12/5/12

syukur ya Allah.

Salam.

Dear blog, dart just nak kongsi di sini that permohonan pertukaranku untuk balik ke pangkuan suami diluluskan!!! Actually Dart dapat call dah lama awal bulan 11 lagi. Tapi memandangkan tak dapat surat official lagi malas nak update kang tak jadi pulak nayaaaa. Syukur sangat-sangat sangat tak terhingga sampai tatau nak cakap apalah. Sebab all this while setiap hari Dart merintih dan berdoa dengan Allah supaya Dart dapat balik ke Lembah Klang cepat-cepat. Kesian kat anak-anak. Pejam celik pejam celik 2 tahun jugaklah Dart berjauhan. Tapi apa lah sangat 2 tahun tu kan. Ramai lagi yang bertahun-tahun tak duduk bersama family. Rasa macam dah tak sanggup untuk jauh dengan husband. Mungkin keadaan Dart yang kena take care of my babies sejak lepas pantang sorang-sorang. Anak yang tak faham apa-apa dan masa yang paling kritikal sepatutnya seorang suami berada di sisi Dart tapi tak boleh. Or kalau takda suami pon kalau ada family yang boleh tengok-tengokkan dart pon ok. Tapi takda. Saya sebatang kara! Kalau anak dah masuk umur 3 tahun ke atas ok kot.
 
Keadaan ni memang bagi kesan mendalam la kat dart. Kalau tengok si ibu yang perut boyot-boyot dan dalam masa yang sama dia dukung baby lagi sorang letak atas perut mesti rasa macam nak menangis. Sensitive sangat. Sebab Dart pernah merasa macam mana penat lepas balik kerja, Hayyan meruntun runtun suruh dokong dia. Dia tak faham pun ammi dia macam mana. Susah sangat waktu tu tapi dart dapat harungi dengan baik. Alhamdulillah sebab Allah bagi kekuatan mental dan fizikal kepada Dart untuk jaga anak-anak tanpa sedikit pun kurang kasih sayang kepada anak-anak Dart. Kalau setakat ibu-ibu mengeluh penat tu rasa macam nak penampaq pon ada haha bukan apa, kau ada suami kot kan. Itulah manusia. Mungkin nanti Dart dah balik dengan suami Dart akan balas dendam hahhahhaha. Adoi.
 
Sepatutnya Dart kena lapor diri di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia di Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan 3 hb Disember tapi HR KKM tunda pulekkk ke 17 hb Disember ni. Takpalah. Sekarang ni tugas-tugas berat dah takda. Bos agaknya dah taknak bagi kerja dah kot kakaakaka. Lori angkut barang akan sampai Ahad ni. My last day in Ipoh will be next Thursday. Huwaaaaa memang happy dapat balik ke sana tapi dalam masa yang sama i feel saaaaaaad sangat nak tinggal Ipoh. Sebab Dart besarkan anak kat sini. My life lagi banyak kat Ipoh compared to USJ walaupun di USJ kami dah beli rumah tu. Tapi, rumah di Ipoh ni banyak tinggalkan kenangan dan memori pahit manis kehidupan di sini. I looove my work so much in here. Rakan-rakan sepejabat pun best sangat. Memang Dart akan merindui bandar Ipoh ni sangat-sangat. Kehidupan yang kelam kabut setiap weekend hihi.
 

Huwaaaa sedih gila tengah tulis blog ni. I feel like crying. Life goes on. My life is better out there maybe. Kepada rakan-rakan yang berada di Ipoh, Dart mintak maaf kalau Dart ada buat salah siap, korang memang terbaik bagi Dart. Masa Dart susah korang ada untuk jenguk-jenguk. Dart doakan supaya korang mendapat keredhaan dari Allah dan dimurahkan rezeki selalu. Terima kasih warga Ipoh. Terima kasih yang tak terhingga. Hanya Allah dapat membalas budi baik korang.
 
 
Hubby dah tak sabar repair rumah menuggu kepulangan isteri dan anak-anak
 
 
p/s: tak sabar nak decorate rumah macam rumah impian walaupun rumah kecil molek aja.
Doakan saya di tempat baru ya.
 

5 comments:

goblogbyfarah said...

tahniah akhirnya dapat duduk dgn husband. husband saya kerja Sarawak, belum dapat tukar lagi :(

namasayatihah said...

Congrats dart!!pasni happy hayyan n hannah salu jupe daddy dia...

happy for u!!!

ira_bluebee said...

Syukur Alhamdulillah..
Tahniah kerana dapat bertukar dan tahniah kerana berjaya mengharungi 2tahun kehidupan berjauhan dgn suami disamping dua orang anak yg masih kecil...

Has said...

Yokatta ne. Tahniah dart :)

*SiRibenMerah said...

Alhamdulilah..
me yg tukang baca neh pon lega sgt bila tau dart balik ke USJ..
selamat berpindah.. :)

 

Blog Template by YummyLolly.com