2/20/09

jepun dan bas awam

Dalam seminggu, adalah 2 kali aku akan naik bas awam kat Toyohashi ni sendiri sebab malas nak bawak balik kereta yang kami share 3 orang serumah. Bas awam kat Jepun ni ada banyak ciri-ciri yang boleh dicontohi oleh penduduk Malaysia iaitu:
  1. Ada jadual masa yang tetap. Bukannya pakai hentam 15, 30 minit sekali. Jadual tetap macam jadual periksa tu ha....
  2. Bila ada jadual masa, mestilah kena datang angkut penumpang ikut masa yang ditetapkan kan?Untuk kes tepati masa ni lah aku bagi 5 bintang untuk bas awam kat sini. Tak pernah lambat dan tak pernah cepat daripada masa yang ditetapkan. Senanglah untuk kita yang mementingkan masa supaya kita dapat buat perancangan yang betul dari segi masa. Kita pun tak payah membuang masa nak tunggu bas lama-lama.
  3. Pemandu bas pakai uniform yang smart! Siap bertopi dan sarung tangan.
  4. Dalam bas juga akan disebut setiap destinasi bustop. Sebelum stop kat bustop, suara pompuan comel akan berkumandang supaya orang yang tertidur atau orang tak nampak dunia ni(orang buta) senang nak cam tempat yang nak dituju supaya tak terlepas. Orang buta pon ada hati nak naik bas jugak, bukan orang yang biasa ja boleh naik bas!
  5. Pemandu bas yang terlatih, baru boleh jadi pemandu bas. Bawak bas pon 50km/j ja. Tak kalut-kalut nak pecut. Bawak nyawa ramai oi! Tanggungjawab besar. Kang eksiden siapa yang susah?
  6. Pemandu bas yang tatatertibnya cukup terjaga. Bila orang nak turun ja, dia akan ucap TERIMA KASIH. Takda tengking-tengking penumpang suruh turun cepat-cepat.
  7. Bas yang mesra alam. Contohnya bila kita takda duit kecik, ada mesin tukar duit. Senang kan!
  8. Pemandu bus jugak berperanan sebagai Kolek(Tukang kutip tambang). Alah, memang la tak perlu, sebab mesin yang tolong kutipkan duit. Tapi dengan cara ini, penipuan boleh dielakkan walaupun aku tau orang Jepun ni memang tak reti menipu!Berpura-pura tau pulak!
  9. Pemandu bas tak boleh menggunakan handphone semasa bekerja. Itu adalah rule yang mesti dipatuhi. Dalam kenderaan awam di sini, orang awam@ penumpang bas, lrt dan sebagainya memang tak bercakap telefon kuat-kuat dan juga nada deringan hp akan di"silent"kan. Orang yang bercakap telefon dalam kenderaan awam dikira tak mempunyai "manner".
  10. Yang paling penting sekali, bila nak naik bus, BERATUR. Tak pun, janganla berebut. Aku kat UTM dulu pening nak naik bas nak pi campus sebab orang berebut-rebut macam nak pi perang. Maybe berebut sebab nak pi kelas awal kot. Nak kejar ilmu. hahahhah ya ka???
Jomla kita ikut ciri-ciri yang baik ni. Anyway, nak jugak aku kutuk bas kat Jepun ni. Asyik puji ja. Tambang bas kat Toyohashi nih sangat mahal. Aku nak naik dari campus ke rumah about 10 minit perjalanan pun dalam ¥250(RM9.8). Mahal kan?? Mau sengkak kalau naik hari-hari!
Lagi satu, BUSTOP kat Jepun ni memang bangang. Nak tau kenapa? Anda lihat gambar di bawah. Bangang kan? Kalaulah hujan ka ribut ka, mana nak beteduh? Yang bab ni aku puji Malaysia punya bustop. Keep it up!
Ni la rupa kebanyakan bustop kat Jepun.
Kalau hujan pandai-pandaila bawaklah payung sendiri hahhaha!

Tiket bas yang cute.


Bustop kat Campus aku. Kalau takda bumbung, bleh mati kejung. Angin kuat gila kat tempat aku ni and busuk sebab kat blakang Univ aku ada kandang Babi kot.haha!

6 comments:

zafirah alias said...

Cool. Dan betul bangang sebab takda bumbung dekat bus stop. Maybe org jepun suka main hujan? Haha

Diloz said...

Sangat tepat!
walaupun aku yakin bas di jepun bukan jenama Mercedes (Malaysia pakai Mercedes),tetapi sistem di Jepun selesa dan well-organized.
kalau bab perkhidmatan,Msia sangat jauh ketinggalan.
Apatah lagi sekarang bas-bas di Jepun mesra alam (エコにやさしい).
tapi,aku jarang naik bas tak terasa pula mahal (sebab tak naik la en).

*sometimes suara perempuan dalam bas itu sangat annoying thou.aku tak boleh tidur dari tokyo sampai osaka.damn.
=P

dartdadada said...

bukan nk condem malaysia. tapi realiti la. we can change.hehe tapi kena ada sistem yg kerajaan yg stat dulu.

alimau8589 said...

yg bek tiru...yg buruk tolak tepi..:)
but.....zaman bus mini mmg bes...mcm nek kete F1 rase nye..lalalalal~~!!!

dartdadada said...

bas mini laju cam f1 ka?musykil2

alimau8589 said...

ermm...zaman bus mini wane merah jambu...padat...driver pasang lagu rock...rambut panjang...coner lipat maut..lalalal~~~

 

Blog Template by YummyLolly.com