11/29/12

My(Dartdadada's) Nursing Way (NIP)

Salam..
Sekarang ni isu NIP panas kan. Meh nak komen sikit. Dart tak nak komen banyak-banyak la kat si polan yang bising pasal NURSING IN PUBLIC tu sebab dia apa tahu. Dia seorang lelaki. Yang tak boleh menyusu badan pun. Dan dia mengharapkan bini dia ja nak bagi anak dia minum susu. Tapi, ada benar point dia sebab malu la kalau ternampak breast kita kat orang lain.
 
Dart pun kalau takda nursing cover or nursing tempat tertutup agak malu la nak selak baju naik atas. Takut nampak pulak perut buncit i kat orang lain. Tu belum nampak breast lagi kan. he he.
 
Untuk pengetahuan orang yang tak menyusu badanlah kan, baby yang menyusu badan ni dia agresif sikit bila lapar. Dia takkan faham kalau kita cakap tunggu kejap nak p cari tempat terlindung sikit, takkan faham dan dia akan terus melalak haha. So, nak tak nak, kita terpaksa jugak selak baju tu dan sumbat breast kita untuk tenangkan dia. Ya la, kalau dah susu badan, takdala nak bawak botol susu sebagai persediaan ka apa sebab kita boleh bagi direct kan. Buat apa nak susahkan diri hahahha.
 
Tapi Dart maluuuuuu jadi sebab dart free hair pulak tu..kalau pakai tudung at least boleh cover dengan tudung kan. jadi, meh nak kongsi my nursing way yang boleh kita sama-sama praktikkan untuk nursing in public tanpa pemakaian nursing poncho dan meminimakan breast kita nampak dek orang ramai. Orang takkan perasan yang kita tengah menyusukan anak..macam tengah peluk anak ja hehe.
 
Antara barang yang diperlukan ialah :
(macam nak masak la pulek)
 
1) Baju berbutang
Bila nak keluar outing ja dart akan cuba pakai baju berbutang sebab bila nak menyusu tak payah la selak2 baju terangkat naik atas. boleh bukak butang baju 2/3 dari atas.
 
2) Singlet tutup dada(front lace)
 
Singlet tutup dada ni dart pakai sejak masa study kat Jepun lagi sebab di sana, orang Jepun ni pemalu sikit, diorang takkan dedahkan dada diorang bagi nampak lurah dendam ala ala mat saleyhh tu walaupon depa ni bukan Islam. Satu lagi, pemakaian singlet ni sebab di sana musim sejuk, so nak panaskan badan kenalah pakai berlapis2 baju hehe. Tapi memang tanktop front lace ni amat popular di sana. Dekat sini Dart pernah beli di The curve yang macam ala market jual berjenis-jenis singlet.
 
 
Singlet ni ja lah yang akan kita selak bila baby nak menyusu badan. Bukak baju berbutang sikit dan sumbat puting ke mulut baby. bila kita selak singlet, yang akan terkeluar hanyalah nipple kita ja. Tapi dapat dilindung sebab muka baby kan besar. So far takda la orang perhatikan dart pelik sebab ramai yang tak perasan pun. hehe.
 
3) Nursing Bra
 
4) Baby sling (optional)
 

 
 Bila kita outing, kita nak jalan-jalan dan kalau ada sling ni kita tak payah duduk pon boleh nursing sambil berjalan. Lagilah orang tak perasan kita tengah menyusu in public hehe. Dart pakai TheBabaSling. Memang best sangat sling ni. 
 
TheBabaSling.com
Masa Hannah kecik dulu Dart selamber ja letak Hannah dalam sling ni dan berjalan sambil menyusu hehe. Best sangatt. Bila dia dah kenyang, di lepas kan nipple tu dan terus tidur dalam sling tu.

 
Kinda look like this.
Baju berbutang di buka butang dan singlet diselak.Nampak macam menyusu tak?
 
With sling.
Masa ni real Hannah tengah tidur dalam that sling.Bukan anak patung aaa dalam tu ok. Kalau dia merengek nak susu Dart terus selak singlet tutup dada tu dan bagi dia minum susu directly tanpa baju kita terangkat.
As simple as that!
 
I support babywearing and breastfeeding in public!(but in the nice way hehe)
 

11/28/12

Hayyan Naoki and His Guitar Obsession

Salam..

Hayyan dan guitar bagaikan air dicincang takkan putus ha ha. Dart sebelum ni tak tahu pun yang anak sulung aku ni got a thing named GUITAR(or "NNNTAAAA" with his own language)  in his mind. Sebab serius tak pernah ajar or expose sangat Hayyan dengan this musical instrument. And selama duduk dengan Hayyan memang kat Ipoh takda guitar pon ha ha.

 
Sampailah one day, masa Dart tinggalkan Hayyan seminggu di Taiping tinggal dengan Opah dia(Dart kena outstation) guess what dia ambil roller urut kaki Opah dia dan letak kat perut and do the strumming dan lari pusing satu rumah sambil sebut nntaaa nnntaaa!!(Guitar)

He thinks that this is a guitar ha ha funneyyyy!

Opah Hayyan pun fikir balik bila masa la aku ajaq cucu aku ni pasal guitar(opah ni alim sikit heh). She told me about Hayyan dengan roller kaki as a guitar dan benda ni agak menghairankan aku macam mana la dia boleh obsessed gila dengan roller kaki tu. -_-

Rupanya...........

Inilah tukang ajar Guitar kat hayyan!!!
(my dad)

Masa Hayyan umur setahun macam tu Dart Pernah tinggalkan Hayyan dalam 3 weeks sebab outstation jugak(tengok kalau dapat duduk dengan daddy kan senang, takyah hantar anak aku ke hulu hilir..sedih tiba-tiba), Tokwan dia ambil guitar pusaka dia and main-main dengan Hayyan dan dia ingattttttt sangat that moment ha ha. lawakkkkk. Tokwan Hayyan pandai main guitar dulu-dulu hihi.

Playing with Uncle. Uncle pon pandai main guitar hehe.
(Hayyan ada hati nak letak gitar gedabak tu kat his chest padahal tak sampaiiii -_-)
 
Since Hayyan ada Ipad, mommy download Guitar apps bagi dia main ha ha.
 


Performing lagu Happy Birthday TOK masa TOK's Birthday celebration
 
Alahaiiii anakku. Moral of the story : Setiap apa yang kita lakukan dengan anak kecil mungkin hari ini kita tidak nampak tapi beberapa bulan akan datang kita akan nampak betapa kuatnya ingatan babies. Jadi, kalau nak ajaq apa-apa ajaq la masa ni. Dia mungkin buat bodo ja ataupun buat muka blur tapi sebenarnya his brain is absorbing everything! Cuma hasilnya bukan dalam masa 24 jam lah!
11/27/12

Tips biasakan anak-anak kecil dengan Car Seat


Salam. since dah 2 tahun duduk berjauhan dengan suami, Dart cekalkan hati untuk berdikari dengan membawa anak-anak keluar rumah dan drive seorang kadang-kadang keluar untuk fetch husband balik from KL ke Ipoh di Stesen Bas atau Stesen Keretapi. Kalau anak sakit Dart akan bawa anak ke klinik, pun sorang jugak, anak letak dalam car seat. semuanya kerana TERPAKSA. Asalnya Dart dah biasakan dengan Hayyan masa dia kecik-kecik lagi. Almaklumla sejak dari pantang lepas cuti bersalin Dart setiap minggu akan fetch husband. Masa mula-mula letak Hayyan dalam car seat tu risau jugak takut Hayyan memberontak sebab taknak duduk car seat. Masa perjalan dalam 20 minit la dari rumah ke stesen. Tu first time.
 
Lama-kelamaan Dart biasakan diri untuk walaupun keluar kejap untuk ke shopping mall yang akan makan masa tak sampai 30 minit per perjalanan pun Dart akan letak Hayyan dalam car seat. Even masa husband ada. Dart tak suka duduk di belakang seat kereta, ramai jugak mommies yang duduk di belakang, let suami drive di depan sorang-sorang tapi memandangkan my husband seorang yang pendiam, kalau dart duduk di belakang alamatnya tak bercakap la kitorg dalam kereta tu. Suara dia pon perlahan ja ha ha.

So, bila Hannah dah lahir pun dart biasakan Hannah untuk duduk dalam car seat jugak sama macam abang dia. Fair n square. Tapi Hannah Dart start expose dengan car seat lambat sikit since she is still being breastfed. So far, Hayyan almost 2 years old, Hannah almost 11 months dah boleh duduk car seat dengan jayanya untuk perjalanan 2-3 jam straight. Kebanyakan masa diorang akan tidur. hihi.
 
Keselamatan anak-anak jugak amat penting. That was the main point jugaklah kenapa dart nak biasakan diorang dengan car seat. Lagi satu, bila diorang ni makin besar, makin banyak kerenah nak main-main tekan butang radio lah, nak lompat ke daddy while driving lah, tak bleh duduk diam, maka keselamatan sangat penting. Keselesaan pun sangat penting. Nampak sangat i nak selesa ja ha ha. Tapi memang betul kalau anak-anak dapat duduk dalam car seat, kita pon jadi selesa nak travel.
 
Tapi, tak semudah yang disangkakan tau. Agak ramai mommies yang cakap syoknyaaa anak hang mau duduk dalam car seat.....Jangan sangkakan anak Dart terus-terus suka dengan car seat ni. Banyak masa juga berperang nak biasakan diorang ni untuk "suka" duduk dalam seat diorang. Hayyan n Hannah buat keras tanak masukkan tangan dalam harness tu pon pernah. Tapi percayalah, kecekalan kita akan membuatkan resultnya positif, cuma kita perlu strict sikit lah.
 
So, let me share the tips :
 
1. THE RIGHT TIME
Untuk yang baru nak biasakan anak-anak dengan car seat, Dart sarankan pilih masa travel anak-anak masa diorang tidur. Contohnya babies yang umur setahun kebawah, waktu tidur siang diorang 2 kali kan selalunya. Pukul 10 pagi dan 3 petang macam tu. Jadi, ambil kesempatan untuk travel masa tu. Kalau anak-anak yang setahun ke atas, masa tidur diorang tengah hari, jadi dalam pukul 11 tu masa yang terbaik untuk kita keluar dari rumah. Diorang konform akan tidur saja dalam car seat tu.
 
2. PAKSA cara LEMBUT
Masa diorang berkeras tanak bagi kita buckle up the belt, kita cuba alihkan pandangan diorang dengan bagi something macam toys yang diorang suka untukdipegang. Masa tu perhatian diorang akan beralih dan takkan buat berkeras, tangan pun lembut aja dan senang nak buckle up. Jangan pula kita marah diorang. Pujuk lah diorang dengan cara alih perhatian. It works i tell ya! Husband dart pon kadang-kadang fail untuk buckle up. he he he.
 
3. SEDIAKAN SUSU SECUKUPNYA
Sebelum travel, pastikan dah buat siap-siap susu supaya diorang rasa macam time nak tidur. Lepas buckle up, terus bagi susu kat diorang. Kalau baby yang belum pandai pegang susu, bawak bantal dan lapikkan kat dada diorang supaya susu dalam mulut diorang tak jatuh. Sebab kita duduk di depan kan hehe.
 
4. TOYS TOYS TOYS!
Toys ni wajiblah untuk tak bagi diorang boring. Bila diorang bising-bising aja merengek nak suruh kit angkat kita bolehlah gunakan toys untuk tarik perhatian diorang. I thing yang paling berguna adalah Rattle untuk baby yang masih kecik. Kalau baby dah besar kalau ada ipad pon berguna jugak. hehe.
 
5. BE STRICT
Jangan layankan sangat kalau anak merengek nak suruh angkat melainkan dia betul-betul nangis taknak duduk dalam car seat. Insyaallah kalau masa yang betul, diorang takkan merengek sangat sebab terlalu mengantuk.
 
6. CONTINOUS 
Janganlah kejap bagi anak duduk car seat kejap malas. Kena continously bagi anak duduk dengan seta dia supaya dia faham car seatlah tempat dia yang terbaik hahahhahhaa.
 
7. SELALU MAIN PEEK A BOO
Selalulah berkomunikasi dengan babies kat belakang macam main caaaaak supaya diorang tak boring. Tapi akan sakit tengkuk aaa selalu kena pusing belakang. Tapi kalau diorang tidur bolehla kita sembang-sembang dengan husband hihi.
 
8. START EARLY
Nak ajar anak sesuatu mestilah dari kecik-kecik. janganlah anak dah umur 3 tahun baru nak paksa dia duduk car seat mampos dia tanak.

9. CUBA LAGI DAN LAGI
If anak kita refuse harini, esok cuba lagi. esok refuse lusa cuba lagi dan lagi dan lagi. insyaallah ....
 
 
Antara tips yang my friends shared.
 
heeeeeeee..

outing outing!

Outing outing. We love Subang Parade soooo much sebab dekat dengan rumah.
Dan tak crowded. ha ha.

Eee Hannah dah besar!
Abang Hayyan pun sibuk nak tolak pushchair Hannah...
 
 
What we wore. hehs. I support babywearing!
11/26/12

Hayyan and Hot Air Balloon




 
Masa ni Hannah masih dalam perut. Mommy punya la semangat ingatkan event hot air balloon cam gah kat overseas nun. Tengah padang cantik-cantik. Alih-alih depa buat kat atas padang simen tu ja. erkkk potong!!
11/1/12

revlon photoready airbrush review

Satu hari, Dart jalan-jalan di Guardian drugstore in Ipoh, nak cari foundation ad-hock sebab yang selalu pakai hanya boleh didapati di Keyhell. Sekarang ni susah sikit nak balik ke Keyhell ni sebab maid dah takda..nak gamble try letak dua-dua dalam car seat memang ok..tapi kalau sampai 2 jam lebih tu tak yakin sikit la..Hannah kalau dah start menjerit mau bikin mak panik! So, nak tak nak terpaksa membeli foundation lain di drugstore ajer.
 
Pusing-pusing, tau lah Guardian kan..Maybelline dah penah try, ok ok ja, simply siti macam urmmm tak pernah cuba lagi tapi tak terasa nak cuba lagi. Loreal pun dah penah beli, ok ok ja, nak cuba brand lain lah. Masa tengah fikir tu lalu lah depan brand Revlon. Belek-belek try la one kind of foundation ni. Photoready Airbrush. Nama catchy kan packaging dia. Dan ada kelainan sikit maka teringin nak mencuba. Harga dalam RM68 macam tu. Tatau lah berbaloi ka tak.

 
Balik-balik try lah tempek ke muka. Bila spray kat tangan, macam spray mousse rambut gitu feeling dia. Tapi yang kurang best sebab berbau busuk sikit, BAANYAK kot.... Dalam banyak-banyak foundation pernah beli, faoundation ni paling busuk! Nyeh. Paling wangi? Anna Sui~ Coverage dia pon ok ok saja...kena pakai banyak sikit, tapi cek tak suka pakai tebal-tebal. Hilang seri wajahku hahahha. Dart rasa agak oily sikit bila apply. lepas 2 jam dah macam berminyak gila terpaksa touch up balik dengan compact powder. Tapi tak touch pon sebab i malas. Berbeza dengan foundation MAC, or Anna Suir or Chanel (yang pernah pakai), letak sikit pon muka dah macam omg flawless nya kulit kau! Coverage dia macam tak sepenuhnya. Kalau orang yang tone kulit sekata, or takda masalah kulit oklah, tapi not reccommended kepada sesiapa yang kena pakai coverage yang banyak.. If you have regular imperfection such as a pimples or dry patchs I really wouldn't recommend this product. Nak lebih ok, better spend sikit lagi untuk dapatkan the best foundation. Kalau foundation ok, insyaallah letak eye shadow n lip n cheek macam mana pun akan nampak cantik.
 
Berminyak sikit. So far so good.
 

Blog Template by YummyLolly.com