4/5/09

ilmu pagi(tengah hari)

09:00 alarm aku dengan tak disengajakan berbunyi(konon-konon nak bangun awal.bunyi tak sampai 2 saat aku tutup sambung tidur)
13:00 aku terpaksa bangun. Badan aku sakit-sakit. Taktau kenapa, abaikan.
13:30 Aku, Zaza dan Mod(junior orang Thailand) makan tengah hari sama-sama.(Semestinya aku tak mandi dan terus gosok gigi dengan nasi.ummm.)

Sambil makan, kami disajikan dengan dokumentari tengah hari di kaca TV mengenai 認知症"Ninchi shou" atau dalam bahasa Inggerisnya Dementia. Penyakit nyanyuk la..

"Dementia (from Latin de- "apart, away" + mens "mind") is the progressive decline in cognitive function due to damage or disease in the body beyond what might be expected from normal aging. It is an illness that effects the brain and memory, and makes you gradually lose the ability to think and behave normally."

Dalam satu kajian, penyakit nyanyuk ini boleh dicegah lebih awal apabila kita selalu bercerita mengenai masa muda kita kepada rakan-rakan atau saudara mara berbanding cerita-cerita yang berlaku semasa. Apabila kita bercerita mengenai hal masa lampau, saluran darah di dalam otak kita lebih berfungsi, atau lebih banyak digunakan kerana mungkin otak kita digunakan untuk berfikir pada masa itu. Contohnya cerita pada zaman sekolah rendah, zaman remaja dan lain-lain lagi. Tidak kiralah kepada siapa kita bercerita hal-hal masa lampau. Cerita-cerita "old days" boleh juga ditambahkan dengan alat-alatan atau perkakas yang kita gunakan masa lalu, seperti botol susu, gambar-gambar nostalgik, baju-baju, apa sahaja yang boleh mengingatkan kita pada nolstalgia lalu. Namun, cerita-cerita nostalgik itu mestilah dikembangkan dengan harmonis agar tidak mengundang nostalgia yang tidak baik. Oleh itu, janganlah kita membuang barang-barang yang mempunyai "sentimental value" kerana secara tidak langsung bara-barang "antik" itu bolehlah kita gunakan pada masa tua nanti untuk deceritakan serta dibanggakan kepada anak-anak cucu, rakan dan taulan kita kelak.

p/s: sementara tak nyanyuk, banyak-banyaklah bercerita kat kawan-kawan atau saudara mara pasal zaman dahulu kala. Takda kawan? Cerita kat cermin pun OK.

2 comments:

Anonymous said...

tulisan kau pasal penyakit nyanyuk mmg menarik. just to let you know from my business class..cikgu tuh ckp, kalau ade sorang manusia yg berjaya cipta salah satu ubat daripada penyakit; kanser, aids, nyanyuk..ngan ape tah lagi..aku lupa..just one ubat jer tak kisah penyakit ape..dia akan kuasai ekonomi dunia. jadi lagi kaya dari bill gates

dartdadada said...

aku nak cipta ubat nyamuk la kalau mcm tu.hehhehhehe

 

Blog Template by YummyLolly.com