YEY! Hayyan secara "official"nya boleh start makan solid food...Satu perubahan besar dalam hidupku i guess. Di samping bagi susu aku kena provide makanan lain yang berkhasiat kepada Hayyan. Actually masa tengah sibuk berkursus sebelum ni, selepas hayyan dah mula masuk 5 bulan(hayyan duduk dengan my parents 2 minggu), my parents dah start ajar solid food kat hayyan. Ada sesetengah orang bagi baby diorang start makan solid since baby mask 4 bulan. My parents pakai ilmu tu lah since kitorang pun membesar macam tu dan there was nothing wrong with it. Kami membesar dengan jayanya.
Tapi bila masa semakin berlalu, masa Dart kursus induksi with almost all KESIHATAN MEMBERS(nurse, medical assistant, Dietition, Food Nutritionist), diorang sarankan supaya kalau boleh better tunggu sampai anak tu masuk 6 bulan then baru start with solids. Sebab takut perut baby tak bersedia masa sebelum tu or baby akan tak "keen" on MILK dah which is sangat penting untuk perkembangan otak baby. Walaupun bagi solid, tapi susu tu tak boleh tinggal. But, my dad pulak still ikut cara Dr. lama, DIBOLEHKAN kalau nak start even sebelum 6 bulan, TETAPI, janganlah pi sumbat semua jenis, boleh mulakan dengan nestum kosong, OR bubur nasik yang diblend kosong. INGAT YA, no sugar or salt added, STRICTLY! Masa my parents jaga Hayyan, alhamdulillah hayyan dah start makan nestum yang untuk stage 1, start dengan satu sudu teh sehari sekali. Masa kat kursus tu aku punyalah risau sebab hayyan start solid but i dont even ada untuk feed dia. Risau nak bagi portion banyak mana bila dah balik duduk dengan kita pulak nanti.
Ok, bercakap pasal nestum yang bancuh siap(instant), VS bubur nasi yang kita blend sendiri. Memang tak dinafikan bagus kalau kita nak blend buat sendiri sebab boleh kekalkan nutrions yang ada, tapi tak bermakna bila kita bagi anak kita makan nestum instant tu otak anak kita akan jadi lembab ka apa sebab ada contain bahan additive lain kan. Pemikiran tu dart rasa salah kot. Sebab kalau nak kata macam tu, Dart dan my siblings pun dulu makan jugak nestum bancuh ni tapi takda pulak kami ni jadi lembab ka apa. Kadang-kadang kita ni terlampau over health concious tapi yang arah yang tak betul.
So, bila hayyan dah 6 bulan(sekarang dah 6 bulan setengah), memang dah sampai masanya untuk i change my way on feeding him. Tapi blender tak beli lagi Oh no! So far, Dart bagi dulu nestum tu sampai habis dulu tin dia, then campur sikit dengan biskut lembut for babies macam Milna etc, or HEINZ yang pack dalam botol tu. Macam-macam perisa ada. Semua jenis buah dan sayur ada. Tapi a bit costly la kot, satu botol kecik harga RM 3.90. Kalau buat sendiri tak ka jimat. Blender ada kat USJ ja, nanti kena beli satu lagi untuk letak di Ipoh pulak. Haih, semua benda kena ada dua. Nanti bila dah pindah balik dengan husband semua barang ada double termasuk peti ais. Camno?
Antara Heinz baby foods yang hayyan suka
Banyak lagi yang Dart still tatau pasal solid food ni. Kalau ada ilmu sila turunkan ya? Especially on portion yang baby should get. Bila dah nak masuk 7 bulan ni, Hayyan makan 2-3 kali sehari nestumnya. Campur dengan HEINZ tu. Comel pulak bila bagi hayyan try rasa yang baru yang 1st time dia rasa. Dia akan buat muka pelik, tapi dalam masa yang sama tak menolak nak lagi he he. Dengar kata, kalau nak bagi anak makan berkhasiat kena ajar dari baby lagi. So, untuk bagi baby makan sayur, kena la banyak bagi dia rasa masa dia baby lagi!
Kat atas ni antara solid food yang kita boleh bagi masa baby 4-6 months. No protein n Dairy! Ayam ikan semua tunggu dulu...Oh dart ada dapat satu risalah from Enfamama Club(aku pun tatau macam mana boleh jadi ahli ha ha, ANMUM pun masuk!) pasal solid food yang detail, nanti Dart scan and post untuk reference bersama. So far, alhamdulillah takda masalah cuma kalau bagi terlebih makan sikit dia akan berak banyak kali. Tengah pagi buta kena bangun bersihkan bontot anakku pulak ha ha.
NYAM NYAM!
4 comments:
best2 kalau dah boleh makan solid food..lagi senang kot kan..heee..suka tengok hayyan ni..sangat comel! geram..nak picit pipi diaa.haha
lama tak dengar celoteh dart. sibuk dengan kursus ye. btw, hayyan, aikawarazu comel! :)
cpatnya dah besar hayyan...yg gambar baby kat sebelah ' adik hayyan's baby' tu means akak tgh pregnant lagi ke?
dart.. pelangi pun dah start solid.. she loves fuji apple.. by the way blender avent tengah murah now kat mothercare.. i got it for only 170++.. Happy weaning hayyan dear..
Post a Comment