2/22/09

datuk dan cucu

Nama : Mohd Noor Bin Kamis
Tarikh lahir : taktau
Umur : 70 lebih kot, hampir 80?
Makanan kegemaran : Masakan bini sendiri. Bini dia(tok aku) chef.
Tempat lahir: terlupa

Nampak sangat aku tak care pasal tokwan aku. Tapi aku sayang gila kat dia. Walaupun aku taktau tarikh lahir atau di mana tempat lahir beliau, yang aku tau aku sayang kat tokwan aku.

Tokwan aku paling cool. Aaaa yang aku tau, tokwan sangat arif pasal kenderaan, kereta dan bas. Pasal tokwan dulu masa muda penah jadi Pemandu bas sekolah. Kira ada lesen khas la. Jalan kat KL pun dia ingat sebab muda-muda dulu kalau orang Kampung Rumput Minyak nak pi rombongan cik kiah, tokwan aku la jadi tukang bawak bas sampai KL. Sampai skarang, tokwan suka sangat bawak kereta, jaga kereta sampai kilat-kilat.Memang raja kereta manual. Sebab tu aku ikut dia jadi raja manual. hehe.. Aku selalu buli tokwan masa muda-muda. Aku selalu suruh tokwan hantar aku dengan kereta sampai ke pekan Alor Setar kalau aku nak keluar dengan kawan-kawan. Tak penah pulak dia bantah. Ajak la ke mana-mana pun dia takkan bantah. Dia akan bawak.

Tapi sekarang, tokwan dah tak mampu pegang gear manual. Tangan dia ketar. Mama sanggup belikan tokwan satu kereta automatic baru. Wira Aerobak. Senang untuk ke masjid. Tokwan kena strok masa aku kat Jepun. Separuh badan lemah. Bila aku balik, Tokwan selalu mengadu kebas tangan. Aku tak sampai hati. Aku picit-picit, belikan minyak panas, kalau-kalau boleh hilang kebas tokwan. Tokwan ada lelah dan penat(asthma) yang semakin teruk. Banyak kali keluar masuk hospital. Kadang-kadang sampai susah nak bernafas. Paling menyedikan aku, masa last cuti summer, Tokwan sanggup bawak kereta sampai rumah aku untuk jumpa aku. Bila nak balik, tokwan nak undur kereta. Dia penat. Aku tau dia tak mampu bawak kereta macam dulu. Tapi tokwan tak penah mengadu. Selalu nak tunjuk kuat depan cucu-cucu dia.

Semakin hari keadaan tokwan semakin lemah. Aku rindukan tokwan aku yang kuat dulu. Tapi semua orang pun akan semakin hari semakin lemah. aku harap tokwan sihat. Tak macam tokwan orang lain, ada yang dah tak boleh bejalan. Aku solute tokwan sebab setiap pagi dia akan jogging tepi sungai depan rumah. Tapi sekarang, tak berdaya lagi. Tak apa. Asalkan tokwan gembira. Aku pon gembira.

Apa yang tak pernah berubah, tokwan tetap handsome. Dari muda sampai ke tua, tetap handsome. Tokwan selalu letak inai kat rambut supaya rambut tak putih. Sikat rambut kemas-kemas selalu. Pakai baju pun smart selalu. Wangi. Aku rindu kat tokwan. Aku nak balik.

oh tokwan.


5 comments:

atishoo86 said...

dart, tokwan hang nieh hat pak Ayub tuh ka??
arwan wan aku hat nama Ayub tuh pon pemandu bas skolah jgak dulu!!

dartdadada said...

haha tokwan aku nama mohd noor @ mat noq kamih org panggey.depa kawan kot dulu.mesti kenai kan haha

alimau8589 said...

mmg smart tokwan ang...stedi..ajak borak mmg laju jew nie...:)

dartdadada said...

yeah.mmg pon.

gemilangs said...

kmpng rumput minyak.heheeh.tp better dr kmpng ak.kmpng gajah mati.bnda yg lepas pon nak kenang2.x perlu k.hahha


yatie

 

Blog Template by YummyLolly.com