tak kisahlah DR. Bila terasa ja contraction(tak boleh dikawal), terus aku teran lagi then, keluar la kepala baby dengan bantuan vakum..."
vakum process

OK, kepala dah keluar, badan pulak eh...push!", Masa nak push keluarkan badan hayyan masyaallah, 2/3 kali jugak teran, then sampai satu masa...."SLUUUUUUUUUUUUURPPPPPP", keluarlah hayyan dengan sekelip mata....


 gambar hiasan


Dr pun kata..."OK, dah keluar baby...pukul 2 30 pm" Masyaallah, aku terus menagis meronta-ronta, eh teresak-esak sebab lega dapat keluarkan hayyan yang berat 3.5 kg tu ha ha. Mr hubby pun turut sama bagi semangat, thanks abang, tak tahulah kalau takdak dia di sebelah walaupun dia takut-takut nak tengok ha ha. Dr terus letak Hayyan atas badan Dart, masa tu hayyan tengah nangis kuat gila...so sweet...tapi colour hayyan macam putih melepak macam kesejukan. Kesian dia...Aku pulak kena teran keluar plasenta(uri), then bila selesai semua, Dr terus jahitkan luka aku yang dia potong tu phew. Siap boleh sembang-sembang lagi sambil menjahit ya DR.

Proses meneran hayyan rasa macam sekelip mata saja. Sebab lepas tu, keadaan labour room back to normal. Aku agak kecewa sebab terlampau high sampai tak boleh nak ingat dengan betul keadaan di bilik bersalin tu. Masa kecoh tu mestila kotor darah semua kan. Tapi bila dah selesai semua, kembali normal, tinggal aku dengan katil saja bersih macam takda apa apa pun berlaku sebelum tu. Punyalah cepat diorang buat kerja. Aku tatau keadaan ni di Hosp kerajaan, tapi hosp swasta dah naikkan persepsi aku. Dr suruh aku rehat di labour room tu jugak. Masa tu family semua datang lawat di labour room sementara nak tunggu masuk bilik ha ha. Aku tertidur sampai pukul 5 ptg sebab penangan gas entonox yang melalikan tu damn. Then pukul 7 cmtu, diorang sorang aku masuk ward. Bilik sorang best!
Selesailah proses bersalin maka bermulalah proses confinement, masa tu perut londeh tak hengat nak bejalan kena ampu perut hahahhaha. Pengalaman bersalin memang tak dapat dilupakan tapi bila aku tanya mak mak semua lupa...so aku amik inisiatif nak tulis balik pengalaman ni.. Aku bersyukur sebab aku dapat bersalin normal dengan kebesaran hayyan yang agak terlampau nak dibandingkan dengan saiz badan aku yang kecik moles hahahah. Aku bersyukur jugak sebab aku rasa aku senang bersalin tak payah epidural semua. Dan yang penting, doa aku untuk bersalin di sisi suami tersayang, hari weekend termakbul jugak...alhamdulillah!! Satu lagi, aku mintak bersalin siang, semuanya Allah dah letak supaya hubby aku dapat turut sama berkongsi suka-duka ni...Syukur ya Allah...Kepada ibu-ibu wannabe, jangan lupa untuk berdoa banyak-banyak. Selalu usap perut sembang dengan baby apa yang kita mintak..."Sayang keluar weekend k, boleh daddy sambut...."Doa aku dimakbulkan syukur sangat...:)

 bersiap-siap nak p kenduri konon

 besarnyaaaaaaaaaaa.

 baru masuk labour room. still boleh senyum gelak ketawa.

 lepas bersalin, dalam ward.

 muka-muka happy familyku, cucu sulung katakan...

lastly, muka Hayyan yang tak dapek nak nolong, how cute macam shin chan!

p/s: walaupun dah bersalin, tapi keadaan yang berlaku kat depan aku serius aku tatau macam mana. Bila diorang bersihkan baby, apa yg diorang buat dengan uri aku, memang aku taktau.Cuma aku boleh rasa saja wudda! Semuanya hubby aku tengok tapi berat betul mulut hubby aku nak bercerita satu persatu. bila tanya satu satu dijawabnya. Inilah dapat lelaki yang tak cakap banyak. Nak dpt info bukan main susah!

13 comments:

Husna Hadzarami said...

Adoiyaii..
Mengalir airmata baca.
Takutlah rasa.. :'(

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

Tergerak nk comment kali nie selalunya ai jadik silence reader u jer...x sangka byk persamaan kiter waktu bersalin nih, just ai start ngan bleeding but x Sakit....kedua my son pow bersalin kt KMC...ai pow ambil Dr kamal just ms bersalin tu raya ke3 so dia cuti terpaksa ganti ngan Dr zurani....ai push pow x reti yealah masa tu umur br 22thn hikhik...lepas bersalin bekas jahit pow senget Sakit giler khen...Tgk dia org cuci darah sedaldi besar Mcm nk muntah jer rasanyer....fobia lg even dh 6 thn dh bersalin...alhamdulliah pengalaman yg x mungkin d lupakan rite...(。-_-。)

seri azizah said...

dart,masa DR potong n jahit tu dia bius dulu ke x?rasa x sakitnya?

sigmazetaz said...

ok akan jadi panduan! ;)

Nad Fieya D'rabell said...

takotnye nak beranak t...........tp nampak bezz dpt baby sndiri..

yusmEa said...

uish...thnx dart for sharing.bole bljq.ehhehe

RMN said...

bangga you have done it for good, syukur you are just like me, like mother like daugher. ~May Allah bless u my dear little girl which has big heart indeed

cujen said...

seram sejuk baca pengalaman dart ni..

tapi hayyan memang superb comel!!!!! putih melepak...mata sepet.....cute sangat!!

~zhdh~ said...

kak haidar nak tau ka apa yg dok bwt lepas bayi keluaq? xtanya ayah ka?SELALUNYA bila dah nampak kepala bayi n keluar sikit ada rotation dia..lepas tu jadi la 'sluuurpp' tu.. time bayi kluar memang putih..mcm patung xgerak, ayar ketumban pon pancut sekali time bayi kluaq..dari warna ayaq ketumban pon ada makna.. lepas tu dr obgn akan potong tahi pusat n bg bayi dkt dr paed(anak). dr paed ambek n keringkan( kecuali dkt telapak tangan supaya bau mak still ada n nnt bayi bleh cam mak dia) n tepuk2 bayi supaya dia menangis( utk start bernafas).. time nie dia bwt suction ikot mulut bayi dulu..sbb 1st breathing adalah ikot mulut bukan idung, lepas tu bru dia suction thru idung... klu bayi dh bernafas n suma tanda2 elok dr bg bayi dkt ibu dia..... suka baca blog kak haidar~teruskan menulis~

sigmazetaz said...

~zhdh~, oh macam tu ka? meanriknya! baru tau.. ;)

Syaima' said...

wow.takut plak baca.terjumpa ur blog kat a fren's.tgk gambar ur hubby mcm penah jumpa ayoi ek nama dia tak silap.nagaoka gidai ke?i wife yasin nagaoka gak dulu.:))

Fariza said...

thanks share info ini.
tkt pun ada.
sbb xtau apa akn terjadi. :(
alhamdulillah u selamat melahirkan. :)

Nurul Nurúrú said...

Dart!, ang go details sgt kot. Cuak giler.. haha! tp lawaklah part ni.
"Dr terus jahitkan luka aku yang dia potong tu phew. Siap boleh sembang-sembang lagi sambil menjahit ya DR"

 

Blog Template by YummyLolly.com