2/21/13

home deco : hayyan's room

As-salam...

Sejak dapat balik dengan husband, banyak benda yang Dart dengan husband rencang dapat dijadikan kenyataan. Especially bab rumah. Rumah yang kami beli walaupun nama saja baru beli rumah.....TAPI...not a really big, and new one. Selalunya orang beli rumah baru, tapi kami beli rumah 2nd. Dahtu, baaaaaaaaaanyak sangat defect atau repair semula yang kami kena buat pulak tu. Rasa tak best pun ada tapi dalam masa yang sama Dart bersyukur sebab dapat beli rumah landed di kawasan yang i think the best place  lah, sesuai dengan kehendak kami sekeluarga. Access pun senang, nak ke KL, Shah alam, Damansara, memang senang duduk di Subang Jaya. Walaupun takla besar mana, tapi cukup untuk kami keluarga yang kecil ni menjalani kehidupan bersama. hehe.  

Sejak tahu dapat tukar, husband terus setuju dan deal dengan kontraktor untuk buat major repair. Bayangkan wiring pun banyak yang rosak, plumbing, cat mengecat, yang paling teruk dulu rumah tu kena anai-anai. Sebab lantai parque. So, kami buat keputusan untuk buka semua parque dan ganti dengan tiles. Dari tangga sampailah bilik atas, bilik air atas pun semua tukar tile baru. Tingkap asal jenis naco pun tukar kepada tingkap biasa. Banyak juga la berhabisan duit semata-mata untuk repair works. Dang! Nak beli rumah dah satu hal. Terpaksa habiskan duit untuk baiki. Tak puas hati jugakla.

Bila dah habis repair, tibalah masa untuk Dart perah otak untuk bagi rumah kami nampak seperti rumah yang diidamkan. Dart sangat suka decorate bilik/ rumah. Lepas pindah ke sini, Dart terus ke kedai-kedia jual barang rumah, mostly IKEA untuk beli barang-barang yang diperlukan. Dart suka rumah yang berkonsep. Warna sangat penting dalam prinsip Dart untuk decorate sesuatu ruang. So, my first project is my son's room. Dart nak anak Dart duduk dalam bilik yang selesa, dan penuh dengan activity area. I think kalau kita buat bilik anak-anak creatively, sangat bagus untuk perkembangan otak sebab he/she dari kecil dah biasa dengan persekitaran yang cantik, maka otak dia pun akan fikir yang cantik-cantik. Bila tengok orang negara maju macam orang putih, diorang sangat menitik beratkan room decoration. Bukan sekadar ada katil, almari, perabot basic aja, tapi pemilihan warna pun dititikberatkan. Penuh dengan konsep. 

Untuk bilik Hayyan, i chose BLUE and GREEN colour to be major. Sesuai dengan tema kanak-kanak lelaki yang baru nak membesar kan! hehe. Search la di internet untuk inspiration / ideas. 




Cantikkkkkk. Bertuah budak-budak yang dapat duduk bilik macam ni....




Dart pun berhempas pulas gunakan apa yang ada untuk come out dengan bilik Hayyan. Masa tengah kat Perak lagi, husband hantar gambar bilik yang baru dicat kat dart. Terkejut berukkkkkk sebab hijau betullllll. Dart ingat hijau yang dart nak lain sikit ala-ala lime. 


Tile dah siap, bilik pon baru cat. Tinggal tingkap casement ja belum install.

Untuk warna dinding, feautured wall Dart pilih hijau yang agak tersimpang dari pemikiran sikit.Almaklumlah semua benda husband yang p pilih ha ha! Lagi 3 dinding Dart pilih warna Creme-beige untuk balancekan balik wartna yang dah terang tu. Tak cantik kalau semua bilik cat dengan warna hijau. Nampak Keling orang kata wahahhaa.



bookshelf (inspired by iheartorganizing)

Sebenarnya Dart guna spice rack yang jual di IKEA. Nanti kalau ada masa nak cat warna biru sama dengan curtain. 


Featured wall kosong sangat. 
Nak gantung frame gambar takda idea lagi so i just bought Wall Sticker online. 
Murah aja. RM30 lebih macam tu dan lekatkan sebagai penambah seri.



Memandangkan baju Hayyan takla banyak macam baju mommy dia, so Dart decide untuk guna IKEA closet ni. Harga pun tak mahal just RM90 lebih saja Dart rasa. Lampu tu Dart beli masa sale di IPOH. Masa tu Hayyan kecil lagi tapi sebab tak tahan tengok kecomelan patung tu, Dart just beli haha at last boleh pakai jugak untuk bilik anak sendiri. hihi.
His playing area and craft area. Hayyan pun dah pandai kalau dia nak main dia akan naik atas dan main dalam bilik dia. Cuma dia tak pandai kemas sendiri lagi. Nanti nak kena ajar dia sebab penat asyik nak kena mengutip barang yang dia sepahkan. Oh bukan Hayyan sorang, Hannah pun sibuk main dalam bilik Hayyan buat macam bilik dia. hehe. Bilik Hannah belum dapat fikir lagi nak decorate macam mana. Rasa best sangat dapat duduk dalam bilik Hayyan hihi. Nak jadi kanak-kanak semula ja rasa.

Tips curtain : Walaupun tingkap pendek, tapi seboleh-bolehnya pasang langsir yang tinggi dan panjang sampai ke lantai. kalau boleh dekat dengan siling supaya nampak bilik lebih besar. 

5 comments:

Cik Atun Banyak Nama said...

cantik lah Dart! bestnye deko 'men'deko ni...

tapi tun xde gaya nak jadi interior designer so tgk org lain buat jelah. haha.

rumah sendiri tak reti nak hias.

dartdadada said...

hihi alah tun just play with colours! syok sendiri dan puas kalau dah siap tun lagi la syok rumah baruuuuuuu~

eshe said...

salam kak dart

nak tanya,kak dart renovate pkai servis sape?n price quote.
saya duk usj gak,hehe,tgh survey2 gak ni.

haniekunie said...

cantik!

Ain Marz said...

hai ! nice room for your son :D and boleh share mana you beli wall sticker tu ? :D

 

Blog Template by YummyLolly.com