5/28/13

my iucd failure story(satu dalam seribu)

Salam...

Taktau macam mana nak start the story...1st of all, i am grateful sebab Allah bagi ujian ni..Alhamdulillah..Segala puji bagimu ya Allah..i was the chosen one to feel this pain hehe. It all started with a regular checkup done in hospital Bersalin Umra, Shah Alam. Awal bulan 5, Dart macam saja nak pi check how was my iucd condition, sebab setelah setahun pakai, tak pernah pulak ambil tahu pasal dia. Dan tak pernah pulak diberitahu iucd can actually migrate. Dr ada pesan masa insert iucd ni, tapi dia just cakap selalunya percentage failure adalah sangat sangat kurang, 1% ONLY. Rupanya akulah tergolong dalam 1% tu hahahah. Nasib badan...Orang lain pakai OK ja..My Mom, Dr yang insert my iucd, kawan-kawan, semua pakai OK ja. hehe. 

Masa di Umra, i said to Dr, masa tu malam, "kalau Dr jumpa thread, saya nak buang lah sebab i am now ready to get pregnant again". But unfortunately, Dr. tak jumpa langsung the thread(benang yang ditinggalkan di pangkal rahim). Dr dah kalut. Masa tu lama gila dia scan kat perut. Tak cukup scan kat perut, dia masukkan speculum, cari di pangkal rahim, tak jumpa jugak, scan transvagina pulak. Pun tak jumpa. Dr. suruh Dart proceed dengan UPT nak tengok pregnant or not. Bila dah buat, it was NEGATIVE. Lepas tu Dr. suruh proceed dengan X-ray. The only way to proof samada my iucd still in my body or not. Then Dart pon buat X-ray, terus dapat image dan confirm the iucd is still in my body. Dr. tak puas hati, dia suruh datang esok pagi(Sabtu), nak double confirm dengan Dr. Ummul(tokey Umra), kot kot dapat 2nd opinion. Masa diagnose tu jangan cakap la sakitnya macam mana. Ku tahankan aja.

Esoknya, Dart pon pi lagi Umra, jumpa Dr. Ummul, buat checkup yang sama. Dr. start dengan scan di abdomen, tak jumpa. Masuk speculum cari thread, tak jugak jumpa, masuk transvaginal scan pun tak jumpa.  Siap panggil Dr. pakar O&G dari Hospital Ampang yang buat locum masa tu cek, pun tak jumpa. Sampai berdarah-darah kat bawah macam period. Dr kata " ini bukan darah period ya, ini sebab u punya pangkal rahim cedera", humm...terima ajala. Apa boleh buat. Lastly, Dr buat conclusion Dart punya iucd dah migrate, samada masih dalam rahim atau dah di luar rahim. Dr. Ummul terus buat refer letter untuk specialist Hosp Ampang yang datang cek sekali untuk buat further investigation. Dia tak reccommend buat kat swasta sebab kalau nak tebuk perut (laparoscopy/laparatomy) costs about RM 6-7k. Dart iyakan aja apa yang Dr. Ummul cadangkan. Next Friday Dr. Ummul dah buat temujanji dengan Dr di Hosp Ampang, tapi i couldnt go sebab husband tak dapat cuti. 

Dalam masa yang sama, my mom dok risau and ajak balik Kedah buat di KPJ Alor Setar(Kedah Medical Centre - KMC). Dart memang biasa dengan Pakar O&G situ, Dato' Dr. Kamarulzaman, sebab dua dua anak dart beranak di situ dengan dia. History semua dah ada. Kebetulan memang Dart ada plan balik Kedah untuk cuti Hari Wesak. Tunggu hari Ahad, sebab Jumaat Sabtu KMC tak buka. Hari Ahad(26/5/2013) tu my parents pun ikut sekali untuk bagi sokongan kot ha ha. Bila nama dipanggil masuk bilik Dr, Dart pun ceritalah kat Dr. Kamal, my dad pun ada sekali. Dr. 1st skali scan my abdomen. Bila scan, Dr. terus jumpa IUCD(pakar berpengalaman kan), tak sampai seminit scan dah jumpa terrer betul. Tapi part sedihnya, Dr. Kamal panggil my dad, tengok sekali screen yang dia scan....Dr. Kamal tanya Dart, "u ada buat UPT test tak masa kat Shah alam dulu?" Dart cakap..ada but negative.

"But, Dr. Ibrahim(my dad), come and see this. Can you see the sac? I think your daughter is pregnant, most probably 5 weeks dah ni". Huwaaaaaaaaaaaaaaaaa. Terkejut beruk Dart! I was pregnant! Right after the IUCD migrated pulak tu. "Tapi sad to say sebab baby dah kena radiation (sebab dart buat X-ray), i think you cannot keep this baby." said Dr. Kamal. Sedih sangat masa Dr. cakap macam tu, Dart terpaksa gugurkan kandungan Dart yang baru terbentuk. Tapi nak buat macam mana. Dr. knows the best. Mungkin Dr. lebih tahu keadaan baby yang pernah kena radiation kan. He is really professional. Dart pasrah ja ikut cakap Dr. Dr. cakap, "Ok kita just proceed dengan D&C lah tengah hari nanti, masa tu i try keluarkan sekali your IUCD lah." Dr. Kamal berpendapat my IUCD is still in my womb. "Sat saja daycare tak perlu tidur kat ward.Siap tengah hari petang dah boleh balik..."

Dart pun proceed dengan admission, bla bla siap dah duduk atas katil ward untuk tunggu dikerjakan...Gementar jugak. Tapi Dart redha ja. Bila dah tukar baju ward semua, Nurse datang bawak katil untuk tolak Dart masuk dalam OT. 

I am ready!

Masuk aja dalam OT, Dr. terus bius dan terus tak ingat apa-apa. Sampai satu masa, Dart dah macam ala-ala nak sedar, terasa sakit sangat di bahagian perut. Elok-elok procedure dah siap semua, Dart terus buka mata dan i felt really in pain. I thought, oh, sakit jugak ya D&C ni, sakit dari beranak rupanya.

Bila nurse tolak masuk dart dalam ward. husband Dart terus bagitau Dart, actually, Dr. opened up your abdomen. What???!! Patutla rasa sakit gila. Dr. bius sebenarnya untuk D&C saja, tapi masa D&C hampir sejam Dr. nak tarik IUCD tapi tak boleh. Takut rupture pulak my womb. Dr. panggil my parents and husband dalam keadaan kalut dan bagitau dia terpaksa belah perut Dart, dan terpaksa buat cepat takut dart sedar. Rupanya memang sah my IUCD dah migrate keluar rahim. Tembus ke luar lekat di lemak bawah perut. Tinggal benang(thread) aja dalam rahim. Masyaallah. Memang tak boleh bayangkan macam mana benda alah tu boleh tembus keluar rahim Dart sebab agak besar jugak lah copper stuff tu. i was lucky enough sebab iucd tu leka di lemak. Kalau dia tembus ke organ lain tak ka naya.

horror!!

Tapi Alhamdulillah. Semuanya dah selamat. I still cant believe that actually i was pregnant! Arghhhhhh. Dart tidur di ward semalam dan Dr. dah bagi discharge. Sekarang tengah berehat di rumah. Dart dapat MC 3 weeks jugakla hoho.


I was lucky dapat buat di KMC sebab Dr. Kamal langsung tak charge his consultation fee. The cost was only RM 2k plus. Kalau buat kat KL mau dah kena 6-7k.. Alhamdulillah. Insurance tak boleh cover sebab semua procedure Dart buat under pregnancy. Hampeh. apa-apa pun, Dart serik nak pakai IUCD dah ha ha. Lepas ni pandai pandai lah aku plan. Mungkin lepas the 3rd one la kot Dart akan cuba cara lain. Most probably implanon la kot. Sekarang kena berpantang la sebab kandungan ke -3 tak dapat diselamatkan. Perut pulak kena tebuk. Adus. 





a day before i had my operation! sihat gembira ja.
5/15/13

preloved maclaren techno xlr for sale

salam..lamanya tak post entry...sejak pc kat ofis ni block blogging rasa tak best gila!ni pon blogging by phone..

dart nak letgo preloved stroller dart..nak letgo murah aja rm700 macam tu..retail price rm 1600 camtu..condition boleh dikatakan tiptop sebab hanya pakai indoor dalam bangunan. kalau ada calar pon di tayar aja. yang tempat lain memang condition ok sangat.

reason to sell sebab dart dok pakai umbrella stroller lagi satu yang lebih kecik..maclaren ni tayar dia sangat smooth .cuma takda tempat letak tangan. anak dart tak suka ikat kadang2. pastu we're considering nak beli double stroller.makanya akan berhabuklah ia hehe. harga boleh nego lagi.
email me at dartdadada@yahoo.com

2/21/13

home deco : hayyan's room

As-salam...

Sejak dapat balik dengan husband, banyak benda yang Dart dengan husband rencang dapat dijadikan kenyataan. Especially bab rumah. Rumah yang kami beli walaupun nama saja baru beli rumah.....TAPI...not a really big, and new one. Selalunya orang beli rumah baru, tapi kami beli rumah 2nd. Dahtu, baaaaaaaaaanyak sangat defect atau repair semula yang kami kena buat pulak tu. Rasa tak best pun ada tapi dalam masa yang sama Dart bersyukur sebab dapat beli rumah landed di kawasan yang i think the best place  lah, sesuai dengan kehendak kami sekeluarga. Access pun senang, nak ke KL, Shah alam, Damansara, memang senang duduk di Subang Jaya. Walaupun takla besar mana, tapi cukup untuk kami keluarga yang kecil ni menjalani kehidupan bersama. hehe.  

Sejak tahu dapat tukar, husband terus setuju dan deal dengan kontraktor untuk buat major repair. Bayangkan wiring pun banyak yang rosak, plumbing, cat mengecat, yang paling teruk dulu rumah tu kena anai-anai. Sebab lantai parque. So, kami buat keputusan untuk buka semua parque dan ganti dengan tiles. Dari tangga sampailah bilik atas, bilik air atas pun semua tukar tile baru. Tingkap asal jenis naco pun tukar kepada tingkap biasa. Banyak juga la berhabisan duit semata-mata untuk repair works. Dang! Nak beli rumah dah satu hal. Terpaksa habiskan duit untuk baiki. Tak puas hati jugakla.

Bila dah habis repair, tibalah masa untuk Dart perah otak untuk bagi rumah kami nampak seperti rumah yang diidamkan. Dart sangat suka decorate bilik/ rumah. Lepas pindah ke sini, Dart terus ke kedai-kedia jual barang rumah, mostly IKEA untuk beli barang-barang yang diperlukan. Dart suka rumah yang berkonsep. Warna sangat penting dalam prinsip Dart untuk decorate sesuatu ruang. So, my first project is my son's room. Dart nak anak Dart duduk dalam bilik yang selesa, dan penuh dengan activity area. I think kalau kita buat bilik anak-anak creatively, sangat bagus untuk perkembangan otak sebab he/she dari kecil dah biasa dengan persekitaran yang cantik, maka otak dia pun akan fikir yang cantik-cantik. Bila tengok orang negara maju macam orang putih, diorang sangat menitik beratkan room decoration. Bukan sekadar ada katil, almari, perabot basic aja, tapi pemilihan warna pun dititikberatkan. Penuh dengan konsep. 

Untuk bilik Hayyan, i chose BLUE and GREEN colour to be major. Sesuai dengan tema kanak-kanak lelaki yang baru nak membesar kan! hehe. Search la di internet untuk inspiration / ideas. 




Cantikkkkkk. Bertuah budak-budak yang dapat duduk bilik macam ni....




Dart pun berhempas pulas gunakan apa yang ada untuk come out dengan bilik Hayyan. Masa tengah kat Perak lagi, husband hantar gambar bilik yang baru dicat kat dart. Terkejut berukkkkkk sebab hijau betullllll. Dart ingat hijau yang dart nak lain sikit ala-ala lime. 


Tile dah siap, bilik pon baru cat. Tinggal tingkap casement ja belum install.

Untuk warna dinding, feautured wall Dart pilih hijau yang agak tersimpang dari pemikiran sikit.Almaklumlah semua benda husband yang p pilih ha ha! Lagi 3 dinding Dart pilih warna Creme-beige untuk balancekan balik wartna yang dah terang tu. Tak cantik kalau semua bilik cat dengan warna hijau. Nampak Keling orang kata wahahhaa.



bookshelf (inspired by iheartorganizing)

Sebenarnya Dart guna spice rack yang jual di IKEA. Nanti kalau ada masa nak cat warna biru sama dengan curtain. 


Featured wall kosong sangat. 
Nak gantung frame gambar takda idea lagi so i just bought Wall Sticker online. 
Murah aja. RM30 lebih macam tu dan lekatkan sebagai penambah seri.



Memandangkan baju Hayyan takla banyak macam baju mommy dia, so Dart decide untuk guna IKEA closet ni. Harga pun tak mahal just RM90 lebih saja Dart rasa. Lampu tu Dart beli masa sale di IPOH. Masa tu Hayyan kecil lagi tapi sebab tak tahan tengok kecomelan patung tu, Dart just beli haha at last boleh pakai jugak untuk bilik anak sendiri. hihi.
His playing area and craft area. Hayyan pun dah pandai kalau dia nak main dia akan naik atas dan main dalam bilik dia. Cuma dia tak pandai kemas sendiri lagi. Nanti nak kena ajar dia sebab penat asyik nak kena mengutip barang yang dia sepahkan. Oh bukan Hayyan sorang, Hannah pun sibuk main dalam bilik Hayyan buat macam bilik dia. hehe. Bilik Hannah belum dapat fikir lagi nak decorate macam mana. Rasa best sangat dapat duduk dalam bilik Hayyan hihi. Nak jadi kanak-kanak semula ja rasa.

Tips curtain : Walaupun tingkap pendek, tapi seboleh-bolehnya pasang langsir yang tinggi dan panjang sampai ke lantai. kalau boleh dekat dengan siling supaya nampak bilik lebih besar. 
2/19/13

All about tandem

Seriously we need a tandem stroller...

Anak jarak dekat memang letih kalau keluar bejalan kat luar. Dulu masa Hana kecik dan tak berat lagi i used to babywear her sampai la hannah dah setahun lebih. My sling boleh hilang!!! Sedih gila. Tapi nasib baik hilang elok-elok masa Hannah dah berat nak didokong. Dah nak dekat 10 Kg dah anak dara ammi tu...

Hayyah pulak memang pantang kalau apa yang dia ada dulu adik dia nak juga guna. Nak bagi Hana duduk dalam stroller time tu la Hayyan pun nak duduk jugak dan langsung tak bagi chan kat Hannah...ya i as a mom understand sebab Hayyan pon baru 2 tahun, tak pandai nak share-share barang lagi..

Bila keluar outing, jenuh la kejap ammi dukung Hannah then daddy pulak. Tapi kebanyakan Daddy la hihi i lap you Daddy. Ammi tolak stroller Hayyan. Actually kami dah ada 2 stroller tapi rasa sangatlah renyah nak bawak 2 stroller sekaligus. Pernah kluar dengan my sisters bawak 2 2 stroller tapi tak bestnya rasa. Kejap nak tolak yang tu, kejap nak tolak yang ni. Itu kira umbrella fold lightweight stroller tau. Kalau la ada stroller gabak memang jenuh.

Memang dok survey survey tandem stroller, tapi bila bekenan ja, tunjuk kat husband, terus dia reject sebab harga yang mahal. Atas pada 3k ja mesti kena reject. Husband saya ni kalau bab aset takpa. Tapi jangan bab bab bukan aset ni pantang mahal. Tapi betul jugak. Tak perlu lah kot sebab kami nak focus benda lain banyak lagi yang penting. Pernah pesan kat member di UK, tapi sedih sebab dia silap bagi order 2nd seat unit ja. Double stroller kan kadang-kadang jual asing dengan 2nd seat unit dia. Masa tu dah semangat dah ingat boleh dapat murah. Tapi sabaq ajala..

Dalam hati ni membara ja kalau ikutkan nak amik ja stroller yang bekenan tu tapi takpala saya isteri mithali bahahahhaha. Dahla saya ni jenis stroller freak. I watch stroller's reviews on youtube hokkay. Bazir masa tul.

Dah dekat setengah tahun ni survey dan comeout dengan pilihan hati :

1. BABY JOGGER CITI SELECT



Yang ni paling berkenan, review paling best, lagi ok daripada phil n teds(Vibe, etc) or Britax(B dua, B ready). Position boleh ubah abang belakang adik depan adik belakang abang belakang hehe. Jiran sebelah umah pakai Vibe tapi last-last nak let go sebab too bulky dan renyah dia kata.Kalau Vibe n Britax seat tak boleh ubah facing mommy. Ah banyak la lagi kelebihan stroller ni. Baca kat google memang tak banyak negative review la kesimpulannya.

2. BRITAX B-READY / B-DUAL

 

Yang ni kadang-kadang rasa bekenan kadang-kadang tak haha sebab baby jogger tadi dah covers everything yang saya nak. Disebabkan seat belakang yang tak boleh ubah tu yang tak brapa nak syok skit.

3. KOLCRAFT COUNTOURS OPTIONS LT

Mula-mula nampak tak cantik tapi bila lama-lama nampak ok pulak. Good review jugak so far dan harga tak mahal sangat. Tengoklah macam mana.

4. ABC DESIGN ZOOM
Design cantik...tapi...nampak cam a bit bulky...Kalau boleh nak yang lagi kecil dan compact.Harga pon boleh tahan...

5. COSATTO SHUFFLE

Cari dan cari dan cari ternampak kedai online post gambar pre-order ni. Terus macam omg saya nakkkkkkkk sebab umbrella fold. Dart memang prefer lightweight stroller sebab senang nak angkut ke mana-mana. dulu selalu travel kot jalan so memang sangat sangat prefer stroller yang tak bulky. Dah terbiasa macam tu. Then riki-riki harga pon macam oklah within our budget. Hubby dah bagi green light "Mmm...boleh dipertimbangkan..." heheheh design pon cool ja..


Tengoklah tapi dalam hati tetap nak city select jugak wuwuwuwuwu...definitely kena beli kat us..kalau tak tak berbaloi...kalau ada sapa-sapa duduk US tolongla saya eh...Harga banyak sangat beza dengan price di Malaysia. Cosatto Shuffle pon sama...300pound ja tapi disebabkan harga yang kat sini beza sikit ja so takpa still tak lebih dari RM2k kan hehe.

 

Blog Template by YummyLolly.com