5/28/13

my iucd failure story(satu dalam seribu)

Salam...

Taktau macam mana nak start the story...1st of all, i am grateful sebab Allah bagi ujian ni..Alhamdulillah..Segala puji bagimu ya Allah..i was the chosen one to feel this pain hehe. It all started with a regular checkup done in hospital Bersalin Umra, Shah Alam. Awal bulan 5, Dart macam saja nak pi check how was my iucd condition, sebab setelah setahun pakai, tak pernah pulak ambil tahu pasal dia. Dan tak pernah pulak diberitahu iucd can actually migrate. Dr ada pesan masa insert iucd ni, tapi dia just cakap selalunya percentage failure adalah sangat sangat kurang, 1% ONLY. Rupanya akulah tergolong dalam 1% tu hahahah. Nasib badan...Orang lain pakai OK ja..My Mom, Dr yang insert my iucd, kawan-kawan, semua pakai OK ja. hehe. 

Masa di Umra, i said to Dr, masa tu malam, "kalau Dr jumpa thread, saya nak buang lah sebab i am now ready to get pregnant again". But unfortunately, Dr. tak jumpa langsung the thread(benang yang ditinggalkan di pangkal rahim). Dr dah kalut. Masa tu lama gila dia scan kat perut. Tak cukup scan kat perut, dia masukkan speculum, cari di pangkal rahim, tak jumpa jugak, scan transvagina pulak. Pun tak jumpa. Dr. suruh Dart proceed dengan UPT nak tengok pregnant or not. Bila dah buat, it was NEGATIVE. Lepas tu Dr. suruh proceed dengan X-ray. The only way to proof samada my iucd still in my body or not. Then Dart pon buat X-ray, terus dapat image dan confirm the iucd is still in my body. Dr. tak puas hati, dia suruh datang esok pagi(Sabtu), nak double confirm dengan Dr. Ummul(tokey Umra), kot kot dapat 2nd opinion. Masa diagnose tu jangan cakap la sakitnya macam mana. Ku tahankan aja.

Esoknya, Dart pon pi lagi Umra, jumpa Dr. Ummul, buat checkup yang sama. Dr. start dengan scan di abdomen, tak jumpa. Masuk speculum cari thread, tak jugak jumpa, masuk transvaginal scan pun tak jumpa.  Siap panggil Dr. pakar O&G dari Hospital Ampang yang buat locum masa tu cek, pun tak jumpa. Sampai berdarah-darah kat bawah macam period. Dr kata " ini bukan darah period ya, ini sebab u punya pangkal rahim cedera", humm...terima ajala. Apa boleh buat. Lastly, Dr buat conclusion Dart punya iucd dah migrate, samada masih dalam rahim atau dah di luar rahim. Dr. Ummul terus buat refer letter untuk specialist Hosp Ampang yang datang cek sekali untuk buat further investigation. Dia tak reccommend buat kat swasta sebab kalau nak tebuk perut (laparoscopy/laparatomy) costs about RM 6-7k. Dart iyakan aja apa yang Dr. Ummul cadangkan. Next Friday Dr. Ummul dah buat temujanji dengan Dr di Hosp Ampang, tapi i couldnt go sebab husband tak dapat cuti. 

Dalam masa yang sama, my mom dok risau and ajak balik Kedah buat di KPJ Alor Setar(Kedah Medical Centre - KMC). Dart memang biasa dengan Pakar O&G situ, Dato' Dr. Kamarulzaman, sebab dua dua anak dart beranak di situ dengan dia. History semua dah ada. Kebetulan memang Dart ada plan balik Kedah untuk cuti Hari Wesak. Tunggu hari Ahad, sebab Jumaat Sabtu KMC tak buka. Hari Ahad(26/5/2013) tu my parents pun ikut sekali untuk bagi sokongan kot ha ha. Bila nama dipanggil masuk bilik Dr, Dart pun ceritalah kat Dr. Kamal, my dad pun ada sekali. Dr. 1st skali scan my abdomen. Bila scan, Dr. terus jumpa IUCD(pakar berpengalaman kan), tak sampai seminit scan dah jumpa terrer betul. Tapi part sedihnya, Dr. Kamal panggil my dad, tengok sekali screen yang dia scan....Dr. Kamal tanya Dart, "u ada buat UPT test tak masa kat Shah alam dulu?" Dart cakap..ada but negative.

"But, Dr. Ibrahim(my dad), come and see this. Can you see the sac? I think your daughter is pregnant, most probably 5 weeks dah ni". Huwaaaaaaaaaaaaaaaaa. Terkejut beruk Dart! I was pregnant! Right after the IUCD migrated pulak tu. "Tapi sad to say sebab baby dah kena radiation (sebab dart buat X-ray), i think you cannot keep this baby." said Dr. Kamal. Sedih sangat masa Dr. cakap macam tu, Dart terpaksa gugurkan kandungan Dart yang baru terbentuk. Tapi nak buat macam mana. Dr. knows the best. Mungkin Dr. lebih tahu keadaan baby yang pernah kena radiation kan. He is really professional. Dart pasrah ja ikut cakap Dr. Dr. cakap, "Ok kita just proceed dengan D&C lah tengah hari nanti, masa tu i try keluarkan sekali your IUCD lah." Dr. Kamal berpendapat my IUCD is still in my womb. "Sat saja daycare tak perlu tidur kat ward.Siap tengah hari petang dah boleh balik..."

Dart pun proceed dengan admission, bla bla siap dah duduk atas katil ward untuk tunggu dikerjakan...Gementar jugak. Tapi Dart redha ja. Bila dah tukar baju ward semua, Nurse datang bawak katil untuk tolak Dart masuk dalam OT. 

I am ready!

Masuk aja dalam OT, Dr. terus bius dan terus tak ingat apa-apa. Sampai satu masa, Dart dah macam ala-ala nak sedar, terasa sakit sangat di bahagian perut. Elok-elok procedure dah siap semua, Dart terus buka mata dan i felt really in pain. I thought, oh, sakit jugak ya D&C ni, sakit dari beranak rupanya.

Bila nurse tolak masuk dart dalam ward. husband Dart terus bagitau Dart, actually, Dr. opened up your abdomen. What???!! Patutla rasa sakit gila. Dr. bius sebenarnya untuk D&C saja, tapi masa D&C hampir sejam Dr. nak tarik IUCD tapi tak boleh. Takut rupture pulak my womb. Dr. panggil my parents and husband dalam keadaan kalut dan bagitau dia terpaksa belah perut Dart, dan terpaksa buat cepat takut dart sedar. Rupanya memang sah my IUCD dah migrate keluar rahim. Tembus ke luar lekat di lemak bawah perut. Tinggal benang(thread) aja dalam rahim. Masyaallah. Memang tak boleh bayangkan macam mana benda alah tu boleh tembus keluar rahim Dart sebab agak besar jugak lah copper stuff tu. i was lucky enough sebab iucd tu leka di lemak. Kalau dia tembus ke organ lain tak ka naya.

horror!!

Tapi Alhamdulillah. Semuanya dah selamat. I still cant believe that actually i was pregnant! Arghhhhhh. Dart tidur di ward semalam dan Dr. dah bagi discharge. Sekarang tengah berehat di rumah. Dart dapat MC 3 weeks jugakla hoho.


I was lucky dapat buat di KMC sebab Dr. Kamal langsung tak charge his consultation fee. The cost was only RM 2k plus. Kalau buat kat KL mau dah kena 6-7k.. Alhamdulillah. Insurance tak boleh cover sebab semua procedure Dart buat under pregnancy. Hampeh. apa-apa pun, Dart serik nak pakai IUCD dah ha ha. Lepas ni pandai pandai lah aku plan. Mungkin lepas the 3rd one la kot Dart akan cuba cara lain. Most probably implanon la kot. Sekarang kena berpantang la sebab kandungan ke -3 tak dapat diselamatkan. Perut pulak kena tebuk. Adus. 





a day before i had my operation! sihat gembira ja.

8 comments:

pilot vs said...

tahziah kak dat...insyallah ada rezeki lain nti...=)

♥ nana i am ♥ said...

Seriau baca entry ni kak..sobbb.take care ya! :)

madoct10 said...

kesiannya dart...tabahnya dart... mmg awal awal tu kalo buat upt tk keluar sign kan.. kct pon slalu mcm tu. buat kat klinik pon negatif bila beli upt yg mahal sikit br ada double line...

Unknown said...

oowhh dear...sad to hear it..take a gud care of ur self n conceive again ya! ngeri plak i baca part iucd tu.. ganazzz sgt la u nih..hehe
I dulu plan injection je..dlm 4 kali utk jarakkan 2 years..now waiting another hot bun! eh kiss both of ur babies for me..rindu nk tau perkembangan diorg! =)

dj said...

sorry to hear that dart..tp one of my friend pakai iud ni ada jgk yg lekat..n dia x sdr smpla baby dh besar..tp alhamdulillah dia survive dgn baby tu smp bersalin..sabar ya dart. boleh cuba lagi. *hugs*

mart gee said...

start menulih balik.cool. get well soon dart :)

J@ja said...

Assalamualaikum. Harap Dart is doing well now. Had bad experience with IUCD too :) We are the 1% 'casualty' huh? Take care :)

Hiasan Dunia said...

Masa u check urine, diorg x check betul2 kan... boleh sue them and next time, jgn pegi sana dah la... better go to other docs yang kita kenal betul, trust. Take care.

 

Blog Template by YummyLolly.com