2/19/09

Mabuk selamber!



Aku tertarik dengan isu Menteri Kewangan Jepun, Shoichi Nakagawa yang kononnya didakwa mabuk pada sidang akhbar mesyuarat menteri kewangan G7 di Rome baru-baru ini. Agak memalukan kalau menteri ini betul-betul mabuk, di depan public pulak tu. Selamber ja!
Nakagawa nih pulak menafikan yang beliau mabuk dan berkata, beliau mengambil ubat selesema dan keletihan selepas penerbangan lama menyebab-kannya terhoyong-hayang. How crap!Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk letak jawatan yang disandang.

Apa yang lebih menarik, di Jepun adalah menjadi perkara biasa apabila menteri atau sesiapa yang glamour buat hal yang kurang elok, mereka akan dikritik sehebat-hebatnya. Media kat sini pon memang mainkan peranan sampai ulang perkara yang hot ni sampai beribu-ribu kali dalam tv. Kadang-kadang tu aku yang tengok pon naik menyampah sebab banyak kali sangat ulang benda yang sama. Tapi baguslah, sebab diorang peka dan sangat teliti, mengambil berat walaupun terhadap perkara yang remeh sekalipun. Bila timbul benda yang janggal sikit, mulalah media Jepun ni buat research yang ntah apa apa, fikir mengapa, bila, di mana, siapa n banyak lg benda timbul. Well, bagus sebenarnya untuk masyarakat, supaya dapat memberi panduan, ilmu atau pengetahun am yang lebih. Bukan hanya dok sibuk dengan program menyanyi ja macam Malaysia. Harap-harap media Malaysia pun akan ubah minda masyarakat, bukanlah dengan semata-mata untuk menunjukkan hiburan sahaja,nyanyi sana sini, menari sana sini. Tetapi ilmu pengetahuan pun penting untuk disampaikan supaya masyarakat kita nih lebih berilmu. Kadang-kadang rasa malu dengan orang Jepun sebab diorang punya pengetahuan am sangatlah tinggi. Rasa kerdil sangat bila bersembang dengan diorang.

3 comments:

Liyana Safra Zaabar said...

lawak gile pakcik ni.moral:jgn minum arak!

alimau8589 said...

gile dasat!!!

dartdadada said...

haha tu aaa.cute pon ada.konon tk mabuk, selsema la konon hehehheh

 

Blog Template by YummyLolly.com